Malaysia legislation

Section 96

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 96

Anggapan

(a)

jika dibuktikan bahawa sesuatu badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan, pertubuhan, persatuan, organisasi sukarela atau kelab belia wujud, maka hendaklah dianggap bahawa badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan, pertubuhan, persatuan, organisasi sukarela atau kelab belia itu suatu pertubuhan belia dalam erti

Akta ini melainkan jika dibuktikan sebaliknya;

(b)

tidaklah perlu bagi pihak pendakwa membuktikan bahawa suatu pertubuhan belia itu mempunyai nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan suatu nama yang tertentu; dan

(c)

jika sekiranya suatu pertubuhan belia dikatakan sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang, beban pembuktian yang ia adalah suatu pertubuhan belia yang sah, hendaklah terletak ke atas orang yang dipertuduhkan itu.

78

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

Anggapan mengenai keanggotaan, dsb., pertubuhan belia