Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2011

Seksyen 9

Seksyen baru 17a

seksyen yang berikut:

“Pendaftaran penilai percubaan 17a.  (1)  Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak menuntut namanya dimasukkan sebagai penilai percubaan di bawah Daftar Penilai Percubaan/Ejen Harta Tanah

Percubaan setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;

(b)

dia bukan bankrap yang belum dilepaskan;

(c)

dia telah memenuhi kehendak seksysen 18;

(d)

dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;

(e)

dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga;

dan

(f)

dia telah mengemukakan semua dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga.

8

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1404

(2)

Lembaga boleh menghendaki supaya pemohon mengemukakan apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga berkaitan supaya Lembaga berpuas hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).”.

Pindaan seksyen 19