Malaysia legislation

Section 31

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 31

Menjadi kewajipan tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar dalam menjalankan aktivitinya mengendalikan hal ehwalnya memastikan bahawa ia selaras dan sesuai mengikut dan mematuhi peruntukan

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, dan jika apa-apa aktiviti atau hal ehwal mana-mana pertubuhan belia berdaftar dalam apa jua cara mencabuli, mencemarkan atau menyekat atau menunjuk tidak mengendahkan—

(a)

sistem kerajaan demokratik yang diketuai oleh seorang raja berperlembagaan Malaysia, dan di negeri-negeri, oleh

Sultan berperlembagaan atau Yang di-Pertua Negeri;

(b)

kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia, dengan agama lain diamalkan secara aman dan harmoni;

(c)

penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi maksud rasmi;

(d)

kedudukan orang Melayu dan pribumi negeri Sabah dan

Sarawak; atau

(e)

kepentingan sah taraf kaum-kaum yang lain, seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana Perlembagaan Negeri, Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran pertubuhan belia itu selepas memberi pertubuhan belia itu suatu peluang untuk membuat representasi kepadanya.

Pertubuhan belia disifatkan ditubuhkan di Malaysia

Section 31 — YOUTH SOCIETIES AND YOUTH DEVELOPMENT ACT 2007