Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Walau apa pun peruntukan subperenggan 25(1)(b)(ii), Ketua
Pengarah Insolvensi boleh, jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
pertubuhan belia baru itu telah didaftarkan di bawah
Akta ini;
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(b)
perlembagaan dan kaedah-kaedah pertubuhan belia baru itu serupa dengan perlembagaan dan kaedah-kaedah pertubuhan belia lama;
(c)
majoriti orang yang menjadi anggota yang sah pertubuhan belia lama sebaik sebelum pembatalan pendaftarannya adalah anggota pertubuhan belia baru itu; dan
(d)
badan pengelola pertubuhan belia baru telah memberikan suatu aku janji bertulis yang menyatakan bahawa pertubuhan belia baru itu akan mengambil alih tanggungjawab bagi segala hutang dan liabiliti pertubuhan belia lama yang sedia ada, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah bagi meletakhakkan segala aset, hutang dan liabiliti pertubuhan belia lama itu dan semua cawangannya pada pertubuhan belia baru itu.
(3)
Mahkamah boleh, jika ia berpuas hati tentang segala perkara yang disebut dalam subseksyen (2) meluluskan permohonan itu sebagaimana yang dipohon oleh Ketua Pengarah Insolvensi dengan apa-apa ubah suaian atau ubahan yang difikirkan patut dan perlu.
(4)
Permohonan hendaklah dibuat melalui saman pemula yang hendaklah disiarkan dalam Warta dan diiklankan dalam surat khabar dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, yang diedarkan di Malaysia.
(5)
Mana-mana orang yang mungkin terjejas atau terkilan dengan keputusan Mahkamah, atas sifatnya sebagai anggota sama ada pertubuhan belia lama atau pertubuhan belia baru atau sebagai seorang pemiutang pertubuhan belia lama boleh memohon kepada Mahkamah untuk hadir dan membuat representasi mengenainya mengikut *Kaedah-Kaedah Mahkamah
Tinggi.
*CATATAN–Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012]— lihat Aturan 1 kaedah 1 dan Aturan 94 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012] m.b.p. 1 Ogos 2012.
43
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(6)
Mana-mana orang yang merupakan anggota yang sah pertubuhan belia lama sebaik sebelum pembatalan pendaftarannya dan yang bukan seorang anggota dalam pertubuhan belia baru yang tidak membantah terhadap permohonan Ketua Pengarah
Insolvensi hendaklah dilepaskan daripada semua hutang dan liabiliti pertubuhan belia lama dan semua cawangannya apabila perintah seperti yang dipohon oleh Ketua Pengarah Insolvensi itu dibuat.
(7)
Apabila suatu perintah peletakhakan dibuat oleh Mahkamah di bawah subseksyen (3), segala harta yang terkandung dalam perintah itu hendaklah terletakhak dengan sewajarnya kepada pertubuhan belia baru itu tanpa apa-apa pindah hak, pemindahan hakmilik atau penyerahhakan selanjutnya.
(8)
Adalah sah bagi Ketua Pengarah Insolvensi untuk melakukan atau mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang perlu untuk menguruskan apa-apa harta atau melepaskan hutang dan liabiliti pertubuhan belia lama walaupun permohonan di bawah subseksyen (2) belum selesai di Mahkamah.
(9)
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah menyiarkan perintah di bawah subseksyen (3) dalam Warta dan mengiklankannya dalam surat khabar bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, yang diedarkan di Malaysia, dan selepas itu Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah terlepas sepenuhnya daripada segala tanggungjawab dan liabiliti dalam perkara itu.
(10)
Segala kos dan belanja yang ditanggung oleh Ketua
Pengarah Insolvensi dalam perkara ini hendaklah dibayar daripada aset pertubuhan belia lama dan semua cawangannya dan hendaklah diberikan keutamaan mengatasi segala hutang dan liabiliti lain.
(11)
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sebaik sebelum wujud sebelum penyiaran dalam
Warta keputusan Mahkamah di bawah subseksyen (3) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau berpihak kepada pertubuhan belia baru dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan, terhadap pertubuhan belia baru itu.
(12)
Peruntukan subseksyen 25(3), (5) dan (6) hendaklah terpakai berhubung dengan seksyen ini mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai berhubung dengan seksyen 25.
44
Undang-Undang Malaysia
Akta 668