Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Pengkomersialan Dapatan
Penyelidikan dan Kemajuan) 2022.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Pengkomersialan Dapatan Penyelidikan dan Kemajuan) 2022 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 3 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
P.U. (A) 3
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN
(POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM PROJEK
PENGKOMERSIALAN DAPATAN PENYELIDIKAN DAN
KEMAJUAN) 2022
INCOME TAX (DEDUCTION FOR INVESTMENT
IN A PROJECT OF COMMERCIALISATION OF RESEARCH
AND DEVELOPMENT FINDINGS) RULES 2022
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 3 2
AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM
PROJEK PENGKOMERSIALAN DAPATAN PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN) 2022
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Pengkomersialan Dapatan
Penyelidikan dan Kemajuan) 2022.
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“dapatan penyelidikan dan kemajuan” ertinya dapatan penyelidikan dan kemajuan bagi aktiviti atau keluaran bukan berasaskan sumber yang disenaraikan dalam
Jadual dan dimiliki sepenuhnya oleh suatu institusi penyelidikan awam atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta di Malaysia;
“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai dalam suatu syarikat berkaitan yang syarikat berkaitan itu tidak mempunyai tanggungan untuk membayar balik, atau pegangan modal syer berbayar dalam bentuk tunai berkenaan dengan syer biasa dalam suatu syarikat berkaitan;
“pengkomersialan” ertinya suatu proses transformasi dapatan penyelidikan dan kemajuan kepada suatu produk atau proses yang mempunyai aplikasi perindustrian atau yang boleh dipasarkan;
P.U. (A) 3 3
“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang sekurang-kurangnya tujuh puluh (70) peratus daripada modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa dimiliki secara langsung oleh suatu syarikat yang membuat pelaburan dalam suatu projek pengkomersialan.
Potongan
Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya, suatu potongan hendaklah dibenarkan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu amaun bersamaan dengan nilai pelaburan yang dibuat semata-mata bagi maksud membiayai suatu projek pengkomersialan dapatan penyelidikan dan kemajuan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu dalam suatu syarikat berkaitan.
Nilai pelaburan yang disebut dalam subkaedah (1) yang dituntut sebagai suatu potongan—
hendaklah bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang sama bagi operasi aktiviti pengkomersialannya dan aset yang digunakan bagi aktiviti itu; dan
tidak boleh dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh terakhir pelaburan dibuat jika pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa.
Tertakluk kepada subkaedah (4) dan (5), jika suatu syarikat telah membuat suatu pelaburan dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa dan menuntut suatu potongan berkenaan dengan pelaburan itu di bawah subkaedah (1) menerima suatu amaun sebagai balasan bagi pelupusan saham itu, amaun yang diterima oleh syarikat itu hendaklah ditambah dalam menentukan pendapatan larasannya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas yang amaun itu diterima.
P.U. (A) 3 4
Amaun yang disebut dalam subkaedah (3) tidak boleh melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubung dengan pelaburan itu.
Subkaedah (3) tidak terpakai jika pelupusan saham yang disebut dalam subkaedah (3) berlaku selepas lima tahun dari tarikh pelaburan terakhir dalam bentuk modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa yang dibuat dalam syarikat berkaitan.
Syarat bagi potongan
Bagi melayakkan suatu potongan di bawah kaedah 3, syarikat yang menuntut potongan itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut:
permohonan bagi kelulusan projek pengkomersialan hendaklah diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 7 November 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2025;
syarikat itu ialah suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah
Akta Syarikat 2016; dan
projek pengkomersialan hendaklah bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan dikeluarkan oleh
Lembaga
Pembangunan
Pelaburan Malaysia.
Pemberhentian potongan
Jika pelaburan yang dibuat oleh suatu syarikat bagi maksud pengkomersialan dapatan penyelidikan dan kemajuan diberikan potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini, potongan itu hendaklah terhenti dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang berhubung dengannya tempoh pengecualian cukai bagi syarikat berkaitan itu bermula sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
P.U. (A) 3 5
JADUAL
[Kaedah 2]
1.
Elektrik dan elektronik;
2.
Peralatan perubatan;
3.
Tekstil teknikal atau tekstil fungsian;
4.
Jentera dan peralatan;
5.
Logam; dan 6.
Kelengkapan pengangkutan
Dibuat 30 Disember 2021
[Perb. MOF.TAX(S)700-1/3/79; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-137; PN(PU2)80/JLD.104]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 3 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR INVESTMENT IN A PROJECT OF COMMERCIALISATION
OF RESEARCH AND DEVELOPMENT FINDINGS) RULES 2022
IN exercise of the powers conferred by paragraphs 154(1)(b) read together with paragraph 33(1)(d) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following rules:
Citation and commencement 1.
(1)
These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Investment in a Project of Commercialisation of Research and Development Findings)
Rules 2022.
(2)
These
Rules are deemed to have come into operation on 7 November 2020.
Interpretation 2.
In these Rules—
“research and development findings” mean research and development findings in the non-resource based activity or product listed in the Schedule and wholly owned by a public research institute or public or private institute of higher learning in Malaysia;
“investment” means an investment in the form of cash in a related company for which the related company has no obligation to repay, or the holding of paid-up share capital in cash in respect of ordinary shares in a related company;
“commercialisation” means a process of transforming research and development findings into a product or process that has an industrial application or that is marketable;
P.U. (A) 3 7
“related company”
means a company incorporated under the
Companies Act 2016 [Act 777] where at least seventy (70) per centum of its paid-up share capital in respect of ordinary shares are directly owned by a company that has made an investment in a commercialisation project.
Deduction 3.
(1)
Subject to these Rules, for the purpose of ascertaining the adjusted income of a company incorporated under the Companies Act 2016 and resident in Malaysia from its business, a deduction shall be allowed in the basis period for a year of assessment of an amount equivalent to the value of investment made for the sole purpose of financing a project on commercialisation of research and development findings in the basis period for that year of assessment in a related company.
(2)
The value of investment referred to in subrule (1) which is claimed as a deduction—
(a)
shall be equivalent to the expenditure incurred by the related company in the basis period for the same year of assessment for the operation of its commercialisation activity and asset used for that activity; and
(b)
shall not be disposed of within five years from the date of the last investment made if such investment is in the form of holding of paid-up share capital in respect of the ordinary shares.
(3)
Subject to subrules (4) and (5), where a company which has made an investment in the form of holding of paid-up share capital in respect of ordinary shares and claimed a deduction in respect of that investment under subrule (1) receives an amount as a consideration for the disposal of the shares, the amount received by that company shall be added in ascertaining its adjusted income for the year of assessment in a basis period in which that amount is received.
P.U. (A) 3 8
(4)
The amount referred to in subrule (3) shall not exceed the total deductions allowed in relation to that investment.
(5)
Subrule (3) shall not apply where disposal of the shares referred to in subrule (3) take place after five years from the date of the last investment in the form of paid-up share capital in respect of ordinary shares is made in the related company.
Condition for deduction 4.
To qualify for a deduction under rule 3, the company claiming that deduction shall satisfy the following conditions:
(a)
the application for approval for the project of commercialisation shall be received by the Malaysian Investment Development Authority on or after 7 November 2020 but not later than 31 December 2025;
(b)
the company is a company incorporated in Malaysia under the
Companies Act 2016; and
(c)
the project of commercialization shall commence within one year from the date of approval issued by the Malaysian Investment
Development Authority.
Cessation of deduction 5.
Where an investment is made by a company for the purpose of the commercialisation of research and development findings is given a deduction under these Rules, that deduction shall cease in the basis period for a year of assessment in which the tax exemption period of the related company commences as determined by the
Minister or the Minister of International Trade and Industry, as the case may be.
P.U. (A) 3 9
[Rule 2]
1.
Electrical and electronics;
2.
Medical devices;
3.
Technical or functional textiles;
4.
Machinery and equipment;
5.
Metals; and 6.
Transport equipment
Made 30 December 2021
[Perb. MOF.TAX(S)700-1/3/79; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-137; PN(PU2)80/JLD.104]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the
Income Tax Act 1967]
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.