Skip to content
ActIn force

Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019)

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1965
Sections
41
Languages
EN · MS

Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) is Malaysia Act, cited as Act 821 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

Akta 821

AKTA KUMPULAN WANG JUBLI

PULAU PINANG DAN SEBERANG

PERAI 1965

(Disemak — 2019)

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Penang and

Province Wellesley Jubilee Fund Act 1965[Act 821]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

[Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Disemak sehingga

…

…

… … 1 Disember 2019

Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini

…

…

…

27 Disember 2019

Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta

Penyemakan Undang-Undang 1968

[Akta 1]

…

…

27 Disember 2019

____________

Pertama kali diperbuat dalam tahun 1965 sebagai

Akta Parlimen No. 77 tahun 1965

3

Akta 821

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang lebih baik bagi Kumpulan Wang Jubli Perak Pulau Pinang dan Seberang Perai. [30 September 1965] Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau

Pinang dan Seberang Perai 1965.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Ketua Menteri” ertinya Ketua Menteri Pulau Pinang;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Jubli Perak Pulau

Pinang dan Seberang Perai dan termasuklah segala yuran, derma, bunga dan dividen yang dipungut atau diterima oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini;

“Pemegang Amanah” ertinya Ketua Menteri, ex officio, dan tiga orang pemastautin di Negeri Pulau Pinang yang dilantik di bawah seksyen 3;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 821

“Yang di-Pertua Negeri” ertinya Yang di-Pertua Negeri Pulau

Pinang.

Pemegang Amanah Kumpulan Wang

(1)

Ketua Menteri, ex officio, dan tiga orang pemastautin di

Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri hendaklah menjadi Pemegang Amanah bagi Kumpulan Wang yang hendaklah menjadi suatu Perbadanan.

(2)

Perbadanan hendaklah mempunyai nama “Trustees of the

Penang and Province Wellesley Silver Jubilee Fund” dan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(3)

Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

(4)

Tujuan Kumpulan Wang adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk meringankan beban orang miskin dan yang memerlukan di Pulau Pinang; dan

(b)

untuk menyenggara rumah atau penempatan di Pulau

Pinang bagi orang miskin.

(5)

Bagi maksud dan faedah Kumpulan Wang, Perbadanan boleh―

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih;

(c)

menjual, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, menggadaijanjikan, memajak atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan; dan

Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 7

(d)

mengutip dan menerima yuran, derma, bunga dan dividen.

Pengerusi dan jagaan meterai

Ketua Menteri hendaklah menjadi, ex officio, Pengerusi

Perbadanan dan hendaklah mempunyai jagaan meterai Perbadanan.

Pemeteraian dokumen

Semua surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang dikehendaki oleh undang-undang untuk dimeterai hendaklah dimeterai dengan meterai Perbadanan di hadapan Pengerusi dan seorang Pemegang

Amanah yang lain, dan hendaklah juga ditandatangani oleh setiap daripada mereka; dan penandatanganan itu hendaklah diambil sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu.

(1)

Pemegang Amanah hendaklah melantik suatu Jawatankuasa

Am yang terdiri daripada dua belas orang.

(2)

Pemegang Amanah boleh melantik anggota Jawatankuasa Am sama ada secara am atau selama suatu tempoh yang dinyatakan, dan boleh, menurut budi bicara mereka, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa itu.

(3)

Apabila mana-mana anggota Jawatankuasa Am terhenti untuk memegang pelantikan itu, Pemegang Amanah hendaklah melantik anggota baharu.

(4)

Jawatankuasa Am hendaklah mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan Kumpulan Wang itu dan untuk membelanjakan wang

Kumpulan Wang itu bagi maksud yang dinyatakan dalam Akta ini, tetapi hendaklah tertakluk pada kawalan Pemegang Amanah.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 821

(5)

Jawatankuasa Am tidak boleh tidak berupaya untuk bertindak semata-mata oleh sebab terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan Jawatankuasa.

(6)

Tiap-tiap Pemegang Amanah layak dilantik sebagai anggota

Jawatankuasa Am.

(7)

Pemegang Amanah hendaklah melantik seorang Setiausaha dan seorang Bendahari dan mana-mana pegawai lain sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Pemegang Amanah bagi pengurusan

Kumpulan Wang, dan boleh menurut budi bicara mereka, pada bila-bila masa memecat daripada pelantikannya mana-mana pegawai yang dilantik sedemikian.

Jawatankuasa kecil

(1)

Jawatankuasa Am boleh melantik jawatankuasa kecil yang terdiri daripada anggota Jawatankuasa dengan tambahan mana-mana orang lain sebagaimana yang dihasratkan oleh Jawatankuasa dengan kelulusan Pemegang Amanah.

(2)

Jawatankuasa Am boleh pada bila-bila masa, memecat mana-mana orang lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan melantik mana-mana orang lain sebagai ganti mereka dengan kelulusan Pemegang Amanah.

(3)

Jawatankuasa

Am boleh mewakilkan apa-apa kuasa sebagaimana yang difikirkannya patut kepada jawatankuasa kecil.

Kuasa Pemegang Amanah untuk membuat kaedah-kaedah

Pemegang Amanah boleh membuat kaedah-kaedah yang mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan tatacara Jawatankuasa

Am dan jawatankuasa kecil.

Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 9

Wang hendaklah dibankkan

Segala wang yang dipunyai, atau dipungut atau diterima oleh,

Perbadanan, hendaklah didepositkan ke dalam bank Perbadanan.

Penandatanganan cek

(1)

Semua cek yang dikeluarkan daripada akaun bank

Perbadanan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa

Am dan hendaklah ditandatangan balas oleh Bendahari.

(2)

Bank boleh membayar semua cek yang dikeluarkan terhadap akaun itu yang telah ditandatangani dan ditandatangan balas sedemikian.

Pelaburan

(1)

Wang daripada Kumpulan Wang boleh dilaburkan oleh

Perbadanan dalam apa-apa sekuriti yang dalamnya pemegang amanah diberi kuasa oleh undang-undang untuk melaburkan kumpulan wang amanah.

(2)

Semua pelaburan hendaklah dibuat atas nama Perbadanan.

Akaun hendaklah disimpan dan diaudit

Bendahari hendaklah menyimpan akaun Kumpulan Wang yang hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara.

Bendahari hendaklah mengemukakan akaun dan maklumat kepada Pemegang Amanah

Bendahari hendaklah mengemukakan kepada Pemegang Amanah suatu penyata tahunan akaun yang diaudit di bawah seksyen 12 dan hendaklah memberi Pemegang Amanah apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Pemegang Amanah.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 821

Mesyuarat Pemegang Amanah

(1)

Mesyuarat Pemegang Amanah hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Menteri.

(2)

Dua orang Pemegang Amanah, yang Ketua Menteri hendaklah menjadi salah seorang daripadanya, hendaklah membentuk suatu kuorum.

(3)

Dalam keadaan bilangan undi yang sama banyak, Ketua Menteri hendaklah mempunyai undi kedua atau undi pemutus.

11

Akta 821

(Disemak―2019)

Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta

Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

___________

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG

DIGANTIKAN

No.

Tajuk

Akta No. 77 tahun 1965 Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang

Perai, 1965

___________

12

Akta 821

(Disemak―2019)

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-

___________

13

Akta 821

(Disemak―2019)

SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA

PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6

AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1]

Peruntukan

Butir-butir pindaan

Kuasa pindaan

Susunan kandungan

Diubah perenggan 6(1)(vii)

Keseluruhan Akta

Seksyen 1

Perkataan

“Yang di-Pertua

Negeri”

menggantikan

“Governor”

Seksyen 2

Perkataan

“subcommittees”

menggantikan “sub-committees”

Seksyen 4

Noktah pada akhir nota bahu ditinggalkan perenggan 6(1) (xvii)

perenggan 6(1)(xv)

perenggan 6(1) (xxiv)

perenggan 6(1)(xvi)

Tarikh kuat kuasa

Perkataan “30 September 1965”

menggantikan

“30th

September,

1965”

perenggan 6(1)(iii)

Ayat mengundang-undangkan

Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(f)

seksyen 1

Koma sebelum perkataan “1965”

ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi)

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 821

Peruntukan

Butir-butir pindaan

Kuasa pindaan seksyen 2

Seksyen 1

Dalam tafsiran “Fund” ―

a.

koma menggantikan perkataan “and”

b. Perkataan

“collected and”

dimasukkan selepas perkataan

“dividends”

Seksyen 2

Tafsiran “Trustees” dimasukkan selepas tafsiran “Fund”

Seksyen 3

Dalam tafsiran

“Governor”, perkataan

“Yang di-Pertua

Negeri”

menggantikan

“Governor”

perenggan 6(1)(xvi)

perenggan 6(1)(iii)

perenggan 6(1)(xxiv)

perenggan 6(1)(xvii)

seksyen 3

Dalam nota bahu, perkataan

“Trustees of the

Fund”

menggantikan

“Trustees of the

Penang and Province Wellesley

Silver Jubilee Fund”

perenggan 6(1)(xxi)

perenggan 3(1)(a)

Disusun semula dan dinomborkan semula sebagai subseksyen 3(1)

dengan perubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii),

(xxi)

dan (xxiv)

perenggan 3(1)(b)

dan (c)

Disusun semula dan dinomborkan semula sebagai subseksyen 3(2)

dengan perubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii),

(xxi)

dan (xxiv)

subseksyen 3(2)

Disusun semula, dibahagi dan dinomborkan semula sebagai subseksyen 3(3)

dan perenggan 3(5)(a) hingga (d) dengan perubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii)

dan (xxiv)

subseksyen 3(3)

Disusun semula, dibahagi dan dinomborkan semula sebagai perenggan 3(4)(a) dan (b) dengan perubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii),

Seksyen 1

Dalam nota bahu, perkataan

“custody”

menggantikan

“keeper”

perenggan 6(1)(iii)

Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 15

Peruntukan

Butir-butir pindaan

Kuasa pindaan

Seksyen 2

Perkataan

“the”

dimasukkan sebelum perkataan “Chairman”

perenggan 6(1)(xv)

seksyen 5

Perkataan

“the signing”

menggantikan “such signing”

perenggan 6(1)(xxi)

subseksyen 6(2)

hingga 6(6)

Perkataan

“General”

dimasukkan sebelum perkataan “Committee” di mana-mana jua terdapat, kecuali di baris terakhir subseksyen (2) dan (5)

perenggan 6(1)(iii)

subseksyen 6(2)

Perkataan “revoke” menggantikan

“cancel”

perenggan 6(1)(iii)

subseksyen 6(7)

Perkataan “as the Trustees consider”

menggantikan “as they may consider”

perenggan 6(1)(iii) dan

Seksyen 1

Disusun semula, dibahagi dan dinomborkan semula sebagai subseksyen 7(1)

hingga

Seksyen 2

Nota bahu

“Subcommittees”

dimasukkan sebelum seksyen baharu 7

perenggan 6(1)(xii), (xiii), dan (xxiv)

perenggan 6(1) (xxiv)

subseksyen 6(9)

Seksyen 2

Nota bahu “Power of Trustees to make rules” dimasukkan sebelum seksyen baharu 8

perenggan 6(1)(xii)

perenggan 6(1)(xxiv)

seksyen 7

Seksyen 2

Perkataan

“received from subscribers, and all other moneys”

selepas perkataan “All moneys”

ditinggalkan perenggan 6(1)(xii)

perenggan 6(1)(xxi)

seksyen 8

Dinomborkan semula sebagai seksyen 10

perenggan 6(1)(xii)

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 821

Peruntukan

Butir-butir pindaan

Kuasa pindaan seksyen 9

Seksyen 2

Perkataan “The moneys of”

menggantikan “Moneys belonging to”

perenggan 6(1)(xii)

perenggan 6(1)(xxi)

seksyen 10

Seksyen 2

Koma selepas perkataan “Fund”

ditinggalkan

Seksyen 3

Perkataan “Auditor General”

menggantikan “Auditor-General”

perenggan 6(1)(xii)

perenggan 6(1)(xvi)

perenggan 6(1)(xv)

seksyen 11

Seksyen 2

Perkataan “under” menggantikan

“as provided in”

Seksyen 3

Perkataan “seksyen 12”

menggantikan “seksyen 10”

Seksyen 4

Koma sebelum perkataan “and shall” ditinggalkan

Seksyen 5

Perkataan “from time to time”

ditinggalkan perenggan 6(1)(xii)

perenggan 6(1)(xxi)

perenggan 6(1)(xix)

perenggan 6(1)(xvi)

perenggan 6(1)(xxi)

seksyen 12

Seksyen 2

Perkataan “thinks” menggantikan

“may consider”

perenggan 6(1)(xii)

perenggan 6(1)(iii) dan

Common questions

What is Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019)?
Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) is Malaysia Act, cited as Act 821 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
Is Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) still in force?
Yes — Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) is currently in force.
When did Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) take effect?
Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) was first recorded in 1965.
How many sections does Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) have?
Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) contains 41 sections.
Where can I read the official version of Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019)?
The official text of Akta Kumpulan Wang Jubli Pulau Pinang dan Seberang Perai 1965 (Disemak - 2019) is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.