Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PELABURAN DALAM PROJEK PENGKOMERSIALAN DAPATAN PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN) 2022

Seksyen 4

Bagi melayakkan suatu potongan di bawah kaedah 3, syarikat yang menuntut potongan itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut:

(a)

permohonan bagi kelulusan projek pengkomersialan hendaklah diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 7 November 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2025;

(b)

syarikat itu ialah suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah

Akta Syarikat 2016; dan

(c)

projek pengkomersialan hendaklah bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan dikeluarkan oleh

Lembaga

Pembangunan

Pelaburan Malaysia.

Pemberhentian potongan