/akn/my/act/act/1952/248
*AKTA TUAN RUMAH INAPAN 1952
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1952
- Sections
- 6
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA TUAN RUMAH INAPAN 1952 is Malaysia Act, cited as Act 248 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai relief tuan rumah inapan. [29 Mei 1952] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“barang-barang” ertinya sesuatu harta alih;
“pengurus” ertinya ejen atau pekhidmat tuan rumah inapan yang bertanggungjawab pada sesuatu waktu tertentu mengenai rumah inapan itu atau seseorang yang dilantik dengan sempurna oleh tuan rumah inapan itu untuk menerima barang-barang tetamunya untuk disimpan dengan selamat;
“rumah inapan” ertinya sesuatu hotel, rumah tumpangan atau tempat lain, yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 248
bertulis yang berkuat kuasa pada sesuatu waktu tertentu di
Semenanjung Malaysia, di mana seseorang berlindung atau menginap bagi apa jua jenis sewa atau ganjaran dan di mana apa jua perkhidmatan domestik diberi oleh pemunya, penerima pajak, tenan utama, penduduk atau pengurus kepada seseorang yang berlindung atau menginap itu;
“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967
[Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan.
“tuan rumah inapan” ertinya tuan sesuatu rumah inapan sedemikian dan termasuk sesuatu syarikat atau perbadanan.
Seksyen 3
Kuasa menjual barang yang dideposit dengan tuan rumah inapan
Seseorang tuan rumah inapan hendaklah, sebagai tambahan kepada lien biasanya, mempunyai hak mutlak untuk menjual melalui lelong awam apa-apa barang yang telah didepositkan dengannya atau ditinggalkan di rumah inapan yang diuruskan olehnya atau di mana-mana garaj, tempat letak kereta atau di premis lain yang bersangkutan dengannya di mana seseorang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu hendaklah atau menjadi terhutang kepada tuan rumah inapan tersebut bagi makanan atau penginapan:
(a)
tiada jualan sedemikian boleh dibuat sehingga selepas barang tersebut telah berada di bawah tanggungan atau jagaan sedemikian selama enam minggu atau berada di dalam atau pada premis itu tanpa hutang itu dibayar atau dijelaskan;
(b)
tuan rumah inapan, setelah daripada hasil jualan sedemikian membayar pada dirinya amaun sesuatu hutang itu, bersama dengan kos dan belanja sesuatu jualan sedemikian, hendaklah apabila dituntut membayar lebihan
Tuan Rumah Inapan 7
(jika ada) yang berbaki selepas jualan sedemikian kepada orang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu;
(c)
hutang yang mana untuk pembayarannya suatu jualan diadakan tidak boleh terdiri daripada sesuatu hutang lain atau hutang yang lebih besar daripada hutang bagi mana barang itu boleh disimpan oleh tuan rumah inapan di bawah liennya;
(d)
sekurang-kurangnya satu bulan sebelum sesuatu jualan sedemikian tuan rumah inapan itu hendaklah mengarahkan supaya dimasukkan di dalam surat khabar yang diedarkan di Malaysia suatu iklan yang mengandungi notis mengenai jualan yang dicadangkan itu, dan memberi secara ringkas perihal barang yang dicadangkan akan dijual, bersama dengan nama pemunya atau orang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu jika diketahui.
Pembatasan liabiliti tuan rumah inapan
Seksyen 4
Dengan syarat bahawa−
Tiada seorang pun tuan rumah inapan boleh bertanggungan kepada seseorang tetamu tuan rumah inapan itu untuk memampas apa-apa kehilangan atau kerosakan pada barang yang dibawa ke rumah inapannya, yang bukannya seekor kuda atau binatang hidup yang lain, atau sesuatu alat perkakas yang berkaitan dengannya atau apa-apa kereta atau kenderaan, bagi amaun yang lebih daripada lima ratus ringgit, kecuali dalam hal berikut:
(a)
di mana barang itu telah dicuri, hilang atau rosak melalui perbuatan, keingkaran atau pengabaian sengaja tuan rumah inapan atau seseorang pekhidmat di bawah penggajiannya;
(b)
di mana barang itu telah didepositkan dengan nyata untuk simpanan selamat dengan tuan rumah inapan atas pengurusnya:
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 248
Dengan syarat sentiasanya bahawa mengenai deposit sedemikian adalah sah di sisi undang-undang bagi tuan rumah inapan atau pengurusnya, jika difikirkannya patut, menghendaki, sebagai syarat kepada liabilitinya—
(i)
bahawa tetamu itu hendaklah pada masa membuat deposit itu menyatakan nilai barang itu;
(ii)
bahawa barang itu hendaklah didepositkan di dalam suatu kotak atau bekas lain, diikat dan dimeteraikan oleh orang yang mendeposit barang itu:
Dengan syarat sentiasanya bahawa tuan rumah inapan atau pengurusnya boleh enggan menerima untuk disimpan dengan selamat di bawah seksyen ini barang seseorang tetamu yang mana nilai yang dinyatakan itu melebihi lima ribu ringgit, dan bahawa dia tidak dalam mana-mana keadaan akan bertanggungan bagi kehilangan atau kerosakan pada barang yang dideposit sedemikian oleh tetamu bagi suatu amaun yang melebihi nilai yang dinyatakan itu.
Keengganan menerima harta untuk disimpan dengan selamat
Seksyen 5
Jika seseorang tuan rumah inapan atau pengurusnya enggan menerima untuk disimpan dengan selamat, seperti yang disebutkan sebelum ini, apa-apa barang tetamunya yang mana nilai yang dinyatakan tidak lebih daripada lima ribu ringgit, atau jika seseorang tetamu itu, melalui apa-apa keingkaran tuan rumah inapan atau pengurusnya, tidak dapat mendeposit apa-apa barang yang telah disebutkan dulu, tuan rumah inapan itu tidak berhak mendapat faedah
Akta ini bagi barang itu.
Tuan Rumah Inapan 9
Seksyen 6
Salinan seksyen 4 hendaklah dipamerkan
Tiap-tiap tuan rumah inapan hendaklah mengarahkan supaya sekurang-kurangnya satu salinan seksyen 4 Akta ini yang dicetak dengan huruf terang dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di dewan atau di pintu masuk rumah inapannya, dan dia adalah berhak mendapat faedah Akta ini hanya bagi barang yang dibawa ke rumah inapan semasa salinan itu dipamerkan sedemikian.
Pemansuhan 7.
Ordinan Liabiliti Tuan Rumah Inapan Negeri-Negeri Selat
[N.N.S. Bab 58] adalah dengan ini dimansuhkan.
____________________________
10
Akta 248
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975
(Ringgit) 1975
___________________
Tuan Rumah Inapan 11
Akta 248
SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 4
Akta 160 29-08-1975
5
Akta 160 29-08-1975
___________________
Common questions
- What is INNKEEPERS ACT 1952?
- *AKTA TUAN RUMAH INAPAN 1952 is Malaysia Act, cited as Act 248 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
- Is INNKEEPERS ACT 1952 still in force?
- Yes — INNKEEPERS ACT 1952 is currently in force.
- When did INNKEEPERS ACT 1952 take effect?
- INNKEEPERS ACT 1952 was first recorded in 1952.
- How many sections does INNKEEPERS ACT 1952 have?
- INNKEEPERS ACT 1952 contains 6 sections.
- Where can I read the official version of INNKEEPERS ACT 1952?
- The official text of INNKEEPERS ACT 1952 is published at lom.agc.gov.my.