Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Yang di-Pertuan Agong
(Penjalanan Fungsi) 1957.
6
Undang-Undang Malaysia
/akn/my/act/act/1957/373
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957 is Malaysia Act, cited as Act 373 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Opening note
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Yang di-Pertuan Agong
(Penjalanan Fungsi) 1957.
6
Undang-Undang Malaysia
Tafsiran
“fungsi pemerintah berdaulat” ertinya fungsi Yang di-Pertuan
Agong.
Penjalanan fungsi pemerintah berdaulat oleh seorang Raja
Pada bila-bila masa oleh sebab jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan
Agong sakit atau tidak ada di Malaysia bagi satu tempoh yang dijangka akan melebihi lima belas hari, atau kerana apa-apa sebab lain, Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi pemerintah berdaulat dalam hal jika fungsi itu kena di bawah Fasal (1) Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan dijalankan olehnya, fungsi itu hendaklah kena dijalankan oleh Raja yang
Negerinya ialah yang pertama dalam senarai yang disenggarakan di bawah seksyen 4 Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan jika dia boleh dan sanggup menjalankan fungsi itu atau, jika Raja itu tidak boleh dan tidak sanggup, dengan itu Raja yang pertama selepasnya (mengikut susunan terletaknya Negeri-Negeri mereka dalam senarai itu) yang boleh dan sanggup menjalankannya.
Sumpah jawatan
Sebaik sahaja Raja yang berhak di bawah seksyen 3 menandakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kesanggupannya untuk menjalankan fungsi pemerintah berdaulat itu dia hendaklah, selepas mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Jadual di hadapan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan (atau semasa ketiadaannya di hadapan hakim Mahkamah
Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada), berhak menjalankan dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 7, menjalankan fungsi itu sehingga pelantikan seorang Raja untuk menjalankan fungsi itu dibuat di bawah seksyen 5 oleh Majlis Raja-Raja.
Kuasa Majlis Raja-Raja
Pada mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas itu berikutan pengangkatan sumpah oleh Raja itu di bawah seksyen 4 Majlis
Raja-Raja hendaklah, melainkan jika pada tarikh itu Yang
Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi)
7
di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalankan fungsi itu (dan tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua yang dibuat sebelumnya di bawah Akta ini), melalui ketetapan melantik seorang Raja (yang merupakan seorang Raja yang layak untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk menjalankan fungsi pemerintah berdaulat; dan Raja itu hendaklah, selepas mengangkat sumpah jawatan yang ditetapkan oleh seksyen 4, berhak menjalankan dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 7, menjalankan fungsi tersebut.
Parlimen hendaklah diberitahu tentang penjalanan fungsi pemerintah berdaulat
Apabila seorang Raja telah mengangkat sumpah jawatan yang ditetapkan oleh seksyen 4 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah sesudah itu memberitahu hakikat bahawa Raja itu sedang menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong secara bertulis kepada kedua-dua Majlis Parlimen.
Pemberhentian penjalanan fungsi pemerintah berdaulat
Seorang Raja yang sedang menjalankan fungsi pemerintah berdaulat di bawah Akta ini hendaklah terhenti menjalankan fungsi itu sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong menyambung semula atau mengambil alih fungsi itu.
Raja yang menjalankan fungsi pemerintah berdaulat sakit, dsb.
Apabila seorang Raja yang sedang menjalankan fungsi pemerintah berdaulat di bawah Akta ini tidak dapat menjalankan fungsi itu kerana sakit atau tidak ada di Malaysia bagi suatu tempoh yang dijangka tidak akan melebihi lima belas hari atau apa-apa sebab lain, fungsi pemerintah berdaulat itu hendaklah kena dijalankan oleh Raja yang sepatutnya berhak di bawah seksyen 3 untuk menjalankan fungsi itu jika pada tarikh Raja yang pertama sekali disebut terhenti menjalankan fungsi itu mana-mana kejadian yang diperihalkan dalam seksyen 3 telah berlaku terlebih dahulu; dan
Akta ini hendaklah terpakai seolah-olah sebutan dalamnya mengenai
Timbalan Yang di-Pertuan Agong termasuklah sebutan mengenai
Raja yang pertama sekali disebut dalam seksyen ini.
8
Undang-Undang Malaysia
Kecualian
Tertakluk kepada Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menjejaskan penjalanan fungsi oleh seorang Raja sebagai Raja bagi Negerinya.
Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi)
JADUAL
[Seksyen 4]
SUMPAH JAWATAN OLEH SEORANG RAJA YANG MENJALANKAN
FUNGSI YANG DI-PERTUAN AGONG
Kami.................................................ibni...........................................................................
setelah dipilih untuk melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia di bawah Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957, bersumpah dengan melafazkan:
Wallahi;
Wabillahi;
Watallahi;
maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong yang telah ditetapkan dan yang akan ditetapkan pada suatu masa ke suatu masa yang ke hadapan ini oleh undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 373
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A885
Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 24-06-1994
Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi)
11
Akta 373
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 4
Akta A885 24-06-1994
12
Undang-Undang Malaysia