Malaysia legislation
Section 110
Seksyen 110
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, bagi maksud memastikan sama ada peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana syarat pendaftaran di bawah Akta ini dipatuhi, mempunyai kuasa tanpa waran atau notis pada semua masa yang munasabah untuk memasuki mana-mana premis dan membuat siasatan atau pemeriksaan apabila terdapat sebab yang menasabah bahawa premis tersebut digunakan atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan kepentingan keselamatan Malaysia, ketenteraman awam atau kemoralan.