Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Sekuriti Pemegang Amanah
Kerajaan 1957.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Sekuriti Pemegang Amanah Kerajaan 1957 is Malaysia Act, cited as Act 426 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
MALAYSIA
_________
VERSI ATAS TALIAN
TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
_________
Akta 426
AKTA SEKURITI PEMEGANG
AMANAH KERAJAAN 1957
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2013
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi The
Government Trustees Securities Act 1957 sebagaimana yang disemak dalam tahun
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat … … … … … 1957 (Ord. No. 41 tahun 1957)
Disemak … … … … … 1990 (Akta 426 m.b.p 31 Mac 1990
3
Akta 426
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Sekuriti Pemegang Amanah
Kerajaan 1957.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta-Akta Saham Kolonial” ertinya Akta-Akta Parlimen Imperial yang dikenali sebagai Akta-Akta Saham Kolonial 1877 hingga 1948
[40 dan 41 Vict. C. 59; 55 dan 56 Vict. C. 35, 63 dan 64 Vict. C. 62;
24 dan 25 Geo. 5 c.47];
“Crown Agents” ertinya orang atau orang-orang yang sedang bertindak sebagai Crown Agents bagi Kerajaan dan Pentadbiran Luar
Negeri di England atau mana-mana satu daripadanya.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 426
Pemakaian Akta
Akta ini hendaklah terpakai bagi semua sekuriti yang sehingga kini diwujudkan atau dikeluarkan atau disifatkan telah diwujudkan atau dikeluarkan bagi pihak Kerajaan Malaysia atau kemudian daripada ini diwujudkan atau dikeluarkan bagi pihak Kerajaan
Malaysia yang baginya Akta-Akta Saham Kolonial sedang terpakai dan yang sedang didaftarkan di United Kingdom mengikut Akta-Akta tersebut, setiap satu dan kesemua sekuriti itu kemudian daripada ini disebut sebagai “sekuriti Kerajaan Persekutuan”.
Dengan syarat bahawa Akta ini tidak terpakai bagi sekuriti yang dikeluarkan selepas Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403]
mula berkuat kuasa.
Peruntukan bagi pembayaran wang kepada pemegang saham
Apabila menurut penghakiman muktamad, dekri, kaedah atau perintah mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten di United Kingdom, apa-apa jumlah wang diputuskan atau ditetapkan kena dibayar oleh Kerajaan Malaysia berkenaan dengan mana-mana sekuriti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan hendaklah dengan serta-merta membayar jumlah wang itu daripada kumpulan wang milik Kerajaan yang dipegang oleh Crown Agents, tanpa peruntukan lanjut selain Akta ini.
Bagi maksud seksyen ini “penghakiman muktamad, dekri, kaedah atau perintah” ertinya dalam hal rayuan penghakiman muktamad, dekri, kaedah atau perintah mahkamah terakhir yang mendengar rayuan itu.
Perakuan oleh Crown Agents
Bagi membolehkan tiap-tiap pembayaran itu dibuat dengan sempurnanya, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Crown
Agents, yang menyatakan jumlah wang yang telah dibayar di bawah
Sekuriti Pemegang Amanah Kerajaan 7
perintah mana-mana mahkamah sedemikian, adalah kuasa yang mencukupi untuk Ketua Audit Negara atau pegawai lain yang mengaudit akaun mereka bagi meluluskan jumlah wang itu tanpa peruntukan lanjut.
Perundangan tertentu akan dipersetujui dengan Kerajaan
United Kingdom
Perundangan yang didapati oleh Kerajaan Baginda Queen di
United Kingdom mengubah mana-mana peruntukan yang menyentuh sekuriti Kerajaan yang akan menjejaskan pemegang atau melibatkan penyimpangan daripada kontrak asal mengenai sekuriti tersebut, tidak boleh dikemukakan untuk diperkenankan kecuali selepas persetujuan dengan Kerajaan Baginda Queen di United Kingdom, dan jika mana-mana perundangan seperti yang tersebut dahulu menarik perhatian
Kerajaan Malaysia, Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan pindaan sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan Baginda Queen di United Kingdom.
(Ditinggalkan).
8
AKTA 426
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk Ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 22/1963
Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 15-6-1963
9
AKTA 426
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
3
Akta 22/1963 15-06-1963
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.