Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Sumpah jawatan
Sebaik sahaja Raja yang berhak di bawah seksyen 3 menandakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kesanggupannya untuk menjalankan fungsi pemerintah berdaulat itu dia hendaklah, selepas mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Jadual di hadapan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan (atau semasa ketiadaannya di hadapan hakim Mahkamah
Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada), berhak menjalankan dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 7, menjalankan fungsi itu sehingga pelantikan seorang Raja untuk menjalankan fungsi itu dibuat di bawah seksyen 5 oleh Majlis Raja-Raja.