Malaysia legislation
Section 109
Seksyen 109
Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah
Jika Majistret berpuas hati bahawa ada kesalahan dilakukan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah kepada pegawai penguat kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
(a)
untuk memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu;
(b)
untuk menggeledah dan menyita dan melucut hak apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata akaun, dokumen, apa-apa butiran atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik—
(i)
yang berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang telah dilakukan;
(ii)
yang berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang disyaki telah dilakukan; atau
(iii)
yang semunasabahnya dipercayai dapat digunakan sebagai keterangan terhadap kesalahan yang telah dilakukan itu;
83
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(c)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya boleh masuk ke dalamnya;
(d)
untuk mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan; atau
(e)
menahan tiap-tiap orang yang berada dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.
Kuasa untuk memasuki premis tanpa waran atau notis