Skip to content

Seksyen 20

Sukatan pelajaran

of Kaedah-Kaedah Ahli Kimia 2024

P.U. (A)In forceProvision 20 of 32
Seksyen 20

(1)

Lembaga Peperiksaan hendaklah menerbitkan, mengkaji semula dan meminda sukatan pelajaran bagi peperiksaan akhir Institut dari masa ke masa.

(2)

Sukatan pelajaran bagi peperiksaan akhir dan pindaannya hendaklah diluluskan oleh Majlis.

(3)

Setiausaha hendaklah, atas permintaan bertulis daripada mana-mana orang, menyediakan salinan sukatan pelajaran bagi peperiksaan akhir.

(4)

Bagi maksud subkaedah (3), Majlis boleh mengenakan suatu fi bagi salinan sukatan pelajaran.