Malaysia legislation
Section 19
of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2011
Seksyen 19
Pindaan seksyen 30
(a)
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1) seksyen itu;
20
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1404
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “Daftar” perkataan “atau Daftar Penilai
Percubaan/Ejen Harta Tanah Percubaan atau Daftar
Firma”;
(ii)
dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
(iii)
dalam perenggan (i)—
(a)
dengan memasukkan selepas perkataan
“seksyen” perkataan “21 atau”; dan
(b)
dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
(iv)
dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:
“(j) membantu dan bersubahat dalam pelakuan kesalahan di bawah Akta ini,”;
(v)
dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima”
dengan perkataan “tiga ratus”; dan
(vi)
dengan menggantikan perkataan “lima ratus” dengan perkataan “satu ribu”; dan
(a)
bertindak sebagai seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah bagi mana-mana pihak atau bertindak atas apa-apa sifat sebagai seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah sama ada matlamat asas atau utama perniagaannya ialah penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah atau sama ada apa-apa bahagian sampingan perniagaannya merupakan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah; atau
(b)
dengan sengaja atau dengan palsu berpura-pura menjadi, atau memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia mempunyai
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
21
kelayakan atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak sebagai, seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah, atau bahawa dia mempunyai kelayakan atau kuasa sedemikian menurut undang-undang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa kuasa yang sah—
(3)
Tiada kos, komisen, fi, upah atau apa-apa balasan lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang tidak diberi kuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dituntut dalam mana-mana mahkamah.”.
Pindaan seksyen 31