Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 9

(2)

Pendaftar boleh menolak pendaftaran mana-mana pertubuhan belia jika—

(a)

beliau berpuas hati bahawa pertubuhan belia itu ialah cawangan mana-mana pertubuhan belia yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah perenggan 20(1)(c) atau di bawah Akta Pertubuhan 1966;

(b)

beliau tidak berpuas hati bahawa pertubuhan itu telah mematuhi peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau

(c)

sesuatu pertikaian wujud di kalangan anggota pertubuhan itu tentang orang yang akan menjadi pemegang jawatan atau yang akan memegang atau mentadbir apa-apa harta pertubuhan itu sehingga pertikaian itu diselesaikan.

19

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

(3)

Pendaftar hendaklah menolak pendaftaran mana-mana pertubuhan belia jika—

(a)

ternyata pada Pendaftar bahawa pertubuhan itu adalah menyalahi undang-undang menurut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau mungkin digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi apa-apa maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau kemoralan di Malaysia;

(b)

pertubuhan itu telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai menyalahi undang-undang di bawah seksyen 33;

(c)

Pendaftar berpuas hati bahawa pertubuhan itu tidak wujud;

(d)

nama pertubuhan itu yang hendak didaftarkan—

(i)

ternyata pada Pendaftar adalah mengelirukan atau dikira sebagai mengelirukan orang awam tentang sifat atau maksud pertubuhan itu yang sebenarnya atau hampir menyerupai nama pertubuhan lain sehingga boleh memperdayakan orang awam atau anggota salah satu pertubuhan itu;

(ii)

adalah sama dengan nama mana-mana pertubuhan belia lain yang sedia ada; atau

(iii)

adalah, pada pendapat Pendaftar, tidak diingini;

atau

(e)

perlembagaan atau kaedah-kaedah pertubuhan itu tidak mengandungi peruntukan bagi segala hal yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(4)

Jika Pendaftar telah menolak pendaftaran sesuatu pertubuhan belia di bawah seksyen ini, peruntukan seksyen 25 hendaklah terpakai bagi pertubuhan belia itu.

(5)

Mana-mana pertubuhan yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan ke atasnya oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

Perakuan pendaftaran