Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keadilan Jenayah 1953.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Keadilan Jenayah 1953 is Malaysia Act, cited as Act 345 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 345
Sebagaimana pada 1 Jun 2013
Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi
Criminal Justice Act 1953. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
[Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat ...
...
...
...
… 1953 (F.M Ord. No.
14 tahun 1953)
Disemak
...
...
...
...
...
…
1988 (Akta 345 m.b.p.
6 Oktober 1988)
Kali terakhir dipinda melalui
Akta A1302 yang mula berkuat kuasa pada …
…
…
…
… 7 September 2007
3
Akta 345
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keadilan Jenayah 1953.
Penghapusan hukuman buruh paksa, penjara kerja berat dan kerja ringan
Tiada seorang pun boleh dijatuhkan hukuman buruh paksa oleh sesuatu mahkamah; dan tiap-tiap undang-undang yang memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman buruh paksa dalam apa-apa kes hendaklah ditafsirkan sebagai memberi kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tempoh maksimum hukuman buruh paksa yang baginya sesuatu hukuman boleh dijatuhkan dalam kes itu sebelum sahaja mula berkuat kuasanya *Akta ini.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah, Sarawak dan Labuan— lihat P.U. (A) 407/1991 m.b.p 8 November 1991 dan P.U. (A) 408/1991 m.b.p 8 November 1991.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 345
Tiada seorang pun boleh dijatuhkan hukuman penjara kerja berat atau penjara kerja ringan oleh sesuatu mahkamah; dan tiap-tiap undang-undang yang memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman penjara kerja berat, penjara kerja ringan atau salah satu daripada hukuman penjara yang telah diperihalkan, hendaklah ditafsirkan sebagai memberi kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tempoh yang baginya sesuatu hukuman penjara kerja berat, penjara kerja ringan atau salah satu daripada hukuman penjara yang telah diperihalkan boleh dijatuhkan dalam kes itu sebelum sahaja mula berkuat kuasanya *Akta ini.
Mana-mana orang yang sebelum sahaja mula berkuat kuasanya
*Akta ini sedang menjalani atau kena menjalani sesuatu tempoh hukuman buruh paksa di bawah sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah atau sebagai hukuman yang diringankan bagi sesuatu kesalahan yang baginya dia telah dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikira selepas itu seolah-olah dia telah dijatuhkan hukuman, atau sedang menjalani atau kena menjalani hukuman, penjara dan bukan hukuman buruh paksa bagi tempoh itu.
Mana-mana orang yang sebelum sahaja mula berkuat kuasanya
*Akta ini sedang menjalani atau kena menjalani sesuatu tempoh penjara kerja berat atau penjara kerja ringan di bawah sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah atau sebagai suatu hukuman yang diringankan bagi sesuatu kesalahan yang baginya dia telah dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikira selepas itu seolah-olah dia telah dijatuhkan hukuman, atau sedang menjalani atau kena menjalani hukuman, penjara dan bukan penjara kerja berat atau penjara kerja ringan bagi tempoh itu.
Hukuman seumur hidup
*3. Jika mana-mana orang dikira sebagai telah dijatuhkan hukuman penjara atau kemudian daripada ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, hukuman sedemikian hendaklah disifatkan bagi semua maksud sebagai suatu hukuman penjara selama tiga puluh tahun.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah, Sarawak dan Labuan— lihat P.U. (A) 407/1991 m.b.p 8 November 1991 dan P.U. (A) 408/1991 m.b.p 8 November 1991.
Keadilan Jenayah 7
Penghapusan sebat dengan jari ampai, dsb.
Tiada seorang pun boleh dijatuhkan hukuman sebat dengan jari ampai oleh sesuatu mahkamah; dan tiap-tiap undang-undang yang memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman sebat dengan jari ampai, atau sebat, hendaklah ditafsirkan sebagai memberi kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman sebat dengan rotan.
(Ditinggalkan).
(Ditinggalkan).
8
Akta 345
SENARAI PINDAAN
Undang-Undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 407/1991
P.U. (A) 408/1991
Perintah Pengubahsuaian
Undang-Undang (Akta Keadilan
Jenayah) (Perluasan ke Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak)1991
Perintah Pengubahsuaian
Undang-Undang (Akta Keadilan
Jenayah) (Perluasan ke Wilayah
Persekutuan Labuan) 1991
08-11-1991
08-11-1991
Akta A1302
Akta Keadilan Jenayah
(Pindaan) 2007
07-09-2007
9
Akta 345
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
3
Akta A1302
07-09-2007
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.