Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan
Akta
Menteri
Kewangan
(Pemerbadanan) 1957.
/akn/my/act/act/1957/375
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA MENTERI KEWANGAN (PEMERBADANAN) 1957 is Malaysia Act, cited as Act 375 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan
Akta
Menteri
Kewangan
(Pemerbadanan) 1957.
Tafsiran
“harta” termasuklah semua estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang, dalam, terhadap atau daripada harta, dan benda-benda dalam tindakan.
Pemerbadanan Menteri Kewangan
Perbadanan boleh membawa dan dibawa guaman dalam namanya tersebut dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, dipinda dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, dan, sehingga suatu meterai diperuntukkan di bawah seksyen ini, suatu cap yang
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 375
mengandungi perkataan “Menteri Kewangan” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
Kuasa Perbadanan
Perbadanan boleh memasuki kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada setiap perihalan, dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik dan memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau berurusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
Penyempurnaan dokumen
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai
Perbadanan di hadapan
Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan atau di hadapan pegawai yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, yang hendaklah menandatangani setiap surat ikatan tersebut, dokumen atau surat cara lain yang meterai perbadanan itu dicapkan, dan tandatangan tersebut hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meterai itu adalah meterai yang sah bagi Perbadanan.
Meletak hak harta
Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah, meletak hak pada Perbadanan mana-mana harta, alih atau tak alih yang sedang terletak hak pada mana-mana pegawai awam atau pihak berkuasa dan, apabila berkuat kuasanya apa-apa Perintah tersebut, harta yang
Perintah tersebut berkaitan hendaklah, tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pindah milik, terletak hak pada
Perbadanan bagi gelaran, estet atau kepentingan yang sama dan pada tempoh yang sama sebagaimana yang sama telah terletak hak atau dipegang sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Perintah itu.
Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan Perintah, meletak hak pada mana-mana pegawai awam atau pihak berkuasa apa-apa harta, alih atau tak alih, yang sedang terletak hak pada Perbadanan dan, apabila mula berkuat kuasanya apa-apa Perintah tersebut, harta yang
Perintah tersebut berkaitan hendaklah, tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pindah milik, terletak hak pada pegawai atau pihak berkuasa tersebut bagi gelaran, estet atau kepentingan yang sama dan untuk tempoh yang sama dan bagi maksud-maksud yang sama sebagaimana yang sama terletak hak atau dipegang sebaik sahaja sebelum Perintah itu berkuat kuasa.
8
Akta 375
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. 332/1958
Perintah Perlembagaan
Persekutuan (Pengubahsuaian
Undang-Undang) (Ordinan dan
Perisytiharan) 1958
13-11-1958
9
Akta 375
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari
6
P.U. 332/1958
13-11-1958