Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Fungsi-fungsi Institut adalah—
(a)
untuk bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan;
(b)
untuk mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubungan dengan pembangunan belia;
58
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(c)
untuk menjalankan, memudahkan atau membiayai penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
(d)
untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan berkenaan dengan pembangunan belia;
(e)
untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi yang berkaitan di dalam dan di luar Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan belia;
(f)
untuk menganalisis, menilai dan membuat syor mengenai aktiviti belia yang dianjurkan oleh pertubuhan belia, badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan atau mana-mana organisasi sektor swasta yang lain;
(g)
untuk menjalankan program bercorak pendidikan dan kesedaran untuk menggalakkan pembangunan belia;
(h)
untuk bekerjasama, menyelaras dan menyertai dalam program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa; dan
(i)
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Kuasa Institut