Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi pertubuhan belia berdaftar:
(a)
harta alih mana-mana pertubuhan belia, jika tidak terletak hak pada pemegang amanah, hendaklah disifatkan terletak hak pada masa itu pada badan pengelola pertubuhan belia itu, dan boleh, dalam semua prosiding sivil dan jenayah, diperihalkan sebagai harta badan pengelola pertubuhan belia itu dengan gelaran yang betul jika diketahui;
(b)
harta tak alih mana-mana pertubuhan belia boleh, jika tidak didaftarkan atas nama pemegang amanah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, didaftarkan atas nama pertubuhan belia itu, dan segala surat cara yang berhubungan dengan harta itu adalah sah dan berkuat kuasa seolah-olah surat cara itu telah disempurnakan oleh seorang pemunya berdaftar, dengan syarat bahawa surat cara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan yang pada masa pertubuhan belia itu, yang pelantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar dan dimeteraikan dengan meterai pertubuhan belia itu;
21
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(c)
suatu pertubuhan belia boleh membawa guaman atau dibawa guaman atas nama mana-mana seorang daripada anggotanya sebagaimana yang dinyatakan kepada Pendaftar dan didaftarkan oleh Pendaftar sebagai pegawai awam pertubuhan belia itu bagi maksud itu, dan, sekiranya tiada seorang seperti itu didaftarkan, adalah kompeten bagi mana-mana orang yang mempunyai suatu tuntutan atau permintaan terhadap pertubuhan belia itu untuk membawa guaman terhadap pertubuhan belia itu atas nama mana-mana pemegang jawatan pertubuhan belia itu;
(d)
tiada guaman atau prosiding oleh atau terhadap mana-mana pertubuhan belia dalam mana-mana mahkamah sivil boleh terhenti atau diberhentikan disebabkan oleh orang yang membawa atau yang terhadapnya guaman atau prosiding itu dibawa atau diteruskan, meninggal dunia atau tidak lagi memegang jawatan yang atas namanya dia telah membawa guaman atau dibawa guaman, tetapi guaman atau prosiding yang sama boleh diteruskan atas nama, oleh atau terhadap, pengganti orang itu;
(e)
tiada penghakiman dalam apa-apa guaman terhadap mana-mana pertubuhan belia boleh dilaksanakan terhadap orang atau harta orang yang dibawa guaman itu tetapi terhadap harta pertubuhan belia itu;
(ii)
permohonan untuk perlaksanaan hendaklah mengandungi penghakiman itu, butir mengenai pihak yang membawa guaman atau dibawa guaman, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi pihak pertubuhan belia dan permohonan itu hendaklah menghendaki supaya penghakiman itu dikuatkuasakan terhadap harta pertubuhan belia itu;
(f)
mana-mana anggota yang—
(i)
gagal untuk membayar yuran keahlian yang menurut kaedah pertubuhan belia yang dia menjadi anggota, dia terikat untuk membayar;
(ii)
terhutang wang kepada pertubuhan belia;
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(iii)
mengambil milik atau menahan apa-apa harta pertubuhan belia berlawanan dengan kaedah pertubuhan belia itu; atau
(iv)
merosakkan atau memusnahkan apa-apa harta pertubuhan belia, boleh dibawa guaman bagi yuran keahlian atau wang atau kerosakan yang timbul daripada perbuatan memiliki secara salah, menahan, merosakkan atau memusnahkan harta itu:
Dengan syarat bahawa sekiranya defendan berjaya dalam guaman itu dan diawardkan kos, defendan boleh memilih untuk menuntut kos itu daripada pegawai yang atas namanya guaman itu telah dibawa atau daripada pertubuhan belia dan sekiranya daripada pertubuhan belia, dia boleh mendapat perlaksanaan terhadap harta pertubuhan belia itu;
(g)
mana-mana anggota yang—
(i)
mencuri atau yang menyalahgunakan dengan curang atau menjadikan untuk kegunaannya sendiri, apa-apa wang atau harta lain;
(ii)
dengan sengaja atau niat memusnahkan atau merosakkan apa-apa harta pertubuhan belia;
atau
(iii)
memalsukan apa-apa surat cara ikatan, bon, cagaran untuk wang, resit atau surat cara lain yang mendedahkan dana pertubuhan belia kepada kerugian, boleh didakwa dan dihukum seolah-olah dia bukan seorang anggota; dan
(h)
jika tiada apa-apa peruntukan tertentu dalam kaedah-kaedah sesuatu pertubuhan belia, tidak kurang tiga per lima daripada bilangan ahli bagi mana-mana pertubuhan belia itu yang tinggal di Malaysia boleh memutuskan supaya pertubuhan belia itu dibubarkan dengan serta merta atau pada masa yang dipersetujui, dan segala langkah yang perlu hendaklah diambil untuk melupuskan
23
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia dan menyelesaikan harta pertubuhan belia itu, tuntutan dan tanggungan, mengikut kaedah, jika ada, pertubuhan belia itu yang terpakai dan jika tiada kaedah sedemikian, maka ia hendaklah mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh badan pengelolanya:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa pertikaian timbul antara anggota badan pengelola atau anggota pertubuhan belia itu di bawah perenggan (h), pertikaian itu hendaklah diselesaikan menurut peruntukan seksyen 28 dan 29.
Ketua pertubuhan belia