Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2011
Seksyen 2
Pindaan seksyen 2
Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 [Akta 242], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dalam takrif “amalan perejenan harta tanah”—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “orang ramai”
perkataan “atau kepada mana-mana individu atau firma”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “penyewaan tanah dan bangunan dan mengenai apa-apa kepentingan dalamnya” perkataan “termasuk tindakan membuat makluman tentang adanya tanah, bangunan atau apa-apa kepentingan dalamnya untuk jualan atau pelupusan lain itu, pembelian atau pengambilan lain, pemajakan atau penyewaan”;
undang-undang malaysia
Akta A1404
Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen
Harta Tanah (Pindaan) 2011
4
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1404
(b)
dalam takrif “ditetapkan”, dengan memasukkan selepas perkataan “garis panduan,” perkataan “standard,”;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “pemohon” ertinya seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah perseorangan berdaftar atau suatu firma penilaian, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;’; dan
(d)
dalam takrif “pengurusan harta” dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “dan pembelian” dengan perkataan “, pembelian dan penyewaan”.
Pindaan seksyen 4