/akn/my/act/act/1965/540

AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1965
Sections
14
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 540 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society), dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia—1 Julai 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Bulan Sabit Merah

Open as pageSuggest a correction

Malaysia (Pemerbadanan) 1965.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“hari yang ditetapkan” ertinya hari yang Akta ini mula berkuat kuasa;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 540aysia

“Cawangan” ertinya mana-mana Cawangan Persatuan Palang

Merah British di Sabah atau Sarawak;

“Majlis” ertinya Majlis yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

“Perbadanan” ertinya badan yang diperbadankan di bawah nama

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris

Malaysian Red Crescent Society) oleh Akta ini;

“Perbadanan terdahulu” ertinya badan yang diperbadankan di bawah nama Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu oleh Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu

(Pemerbadanan) 1962 [Akta No. 4 tahun 1962];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat.

Pemerbadanan Perbadanan terdahulu dan Cawangan Persatuan

Seksyen 3

Palang Merah British di Sabah dan Sarawak

Open as pageSuggest a correction

Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah menjadi anggota Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan dan semua orang itu yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent

Society) dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa perihalan harta alih dan tak alih, dan boleh memindahhakkan, memindahmilikkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih yang terletak hak pada

Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 7

Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh

Perbadanan, dan dengan nama yang sama boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dalam semua mahkamah dan mengikut segala cara tindakan dan guaman dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkenaan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan.

Seksyen 4

Tujuan Perbadanan

Open as pageSuggest a correction

Tujuan Perbadanan adalah untuk mengadakan suatu organisasi yang terbuka, tanpa apa-apa diskriminasi atas alasan agama, bangsa atau politik, kepada semua orang di Malaysia untuk membolehkan mereka melaksanakan maksud Perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 5, dan untuk melakukan segala benda lain sebagaimana yang didapati oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan atau berfaedah untuk mencapai tujuan sedemikian.

Seksyen 5

Maksud Perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(a)

pada masa keamanan atau peperangan, untuk menjalankan dan membantu kerja bagi peningkatan kesihatan, pencegahan penyakit dan pengurangan penderitaan di seluruh dunia;

Suggest a correction

(b)

pada masa peperangan, untuk memberikan bantuan sukarela kepada kedua-dua pihak tentera dan pihak bukan beligeren yang sakit dan cedera, kepada tawanan perang dan kepada orang awam yang menderita akibat kesan peperangan, mengikut semangat dan waad Konvesyen

Geneva bagi ameliorasi keadaan orang yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan perang, yang ditandatangani di Geneva pada 12 Ogos 1949;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 540aysia

Suggest a correction

(c)

untuk melaksanakan segala kewajipan yang diturunkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh setiap negara yang telah menyertai Konvensyen tersebut.

Majlis

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Anggota pertama Majlis hendaklah orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan merupakan anggota Majlis yang ditubuhkan di bawah subseksyen 6(1) Akta Persatuan Palang Merah

Persekutuan Tanah Melayu (Pemerbadanan) 1962.

Meterai perbadanan bagi Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan dimeteraikan dengan meterai

Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis bagi maksud itu, di hadapan Pengerusi atau Naib Pengerusi Majlis, dan Setiausaha

Majlis, atau seseorang yang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen, atau surat cara lain itu yang padanya meterai itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicap dengan sewajarnya dan sepatutnya dan meterai itu ialah meterai Perbadanan yang sah.

Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 9

Daftar anggota

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Daftar itu boleh disimpan dalam apa-apa bilangan bahagian sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis dari semasa ke semasa dan kewajipan menyimpan bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada mana-mana anggota atau pegawai Perbadanan itu.

Kaedah-kaedah dan undang-undang kecil

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Menjadi sah bagi Majlis, dari semasa ke semasa, untuk membuat, mengubah atau membatalkan apa-apa kaedah-kaedah dan undang-undang kecil sebagaimana yang didapatinya suai manfaat bagi pengurusan hal ehwal Perbadanan dan bagi mencapai tujuannya, dan semua kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu hendaklah mengikat anggota Perbadanan.

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua hutang dan liabiliti Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan yang sedia ada sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah dibayar oleh Perbadanan, dan semua hutang yang kena dibayar kepada dan yuran dan caruman yang kena dibayar kepada Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan hendaklah dibayar kepada Perbadanan bagi maksud Akta ini.

Penggunaan pendapatan dan harta

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(1)

Pendapatan dan harta Perbadanan, tidak kira daripada mana jua pun diperoleh, hendaklah digunakan semata-mata untuk memajukan tujuan Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dalam

Akta ini, dan tiada bahagian pendapatan dan harta itu boleh dibayar atau dipindahmilikkan secara langsung atau tidak langsung sebagai dividen, bonus atau selainnya tidak kira bagaimana jua pun sebagai keuntungan kepada anggota Perbadanan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menghalang pembayaran saraan yang dibuat dengan suci hati kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat

Perbadanan atau kepada mana-mana anggota Perbadanan sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan kepada Perbadanan.

Suggest a correction

(2)

Liabiliti setiap anggota Perbadanan berkenaan dengan transaksi Perbadanan tidak boleh dalam apa-apa hal melebihi amaun

Persatuan Bulan Sabit Merah (Pemerbadanan) 11

apa-apa yuran tahunan sebagaimana yang kena dibayar oleh anggota itu kepada Perbadanan.

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 13

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak

Open as pageSuggest a correction

Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau hak mana-mana badan keperlembagaan atau pertubuhan perbadanan atau hak mana-mana orang lain kecuali sebagaimana yang disebut dalam

Akta ini dan orang yang menuntut melalui, daripada atau di bawah mereka.

Seksyen 14

Pemansuhan

Open as pageSuggest a correction

(Pemerbadanan) 1962 dengan ini dimansuhkan.

12

Akta 540

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 162

Akta

Persatuan

Palang

Merah

Malaysia (Pertukaran Nama) 1975

05-09-1975

13

Akta 540

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Keseluruhan Akta

Akta 162 05-09-1975

Common questions

What is AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965?
AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 540 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
Is AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 still in force?
Yes — AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 is currently in force.
When did AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 take effect?
AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 was first recorded in 1965.
How many sections does AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 have?
AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 contains 14 sections.
Where can I read the official version of AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965?
The official text of AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1965 (No. 540)