Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 10

Pendaftar, apabila mendaftarkan suatu pertubuhan belia di bawah subseksyen 9(1), hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan kepada pertubuhan itu, dan perakuan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi keterangan konklusif bagi segala maksud bahawa pertubuhan itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini.