Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Pendaftar boleh enggan memberi keizinan bagi penubuhan sesuatu cawangan pertubuhan belia berdaftar jika—
(a)
kaedah-kaedah pertubuhan belia berdaftar itu tidak mengadakan peruntukan bagi penubuhan apa-apa cawangannya; atau
(b)
kaedah-kaedah cawangan pertubuhan belia berdaftar itu adalah sedemikian sehingga menjadikan cawangan pertubuhan belia berdaftar itu sebagai suatu pertubuhan yang bebas di bawah kawalan pertubuhan belia itu.
(3)
Jika suatu pertubuhan belia berdaftar menubuhkan sesuatu cawangan tanpa mendapat kelulusan terdahulu Pendaftar, cawangan yang ditubuhkan sedemikian hendaklah menjadi suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang:
Dengan syarat bahawa sesuatu cawangan bagi mana-mana pertubuhan belia berdaftar yang ditubuhkan dan yang wujud sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah tidak disifatkan sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang jika dalam tempoh enam bulan daripada berkuat kuasanya Akta ini atau apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi tiga bulan, sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar, pertubuhan belia itu memohon kepada Pendaftar secara bertulis untuk kelulusannya di bawah seksyen ini, dan dalam menimbangkan permohonan itu
Pendaftar hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen (2).
29
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(4)
Peruntukan Akta ini, selain subseksyen 7(1), seksyen 9 dan 10, hendaklah terpakai kepada mana-mana cawangan pertubuhan belia berdaftar yang dibenarkan di bawah seksyen ini seolah-olah cawangan itu adalah suatu pertubuhan belia berdaftar di bawah