Skip to content
ActIn force

Akta Kerja Penyaliran 1954

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1954
Sections
20
Languages
EN · MS

Akta Kerja Penyaliran 1954 is Malaysia Act, cited as Act 354 1954, currently marked in force and first recorded in 1954.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 354

AKTA KERJA

PENYALIRAN 1954

Sebagaimana pada 1 Julai 2014

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Drainage Works Act 1954. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa

Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat

... ... ... ... 1954 (Ordinan No. 1 tahun 1954)

Disemak

... ... ... ... 1988 (Akta 354 m.b.p.

3 November 1988)

Akta 354

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta yang berhubungan dengan kerja penyaliran. [25 Februari 1954] Tajuk ringkas dan pemakaian

Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini—

“kawasan penyaliran‖

ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah seksyen 3

sebagai suatu kawasan penyaliran;

―kerja penyaliran‖ termasuklah pembinaan dan penyenggaraan parit dan anak sungai, tambak, pembentungan, pintu-air sluis, pintu air, lorong masuk dalam rizab penyaliran dan kerja lain yang serupa;

―pemunya‖ ertinya tuan punya berdaftar bagi mana-mana tanah di

*Semenanjung Malaysia dan pemunya di sisi undang-undang atau pemegang mengikut pemegangan adat bagi mana-mana tanah;

* CATATAN− Semua rujukan kepada ―Negeri-Negeri Malaysia Barat‖ hendaklah disifatkan sebagai rujukan kepada ―Semenanjung Malaysia‖ – lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

6

Undang-Undang Malaysia

―penghuni‖ termasuklah seseorang penerima pajak atau penyewa dan petani atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana tanah;

―pihak berkuasa berkenaan‖ ertinya Raja dalam Mesyuarat atau

Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Negeri yang berkenaan;

―tanah‖ termasuklah mana-mana tanah sama ada dipegang di bawah hakmilik atau dihuni dengan jangkaan yang hakmilik akan didaftarkan atau selainnya.

Perisytiharan kawasan penyaliran

(1)

Pihak berkuasa berkenaan boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan mana-mana tanah dalam mana-mana kawasan yang terlibat dengan apa-apa kerja penyaliran yang dibenarkan atau dijalankan, secara keseluruhan atau sebahagian, oleh

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri menjadi suatu kawasan penyaliran, dan pemberitahuan itu hendaklah menyatakan sempadan kawasan penyaliran yang diwujudkan di situ.

(2)

Pihak berkuasa berkenaan boleh dengan cara yang sama membatalkan mana-mana pemberitahuan itu, atau memperluaskan atau selainnya mengubah sempadan mana-mana kawasan penyaliran, atau mengeluarkan daripada pemberitahuan itu tanah yang dahulunya termasuk di dalamnya.

Pelantikan Lembaga Penyaliran

(1)

Pihak berkuasa berkenaan hendaklah melalui pemberitahuan dalam Warta yang disiarkan pada masa yang sama seperti pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen 5(1), dan boleh dari semasa ke semasa kemudian daripada itu melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik suatu Lembaga Penyaliran, dalam Akta ini disebut sebagai ―Lembaga‖, berkenaan dengan tiap-tiap kawasan penyaliran atau kawasan penyaliran yang dicadangkan.

Kerja Penyaliran 7

(2)

Tiap-tiap Lembaga itu hendaklah terdiri daripada seorang

Pengerusi yang dilantik oleh pihak berkuasa berkenaan, pegawai penjaga bagi kawasan penyaliran dan mana-mana pekhidmat awam dan orang lain yang boleh dilantik oleh pihak berkuasa berkenaan itu.

(3)

Tiap-tiap pelantikan itu hendaklah terhenti dan tamat apabila berakhirnya tahun yang berkenaan dengan pelantikan itu dibuat.

(4)

Semua persoalan di mesyuarat Lembaga hendaklah ditentukan oleh majoriti anggota yang hadir sendiri dan mengundi dan jika berlaku bilangan undi sama banyak Pengerusi hendaklah memberikan undi pemutus.

(5)

Lembaga bolehlah membuat kaedah-kaedah bagi penjalanan prosidingnya.

Perisytiharan cadangan untuk menubuh atau mengubah kawasan penyaliran

(1)

Apabila dicadangkan untuk membuat apa-apa perisytiharan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 3, pihak berkuasa berkenaan hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu pemberitahuan tentang cadangannya untuk berbuat demikian, dengan menyatakan tanah yang terlibat. Salinan pemberitahuan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiarannya, ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat di kawasan terletaknya tanah yang terlibat.

(2)

Dalam masa satu bulan dari penyiaran apa-apa pemberitahuan sedemikian dalam Warta pemunya atau penghuni mana-mana tanah yang termasuk dalam pemberitahuan itu boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga, menyatakan alasan bantahannya.

(3)

Lembaga hendaklah menimbangkan bantahan itu dan boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan orang yang membantah itu hadir sendiri atau oleh peguam belanya dan menyatakan kesnya.

(4)

Pengerusi hendaklah mengemukakan kepada pihak berkuasa berkenaan akan syor Lembaga berkenaan dengan apa-apa bantahan.

8

Undang-Undang Malaysia

Lembaga membuat syor

Sebagai tambahan kepada pendengaran bantahan itu Lembaga boleh membuat syor tentang mana-mana atau kesemua perkara yang berikut:

(a)

perluasan atau perubahan sempadan kawasan penyaliran;

(b)

tambahan kepada atau pembaikan kerja penyaliran yang sedia ada;

(d)

penggunaan, jika dipertikaikan, mana-mana kerja penyaliran yang kos baginya dibayar dengan kadar penyaliran;

(e)

memberi kontrak atau mengeluarkan pesanan bagi pembinaan kerja penyaliran yang bagi maksud itu

Lembaga boleh menghendaki supaya dibekalkan dengan apa-apa pelan dan spesifikasi sebagaimana yang perlu bagi pemahaman yang wajar tentang jenis kerja yang akan diusahakan;

(f)

apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya pihak berkuasa boleh meminta pandangan Lembaga.

Pihak berkuasa berkenaan tidak terikat dengan syor Lembaga

Pihak berkuasa berkenaan hendaklah memberi pertimbangan wajar kepada apa-apa syor yang dibuat oleh Lembaga di bawah Akta ini tetapi adalah tidak terikat untuk bertindak mengikut syor itu.

Pengenaan kadar penyaliran

(1)

Pihak berkuasa berkenaan boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengenakan ke atas semua atau mana-mana tanah dalam mana-mana kawasan penyaliran suatu kadar tahunan, kemudian daripada ini disebut ―kadar penyaliran‖, bagi menampung kos kerja penyaliran yang melibatkan kawasan penyaliran itu, dan

Kerja Penyaliran 9

boleh dengan cara yang sama membatal atau mengubah kadar tahunan itu:

Dengan syarat tiada kadar boleh dikenakan di bawah seksyen ini ke atas mana-mana tanah sehingga kerja penyaliran yang berkenaan dengannya kadar itu dikenakan telah siap.

(2)

Apa-apa kadar penyaliran hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa kadar, penilaian atau liabiliti lain yang dikenakan ke atas mana-mana tanah dalam sesuatu kawasan penyaliran mengikut terma-terma dokumen hakmilik yang di bawahnya tanah itu dipegang atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Kadar remitan dalam hal yang tertentu

Pihak berkuasa berkenaan boleh meremit sebahagian atau keseluruhan sama ada secara am atau dalam hal tertentu, dan tertakluk kepada apa-apa sekatan dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan, kadar penyaliran yang dikenakan atas mana-ana tanah dalam kawasan penyaliran yang pada pendapatnya tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada kerja penyaliran dalam kawasan itu.

Cara mendapat kembali

Kecuali sebagaimana yang boleh diperuntukkan selainnya oleh kaedah di bawah seksyen 16, semua wang yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa kadar penyaliran di bawah Akta ini hendaklah dipungut, setakat mana pungutan itu boleh dipratikkan, dengan cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi pungutan hasil tanah.

Gangguan terhadap kerja penyaliran

(1)

Mana-mana orang yang tanpa mendapat kuasa daripada pegawai penjaga bagi kerja penyaliran itu−

(a)

menghalang atau menggalang mana-mana kerja penyaliran atau menyebabkan mana-mana kerja penyaliran menjadi terhalang atau tergalang;

10

Undang-Undang Malaysia

(c)

meletakkan apa-apa perangkap ikan dalam mana-mana kerja penyaliran;

(d)

memecah atau memotong tebing atau sisi mana-mana kerja penyaliran;

(e)

membuka, menutup atau selainnya mengganggu mana-mana pintu-air sluis, pintu air, alat kawal atur, paip, batu aras, tolok air atau kerja lain yang menjadi sebahagian daripada kerja penyaliran itu;

(f)

menyebabkan atau membiarkan buah, daun-daun, bahan pokok, batang pokok atau tumbuhan lain tumbuh melampaui atau masuk ke dalam mana-mana kerja penyaliran atau gagal mengambil langkah-langkah yang memadai untuk mencegah yang sedemikian itu; atau

(g)

membawa apa-apa binatang, atau menyebabkan atau membiarkan apa-apa binatang berkeliaran ke atas tebing atau sisi mana-mana kerja penyaliran, boleh dipenjarakan selama enam bulan atau didenda sebanyak lima ratus ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Jika tanah mana-mana orang mendapat faedah disebabkan oleh apa-apa gangguan ke atas mana-mana kerja penyaliran beban membukti hendaklah terletak ke atas orang itu bahawa dia tidak mengganggu atau menyebabkan gangguan itu.

(3)

(a)

Pegawai penjaga bagi mana-mana kawasan penyaliran boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pemunya atau penghuni mana-mana tanah dalam mana-mana kawasan dalam mana-mana waktu sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam notis tersebut, tidak kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyerahan notis tersebut kepada orang yang berkenaan, supaya mengambil apa-apa langkah mengenai mana-mana pokok atau tumbuhan lain di atas tanah itu sebagaimana yang perlu bagi menjamin bahawa tiada buah, daun, dahan pokok, batang pokok atau tumbuhan lain tumbuh melampaui atau masuk ke dalam mana-mana kerja penyaliran.

Kerja Penyaliran 11

(b)

Jika berlaku keingkaran dalam mematuhi notis itu, dalam masa yang dinyatakan di dalamnya, pegawai penjaga bagi kawasan penyaliran itu boleh memasuki tanah itu dan menyebabkan tindakan itu diambil sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu dan boleh mendapatkan kembali kos bagi, dan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankannya, apa-apa kerja yang perlu dari pemunya atau penghuni tersebut di mana-mana Mahkamah yang berbidang kuasa kompeten.

(c)

Penyerahan apa-apa notis di bawah subseksyen ini bolehlah dilaksanakan dengan cara yang sama seperti penyerahan sesuatu notis yang boleh dilaksanakan di bawah Kanun Tanah Negara.

Pembinaan parit yang tidak dibenarkan

Mana-mana orang yang hendak membina apa-apa terusan, anak sungai, parit, longkang atau kolam dalam mana-mana kawasan penyaliran supaya dapat disambungkan dengan mana-mana kerja penyaliran tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu bagi pembinaan itu daripada pegawai penjaga bagi kawasan itu boleh dipenjarakan selama enam bulan atau didenda sebanyak lima ratus ringgit atau kedua-duanya.

Penggunaan kenderaan dan sampan tanpa kebenaran

(1)

Pegawai penjaga bagi mana-mana kawasan penyaliran hendaklah mempunyai kuasa untuk melesenkan sampan dan kraf kecil yang menggunakan parit, terusan atau alur limpah dalam kawasan penyaliran yang dalam jagaannya. Lesen-lesen itu adalah sah hanya dalam kawasan penyaliran itu. Pegawai penjaga boleh menolak daripada melesenkan mana-mana sampan atau kraf yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai yang sampan atau kraf itu berkemungkinan akan digunakan pada bila-bila masa dalam air di luar kawasan penyaliran itu.

(2)

Lesen tersebut adalah sah hanya sehingga 31 Disember, atau di Negeri Kedah, pada hari terakhir Zulhijjah, pada tahun ia telah dikeluarkan, dan fi lesen adalah satu ringgit bagi setiap sampan dan kraf.

12

Undang-Undang Malaysia

(3)

Pegawai penjaga mana-mana kawasan penyaliran boleh memberi kebenaran secara bertulis untuk membawa masuk dan menggunakan di dalamnya mana-mana kraf yang tidak digerakkan oleh jentera, yang telah dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Mana-mana orang yang membawa masuk ke dalam mana-mana kawasan penyaliran, atau menggunakan di dalamnya, mana-mana kraf tidak berlesen, atau mana-mana kraf yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkenaan dengannya kebenaran secara bertulis telah tidak didapatkan terlebih dahulu di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan.

(5)

Mana-mana orang yang, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada pegawai penjaga bagi mana-mana kawasan penyaliran−

(a)

memandu, menarik atau menolak mana-mana kenderaan, selain basikal, atau menyebabkan mana-mana kenderaan sedemikian dipandu, ditarik atau ditolak di sepanjang tebing atau sisi mana-mana saluran penyaliran atau benteng; atau

(b)

mengapung, atau menyebabkan terapung dalam mana-mana saluran penyaliran apa-apa kayu atau bahan lain, melakukan suatu kesalahan.

(6)

Mana-mana orang yang disabit melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dipenjarakan selama tiga bulan atau didenda sebanyak dua ratus ringgit atau kedua-duanya.

Pegawai penjaga sesuatu kawasan penyaliran

Tiap-tiap kawasan penyaliran hendaklah berada dalam jagaan seorang Jurutera Pengaliran dan Saliran atau pegawai lain sedemikian sebagaimana yang pihak berkuasa berkenaan boleh dari semasa ke semasa melantik, dan Jurutera Pegaliran dan Saliran itu, atau pegawai lain itu hendaklah dikenali, dan disebut dalam Akta ini, sebagai pegawai penjaga bagi kawasan penyaliran itu.

Kerja Penyaliran 13

Pendakwaan

Pegawai penjaga mana-mana kawasan penyaliran boleh menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini yang berhubungan dengan kawasan penyaliran itu.

Kaedah-kaedah

Pihak berkuasa berkenaan boleh membuat kaedah-kaedah−

(a)

untuk menetapkan cara menentukan kadar penyaliran yang akan dikenakan ke atas mana-mana tanah;

(b)

untuk menetapkan cara memungut amaun terakru yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa kadar penyaliran;

Kuasa untuk menangkap

Mana-mana penghulu atau penggawa, mana-mana pegawai polis atau mana-mana pegawai Jabatan dan saliran berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor, boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen 11, 12 atau 13, dan hendaklah dengan serta-merta membawa orang itu di hadapan pegawai penjaga bagi kawasan penyaliran yang boleh, jika diberi kuasa sedemikian, mengkompaunkan kesalahan itu di bawah seksyen 18 atau boleh mengarahkan supaya orang yang ditangkap itu dikemukakan di hadapan seorang Majistret.

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

(1)

Pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberi kuasa kepada mana-mana Jurutera Pengaliran dan Saliran dengan nama untuk menerima daripada mana-mana orang yang terhadapnya wujud suatu prasangka yang munasabah bahawa orang itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini suatu jumlah wang yang tidak melebihi tujuh puluh lima ringgit sebagai komposisi bagi kesalahan yang orang itu disyaki telah melakukannya, dan semua jumlah wang yang diterima oleh seseorang Jurutera

14

Undang-Undang Malaysia

Pengairan dan saliran hendaklah dikreditkan ke dalam hasil am

Malaysia.

(2)

Selepas pembayaran jumlah wang itu tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berhubung dengan kesalahan yang baginya komposisi itu telah diterima.

Hak akses

Semua pekhidmat awam dan semua kontraktor dan pekerja yang berkenaan dengannya diberi kuasa sewajarnya hendaklah mempunyai, pada setiap masa yang munasabah, akses bebas ke semua tanah bagi maksud pembinaan kerja penyaliran dan bagi maksud melakukan segala tindakan perlu atau permulaan yang berkenaan dengannya, dan bolehlah bagi maksud itu membawa ke atas tanah itu apa-apa logi tinjauan, kejuruteraan atau binaan, kelengkapan atau stor.

Pemansuhan dan kecualian

Enekmen-enakmen yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Jadual ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual tersebut:

Dengan syarat bahawa−

(a)

apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah mana-mana

Enakmen itu yang dengan ini dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa perisytiharan, kadar atau kaedah yang dibuat atau dikenakan di bawah mana-mana Enakmen itu yang dengan ini dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat atau dikenakan di bawah Akta ini dan boleh dibatalkan atau diubah dengan cara yang sama seolah-olah ia telah dibuat atau dikenakan di bawah Akta ini.

___________________________________

Kerja Penyaliran 15

JADUAL

[Seksyen 20]

(1)

N.M.B. Bab 144

(2)

Enakmen Kerja Penyaliran

(3)

Keseluruhannya

Enakmen Johor

No. 17 tahun 1940

Enakmen Kerja Penyaliran 1940

Keseluruhannya

Enakmen Kedah

No. 11 tahun 1346

Enakmen No. 30

(Kadar Penyaliran)

Keseluruhannya

Enakmen Kelantan

No. 18 Tahun 1935

Enakmen Sungai dan

Penyaliran, 1935

Bahagian III

______________________________________________

16

Akta 354

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari

Ord. No. 60/1956 Ordinan Majlis Lantikan Negeri-Negeri 01-09-1956

Selat (Pertukaran Nama) 1956

L.N. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 14-10-1958

(Ubah suaian Undang-Undang)

(Ordinan dan Proklamasi) 1958

Akta 56/1956 Kanun Tanah Negara 01-01-1966

Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

_______________

34

Akta 354

SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

3

11

12

13

18

Ord. 60/1956

Akta 56/1965

Akta 160

Akta 160

Akta 160

Akta 160

01-09-1956 13-11-1958

13-11-1958

13-11-1958 01-01-1966 29-08-1975

29-08-1975

29-08-1975

29-08-1975

___________________

Common questions

What is Akta Kerja Penyaliran 1954?
Akta Kerja Penyaliran 1954 is Malaysia Act, cited as Act 354 1954, currently marked in force and first recorded in 1954.
Is Akta Kerja Penyaliran 1954 still in force?
Yes — Akta Kerja Penyaliran 1954 is currently in force.
When did Akta Kerja Penyaliran 1954 take effect?
Akta Kerja Penyaliran 1954 was first recorded in 1954.
How many sections does Akta Kerja Penyaliran 1954 have?
Akta Kerja Penyaliran 1954 contains 20 sections.
Where can I read the official version of Akta Kerja Penyaliran 1954?
The official text of Akta Kerja Penyaliran 1954 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.