Skip to content
ActIn force

Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1998
Sections
14
Languages
MS · EN

Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 is Malaysia Act, cited as Act 584 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 584

AKTA KUMPULAN WANG

PERSARAAN GURU-GURU

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 584 2

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … …

25 Jun 1998

Tarikh penyiaran dalam Warta… … … …

9 Julai 1998

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula yang Pertama

...

...

...

...

2002

Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah)

(Pembubaran)

3

Akta 584

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi memansuhkan Ordinan Persaraan Guru-Guru 1963 (Sabah), untuk membubarkan Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru dan Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah Ordinan itu, untuk memindahmilik semua hartanya kepada Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Disember 1998, P.U. (B) 488/1998] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 584 6

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Ordinan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang yang layak” ertinya orang yang berhak mendapat elaun persaraan, ganjaran, pencen atau apa-apa faedah persaraan lain di bawah Ordinan;

“Ordinan” ertinya Ordinan Persaraan Guru-Guru 1963 (Sabah)

[Sabah Ord. 20 tahun 1963];

“pencen” ertinya elaun persaraan tahunan yang kena dibayar di bawah seksyen 7 Ordinan, dan termasuklah apa-apa ganjaran, pencen, atau faedah persaraan lain yang kena dibayar di bawah Ordinan;

“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1.

Seksyen 3

Pemansuhan dan pembubaran

Ordinan dimansuhkan dan Lembaga dan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.

Perpindahan kuasa, hak, dsb.

Seksyen 4

Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.

Seksyen 5

Perpindahan harta

Semua harta tak alih dan aset yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan terletak hak pada Kumpulan Wang atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada Kerajaan.

Perpindahan wang

Seksyen 6

Semua wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Kumpulan

Wang hendaklah, pada tarikh ditetapkan, berpindah kepada, dan terletak hak pada, Kerajaan.

Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah)

(Pembubaran)

7

Kontrak sedia ada, dsb.

Seksyen 7

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta dan wang yang berpindah di bawah seksyen 5

dan 6 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan

Lembaga atau Kumpulan Wang, atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

Seksyen 8

Pegawai bertanggungjawab bagi pembayaran pencen

Bendahari Negeri Sabah hendaklah menjadi pegawai yang bertanggungjawab bagi melaksanakan pembayaran amaun yang diperuntukkan dalam seksyen 9.

Seksyen 9

Pembayaran amaun pukal

(2)

Amaun pukal yang kena dibayar di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibayar daripada wang yang disebut dalam seksyen 6

dan, jika wang itu tidak cukup bagi maksud itu, daripada harta dan aset yang disebut dalam seksyen 5.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “aktuari” ertinya aktuari yang dilantik oleh Lembaga di bawah Ordinan bagi maksud menentukan amaun yang hendak dibayar di bawah Akta ini.

Seksyen 10

Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir

(2)

Jika terdapat lebih daripada seorang orang tanggungan yang pembayaran boleh dibuat kepadanya di bawah subseksyen (1), pembayaran itu hendaklah dibuat dalam amaun yang sama banyak kepada orang tanggungan itu.

(3)

Jika tiada orang tanggungan, amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi sebahagian daripada harta pusaka orang yang layak yang sudah mati.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anak” berhubung dengan orang yang layak yang sudah mati ertinya—

(i)

anak di bawah umur dua puluh satu tahun orang yang layak itu dan termasuklah—

(A)

anak yang lahir selepas kematian orang yang layak itu, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf orang yang layak itu;

dan

(B)

anak yang diambil sebagai anak angkat oleh orang yang layak itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu;

dan

(ii)

anak yang tidak kira apa jua umurnya yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun;

dan

(i)

balu kepada orang yang layak yang sudah mati;

(ii)

duda kepada orang yang layak yang sudah mati;

Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah)

(Pembubaran)

(iii)

anak kepada orang yang layak yang sudah mati;

atau

(iv)

ibu kepada orang yang layak yang sudah mati atau jika ibunya sudah mati, bapa yang ditanggungnya.

Pembayaran hendaklah menjadi pelepasan sepenuhnya

Seksyen 11

Jika pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen 9

atau 10 dan mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini—

(a)

pembayaran itu hendaklah menjadi pelepasan sepenuh dan sepatutnya akan segala liabiliti Kerajaan di bawah

Ordinan dan Akta ini dan tiada orang yang layak berhak mendapat apa-apa pembayaran lanjutan selepas itu; dan

(b)

tiada tindakan, guaman atau prosiding yang mempersoalkan pembayaran itu atau bagi pembayaran apa-apa amaun lain boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya.

Seksyen 12

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

(2)

Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 584 10

sebagaimana rayuan itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-seolah Akta ini tidak pernah diluluskan.

Seksyen 13

Menghalang kesukaran atau anomali

(2)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

Seksyen 14

Pemberhentian peraturan-peraturan

Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen 18 Ordinan hendaklah terhenti berkuat kuasa pada tarikh ditetapkan.

Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah)

(Pembubaran)

11

Akta 584

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa meminda dari

– TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 584 12

Akta 584

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –

Common questions

What is Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998?
Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 is Malaysia Act, cited as Act 584 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.
Is Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 still in force?
Yes — Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 is currently in force.
When did Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 take effect?
Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 was first recorded in 1998.
How many sections does Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 have?
Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 contains 14 sections.
Where can I read the official version of Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998?
The official text of Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998 (No. 584)