Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(a)
pembatalan pendaftaran pertubuhan belia di bawah seksyen 20;
45
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(b)
keengganan mendaftarkan pertubuhan belia itu di bawah seksyen 9;
(c)
keengganan memberi pengecualian di bawah subseksyen 13(6) kepada orang berkelayakan untuk memegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan belia;
(d)
keengganan meluluskan penukaran nama atau tempat urusan pertubuhan belia itu, atau pindaan kepada kaedah-kaedahnya di bawah seksyen 17;
(e)
keengganan meluluskan penubuhan sesuatu cawangan pertubuhan belia di bawah seksyen 18;
(f)
pembatalan pendaftaran pertubuhan belia di bawah seksyen 31;
(g)
perintah melarang orang bukan warganegara daripada memegang jawatan dalam suatu pertubuhan belia atau melarang gabungan, perkaitan, hubungan, atau urusan lain dengan mana-mana pertubuhan di luar Malaysia dan perkara-perkara lain yang dinyatakan dalam subseksyen 21(1);
(h)
perintah supaya meminda kaedah-kaedah atau perlembagaan pertubuhan belia di bawahsubseksyen 21(2);
(i)
keengganan meluluskan seorang juruaudit atau meluluskan seorang juruaudit di bawah subseksyen 23(3) yang tidak diterima oleh pertubuhan belia;
(j)
membuat suatu perintah sementara untuk pembubaran pertubuhan belia di bawah subseksyen 23(4); atau
(k)
keengganan memberi kebenaran di bawah seksyen 13
untuk menjadi seorang pemegang jawatan, boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Panel
Penyelesaian Pertikaian atau Pendaftar itu, merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri.
(2)
Menteri boleh mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian atau Pendaftar dan keputusan Menteri adalah muktamad.
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 668