Malaysia legislation

Section 58

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 58

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Institut hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk membuat kontrak;

(b)

untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih atau hak tak alih;

59

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

(c)

untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya, yang terletak hak pada

Institut;

(d)

untuk menjalankan atau menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan pembangunan belia dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya;

(e)

untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Institut;

(f)

untuk mengutip dan menerima wang berhubung dengan apa-apa aktiviti atau perkhidmatan yang diberikan oleh

Institut atau penggunaan kemudahan Institut;

(g)

untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan yang disifatkannya patut bagi menunaikan fungsinya;

(h)

untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak yang berhubungan dengan apa-apa hasil penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi pihak Institut atau berhubung hasil dengan apa-apa hasil penyelidikan yang diusahakan oleh mana-mana orang atau organisasi;

(i)

untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan atau kedua-duanya;

(j)

untuk menjalankan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang disifatkannya patut bagi maksud melindungi dan memajukan belia Malaysia; dan

(k)

untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(3)

Institut boleh, dalam menunaikan apa-apa fungsinya dalam hal yang bersesuaian menjalankan aktiviti perniagaan bagi mendapat untung atau faedah melalui syarikat yang boleh ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan syarikat itu hanya boleh ditubuhkan setelah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

60

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

(4)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau menetapkan terma dan syarat mana-mana aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Institut berhubung dengan mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) atau kepada mana-mana syarikat, perusahaan atau pengusahaan.

(5)

Apa-apa peninggalan atau ketidakpatuhan dan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang cuba dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan peraturan-peraturan itu suatu kesalahan di bawah Akta ini dan pesalah itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan

Pembangunan Belia Malaysia

Lembaga Pengarah

Section 58 — YOUTH SOCIETIES AND YOUTH DEVELOPMENT ACT 2007