Skip to content
ActIn force

Akta Syiling Lancungan 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1957
Sections
3
Languages
EN · MS

Akta Syiling Lancungan 1957 is Malaysia Act, cited as Act 429 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

_________

VERSI ATAS TALIAN

TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

_________

Akta 429

Sebagaimana pada 1 Januari 2013

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi

Counterfeit Coin Act 1957 sebagaimana yang disemak dalam tahun 1990.

Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat … … … … … … …1957 (Ord. No. 29

tahun 1957

Disemak … … … … … … …1990 (Akta 429

m.b.p 31 Mac 1990)

3

Akta 429

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pencacatan syiling lancungan. [Semenanjung Malaysia ─ 15 Ogos 1957; Sabah dan Sarawak ─23 September 1965] Tajuk ringkas dan pemakaian

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“melancung” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya oleh Kanun Keseksaan [Akta 574];

“syiling semasa” ertinya apa-apa syiling yang dijadikan oleh undang-undang, wang sah di Malaysia.

6

Undang-Undang Malaysia AKTA 429

Syiling yang disyaki menyusut atau telah dilancung boleh dipotong oleh mana-mana orang yang kepadanya syiling itu ditawarkan

(1)

Jika apa-apa syiling ditawarkan sebagai syiling semasa kepada mana-mana orang yang mengesyaki syiling itu telah menyusut dengan cara selain haus yang munasabah, atau telah dilancung, orang itu boleh memotong, memecahkan membengkokkan atau mencacatkan syiling itu.

(2)

Jika apa-apa syiling yang telah dipotong, dipecahkan, dibengkokkan atau dicacatkan ternyata telah menyusut dengan cara selain haus yang munasabah, atau telah dilancung, orang yang menawarkan syiling itu hendaklah menanggung kerugian berkenaan dengannya.

(3)

Jika syiling itu mempunyai berat yang sewajarnya dan ternyata bahawa ia syiling yang sah, orang yang memotong, memecahkan, membengkokkan atau mencacatkannya hendaklah menerima syiling itu pada nilai mukanya.

(4)

Jika apa-apa pertikaian timbul sama ada syiling yang telah dipotong, dipecahkan, dibengkokkan atau dicacatkan itu telah menyusut dengan cara yang disebut terdahulu, atau dilancung, pertikaian itu boleh didengar dan seterusnya diputuskan secara terus oleh Mahkamah Majistret yang dengan ini diberi kuasa untuk memeriksa dengan sumpah pihak berkenaan dan juga mana-mana orang lain untuk memutuskan pertikaian itu.

(5)

Tiap-tiap pegawai awam, dalam melaksanakan kewajipannya telah ditawarkan kepadanya, sebagai pembayaran apa-apa bahagian daripada hasil mana-mana Kerajaan di Malaysia atau dikemukakan untuk pemeriksaan atau selainnya apa-apa syiling yang ternyata adalah lancungan syiling semasa atau telah menyusut dengan cara yang tidak sah, hendaklah memotong, memecahkan, atau mencacatkan atau menyebabkan dipotong, dipecahkan atau dicacatkan tiap-tiap syiling itu.

7

Akta 429

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk Ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U 349/1965

Perintah Ubah Suaian Undang-undang

(Syiling Lancungan) (Pemerluasan

Negeri-Negeri Borneo) 1965 23-9-1965

8

Akta 429

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

− TIADA ─

Common questions

What is Akta Syiling Lancungan 1957?
Akta Syiling Lancungan 1957 is Malaysia Act, cited as Act 429 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is Akta Syiling Lancungan 1957 still in force?
Yes — Akta Syiling Lancungan 1957 is currently in force.
When did Akta Syiling Lancungan 1957 take effect?
Akta Syiling Lancungan 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does Akta Syiling Lancungan 1957 have?
Akta Syiling Lancungan 1957 contains 3 sections.
Where can I read the official version of Akta Syiling Lancungan 1957?
The official text of Akta Syiling Lancungan 1957 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.