Malaysia legislation
Section 111
Seksyen 111
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa, disebabkan kelengahan mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen 109—
(a)
penyiasatan itu akan terjejas;
(b)
tujuan kemasukan itu mungkin akan terhalang;
(c)
buku, buku minit, daftar, penyata akaun, apa-apa butiran atau barang lain yang dicari mungkin dialihkan atau diganggu; atau
(d)
keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan,
84
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
dia boleh menjalankan dalam, dan berkenaan dengan, premis itu segala kuasa yang secukupnya seolah-oleh dia telah diberi kuasa berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Kuasa untuk mengelak