Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 19

(a)

telah dibuat oleh cawangan menurut kebenaran nyata yang diberikan kepada cawangan itu oleh jawatankuasa atau badan pengelola pertubuhan belia berdaftar itu;

atau

(b)

adalah suatu kontrak dalam kelas atau perihalan tertentu yang cawangan itu diberi kuasa secara am atau khusus oleh pertubuhan belia berdaftar itu untuk membuat kontrak, dan, peruntukan perenggan 11(c), (d) dan (e) hendaklah ditafsirkan sewajarnya dalam pemakaiannya kepada apa-apa guaman, prosiding, penghakiman, atau permohonan bagi pelaksanaan berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat oleh sesuatu cawangan pertubuhan belia berdaftar.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika sesuatu cawangan, yang dalam subseksyen ini disebut sebagai “cawangan bawahan”, adalah di bawah kawalan dan bertanggungjawab kepada suatu cawangan lain, yang disebut “cawangan atasan”, dalam

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

subseksyen ini, cawangan atasan itu boleh membawa guaman atau dibawa guaman bagi kontrak yang dibuat oleh cawangan bawahan jika—

(a)

kontrak itu dibuat menurut kuasa kebenaran bertulis yang nyata yang diberi oleh cawangan atasan; atau

(b)

kontrak itu adalah suatu kontrak yang termasuk dalam kelas atau perihalan kontrak yang cawangan bawahan itu diberi kuasa oleh cawangan atasan untuk membuatnya:

Dengan syarat bahawa sesuatu cawangan hendaklah dalam apa-apa hal disifatkan berada di bawah kawalan dan bertanggungjawab kepada suatu cawangan lain jika anggota cawangan atasan itu adalah dicalonkan atau dipilih atau selainnya dipilih daripada anggota cawangan bawahan.

Pembatalan dan penggantungan

Section 19 — YOUTH SOCIETIES AND YOUTH DEVELOPMENT ACT 2007