Malaysia legislation

Section 26

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 26

Jika cawangan sesuatu pertubuhan belia berdaftar—

(a)

telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang melalui suatu perintah Menteri di bawah seksyen 33;

(b)

diberitahu oleh Pendaftar kepada Ketua Pengarah Insolvensi sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 18(3); atau

(c)

telah, dengan apa jua cara, menjadi suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 86(1), peruntukan seksyen 25 hendaklah terpakai bagi cawangan pertubuhan belia berdaftar dan hartanya mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi apa-apa pertubuhan belia berdaftar dan hartanya, dan sebutan mengenai badan pengelola pertubuhan belia berdaftar dalam subseksyen 25(3) dan (5) hendaklah dengan sewajarnya ditafsirkan sebagai sebutan mengenai badan pengelola cawangan pertubuhan belia itu.

Peletakhakan harta pertubuhan belia yang dibatalkan pendaftarannya kepada pertubuhan belia berdaftar yang baru

Section 26 — YOUTH SOCIETIES AND YOUTH DEVELOPMENT ACT 2007