Malaysia legislation

Section 3

of AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957

Seksyen 3

Penjalanan fungsi pemerintah berdaulat oleh seorang Raja

Pada bila-bila masa oleh sebab jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan

Agong sakit atau tidak ada di Malaysia bagi satu tempoh yang dijangka akan melebihi lima belas hari, atau kerana apa-apa sebab lain, Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi pemerintah berdaulat dalam hal jika fungsi itu kena di bawah Fasal (1) Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan dijalankan olehnya, fungsi itu hendaklah kena dijalankan oleh Raja yang

Negerinya ialah yang pertama dalam senarai yang disenggarakan di bawah seksyen 4 Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan jika dia boleh dan sanggup menjalankan fungsi itu atau, jika Raja itu tidak boleh dan tidak sanggup, dengan itu Raja yang pertama selepasnya (mengikut susunan terletaknya Negeri-Negeri mereka dalam senarai itu) yang boleh dan sanggup menjalankannya.

Section 3 — YANG DI-PERTUAN AGONG (EXERCISE OF FUNCTIONS) ACT 1957