Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pihak-Pihak Berkuasa
Awam (Kawalan Kuasa-Kuasa Meminjam) 1961.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pihak-Pihak Berkuasa Awam (Kawalan Kuasa-Kuasa Meminjam) 1961 is Malaysia Act, cited as Act 383 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN
SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 383
AKTA PIHAK-PIHAK BERKUASA
AWAM (KAWALAN KUASA-KUASA MEMINJAM) 1961
Sebagaimana pada 1 April 2013
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi Public
Authorities (Control of Borrowing Powers) Act 1961, sebagaimana disemak dalam tahun 1989.
Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah seksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), ia bukannya perundangan.
2
Pertama kali diperbuat
…
…
… …
1961 (Akta No. 2
Tahun 1961)
Disemak
…
… … …
1989 (Akta 383 m.b.p
21 September 1989)
3
Akta 383
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pihak-Pihak Berkuasa
Awam (Kawalan Kuasa-Kuasa Meminjam) 1961.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Perbendaharaan” ertinya Menteri Kewangan dan termasuklah mana-mana pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahan
Menteri Kewangan yang kepadanya Menteri telah mewakilkan, atau yang, mengikut seksyen 6 atau 7 Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358], diberi kuasa untuk menjalankan, kuasa di bawah
Akta ini;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 383
“pihak berkuasa awam” ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa berkanun, yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri, yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini, dan mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang dilantik oleh atau yang bertindak bagi pihak mana-mana pihak berkuasa itu.
Sekatan ke atas peminjam
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada pihak berkuasa awam boleh meminjam wang, atau membuat apa-apa jaminan yang melibatkan liabiliti kewangan, kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; dan semasa memberi kebenaran itu
Perbendaharaan boleh, dalam hal pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh mana-mana undang-undang Negeri dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua
Negeri bagi Negeri itu, mengenakan apa-apa terma dan syarat di bawahnya sebagaimana yang difikirkannya patut.
Kontrak, dsb., yang melanggar seksyen 3 adalah terbatal
Apa-apa kontrak, jaminan atau aku janji yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang melanggar seksyen 3 adalah terbatal, dan tiada tindakan boleh dibawa oleh mana-mana orang di bawahnya, kecuali berhubungan dengan pengembalian wang atau balasan lain, jika ada, yang dibayar di bawahnya.
Pindaan Jadual
Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam hal pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya di bawah mana-mana undang-undang Negeri setelah berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta menambah kepada, memotong atau meminda Jadual kepada Akta ini.
Akta Pihak-Pihak Berkuasa Awam (Kawalan 7
Kuasa-Kuasa Meminjam)
JADUAL
[Seksyen 2 dan 5]
1. Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
*2.
Majlis Perbandaran Melaka (Bandaraya Bersejarah).
**3.
Majlis Perbandaran Kota Setar.
4. Majlis Daerah Kuala Muda.
5. Majlis Perbandaran Kelang.
6. Majlis Perbandaran Seberang Perai.
7. Datuk Bandar Bandaraya Kuala Lumpur.
*CATATAN—Majlis Perbandaran Melaka (Bandaraya Bersejarah) sekarang ini dikenali sebagai Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah—lihat Enakmen Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2003 [Enakmen
Melaka No. 2 tahun 2003].
**CATATAN—Majlis Perbandaran Kota Setar sekarang ini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Alor
Setar—lihat Pemberitahuan di bawah Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [K. P.U. 9/2003].
8
Akta 383
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. 98/1962
P.U. 329/1963
Perintah Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1962
Perintah Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1963
29-03-1962
12-12-1963
9
Akta 383
SENARAI SEKSYEN DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual
P.U. 98/1962
P.U. 329/1963
29-03-1962
12-12-1963
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.