Malaysia legislation
Section 97
Seksyen 97
(2)
Jika mana-mana dokumen, akaun, senarai anggota, meterai, sepanduk, simbol atau benda lain yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan belia didapati—
(a)
ada di dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu adalah membantu dalam pengurusan pertubuhan belia itu; dan
(b)
tersembunyi dalam mana-mana bangunan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa yang tersebut itu dimiliki oleh penghuni bangunan itu.
(3)
Apabila Mahkamah mendapati bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa apa-apa tempat yang dimasuki atau digeledah menurut kuasa yang sah diberikan oleh atau di bawah Akta ini, sebaik sahaja sebelum atau pada masa kemasukan itu, digunakan oleh atau bagi maksud suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang, mana-mana orang yang dijumpai di tempat tersebut pada masa penggeledahan itu atau yang didapati meninggalkan tempat itu sebaik sahaja sebelum atau pada masa kemasukan itu, hendaklah, melainkan jika ia memberi sebab yang munasabah ia berada di tempat tersebut dianggap sebagai seorang anggota pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang.
Keterangan pakar