/akn/my/act/act/1966/335

AKTA PERTUBOHAN 1966

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1966
Sections
74
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA PERTUBOHAN 1966 is Malaysia Act, cited as Act 335 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.

Bahagian

BAHAGIAN 1-PERUNTOKAN $ ^{2} $ YANG DI-PAKAI BAGI PERTUBOHAN $ ^{2} $ 'AM-NYA

Sekshen

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Pemereksaan suratan $ ^{2} $ dan kedudokan di-sisi keterangan bagi salinan $ ^{2} $ yang di-peraku oleh Pendaftar.

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Ma'alumat yang kena di-beri oleh pertubohan $ ^{2} $ , perentah Pendaftar supaya ma'alumat di-beri, Pendaftar meluluskan odit dan perentah sementara untok pembubaran.

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Akibat perentah Menteri di-bawah sekshen 5, penolakan pendaftaran pertubohan tempatan oleh Pendaftar di-bawah sekshen 7 dan pembatalan pendaftaran sa-suatu pertubohan berdaftar di-bawah sekshen 13.

Bahagian

BAHAGIAN 2—PERUNTOKAN² YANG DI-PAKAI BAGI PERTUBOHAN² FAEDAH BERSAMA SAHAJA

Bahagian

BAHAGIAN 3—PELBAGAI PERUNTOKAN YANG DI-PAKAI BAGI PERTUBOHAN $ ^{2} $ 'AM-NYA

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Orang $ ^{2} $ yang membenarkan pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ dalam bangunan.

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Seksaan kerana menghasut, dsb. sa-saorang supaya menjadi sa-orang anggota pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

Seksaan kerana mendapatkan yuran atau bantuan untok pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ .

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

Tanggongan pemegang-jawatan pertubohan yang pendaftarannya telah di-batalkan di-bawah sekshen 13.

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

Pertubohan yang menggunakan upachara Triad di-sifatkan sabagai pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

Kuasa Pendaftar atau Penolong Pendaftar bagi memasoki tempat yang di-simpan sa-bagai tempat meshuarat.

Jadual

Suggest a correction

Jadual 2.

MALAYSIA

Act Parlimen

No. 13 tahun 1966

ACT PERTUBOHAN, 1966

Suatu Act bagi meminda dan menyatukan undang $ ^{2} $ berhubong dengan pendaftaran pertubohan $ ^{2} $ .

MAKA INI-LAH DI-PERBUAT UNDANG $ ^{2} $ oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Ra'ayat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripada-nya saperti berikut:

BAHAGIAN 1-PERUNTOKAN $ ^{2} $ YANG DI-PAKAI BAGI PERTUBOHAN $ ^{2} $ 'AM-NYA

1. (1) Act ini boleh-lah di-namakan Act Pertubohan, 1966 dan terta'alok kapada sekshen-kechil (2) dalam sekshen ini hendak-lah berjalan kuatkuasa-nya pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta Kerajaan, dan tarikh itu tidak-lah boleh lebeh awal daripada tarikh pemberitahu itu di-siarkan.

(2)

Menteri boleh, melaluii pemberitahu dalam Warta Kerajaan, menggantong kuatkuasa segala atau mana $ ^{2} $ daripada peruntokan $ ^{2} $ Act ini di-mana $ ^{2} $ tempat dalam Persekutuan untok sa-suatu tempoh sa-bagaimana yang di-nyatakan dalam pemberitahu itu.

(3)

Act ini hendak-lah berkuatkuasa di-seluroh Persekutuan.

2. Dalam Act ini, melainkan kandongan ayat-nya menghendaki ma'ana yang lain—

"Penolong Pendaftar" erti-nya mana $ ^{2} $ pegawai yang dilantek sa-bagai sa-orang Penolong Pendaftar Pertubohan di-bawah sekshen 3;

"faedah" erti-nya pembayaran yang di-buat oleh sa-suatu pertubohan faedah bersama untok bantuan atau nafkah bagi anggota $ ^{2} $ atau peyuran $ ^{2} $-nya atau apabila ada kelahiran atau kematian mengikut atoran $ ^{2} $ pertubohan faedah bersama itu;

“pertubohan tempatan” erti-nya mana² pertubohan yang di-susun dan di-tubohkan di-dalam Persekutuan atau yang ada mempunyai ibu-pejabat atau tempat utama urusan-nya di-dalam Persekutuan, dan termasok-lah mana² pertubohan yang di-sifat di-tubohkan di-dalam Persekutuan menurut kuasa sekshen 4 dalam Act ini;

"Menteri" erti-nya Menteri yang pada masa itu bertanggong-jawab atas pendaftaran pertubohan $ ^{2} $;

“pertubohan faedah bersama” erti-nya mana² pertubohan yang, menurut tujuan² dan atoran²-nya sama ada sa-bagai tujuan utama atau sa-bagai tujuan tambahan, ada membuat peruntokan dengan jalan yuran² sukarela daripada anggota²-nya atau peyuran²-nya sama ada beserta dengan bantuan derma atau tidak untok—

(a)

bantuan atau nafkah bagi anggota $ ^{2} $ atau peyuran $ ^{2} $ nya, suami, isteri, anak, bapa, ibu, saudara, anak saudara atau anak peliharaan mereka dalam masa sakit atau lain $ ^{2} $ keuzoran, sama ada badan atau otak, pada masa tua atau pada masa menjadi balu atau untok bantuan atau nafkah bagi anak $ ^{2} $ yatim anggota $ ^{2} $ atau anak $ ^{2} $ yatim peyuran $ ^{2} $ dalam masa belum chukup umor; atau

(b)

membayar wang apabila lahir anak sa-saorang anggota atau peyuran atau apabila mati sa-saorang anggota atau peyuran atau apabila mati anak, suami, isteri, ibu-bapa, atau nenek sa-saorang anggota atau peyuran atau apabila mati mana $ ^{2} $ orang lain atau untok belanja kebumian anggota atau peyuran atau anak, suami, atau isteri kapada anggota atau peyuran atau balu sa-saorang anggota atau peyuran yang telah mati; atau

(c)

bantuan atau nafkah bagi anggota $ ^{2} $ atau peyuran $ ^{2} $ apabila menganggor atau apabila di-dalam keadaan menderita;

"pemegang-jawatan" bagi sa-suatu pertubohan erti-nya mana $ ^{2} $ orang yang menjadi yang di-pertua atau naib yang di-pertua, atau setia-usaha atau bendahari bagi pertubohan atau bagi mana $ ^{2} $ chawangan sa-suatu pertubohan, atau mana $ ^{2} $ orang yang menjadi sa-orang ahli jawatan-kuasa atau ahli badan pengelola-nya, atau sa-orang ahli jawatankuasa atau badan pengelola bagi mana $ ^{2} $ chawangan-nya atau mana $ ^{2} $ orang yang memegang apa $ ^{2} $ jawatan atau kedudokan yang sama dengan mana $ ^{2} $ yang tersebut di-atas didalam pertubohan itu atau di-dalam chawangan sa-suatu pertubohan;

"Pendaftar" erti-nya Pendaftar Pertubohan yang dilantek di-bawah sekshen 3 dalam Act ini dan termasok-lah mana $ ^{2} $ Timbalan Pendaftar Pertubohan yang di-lantek dibawah sekshen itu juga;

"pertubohan berdaftar" erti-nya mana² pertubohan yang pada masa itu di-daftarkan di-bawah sekshen 7;

"pertubohan" termasok-lah mana² kelab, sharikat, perkongsian, atau persatuan tidak kira apa jua jenis atau tujuan-nya, sama ada sementara atau kekal, yang mengandongi tujoh orang atau lebeh tetapi tidak termasok—

(a)

mana $ ^{2} $ sharikat yang di-daftarkan di-bawah peruntokan mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis berhubong dengan sharikat $ ^{2} $ yang pada masa itu berjalan kuatkuasa-nya di-dalam Persekutuan;

(b)

mana $ ^{2} $ sharikat atau persatuan yang di-tubohkan di-bawah mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis;

(c)

$ mana^{2} $ kesatuan sekerja yang di-daftarkan atau dikehendaki di-daftarkan di-bawah peruntokan $ mana^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis berhubong dengan kesatuan sekerja yang pada masa itu berjalan kuatkuasa-nya di-dalam Persekutuan;

(d)

mana² sharikat, persatuan atau perkongsian, yang mengandongi tidak lebeh daripada dua puloh orang, dan yang di-tubohkan bagi maksud samata² untok menjalankan apa² urusan yang sah di-sisi undang² yang bertujuan supaya keuntongan di-perolehi oleh sharikat, persatuan atau perkongsian itu, atau oleh anggota² persaorangan-nya;

(e)

$ mana^{2} $ sharikat kerjasama, yang di-daftar sademikian itu, di-bawah $ mana^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis;

(f)

mana $ ^{2} $ pertubohan atau persatuan yang berkenaan dengan-nya ada pada masa itu berjalan kuatkuasa suatu perakuan (yang boleh di-beri, tidak di-beri, atau di-batalkan menurut budibicharanya) oleh sa-saorang Pendaftar Sekolah yang dilantek di-bawah peruntokan undang $ ^{2} $ bertulis yang pada masa itu berjalan kuatkuasa-nya berhubong dengan pendaftaran sekolah $ ^{2} $ jika pertubohan atau persatuan itu menjadi sa-bahagian daripada bidang pelajaran bagi sa-sebuah sekolah; atau

(g)

mana $ ^{2} $ sekolah, jawatan-kuasa pengurus sa-sebuah sekolah, persatuan ibu-bapa atau persatuan ibubapa dan guru yang di-daftarkan atau di-kechualikan daripada pendaftaran di-bawah mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ yang pada masa itu berjalan kuatkuasanya berkenaan dengan mengawal sekolah $ ^{2} $;

"yuran" erti-nya yuran yang di-bayar oleh sa-saorang anggota atau peyuran kapada sa-suatu pertubohan faedah bersama dan jika sa-suatu pertubohan faedah bersama menjalankan gerakan $ ^{2} $ , lain daripada gerakan $ ^{2} $ bagi pertubohan faedah bersama, maka perkataan itu erti-nya yuran yang di-bayar oleh anggota atau peyuran-nya bagi maksud mendapat faedah $ ^{2} $ yang di-peruntokkan oleh atoran $ ^{2} $ pertubohan itu.

(2)

Semua pegawai yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (1) dalam sekshen ini hendak-lah di-sifatkan sa-bagai penjawat awam bagi maksud Kanun Keseksaan.

3. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantek sa-orang Pendaftar Pertubohan dan beberapa orang Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan juga beberapa orang pegawai lain yang di-fikirkan-nya perlu bagi maksud Act ini.

(3)

Tiada-lah apa $ ^{2} $ jua guaman boleh di-bawa terhadap mana $ ^{2} $ penjawat awam kerana apa $ ^{2} $ jua yang di-lakukan atau yang di-tinggal daripada di-lakukan oleh-nya dengan suchi hati serta dengan tiada kechuaian dan bagi maksud menjalankan apa $ ^{2} $ kuasa atau bagi maksud menyempurnakan apa $ ^{2} $ kewajipan yang di-beri atau di-tanggongkan kapada-nya oleh Act ini.

4. Sa-suatu pertubohan ada-lah di-sifat sa-bagai di-tubohkan di-dalam Persekutuan, walau pun ia-nya di-susun dan mempunyai ibu-pejabat-nya atau tempat utama urusan-nya di-luar Persekutuan, jika sa-siapa jua daripada pemegang $ ^{2} $ jawatan-nya atau anggota $ ^{2} $ -nya tinggal atau ada di-dalam Persekutuan, atau jika sa-siapa jua di-dalam Persekutuan menguruskan atau menolong dalam pengurusan pertubohan itu atau meminta atau memungut wang atau yuran bagi pehak-nya:

Dengan sharat bahawa tiada-lah apa $ ^{2} $ jua pertubohan boleh di-sifat sa-bagai di-tubohkan demikian itu, jika dan sa-lagi—

(a)

ia di-susun dan menjalankan gerakan-nya sa-mata $ ^{2} $ di-luar Persekutuan; dan

(b)

tiada apa $ ^{2} $ jua pejabat, tempat urusan atau tempat meshuarat di-selenggarakan atau di-gunakan didalam Persekutuan oleh pertubohan itu atau oleh sa-siapa jua bagi pehak-nya; dan

(c)

tiada apa $ ^{2} $ daftar mengenai semua atau mana $ ^{2} $ daripada anggota pertubohan itu di-simpan di-dalam Persekutuan; dan

(d)

tiada apa $ ^{2} $ yuran di-pungut atau di-minta di-dalam Persekutuan oleh pertubohan itu atau oleh sasiapa jua bagi pehak-nya.

5. (1) Maka ada-lah sah di-sisi undang $ ^{2} $ bagi Menteri, menurut budibichara-nya yang mutlak, dengan jalan perentah, mengishtiharkan sa-bagai menyalahi undang $ ^{2} $ mana $ ^{2} $ pertubohan, chawangan atau peringkat atau jenis pertubohan yang pada pendapat-nya, ada-lah atau sedang di-gunakan bagi maksud yang memudzaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana $ ^{2} $ tempat di-dalam-nya, ketenteraman awam atau akhlak.

(2)

Sa-suatu perentah yang di-buat di-bawah sekshen ini hendak-lah di-siarkan dalam Warta Kerajaan dan ada-lah berkuatkuasa sa-bagai membatalkan dengan serta merta pendaftaran mana $ ^{2} $ pertubohan atau pertubohan $ ^{2} $ itu, jika telah di-daftarkan di-bawah Act ini; dan tiada-lah apa $ ^{2} $ jua pertubohan yang sa-suatu perentah telah di-buat ka-atasnya di-bawah sekshen ini boleh di-daftarkan di-bawah Act ini.

(3)

Peruntokan $ ^{2} $ sekshen 17 hendak-lah di-pakai berkenaan dengan sa-suatu pertubohan tempatan yang terkena kapada perentah yang di-buat di-bawah sekshen ini.

6. (1) Tiap $ ^{2} $ pertubohan tempatan, lain daripada pertubohan tempatan yang berkenaan dengan-nya sa-suatu perentah yang di-buat di-bawah sekshen 5 ada berjalan kuatkuasa, hendak-lah, mengikut chara yang di-tetapkan, membuat permohonan kapada Pendaftar untok pendaftaran di-bawah Act ini.

(2)

Sa-hingga sa-suatu pertubohan tempatan di-daftarkan di-bawah Act ini, tiada-lah sa-siapa jua boleh, dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pendaftar, menyusun atau mengambil bahagian di-dalam apa² gerakan atau bagi pehak pertubohan itu, kechuali hanya untok memohon kapada atau untok bersurat menyurat dengan Pendaftar.

(3)

Sa-siapa yang melakukan perlanggaran terhadap sekshen-kechil (2) ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan denda tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit, dan jika perlanggaran itu ada-lah suatu perlanggaran yang berlanjutan, maka orang itu boleh-lah di-kenakan denda tidak lebeh daripada sa-ratus ringgit bagi tiap $ ^{2} $ hari perlanggaran itu di-lanjutkan sa-lepas hari yang pertama.

7. (1) Terta'alok kapada peruntokan sekshen ini, Pendaftar hendak-lah, apabila menerima permohonan di-bawah sekshen 6, mendaftarkan pertubohan tempatan yang membuat permohonan itu:

Dengan sharat bahawa Pendaftar tidak boleh, sa-kira-nya Menteri tidak memberi persetujuan-nya, mendaftarkan mana $ ^{2} $ pertubohan tempatan—

(a)

yang, pada pendapat Menteri, mungkin menyentoh kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana $ ^{2} $ tempat di-dalam Persekutuan, ketenteraman awam atau akhlak; atau

(b)

yang ia-nya ada-lah suatu pertubohan atau perkumpulan yang berjenis politik yang di-tubohkan atau yang ada mempunyai pergabongan atau perhubongan di-luar Persekutuan.

(2)

Pendaftar boleh menolak pendaftaran sa-suatu pertubohan tempatan jika—

(a)

ia puashati bahawa sa-suatu pertubohan ada-lah menjadi chawangan atau bergabong atau berhubong dengan mana $ ^{2} $ pertubohan yang pendaftaran-nya telah di-batalkan di-bawah perenggan, (c) sekshen-kechil (1) dalam sekshen 13; atau

(b)

ia tidak puashati bahawa pertubohan tempatan itu telah menurut peruntokan Act ini dan peruntokan peratoran $ ^{2} $ yang di-buat di-bawah-nya; atau

(c)

sa-suatu pertikaian berlaku di-antara anggota $ ^{2} $ pertubohan tempatan itu tentang orang $ ^{2} $ yang akan menjadi pemegang $ ^{2} $-jawatan atau yang akan memegang atau mentadbirkan apa $ ^{2} $ harta pertubohan itu sa-hingga pertikaian itu di-putuskan oleh Mahkamah atau dengan jalan timbangtara atau dengan jalan perjanjian di-antara anggota $ ^{2} $-nya atau dengan lain $ ^{2} $ jalan.

(3)

Pendaftar hendak-lah menolak pendaftaran sa-suatu pertubohan tempatan jika—

(a)

pada pendapat-nya bahawa pertubohan tempatan itu ada-lah menyalahi undang $ ^{2} $ menurut peruntokan Act ini atau mana $ ^{2} $ lain undang $ ^{2} $ bertulis atau bahawa ia-nya mungkin di-gunakan bagi maksud $ ^{2} $ yang menyalahi undang $ ^{2} $ atau bagi apa $ ^{2} $ maksud yang memudzaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di-dalam Persekutuan;

(b)

pertubohan itu telah di-ishtiharkan oleh Menteri sa-bagai menyalahi undang $ ^{2} $ menurut sekshen 5;

(c)

Pendaftar puashati bahawa pertubohan itu tidak ada; atau

(d)

nama yang dengan-nya pertubohan itu akan didaftarkan—

(i)

pada pendapat Pendaftar akan mengelirukan atau di-kira akan mengelirukan orang $ ^{2} $ awam tentang chorak atau maksud pertubohan itu yang sa-benar-nya atau ada-lah sa-bagitu hampir sa-rupa dengan nama lain $ ^{2} $ pertubohan hingga mungkin memperdayakan orang $ ^{2} $ awam atau ang-gota $ ^{2} $ mana $ ^{2} $ satu pertubohan itu; atau

(ii)

ada-lah sama dengan nama $ \mathrm{mana}^{2} $ lain pertubohan tempatan yang ada; atau

(iii)

ada-lah, pada pendapat Pendaftar, tidak di-ingini;

(e)

pertubohan itu telah di-batalkan pendaftaran-nya di-bawah sekshen 13 kerana tidak menurut perentah sementara yang di-buat oleh Pendaftar di-bawah sekshen 14 (5); atau

(f)

perlembagaan atau atoran $ ^{2} $ pertubohan itu tidak mengandongi peruntokan $ ^{2} $ bagi segala hal yang di-terangkan di-dalam Jadual 1 dalam Act ini atau, jika pertubohan itu ia-lah suatu pertubohan faedah bersama, bagi segala hal yang di-terangkan dalam Jadual 2 atau bagi lain $ ^{2} $ hal yang menasabah boleh di-minta oleh Pendaftar.

(4)

Jika Pendaftar telah menolak pendaftaran sa-suatu pertubohan tempatan di-bawah sekshen ini, maka peruntokan sekshen 17 hendak-lah di-pakai bagi pertubohan tempatan itu.

8. Pendaftar, apabila mendaftarkan sa-suatu pertubohan tempatan di-bawah sekshen 7, hendak-lah mengeluarkan kapada pertubohan itu suatu perakuan pendaftaran mengikut borang yang di-tetapkan, dan perakuan itu hendak-lah, melainkan di-bukti telah di-batalkan, menjadi keterangan mu'tamad bagi segala maksud bahawa pertubohan itu telah sempurna di-daftarkan di-bawah Act ini.

9. Peruntokan $ ^{2} $ yang berikut hendak-lah di-pakai bagi pertubohan $ ^{2} $ berdaftar—

(a)

harta yang boleh di-aleh bagi sa-suatu pertubohan, jika sa-kira-nya tidak terletak di-tangan pemegang $ ^{2} $ amanah, hendak-lah pada masa itu di-sifatkan terletak di-tangan badan pengelola pertubohan itu, dan di-dalam segala pembicharaan, civil dan jenayah, boleh-lah di-sebut sa-bagai harta badan pengelola pertubohan itu atas nama badan pengelola pertubohan itu yang betul, jika di-ketahu;

(b)

harta yang tak boleh di-aleh bagi sa-suatu pertubohan boleh, jika sa-kira-nya tidak di-daftarkan atas nama pemegang² amanah, walau pun ada peruntokan undang² bertulis yang berlawanan, di-daftarkan atas nama pertubohan itu, dan segala suratchara yang berkaitan dengan harta itu ada-lah sah dan berkuatkuasa sa-olah² suratchara² itu telah di-sempurnakan oleh sa-orang tuanpunya berdaftar dengan sharat bahawa suratchara² itu ada-lah di-sempurnakan oleh tiga orang pegawai pertubohan itu, yang ada pada masa itu dan perlantekan mereka ada-lah di-sahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar, dan di-meterikan dengan meteri pertubohan itu;

(c)

sa-suatu pertubohan boleh menda'awa atau di da'awa atas nama mana² sa-orang daripada anggota²-nya sa-bagaimana yang di-nyatakan kapada Pendaftar dan di-daftarkan oleh-nya sa-bagai pegawai awam pertubohan itu bagi maksud itu, dan, sa-kira-nya tiada sa-saorang saperti itu di-daftarkan, maka berhak-lah bagi sa-saorang yang ada mempunyai sa-suatu tuntutan atau permintaan terhadap pertubohan itu menda'awa pertubohan itu atas nama mana² orang yang di-daftarkan sa-bagai sa-orang pegawai pertubohan itu;

(d)

tiada-lah apa² jua guaman atau pembicharaan yang di-bawa oleh atau terhadap sa-suatu pertubohan berdaftar dalam mana² mahkamah civil boleh terhenti atau tertahan sa-mata² oleh sebab orang yang membawa atau yang terhadap-nya di-bawa guaman atau pembicharaan itu telah mati atau tidak lagi memegang jawatan yang atas nama-nya ia telah menda'awa atau di-da'awa, akan tetapi guaman atau pembicharaan itu hendak-lah di-teruskan atas nama pengganti atau terhadap pengganti orang itu;

(e)

(i) tiada-lah apa $ ^{2} $ jua hukuman dalam mana $ ^{2} $ guaman yang tersebut itu atau terhadap sasuatu pertubohan berdaftar boleh di-kuatkuasakan terhadap orang atau harta orang yang di-da'awa kechuali terhadap harta pertubohan itu;

(ii)

permohonan untok pelaksanaan hendak-lah mengandongi hukuman itu, nama pehak yang terhadap-nya hukuman itu telah didapati yang telah menda'awa atau yang telah di-da'awa, mengikut mana yang berkenaan, bagi pehak pertubohan itu, dan hendak-lah meminta supaya hukuman itu di-kuatkuasakan terhadap harta pertubohan itu;

(f)

mana² anggota yang—

(i)

tidak membayar yuran yang ia terpaksa membayar mengikut atoran $ ^{2} $ pertubohan yang ia menjadi anggota;

(ii)

terhutang wang kapada pertubohan;

(iii)

mengambil milek atau menahan apa $ ^{2} $ harta pertubohan berlawanan dengan atoran $ ^{2} $ nya; atau

(iv)

membenchana atau membinasakan apa $ ^{2} $ harta pertubohan, boleh, mengikut chara yang di-peruntokkan dahulu daripada ini, di-da'awa kerana yuran atau wang itu atau kerana kerosakan yang timbul daripada perbuatan memileki, menahan, membenchana atau membinasakan dengan salahnya harta itu;

Dengan sharat bahawa sa-kira-nya orang yang kena tuntut itu berjaya dalam guaman itu dan di-hukum di-beri belanja, ia boleh memileh sama ada menuntut belanja itu daripada pegawai yang atas nama-nya guaman itu telah di-bawa atau daripada pertubohan, dan sa-kira-nya daripada pertubohan, ia boleh mendapat pelaksanaan terhadap harta pertubohan;

(g)

mana² anggota yang—

(i)

melakukan churian, atau yang menyalahgunakan dengan churang atau menjadikan untok penggunaan-nya sendiri, apa $ ^{2} $ wang atau lain $ ^{2} $ harta;

(ii)

dengan bersengaja atau jahat membinasa atau membenchanakan apa $ ^{2} $ harta pertubohan; atau

(iii)

memalsukan apa $ ^{2} $ surat-ikatan, bon, chagaran untok wang, resit atau lain $ ^{2} $ suratchara dan dengan demikian itu mungkin merugikan kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan, boleh-lah kena di-da'awa dan di-seksa sa-olah $ ^{2} $ ia bukan sa-orang anggota; dan

(h)

jika tiada apa² peruntokan yang tertentu dalam atoran² sa-suatu pertubohan, maka sa-bilangan yang tidak kurang daripada tiga per lima daripada bilangan anggota² bagi mana² pertubohan itu yang pada masa itu tinggal di-dalam Persekutuan boleh memutuskan supaya pertubohan itu di-bubarkan dengan serta merta atau pada sa-suatu masa yang di-persetujui, dan segala langkah yang perlu hendak-lah di-ambil untok melepaskan dan menyelesaikan harta pertubohan itu, tuntutan² dan tanggongan²-nya, mengikut atoran² (jika ada) pertubohan yang tersebut itu yang berkenaan dengan-nya dan jika sa-kira-nya tidak ada, maka hendak-lah mengikut sa-bagaimana yang di-arahkan oleh badan pengelola-nya:

Dengan sharat bahawa jika apa $ ^{2} $ pertikaian timbul diantara ahli $ ^{2} $ badan pengelola yang tersebut itu atau anggota $ ^{2} $ pertubohan itu di-bawah perenggan (h) dalam sekshen ini, maka pertikaian itu boleh-lah di-putuskan oleh Pendaftar. Mana $ ^{2} $ orang yang mushkil tentang apa $ ^{2} $ keputusan Pendaftar di-bawah perenggan ini boleh-lah, dalam masa tiga puloh hari dari tarikh keputusan itu, merayu kapada Mahkamah.

10. (1) Suratan $ ^{2} $ dalam milek Pendaftar atau Penolong Pendaftar, yang di-terima daripada mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar boleh di-pereksa oleh mana $ ^{2} $ orang apabila dibayar-nya bayaran yang di-tetapkan:

Dengan sharat bahawa kira $ ^{2} $ pertubohan hanya boleh di-pereksa oleh sa-saorang yang memuaskan hati Pendaftar bahawa ia ada-lah sa-orang anggota pertubohan itu.

(2)

Mana $ ^{2} $ orang boleh, apabila di-bayar-nya bayaran yang di-tetapkan, meminta suatu salinan perakuan pendaftaran bagi mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar atau suatu salinan atau chabutan daripada apa $ ^{2} $ suratan dalam milek Pendaftar atau Penolong Pendaftar:

Dengan sharat bahawa sa-suatu salinan atau chabutan daripada mana $ ^{2} $ kira $ ^{2} $ pertubohan hanya boleh di-berikan kapada sa-saorang yang memuaskan hati Pendaftar bahawa ia ada-lah sa-orang anggota pertubohan itu.

(3)

Sa-suatu salinan atau chabutan daripada apa $ ^{2} $ suratan yang di-terima di-pejabat Pendaftar atau Penolong Pendaftar, yang di-perakui sa-bagai salinan atau chabutan yang benar dengan tandatangan dan meteri Pendaftar atau Penolong Pendaftar, hendak-lah di-terima dalam keterangan dalam mana $ ^{2} $ pembicharaan sa-bagai sama sah-nya dengan suratan asal-nya.

11. (1) Tiada-lah sa-suatu pertubohan berdaftar boleh—

(a)

mengubah nama, tempat urusan atau tempat meshuarat-nya; atau

(b)

meminda atoran $ ^{2} $ -nya, dengan tiada terlebeh dahulu mendapat kebenaran Pendaftar, dan sa-suatu permohonan untok apa² perubahan atau pindaan kapada atoran²-nya hendak-lah di-buat kapada Pendaftar dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan hendak membuat perubahan atau pindaan itu.

(2)

Jika sa-suatu pertubohan berdaftar tidak menurut sekshen ini, maka pertubohan itu dan tiap $ ^{2} $ pemegang-jawatan pertubohan itu ada-lah melakukan suatu kesalahan terhadap Act ini dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah dikenakan denda tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit.

(3)

Bagi maksud $ ^{2} $ sekshen ini—

(a)

perkataan "pinda" dan perkataan yang sa-umpama-nya termasok sa-suatu atoran baharu dan sa-suatu ketetapan membatalkan sa-suatu atoran; dan

(b)

perkataan "atoran $ ^{2} $ " termasok maksud $ ^{2} $ dan tujuan $ ^{2} $ yang kerana-nya sa-suatu pertubohan di-tubohkan atau yang ia berusaha hendak menchapai, atau yang kerana-nya kumpulan $ ^{2} $ -wangnya, atau mana $ ^{2} $ daripada-nya, boleh di-gunakan, kelayakan $ ^{2} $ bagi menjadi anggota dan bagi memegang apa $ ^{2} $ jawatan, kaedah perlantekan atau pemilehan bagi apa² jawatan, atoran² yang dengan-nya pertubohan itu akan di-kelolai dan kaedah dan chara bagaimana sa-suatu hal yang di-atas itu boleh di-pinda.

(2)

Pendaftar boleh tidak memberi kebenaran kapada penubohan sa-suatu chawangan pertubohan berdaftar jika—

12. (1) Tiada-lah sa-suatu pertubohan berdaftar boleh menubohkan sa-suatu chawangan dengan tiada terlebeh dahulu mendapat kebenaran Pendaftar.

(a)

atoran² pertubohan itu tidak ada membuat peruntokan untok menubohkan sa-suatu chawangan pertubohan itu; atau

(b)

atoran $ ^{2} $ chawangan pertubohan itu ada-lah sademikian hingga menjadikan chawangan pertubohan itu suatu pertubohan yang bebas yang tidak ada di-bawah kelolaan pertubohan itu dengan sa-chukup-nya.

(3)

Jika sa-suatu pertubohan berdaftar menubohkan suatu chawangan dengan tiada terlebeh dahulu mendapat kebenaran Pendaftar maka pertubohan berdaftar itu dan chawangan yang di-tubohkan demikian itu hendak-lah disifatkan sa-bagai pertubohan $ ^{2} $ yang menyalahi undang $ ^{2} $ :

Dengan sharat bahawa sa-suatu chawangan bagi sa-suatu pertubohan berdaftar yang di-tubohkan dan yang ada wujud sa-jurus sa-belum berkuatkuasa-nya Act ini tidak-lah boleh di-sifatkan sa-bagai suatu pertubohan yang menyalahi undang² jika dalam tempoh enam bulan daripada berkuatkuasa-nya Act ini atau daripada apa² tempoh yang di-lanjutkan, yang tidak lebeh daripada tiga bulan, sa-bagaimana yang di-benarkan oleh Pendaftar, pertubohan berdaftar itu membuat permohonan kapada Pendaftar dengan bertulis untok kebenaran-nya di-bawah sekshen ini; dan bagi menimbangkan permohonan ini Pendaftar ada-lah di-beri segala kuasa yang di-beri kapada-nya oleh sekshen-kechil (2).

(4)

Peruntokan Act ini, lain daripada sekshen 6 (1), 7 dan 8 hendak-lah di-pakai bagi mana $ ^{2} $ chawangan sa-suatu pertubohan berdaftar yang di-benarkan di-bawah sekshen ini sa-olah $ ^{2} $ chawangan itu ada-lah suatu pertubohan berdaftar di-bawah peruntokan Act ini sa-bagaimana jua pertubohan yang ia menjadi chawangan itu.

(5)

Bagi maksud sekshen ini, sa-suatu chawangan pertubohan berdaftar ada-lah termasok mana $ ^{2} $ pertubohan yang dengan apa $ ^{2} $ jalan pun menjadi pertubohan di-bawah sa-suatu pertubohan lain.

13. (1) Terta'alok kapada sekshen-kechil (2), Pendaftar boleh, dalam hal $ ^{2} $ yang berikut, membatalkan pendaftaran mana $ ^{2} $ pertubohan yang di-daftarkan di-bawah sekshen 7—

(a)

apabila pertubohan di-bubarkan oleh pertubohan itu dan pembubaran itu di-sahkan mengikut chara sa-bagaimana yang di-kehendaki oleh Pendaftar atau apabila pertubohan itu di-bubarkan oleh Pendaftar mengikut Act ini;

(b)

atas perentah yang di-buat oleh Menteri di-bawah sekshen 5;

(c)

jika Pendaftar puashati—

(i)

bahawa pendaftaran-nya telah di-laksanakan oleh sebab tipuan atau kekhilafan;

(ii)

bahawa pertubohan itu mungkin di-gunakan bagi maksud $ ^{2} $ yang menyalahi undang $ ^{2} $ atau bagi maksud $ ^{2} $ yang memudzaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak didalam Persekutuan;

(iii)

bahawa pertubohan itu ada-lah berusaha hendak menchapai tujuan $ ^{2} $ , lain daripada tujuan $ ^{2} $ yang ia di-daftarkan;

(iv)

bahawa pertubohan itu telah bersengaja melanggar mana $ ^{2} $ peruntokan Act ini atau peruntokan mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya atau di-bawah mana $ ^{2} $ atorannya; atau

(v)

bahawa pertubohan itu telah tidak ada lagi; dan

(d)

apabila pertubohan itu menjadi pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ di-bawah sekshen 14 (7) kerana tidak memberikan ma'alumat bertulis.

(2)

Jika Pendaftar berchadang hendak membatalkan pendaftaran mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar di-bawah perenggan (c) dalam sekshen-kechil (1), maka Pendaftar hendak-lah, sa-belum daripada pembatalan itu, memberitahu akan maksud-nya hendak berbuat demikian itu kapada saorang atau beberapa orang pemegang-jawatan pertubohan yang berkenaan dan hendak-lah memberi kapada-nya peluang bagi mengemukakan sebab $ ^{2} $ (jika ada) mengapa pendaftaran itu tidak patut di-batalkan.

(3)

Jika Pendaftar membatalkan pendaftaran sa-suatu pertubohan berdaftar di-bawah sekshen ini, maka peruntokan sekshen 17 hendak-lah di-pakai bagi pertubohan berdaftar itu dan pembatalan itu hendak-lah di-siarkan dalam Warta Kerajaan.

14. (1) $ \mathrm{Ti a p}^{2} $ pertubohan berdaftar hendak-lah menghantarkan kapada Pendaftar dalam masa dua puloh lapan hari sa-lepas mengadakan meshuarat agong tahunan-nya atau sa-kira-nya tiada sa-suatu meshuarat agong di-adakan, sakali pada tiap $ ^{2} $ tahun kalendar—

(a)

suatu salinan yang benar dan lengkap bagi apa $ ^{2} $ pindaan kapada atoran $ ^{2} $ pertubohan itu yang dibuat semenjak tarikh pendaftaran atau semenjak tarikh penyata yang akhir;

(b)

suatu senarai yang benar dan lengkap mengenai pemegang²-jawatan dan bilangan anggota² pertubohan itu yang tinggal atau yang ada di-dalam Persekutuan pada tarikh penyata itu atau, sa-kiranya pertubohan itu tiada sa-orang jua pun pemegang-jawatan yang tinggal atau yang ada di-dalam Persekutuan, nama, 'alamat dan pekerjaan orang atau orang² di-dalam Persekutuan yang berkuasa menjalankan kerja untok atau bagi pehak pertubohan itu, dan bilangan anggota² sa-bagaimana yang tersebut di-atas itu bersama dengan suatu senarai yang benar dan lengkap mengenai pemegang²-jawatan bagi segala chawangan (jika ada) pertubohan itu;

(c)

'alamat pertubohan itu atau 'alamat tempat meshuarat pertubohan itu bersama dengan 'alamat² dan tempat² meshuarat bagi segala chawangan pertubohan itu;

(d)

$ kira^{2} $ bagi tahun kewangan yang akhir bagi pertubohan itu, bersama dengan suatu kunchi $ kira^{2} $ menunjokkan kedudokan kewangan pada penghujong tahun kewangan yang akhir bagi pertubohan itu; dan

(e)

apa $ ^{2} $ lain ma'alumat sa-bagaimana yang di-kehendaki oleh Pendaftar dari sa-masa ka-semasa.

(2)

Pendaftar boleh, pada bila $ ^{2} $ masa dengan jalan notis yang di-tandatangani-nya, memerentah mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar supaya memberi kapada-nya dengan bertulis—

(a)

suatu salinan yang benar dan lengkap mengenai atoran $ ^{2} $ mana $ ^{2} $ pertubohan itu yang berjalan kuat-kuasa pada tarikh perentah itu;

(b)

suatu senarai yang benar dan lengkap mengenai pemegang $ ^{2} $ -jawatan dan anggota $ ^{2} $ bagi mana $ ^{2} $ pertubohan itu atau bagi mana $ ^{2} $ chawangan pertubohan itu, yang tinggal atau yang ada di-dalam Persekutuan pada tarikh perentah itu;

(c)

suatu penyata yang benar dan lengkap berkenaan dengan bilangan meshuarat $ ^{2} $ yang di-adakan oleh pertubohan itu atau chawangan-nya didalam Persekutuan dalam masa enam bulan sabelum daripada perentah itu menyatakan tempat atau tempat $ ^{2} $ di-mana meshuarat $ ^{2} $ itu telah diadakan;

(d)

$ kira^{2} $ yang telah sempurna di-odit; atau

(e)

apa $ ^{2} $ lain ma'alumat sa-bagaimana yang kehendaki oleh Pendaftar dari sa-masa ka-semasa.

(3)

Sa-suatu perentah yang di-beri di-bawah sekshen-kechil (2) dalam sekshen ini hendak-lah menyatakan tempoh (yang tidak kurang daripada tujoh hari) ma'alumat itu dikehendaki di-beri:

Dengan sharat bahawa Pendaftar boleh, menurut budibichara-nya, apabila permohonan di-buat kapada-nya dengan menunjokkan sebab² yang chukup, membenarkan sa-suatu lanjutan masa.

(4)

Bagi maksud sekshen ini "telah sempurna di-odit" erti-nya telah di-odit oleh sa-orang juru odit yang di-luluskan oleh Pendaftar, dan kelulusan itu boleh di-beri oleh Pendaftar pada 'am-nya atau untok sa-suatu odit yang tertentu; dan juru odit yang di-luluskan demikian itu hendak-lah membuat suatu penyata atas kira $ ^{2} $ yang telah di-pereksa oleh-nya mengikut bentok sa-bagai yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(5)

Jika butir $ ^{2} $ yang di-kehendaki di-beri di-bawah sekshen-kechil (2) tidak di-beri dalam tempoh yang dinyatakan dalam perentah itu, atau dalam tempoh sa-suatu lanjutan masa yang di-benarkan oleh Pendaftar, maka Pendaftar boleh-lah membuat suatu perentah sementara bagi membubarkan pertubohan itu.

(6)

Jika sa-belum habis tempoh tiga puloh hari dari tarikh perentah sementara itu butir $ ^{2} $ yang di-kehendaki di-beri di-bawah sekshen-kechil (2) ada-lah di-beri, maka Pendaftar boleh-lah membatalkan perentah itu.

(7)

Apabila habis tempoh tiga puloh hari dari tarikh perentah sementara itu atau, jika ada sa-suatu rayuan, apabila rayuan itu di-tolak, maka perentah yang tersebut itu hendak-lah menjadi mutlak dan pertubohan itu hendak-lah di-sifatkan sa-bagai suatu pertubohan yang menyalahi undang² dan pendaftaran-nya hendak-lah di-batalkan.

(8)

Sa-suatu pertubohan berdaftar yang telah di-batalkan pendaftaran-nya di-bawah sekshen 13 oleh kerana ia tidak menurut sa-suatu perentah di-bawah sekshen ini tidak-lah berhak membuat permohonan untok pendaftaran sa-hingga perentah itu telah di-turut.

15. (1) Kewajipan $ ^{2} $ yang di-kenakan ka-atas pertubohan $ ^{2} $ berdaftar oleh sekshen 14 dalam Act ini hendak-lah mengikat tiap $ ^{2} $ pemegang-jawatan dan tiap $ ^{2} $ orang yang mengurus atau menolong dalam pengurusan mana $ ^{2} $ pertubohan itu di-dalam Persekutuan :

Dengan sharat sentiasa-nya bahawa mana² pemegang-jawatan itu atau mana² orang yang tersebut di-atas itu tidak boleh di-ikat demikian itu melainkan perentah yang di-beri oleh Pendaftar telah di-sampaikan kapada-nya.

(2)

Jika mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar tidak menurut kesemua atau mana $ ^{2} $ bahagian daripada apa $ ^{2} $ perentah yang di-beri di-bawah sekshen 14 dalam Act ini, maka tiap $ ^{2} $ saorang yang tersebut dalam sekshen-kechil (1) yang telah di-sampaikan perentah yang tersebut di-atas ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan denda tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit melainkan jika ia menunjokkan hingga memuaskan hati Mahkamah bahawa ia telah menjalankan usaha yang sa-mesti-nya dan telah tidak dapat menurut perentah itu kerana sebab $ ^{2} $ yang tidak dapat di-kawal-nya.

(3)

Jika apa² ma'alumat yang di-berikan kapada Pendaftar bagi menurut sa-suatu perentah yang di-beri di-bawah sekshen 14 ada-lah palsu, tidak betul atau tidak lengkap tentang mana² butir yang mustahak, maka orang yang telah memberikan ma'alumat itu ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah dikenakan denda tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit melainkan jika ia menunjokkan hingga memuaskan hati Mahkamah bahawa ia ada sebab² yang chukup bagi memperchayai bahawa ma'alumat itu ada-lah benar, betul dan lengkap.

16. (1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa sa-suatu pertikaian telah berlaku di-antara anggota $ ^{2} $ atau pemegang $ ^{2} $ jawatan sa-suatu pertubohan berdaftar dan oleh sebab itu

Pendaftar tidak puashati tentang siapa-kah yang telah dilantek dengan betul-nya sa-bagai pemegang²-jawatan pertubohan itu, maka Pendaftar boleh menyampaikan notis kapada pertubohan itu menghendaki pertubohan itu, dalam masa sa-bulan dari tarikh notis itu di-sampaikan, supaya menunjokkan kapada-nya keterangan² mengenai penyelesaian sa-suatu pertikaian itu dan mengenai perlantekan yang betul di-buat bagi pemegang²-jawatan yang sah di-sisi undang² bagi pertubohan itu atau mengenai langkah² pembicharaan yang telah di-ambil untok menyelesaikan pertikaian itu.

(2)

Jika mana $ ^{2} $ notis sa-bagaimana yang di-peruntokkan oleh sekshen-kechil (1) tidak di-turut hingga memuaskan hati Pendaftar dalam tempoh sa-bulan atau dalam sa-suatu masa lanjutan yang di-benarkan oleh Pendaftar, maka Pendaftar boleh-lah membatalkan pendaftaran pertubohan itu.

17. (1) Apabila sa-suatu perentah di-buat oleh Menteri di-bawah sekshen 5 atau apabila Pendaftar menolak pendaftaran sa-suatu pertubohan tempatan di-bawah sekshen 7, atau apabila pendaftaran sa-suatu pertubohan berdaftar di-batalkan di-bawah sekshen 13, maka hendak-lah terbit akibat $ ^{2} $ yang berikut—

(a)

harta pertubohan itu hendak-lah serta merta terletak di-tangan Pegawai Muflis atau, jika sa-kiranya mana² pegawai lain, sa-bagaimana yang tersebut dalam perentah yang di-buat di-bawah sekshen 5, di-lantek oleh Menteri bagi maksud menyelesaikan urusan hal ehwal pertubohan itu, maka harta pertubohan itu hendak-lah serta merta terletak di-tangan pegawai itu;

(b)

Pegawai Muflis atau pegawai lain yang tersebut diatas itu hendak-lah mengambil langkah bagi menyelesaikan urusan hal ehwal pertubohan itu dan, sa-telah menunaikan dan mengadakan peruntokan bagi segala hutang dan tanggongan pertubohan itu dan belanja² bagi menyelesaikan urusan itu, hendak-lah membahagi²kan harta² pertubohan itu yang lebeh (jika ada) di-antara anggota² pertubohan itu mengikut atoran² pertubohan itu (jika ada), atau, sa-kira-nya tidak ada atoran² yang berkenaan dengan hal itu, maka hendak-lah di-bahagi²kan sama banyak, akan tetapi jika oleh sebab besar bilangan anggota-nya atau sukar hendak menentukan orang² yang berhak menerima harta itu, atau oleh kerana lain² sebab, pembahagian sa-bagaimana yang tersebut di-atas itu, ada-lah pada pendapat Pegawai Muflis atau pegawai itu tidak dapat di-jalankan, maka Pegawai Muflis atau pegawai itu, mengikut mana yang berkenaan, hendak-lah menyedia dan mengemukakan kapada Mahkamah Tinggi suatu ranchangan untok di-luluskan bagi menggunakan harta yang lebeh itu bagi maksud² yang mungkin memberi faedah kapada golongan orang awam yang lebeh khusus-nya sa-golongan dengan ang-gota² pertubohan itu atau kapada orang awam 'am-nya;

(c)

permohonan untok kelulusan ranchangan itu hendak-lah di-buat dengan jalan saman yang memulakan dan boleh di-pinda oleh Mahkamah sabagaimana yang di-fikirkan-nya patut mengikut keadaan hal-nya;

(d)

apabila kelulusan Mahkamah tentang ranchangan itu atau ranchangan yang di-pinda itu telah didapati, maka harta yang lebeh itu yang menjadi perkara ranchangan itu hendak-lah di-pegang dan di-gunakan oleh Pegawai Muflis atau oleh pegawai lain sa-bagaimana yang tersebut di-atas mengikut sharat $ ^{2} $ dan bagi maksud $ ^{2} $ yang di-tetapkan dalam perentah Mahkamah itu; dan

(e)

bagi maksud menyelesaikan urusan hal ehwal pertubohan itu, Pegawai Muflis atau pegawai lain sa-bagaimana yang tersebut di-atas ada-lah diberi segala kuasa yang terletak di-tangan Pegawai Muflis menurut mana² undang² bertulis berhubong dengan kemuflisan bagi maksud mengetahui dan mendapati harta² sa-saorang yang berhutang, dan juga apa² kuasa sa-bagaimana yang terletak di-tangan pembubar rasmi, menurut mana² undang² bertulis berhubong dengan sharikat² dan segala peruntokan undang² yang tersebut itu berhubong dengan kemuflisan dan penyelesaian urusan sharikat² sa-takat mana peruntokan itu berhubong dengan mengetahui dan mendapati harta² sa-saorang yang berhutang dan dengan penyelesaian urusan sa-suatu sharikat, hendak-lah mutatis mutandis, di-pakai bagi menyelesaikan hal ehwal pertubohan itu di-bawah Act ini.

(2)

Pendaftar boleh, bagi maksud membolehkan sa-suatu pertubohan menyelesaikan urusan hal ehwal-nya sendiri, menggantong kuatkuasa sekshen ini sa-takat mana dan salama tempoh yang di-fikirkan-nya patut.

18. Mana $ ^{2} $ pertubohan tempatan, pemegang-jawatan atau anggota pertubohan tempatan itu yang mushkil dengan keputusan Pendaftar dalam mana $ ^{2} $ hal yang berikut—

(a)

pendaftaran pertubohan itu di-bawah sekshen 7 telah di-tolak;

(b)

kelulusan tidak di-beri untok mengubah nama, tempat urusan atau tempat meshuarat pertubohan itu, atau untok meminda atoran²-nya di-bawah sekshen 11;

(c)

kelulusan tidak di-beri untok menubohkan sa-suatu chawangan pertubohan itu di-bawah sekshen 12;

(d)

pembatalan pendaftaran pertubohan itu di-bawah sekshen 13;

(e)

kelulusan tidak di-beri bagi sa-saorang juru odit atau meluluskan sa-saorang juru odit yang tidak boleh di-terima oleh pertubohan itu di-bawah sekshen 14 (4);

(f)

perentah sementara untok membubarkan pertubohan itu di-bawah sekshen 14 (5) telah di-buat; atau

(g)

pembatalan pendaftaran sa-suatu pertubohan berdaftar di-bawah sekshen 16 kerana tidak menyelesaikan sa-suatu pertikaian di-dalam pertubohan itu, boleh, dalam masa tiga puloh hari dari tarikh keputusan Pendaftar itu, merayu terhadap keputusan itu kapada Menteri; dan Menteri boleh mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Pendaftar itu, dan keputusan Menteri itu ada-lah mu'tamad.

BAHAGIAN 2—PERUNTOKAN $ ^{2} $ YANG DI-PAKAI BAGI PERTUBOHAN $ ^{2} $ FAEDAH BERSAMA SAHAJA

19. Peruntokan yang terkandong dalam Bahagian ini hendak-lah di-pakai sa-bagai tambahan kapada peruntokan yang terkandong dalam Bahagian 1 dan Bahagian 3 berkenaan dengan pertubohan $ ^{2} $ faedah bersama yang di-daftarkan di-bawah Act ini dan perkataan "pertubohan berdaftar" hendak-lah, dalam Bahagian ini, bererti pertubohan itu.

20. Tiada-lah apa $ ^{2} $ jua pun dalam Act ini boleh di-pakai bagi mana $ ^{2} $ orang, badan atau pertubohan yang bagi-nya Act Insuran, 1963 di-pakai dan dengan ini ada-lah di-tetapkan bahawa mana $ ^{2} $ pertubohan faedah bersama yang telah di-daftarkan di-bawah Act ini hendak-lah di-sifatkan sabagai bukan suatu penginsuran bagi maksud Act Insuran yang tersebut di-atas dan bahawa peruntokan sekshen 67 dalam Ordinance Setem, 1949 tidak-lah boleh di-pakai bagi mana $ ^{2} $ pertubohan faedah bersama itu.

21. (1) Sa-suatu pertubohan faedah bersama tidak-lah berhak di-daftarkan di-bawah sekshen 7 jika atoran $ ^{2} $ pertubohan faedah bersama itu mengadakan peruntokan untok—

(a)

sa-suatu faedah lebeh daripada enam ratus ringgit bagi satu $ ^{2} $ hal;

(b)

kemasokan sa-saorang anggota atau peyuran yang berumor lebeh daripada lima puloh lima tahun, melainkan jika anggota itu ada-lah menginsurankan sa-orang lain yang berumor tidak lebeh daripada lima puloh lima tahun; atau

(c)

kemasokan sa-saorang anggota atau peyuran yang tidak tinggal di-dalam kawasan bandar dimana pertubohan itu berchadang hendak menjalankan urusan-nya;

atau melainkan jadual² charum yang akan di-bayar oleh anggota² pertubohan faedah bersama itu dan atoran²-nya berkenaan dengan faedah² yang kena di-bayar kapada anggota²-nya, berkenaan dengan jagaan, pelaboran dan penilaian berkala akan barang², harta dan tanggongan²-nya yang di-perakui oleh sa-orang akchuari yang di-luluskan oleh Menteri di-hantar kapada Pendaftar bersama dengan permohonan untok pendaftaran.

(2)

Bagi maksud sekshen ini "bandar" termasok-lah mana $ ^{2} $ kampong, perbandaran atau bandar raya.

22. (1) Atoran $ ^{2} $ sa-suatu pertubohan berdaftar boleh mengadakan peruntok untok kemasokan sa-saorang yang berumor kurang daripada dua puloh satu tahun sa-bagai sa-orang anggota atau peyuran.

(2)

Mana $ ^{2} $ anggota atau peyuran itu boleh, sa-kira-nya ia berumor lebeh daripada enam belas tahun, dengan sendirinya dan sa-kira-nya ia berumor kurang daripada itu, oleh ibu-bapa atau penjaga-nya, menyempurnakan segala suratchara dan memberi segala penyelesaian yang perlu di-sempurnakan atau di-beri di-bawah atoran $ ^{2} $ itu, akan tetapi tidak boleh menjadi sa-orang ahli jawatan-kuasa, atau saorang pemegang amanah, setia-usaha, pengurus atau bendahari bagi pertubohan berdaftar itu.

23. Tiada-lah sa-saorang anggota atau peyuran bagi sa-suatu pertubohan berdaftar boleh menamakan, sa-bagai orang yang akan menerima faedah $ ^{2} $ yang di-peruntokkan di-bawah atoran $ ^{2} $ pertubohan itu, sa-siapa jua lain daripada isteri, anak (termasok anak angkat), chuchu, ibu, bapa, menantu, saudara sa-ibu dan sa-bapa, saudara sa-ibu atau sa-bapa, anak kapada saudara sa-ibu dan sa-bapa atau anak kapada saudara sa-ibu atau sa-bapa, bapa atau ibu saudara sa-ibu atau sa-bapa atau anak kapada bapa atau ibu saudara sa-ibu dan sa-bapa atau anak kapada bapa atau ibu saudara sa-ibu atau sa-bapa kapada anggota atau peyuran itu:

Dengan sharat bahawa sa-saorang anggota atau peyuran boleh menamakan mana² orang lain dengan bertulis yang di-tandatangani oleh-nya sendiri di-hadapan dan di-saksikan oleh sa-orang Jaksa Pendamai atau sa-orang Mejisteret atau Pendaftar.

24. Dalam hal $ ^{2} $ yang berikut, ia-itu—

(a)

apabila sa-saorang pemegang-jawatan pertubohan berdaftar mati atau menjadi muflis dengan ada memileki oleh sebab jawatan-nya apa² wang atau harta yang di-punyai oleh pertubohan itu; atau

(b)

sa-kira-nya apa $ ^{2} $ penglaksanaan, penahanan atau lain $ ^{2} $ perentahan di-keluarkan atau apa $ ^{2} $ tindakan di-jalankan terhadap pemegang-jawatan itu atau terhadap harta-nya, maka warith²-pesaka, wasi² atau pentadbir²-nya atau Pegawai Muflis atau Belip Mahkamah Tinggi atau lain² orang yang melaksanakan perentahan itu atau pehak yang menjalankan tindakan itu hendak-lah, apabila di-tuntut dengan bertulis oleh pemegang² amanah pertubohan berdaftar itu atau oleh mana² dua orang daripada mereka itu atau oleh mana² orang yang di-beri kuasa oleh pertubohan berdaftar itu bagi membuat tuntutan itu, membayar wang itu dan menyerahkan harta itu kapada pemegang² amanah pertubohan berdaftar itu dahulu daripada membayar apa² hutang atau tuntutan lain terhadap harta pesaka pemegang-jawatan itu.

25. (1) Tiap $ ^{2} $ pertubohan berdaftar hendak-lah ada sa-orang atau beberapa orang pemegang amanah.

(2)

Tiada-lah sa-saorang jua pun boleh di-lantek menjadi sa-orang pemegang amanah pertubohan berdaftar jika ia ada-lah memegang jawatan setia-usaha atau bendahari bagi pertubohan berdaftar itu.

(3)

Sa-saorang pemegang amanah hendak-lah di-lantek dalam suatu meshuarat pertubohan berdaftar itu serta menurut ketetapan lebehsuara anggota $ ^{2} $ yang hadhir dan berhak mengundi dalam meshuarat itu.

(4)

Sa-suatu pertubohan berdaftar hendak-lah menghantar kapada Pendaftar suatu salinan tiap $ ^{2} $ ketetapan melantek sa-orang pemegang amanah dan salinan itu hendak-lah ditandatangani oleh pemegang amanah yang di-lantek demikian itu dan oleh setia-usaha pertubohan berdaftar itu.

26. (1) Tiap $ ^{2} $ pertubohan berdaftar hendak-lah sa-kurang $ ^{2} $ nya sa-kali pada tiap $ ^{2} $ tahun mengemukakan kira $ ^{2} $ nya untok di-odit oleh sa-orang juru odit yang di-luluskan oleh Pendaftar pada 'am-nya atau untok sa-suatu odit yang tertentu.

(2)

Juru odit ada-lah berhak melihat segala buku dan kira $ ^{2} $ pertubohan berdaftar itu dan hendak-lah memereksa penyata tahunan yang di-kehendaki oleh Act ini dan mengesahkan penyata tahunan itu dengan membandingkannya dengan kira $ ^{2} $ dan bauchar $ ^{2} $ berhubong dengan-nya dan hendak-lah sama ada menandatangani penyata tahunan itu yang di-dapati-nya betul, sempurna di-sokong serta mengikut undang $ ^{2} $ dan atoran $ ^{2} $ bagi pertubohan berdaftar itu atau hendak-lah khas-nya menyatakan kapada pertubohan berdaftar itu perkara $ ^{2} $ yang di-dapati-nya tidak betul, tidak di-sokong, atau tidak mengikut undang $ ^{2} $.

27. (1) Tiap $ ^{2} $ pertubohan berdaftar hendak-lah memberi kapada Pendaftar atau Penolong Pendaftar apa $ ^{2} $ ma'alumat berkenaan dengan pertubohan itu sa-bagaimana yang di-kehendaki-nya pada bila $ ^{2} $ masa.

(2)

Tiap $ ^{2} $ pertubohan berdaftar hendak-lah, jika di-minta dengan bertulis oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar, menunjokkan untok pemereksaan-nya—

(a)

suratan $ ^{2} $ hakmilek bagi apa $ ^{2} $ harta yang di-pegang oleh pertubohan itu;

(b)

segala buku kira $ ^{2} $ dan buku keanggotaan pertubohan itu; dan

(c)

apa $ ^{2} $ minit perjalanan pertubohan itu atau lain $ ^{2} $ rekod bertulis pertubohan itu.

(3)

Setia-usaha pertubohan berdaftar hendak-lah, apabila notis di-sampaikan kapada pertubohan itu oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar, memberi kuasa dengan bertulis kapada Bank di-mana kira $ ^{2} $ pertubohan itu di-simpan supaya menyatakan kapada Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu kira $ ^{2} $ pertubohan itu dan suratan $ ^{2} $ yang bersangkutan dengan-nya.

PERTUBOHAN

28. Tiap $ ^{2} $ pertubohan berdaftar hendak-lah memberi kapada mana $ ^{2} $ orang suatu salinan atoran $ ^{2} $ pertubohan itu apabila di-minta dan di-bayar-nya wang sa-banyak tidak lebeh daripada sa-ringgit.

29. Tiap² pertubohan berdaftar hendak-lah memberi dengan perchuma kapada tiap² anggota atau peyuran atau orang yang ada mempunyai sa-suatu kepentingan dalam kumpulan²-wang-nya apabila di-minta oleh-nya sama ada—

(a)

suatu salinan penyata tahunan yang akhir bagi pertubohan itu; atau

(b)

kunchi kira $ ^{2} $ atau lain $ ^{2} $ suratan yang telah sempurna di-odit mengandongi butir $ ^{2} $ yang sama dengan yang terkandong dalam penyata tahunan itu tentang penerimaan dan perbelanjaan, kumpulan $ ^{2} $ -wang dan harta pertubohan itu.

30. Sa-saorang anggota atau peyuran atau sa-saorang yang ada mempunyai sa-suatu kepentingan dalam kumpulan $ ^{2} $ wang pertubohan berdaftar boleh memereksa buku $ ^{2} $ pertubohan itu pada bila $ ^{2} $ masa yang menasabah di-pejabat berdaftar pertubohan itu atau di-mana $ ^{2} $ tempat buku $ ^{2} $ itu di-simpan.

31. (1) Jumlah yang di-potong oleh sa-suatu pertubohan berdaftar untok pentadbiran atau lain $ ^{2} $ belanja tidak boleh lebeh daripada sa-suatu peratus daripada jumlah yuran atau sa-suatu bahagian daripada yuran yang di-terima sabagaimana yang di-tetapkan oleh Menteri dengan jalan peratoran $ ^{2} $ yang di-buat di-bawah Act ini.

(2)

Segala yuran yang di-bayar oleh anggota atau peyuran, menurut atoran $ ^{2} $ mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar, dalam masa anggota atau peyuran itu hendak memperoleh kelayakan untok mendapat faedah $ ^{2} $ yang di-peruntokkan oleh atoran $ ^{2} $ pertubohan itu, sa-telah di-tolak jumlah yang tidak lebeh daripada peratus yang di-tetapkan dan di-benarkan untok pentadbiran dan lain $ ^{2} $ perbelanjaan, hendak-lah di-masokkan ka-dalam Bank Simpanan Pejabat Pos atau di-simpan sa-bagai pertarohan dengan suatu bank daripada Malaysia Exchange Banks Association atas nama pertubohan itu atau dengan persetujuan Pendaftar digunakan bagi memperolehi harta yang tak boleh di-aleh dan kumpulan $ ^{2} $ -wang itu hendak-lah menjadi kumpulan $ ^{2} $ -wang chadang pertubohan itu.

(3)

Yuran yang di-terima daripada anggota atau peyuran pertubohan berdaftar, yang telah memperolehi kelayakan untok mendapat faedah $ ^{2} $ di-bawah atoran $ ^{2} $ pertubohan itu, sa-telah di-tolak jumlah tidak lebeh daripada peratus yang di-tetapkan dan di-benarkan untok pentadbiran dan lain $ ^{2} $ perbelanjaan, hendak-lah di-masokkan ka-dalam satu kira $ ^{2} $ asing atas nama pertubohan itu dalam Bank Simpanan Pejabat Pos atau dalam suatu bank daripada Malaysia Exchange Banks Association dan pertubohan itu boleh mengeluarkan wang daripada kumpulan $ ^{2} $ -wang ini bagi maksud membayar faedah $ ^{2} $ yang di-peruntokkan dalam atoran $ ^{2} $ pertubohan itu.

(4)

Lima puloh peratus daripada kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan berdaftar yang tidak segera di-kehendaki untok membayar faedah $ ^{2} $ boleh-lah di-laborkan dalam chagaran $ ^{2} $ amanah, atau dengan persetujuan Pendaftar atas sharat $ ^{2} $ sa-bagaimana yang di-kenakan-nya, bagi membeli tanah.

(5)

Tiada-lah apa $ ^{2} $ jua pembayaran wang yang kena di-bayar akibat kematian sa-saorang boleh di-buat oleh pertubohan itu kechuali apabila di-tunjokkan surat asal perakuan mati atau suatu salinan-nya yang di-perakui yang di-keluarkan oleh Pendaftar Mati atau, berkenaan dengan sa-saorang yang mati di-luar Persekutuan, surat perakuan mati yang di-keluarkan oleh pehak-berkuasa yang berkenaan di-tempat di-mana orang itu telah mati:

Dengan sharat bahawa jika sa-kira-nya tiada sa-saorang yang di-namakan telah di-lantek, maka pembayaran bolehlah di-buat kapada wakil diri anggota atau peyuran yang mati itu apabila di-tunjokkan-nya surat-kuasa atau pengesahan surat-wasiat anggota atau peyuran yang mati itu.

(6)

Bagi maksud sekshen ini Malaysia Exchange Banks Association erti-nya suatu pertubohan yang di-daftarkan dengan nama itu di-bawah Act ini.

32. (1) Terta'alok kapada peruntokan sekshen 11, perubahan nama tiap $ ^{2} $ pertubohan berdaftar tidak-lah boleh di-laksanakan melainkan dengan jalan suatu ketetapan khas.

(2)

Jika nama sa-suatu pertubohan berdaftar di-ubah, maka perubahan itu tidak-lah boleh menyentoh hak atau tanggongan pertubohan berdaftar itu atau hak atau tanggongan mana $ ^{2} $ anggota-nya, dan apa $ ^{2} $ pembicharaan di-sisi undang $ ^{2} $ boleh-lah di-teruskan oleh atau terhadap pemegang $ ^{2} $ amanah pertubohan itu atau oleh atau terhadap mana $ ^{2} $ pemegang-jawatan yang boleh menda'awa atau di-da'awa bagi pehak pertubohan itu, walau pun ada perubahan nama itu.

33. (1) Bagi maksud sekshen 32 dan 34 suatu ketetapan khas erti-nya suatu ketetapan yang—

(a)

di-luluskan dengan lebehsuara yang tidak kurang daripada tiga per empat daripada bilangan anggota $ ^{2} $ pertubohan berdaftar yang, menurut atoran $ ^{2} $ -nya, berhak mengundi dan yang hadhir pada mana $ ^{2} $ meshuarat agong yang berkenaan dengan-nya notis menyatakan maksud hendak menchadangkan ketetapan itu telah sempurna di-beri mengikut atoran $ ^{2} $ -nya; dan

(b)

di-sahkan dengan lebehsuara anggota $ ^{2} $ yang, menurut atoran $ ^{2} $-nya, berhak mengundi dan yang hadhir pada meshuarat agong yang kemudiannya yang berkenaan dengan-nya notis telah sempurna di-beri, yang di-adakan tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebeh daripada sa-bulan daripada hari meshuarat di-mana ketetapan itu mula $ ^{2} $ telah di-luluskan.

(2)

Dalam mana $ ^{2} $ meshuarat yang tersebut dalam sekshen ini suatu pengishtiharan oleh Pengerusi bahawa ketetapan itu telah di-luluskan hendak-lah menjadi keterangan mu'tamad mengenai hal itu.

34. Suatu salinan tiap $ ^{2} $ ketetapan khas yang di-tandatangani oleh Pengerusi meshuarat dan oleh setia-usaha hendak-lah di-hantar kapada Pendaftar untok pendaftaran dan tidak boleh berkuatkuasa sa-hingga salinan itu didaftarkan.

35. (1) Apabila permohonan di-buat oleh satu per sapuloh daripada jumlah anggota $ ^{2} $ pertubohan berdaftar atau sa-kira-nya daripada ma'alumat yang ada dalam milek-nya Pendaftar itu berpendapat berfaedah berbuat demikian maka ia-nya boleh-lah—

(a)

melantek sa-orang atau beberapa orang Inspekter bagi memereksa dan membuat laporan berkenaan dengan hal ehwal pertubohan itu; atau

(b)

memanggil suatu meshuarat khas pertubohan itu.

(2)

Permohonan yang di-buat oleh anggota $ ^{2} $ di-bawah sekshen ini hendak-lah di-sokong dengan keterangan menunjokkan bahawa pemohon $ ^{2} $ itu ada mempunyai sebab $ ^{2} $ yang chukup bagi menghendaki suatu pemereksaan dijalankan atau suatu meshuarat khas di-panggil, dan bahawa mereka tidak di-dorong oleh tujuan $ ^{2} $ jahat dalam permohonan mereka; dan Pendaftar hendak-lah menyebabkan supaya suatu notis mengenai permohonan itu di-beri kapada pertubohan berdaftar itu.

(3)

Pendaftar boleh, jika di-fikirkan-nya patut, menghendaki pemohon $ ^{2} $ itu supaya memberi chagaran untok belanja $ ^{2} $ untok pemereksaan atau meshuarat khas yang di-chadangkan itu sa-belum melantek sa-saorang Inspekter atau sa-belum memanggil meshuarat itu.

(4)

Segala perbelanjaan berkenaan atau bersangkutan dengan atau bagi memulakan sa-suatu pemereksaan atau meshuarat itu hendak-lah di-bayar oleh anggota $ ^{2} $ yang membuat permohonan itu atau daripada kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan itu atau oleh anggota $ ^{2} $ atau pemegang $ ^{2} $ -jawatan atau bekas anggota $ ^{2} $ atau bekas pemegang $ ^{2} $ -jawatan pertubohan itu mengikut sa-suatu kadar sa-bagaimana yang di-arah oleh Pendaftar.

(5)

Sa-saorang Inspekter yang di-lantek di-bawah sekshen ini boleh menghendaki supaya segala atau mana $ ^{2} $ buku dan suratan pertubohan itu di-tunjokkan dan boleh memereksa atas sumpah pemegang $ ^{2} $ -jawatan, anggota $ ^{2} $ , ejend dan kaki-tangan-nya berhubong dengan urusan pertubohan itu dan boleh mentadbirkan sumpah itu mengikut sa-mestinya.

(6)

Pendaftar boleh mengarahkan bila dan di-mana suatu meshuarat khas di-bawah sekshen ini akan di-adakan dan apa hal $ ^{2} $ yang hendak di-binchang dan di-putuskan dalam meshuarat itu, dan meshuarat itu hendak-lah disifat sa-bagai suatu meshuarat yang di-panggil mengikut atoran $ ^{2} $ pertubohan itu dan mereka $ ^{2} $ yang hadhir dan berhak mengundi ada-lah berkuasa dalam segala hal melantek Pengerusi, walau pun ada apa $ ^{2} $ atoran pertubohan itu yang berlawanan.

(a)

apabila berlaku sa-suatu peristiwa yang ditetapkan oleh atoran²-nya sa-bagai terjumlah kapada tamat-nya pertubohan itu;

(b)

dengan persetujuan tiga per empat daripada anggota $ ^{2} $ pertubohan itu yang di-nyatakan dengan tandatangan $ ^{2} $ mereka pada suatu suratchara pembubaran;

36. Sa-suatu pertubohan berdaftar boleh tamat atau dibubarkan dengan apa $ ^{2} $ jalan yang berikut—

(c)

dengan Pendaftar membatalkan pendaftaran pertubohan itu di-bawah sekshen 13 atau membubarkan-nya di-bawah sekshen 37.

37. Jika sa-suatu pertubohan berdaftar di-tamatkan dengan suatu suratchara pembubaran, maka peruntokan yang berikut hendak-lah di-pakai—

(a)

suratchara itu hendak-lah menyatakan:

(i)

tanggongan dan harta pertubohan berdaftar itu satu per satu;

(ii)

bilangan anggota $ ^{2} $ dan peyuran $ ^{2} $ dan jenis kepentingan mereka dalam pertubohan itu; dan

(iii)

peruntokan dan pembahagian yang di-chadangkan mengenai kumpulan $ ^{2} $ -wang dan harta pertubohan itu, melainkan jika peruntokan dan pembahagian itu di-nyatakan di-dalam suratchara pembubaran sa-bagai terpulang kapada Pendaftar bagi menetapkan-nya;

(b)

suatu surat akuan yang di-buat oleh salah sa-orang daripada pemegang $ ^{2} $ amanah atau oleh tiga orang anggota dan setia-usaha pertubohan itu yang peruntokan Act ini telah di-turut hendak-lah dihantarkan kapada Pendaftar bersama dengan suratchara pembubaran itu;

(c)

suratchara itu tidak-lah boleh mengarahkan atau mengandongi apa $ ^{2} $ peruntokan berkenaan dengan pembahagian atau peruntokan kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan itu atau apa $ ^{2} $ bahagian daripada-nya kechuali bagi maksud melaksanakan tujuan $ ^{2} $ pertubohan itu sa-bagaimana yang di-tetapkan di-dalam atoran $ ^{2} $ -nya, melainkan jika tuntutan tiap $ ^{2} $ orang anggota atau orang yang menuntut bantuan, bayaran tahunan atau lain $ ^{2} $ faedah daripada kumpulan $ ^{2} $ -wang-nya di-tunaikan dengan sempurna-nya dahulu atau melainkan jika peruntokan yang chukup ada di-buat berkenaan dengan menunaikan tuntutan $ ^{2} $ itu;

(d)

suratchara pembubaran itu hendak-lah di-daftarkan mengikut chara yang di-peruntokkan di-dalam Act ini berkenaan dengan pendaftaran pindaan $ ^{2} $ bagi atoran $ ^{2} $ , dan hendak-lah mengikati semua anggota pertubohan itu; dan

(e)

Pendaftar hendak-lah menyebabkan supaya pembubaran itu di-siarkan di-dalam Warta Kerajaan dan jika dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran itu di-dalam Warta Kerajaan, saaorang anggota atau peyuran atau lain² orang yang ada mempunyai kepentingan atau yang ada apa² tuntutan atas kumpulan²-wang pertubohan itu tidak memulakan apa² langkah-pembicharaan bagi membatalkan pembubaran pertubohan itu, dan dengan hal yang demikian pembubaran itu tidak di-batalkan, maka pertubohan itu hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-bubarkan dari tarikh penyiaran di-dalam Warta Kerajaan itu; dan persetujuan $ ^{2} $ yang perlu di-dalam suratchara pembubaran itu hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-dapati dengan sempurna-nya dengan tidak payah di-buktikan dengan tandatangan $ ^{2} $ di-dalam-nya.

38. (1) Jika Pendaftar berpendapat daripada apa $ ^{2} $ ma'alumat di-dalam milek-nya bahawa kumpulan $ ^{2} $ -wang sa-suatu pertubohan berdaftar yang ada mempunyai dua ribu atau lebeh anggota $ ^{2} $ tidak menchukupi untok menunaikan tuntutan $ ^{2} $ yang ada atas-nya itu atau bahawa kadar $ ^{2} $ charum yang di-tetapkan di-dalam atoran $ ^{2} $ pertubohan itu tidak menchukupi untok menunaikan faedah $ ^{2} $ yang di-janjikan itu, maka Pendaftar boleh memerentah pertubohan itu melantek sa-orang juru odit atau akchuari yang akan di-luluskan oleh-nya bagi menyiasat hal ehwal atau sa-bahagian daripada hal ehwal pertubohan itu, akan tetapi Pendaftar itu hendak-lah memberi tidak kurang daripada sa-bulan notis terlebeh dahulu dengan bertulis kapada pertubohan yang hal ehwal-nya akan di-siasat itu.

(2)

Jika apabila penyiasatan di-jalankan Pendaftar berpendapat bahawa kumpulan²-wang pertubohan itu tidak menchukupi untok menunaikan tuntutan² yang ada atas-nya atau bahawa kadar² charum yang di-tetapkan di-dalam atoran² pertubohan itu tidak menchukupi untok menunaikan faedah² yang di-janjikan, maka Pendaftar boleh, jika difikirkan-nya berfaedah berbuat demikian, memerentah supaya pertubohan itu di-bubarkan dan hal ehwal-nya diselesaikan dan hendak-lah mengarahkan bagaimana harta pertubohan itu akan di-bahagi²kan atau di-peruntokkan:

Dengan sharat bahawa Pendaftar boleh menggantong perentah-nya sa-lama tempoh sa-bagaimana yang di-fikirkan-nya perlu bagi membolehkan pertubohan itu membuat apa² perubahan atau penyesuaian mengenai charum² dan faedah² yang akan, menurut hemat-nya, mengelakkan perentah pembubaran daripada perlu di-buat.

(3)

Pendaftar yang menjalankan tindakan di-bawah sekshen ini ada-lah di-beri segala kuasa dan kebenaran yang boleh di-kuatkuasakan dengan hukum $ ^{2} $ yang sama saperti yang mengenai sa-suatu pertikaian yang di-rujokkan kapada-nya menurut sekshen 40.

(4)

Tiap $ ^{2} $ perentah di-bawah sekshen ini, sama ada berkenaan dengan pembubaran atau pembahagian kumpulan $ ^{2} $ wang, hendak-lah terikat atas pertubohan yang berkenaan dengan-nya perentah itu di-buat dan atas semua orang yang ada mempunyai apa $ ^{2} $ tuntutan atas kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan itu dan hendak-lah di-kuatkuasakan sama saperti mu'tamad atas segala pehak dengan tiada hak merayu, dan tidak boleh di-bawa kapada mana $ ^{2} $ Mahkamah atau ditahan dengan jalan injunction; dan permohonan untok penglaksanaan-nya boleh-lah di-buat kapada Mahkamah Seshen.

(2)

Pehak $ ^{2} $ dalam sa-suatu pertikaian yang melibatkan sa-suatu pertubohan berdaftar boleh dengan jalan persetujuan merujokkan pertikaian itu kapada Pendaftar.

(3)

Pendaftar yang kapada-nya sa-suatu pertikaian dirujokkan hendak-lah sama ada oleh-nya sendiri atau oleh sa-saorang Penolong Pendaftar, membichara dan memutuskan pertikaian itu dan ada-lah berkuasa memerentah supaya perbelanjaan² bagi memutuskan pertikaian itu dibayar sama ada daripada kumpulan²-wang pertubohan itu atau oleh mana² pehak dalam pertikaian itu sa-bagaimana yang di-fikirkan-nya patut; dan keputusan atau perentah-nya ada-lah berkuatkuasa dan boleh di-kuatkuasakan sama saperti suatu keputusan yang di-buat mengikut chara yang di-arahkan oleh atoran² pertubohan itu.

(4)

Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang kapada-nya sa-suatu pertikaian di-rujokkan boleh mentadbirkan sumpah $ ^{2} $ dan boleh menghendaki supaya segala pehak yang berkenaan dan saksi $ ^{2} $ hadhir, dan supaya segala buku dan suratan berhubong dengan perkara $ ^{2} $ yang di-persoal ditunjokkan.

BAHAGIAN 3—PELBAGAI PERUNTOKAN YANG DI-PAKAI BAGI PERTUBOHAN $ ^{2} $ 'AM-NYA

41. Bagi maksud $ ^{2} $ Act ini mana $ ^{2} $ daripada pertubohan $ ^{2} $ yang berikut ada-lah menjadi suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ ia-itu—

(a)

sa-suatu pertubohan atau sa-suatu chawangan-nya yang telah di-ishtiharkan sa-bagai menyalahi undang $ ^{2} $ oleh Menteri di-bawah sekshen 5;

(b)

sa-suatu pertubohan atau sa-suatu chawangan-nya yang tidak di-daftarkan di-bawah sekshen 7;

(c)

sa-suatu pertubohan yang menubohkan sa-suatu chawangan dengan tidak terlebeh dahulu mendapat kebenaran Pendaftar berlawanan dengan sekshen 12, dan chawangan yang di-tubohkan dengan demikian itu; atau

(d)

sa-suatu pertubohan atau sa-suatu chawangan-nya yang pendaftaran-nya telah di-batalkan di-bawah sekshen 13.

suatu keputusan dalam sa-suatu pertikaian di-bawah sekshen 40.

(5)

Perbelanjaan $ ^{2} $ bagi penyiasatan dan bagi menyiarkan perentah berkenaan dengan pembubaran di-bawah sekshen ini hendak-lah di-bayar daripada kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan itu sa-belum apa $ ^{2} $ peruntokan lain di-buat daripadanya.

(6)

Tiap² perentah berkenaan dengan pembubaran hendak-lah, dalam masa dua puloh satu hari sa-lepas perentah itu di-buat, di-siarkan dalam Warta Kerajaan dan jika dalam masa tiga bulan dari penyiaran perentah itu, sa-saorang anggota atau peyuran atau sa-saorang yang ada mempunyai apa² kepentingan atau apa² tuntutan atas kumpulan²-wang pertubohan itu tidak memulakan apa² langkah-pembicharaan bagi membatalkan pembubaran pertubohan itu yang di-sebabkan oleh perentah itu, dan oleh demikian itu pembubaran tidak di-batalkan, maka pertubohan itu hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-bubarkan mulai dari tarikh penyiaran perentah itu.

39. (1) Jika sa-saorang menjalankan apa $ ^{2} $ langkah-pembicharaan bagi membatalkan pembubaran sa-suatu pertubohan berdaftar, maka ia hendak-lah memberi notis mengenai langkah-pembicharaan itu kapada Pendaftar tidak kurang daripada tujoh hari sa-belum langkah-pembicharaan itu di-mulakan.

(2)

Jika sa-suatu perentah di-buat oleh Mahkamah membatalkan pembubaran sa-suatu pertubohan berdaftar, maka pertubohan itu hendak-lah memberi notis mengenai perentah itu kapada Pendaftar dalam masa tujoh hari salepas perentah itu di-buat.

40. (1) Sa-suatu pertikaian di-antara—

(a)

sa-saorang anggota atau peyuran atau sa-saorang yang menuntut melalui sa-saorang anggota atau sa-saorang peyuran atau menurut atoran $ ^{2} $ sa-suatu pertubohan berdaftar dengan pertubohan itu atau sa-saorang pemegang-jawatan-nya; dan

(b)

$ mana^{2} $ orang yang muskil yang tidak lagi menjadi anggota sa-suatu pertubohan berdaftar atau $ mana^{2} $ orang yang menuntut melalui orang yang muskil itu, dengan pertubohan itu atau sa-saorang pemegang-jawatan-nya, hendak-lah di-putuskan mengikut chara yang di-arahkan menurut atoran $ ^{2} $ pertubohan berdaftar itu; dan keputusan yang di-beri demikian itu hendak-lah terikat dan menjadi mu'tamad atas segala pehak dengan tiada hak merayu, dan tidak boleh di-bawa kapada mana $ ^{2} $ Mahkamah atau ditahan dengan jalan injunction; dan permohonan untok penglaksanaan-nya boleh-lah di-buat kapada Mahkamah Seshen.

(2)

Pehak² dalam sa-suatu pertikaian yang melibatkan sa-suatu pertubohan berdaftar boleh dengan jalan persetujuan merujokkan pertikaian itu kapada Pendaftar.

(3)

Pendaftar yang kapada-nya sa-suatu pertikaian dirujokkan hendak-lah sama ada oleh-nya sendiri atau oleh sa-saorang Penolong Pendaftar, membichara dan memutuskan pertikaian itu dan ada-lah berkuasa memerentah supaya perbelanjaan² bagi memutuskan pertikaian itu dibayar sama ada daripada kumpulan²-wang pertubohan itu atau oleh mana² pehak dalam pertikaian itu sa-bagaimana yang di-fikirkan-nya patut; dan keputusan atau perentah-nya ada-lah berkuatkuasa dan boleh di-kuatkuasakan sama saperti suatu keputusan yang di-buat mengikut chara yang di-arahkan oleh atoran² pertubohan itu.

(4)

Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang kapada-nya sa-suatu pertikaian di-rujokkan boleh mentadbirkan sumpah $ ^{2} $ dan boleh menghendaki supaya segala pehak yang berkenaan dan saksi $ ^{2} $ hadhir, dan supaya segala buku dan suratan berhubong dengan perkara $ ^{2} $ yang di-persoal ditunjokkan.

BAHAGIAN 3PELBAGAI PERUNTOKAN YANG DI-PAKAI BAGI PERTUBOHAN $ ^{2} $ 'AM-NYA

41. Bagi maksud $ ^{2} $ Act ini mana $ ^{2} $ daripada pertubohan $ ^{2} $ yang berikut ada-lah menjadi suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ , ia-itu—

(a)

sa-suatu pertubohan atau sa-suatu chawangan-nya yang telah di-ishtiharkan sa-bagai menyalahi undang $ ^{2} $ oleh Menteri di-bawah sekshen 5;

(b)

sa-suatu pertubohan atau sa-suatu chawangan-nya yang tidak di-daftarkan di-bawah sekshen 7;

(c)

sa-suatu pertubohan yang menubohkan sa-suatu chawangan dengan tidak terlebeh dahulu mendapat kebenaran Pendaftar berlawanan dengan sekshen 12, dan chawangan yang di-tubohkan dengan demikian itu; atau

(d)

sa-suatu pertubohan atau sa-suatu chawangan-nya yang pendaftaran-nya telah di-batalkan di-bawah sekshen 13.

42. Mana $ ^{2} $ pemegang-jawatan dan mana $ ^{2} $ orang yang mengurus atau menolong dalam pengurusan mana $ ^{2} $ pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara salama tempoh tidak lebeh daripada lima tahun atau denda tidak lebeh daripada lima ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $ -nya.

43. Mana² orang yang menjadi atau yang menjalankan kerja sa-bagai sa-orang anggota bagi sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang² atau menghadhiri sa-suatu meshuarat pertubohan yang menyalahi undang² itu atau mana² orang yang membayar wang atau memberi apa² bantuan kapada atau bagi maksud² sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang² ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada tiga tahun atau denda tidak lebeh daripada tiga ribu ringgit atau kedua²-nya.

44. Mana² orang yang dengan mengetahuii membenarkan sa-suatu meshuarat bagi sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang², atau bagi anggota² sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang² di-adakan di-mana² rumah, bangunan atau tempat yang di-punyai atau di-dudoki oleh-nya, atau yang ia berkuasa mengawal ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada tiga tahun atau denda tidak lebeh daripada tiga ribu ringgit atau kedua²-nya.

45. (1) $ Mana^{2} $ orang yang menghasut, mendorong atau mengajak sa-orang lain supaya menjadi sa-orang anggota, atau supaya menolong dalam pengurusan sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada empat tahun atau denda tidak lebeh daripada empat ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $ -nya.

(2)

Mana $ ^{2} $ orang yang menggunakan apa $ ^{2} $ kekerasan, ugutan kapada sa-saorang lain atau menakutkan-nya bagi mendorong-nya supaya menjadi sa-orang anggota atau supaya menolong dalam pengurusan sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara salania tempoh tidak lebeh daripada lima tahun atau denda tidak lebeh daripada lima ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $-nya.

46. Mana $ ^{2} $ orang yang mendapatkan atau menchuba mendapatkan daripada sa-saorang lain apa $ ^{2} $ yuran atau bantuan bagi maksud sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada tiga tahun atau denda tidak lebeh daripada tiga ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $-nya.

47. Mana $ ^{2} $ orang yang menchetak, menyiarkan, menunjokkan, menjual atau mendedahkan untok jualan, atau menghantarkan melalui pos atau yang dengan tiada mempunyai kuasa atau sebab yang sah di-sisi undang $ ^{2} $ ada dalam milek-nya apa $ ^{2} $ pelekat, akhbar, buku, pekeliling, pernyataan bergambar atau apa $ ^{2} $ jua suratan atau tulisan lain atau yang di-keluarkan atau yang nampak-nya di-keluarkan oleh atau bagi pehak atau bagi kepentingan sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada dua tahun atau denda tidak lebeh daripada dua ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $-nya dan apa $ ^{2} $ jua buku, majallah, risalah, poster, perishtiharan, akhbar, surat atau apa $ ^{2} $ lain suratan atau tulisan yang berkenaan dengan-nya orang itu telah di-thabitkan hendak-lah dirampas.

48. Mana $ ^{2} $ orang yang dahulu-nya telah di-thabitkan apa $ ^{2} $ kesalahan terhadap Act ini, menjalankan kerja sa-bagai saorang pemegang-jawatan bagi mana $ ^{2} $ pertubohan dengan tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada dua tahun atau denda tidak lebeh daripada dua ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $-nya.

49. Jika pendaftaran mana $ ^{2} $ pertubohan telah di-batalkan di-bawah perenggan (b) atau perenggan-kechil (i) hingga (iv) dalam perenggan (c) sekshen-kechil (1) dalam sekshen 13, maka sa-saorang pemegang-jawatan bagi pertubohan pada masa pembatalan itu yang sa-lepas daripada masa itu menjadi sa-orang pemegang-jawatan bagi mana $ ^{2} $ pertubohan lain dengan tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila dithabitkan, boleh-lah di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada lima tahun atau denda tidak lebeh daripada lima ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $-nya.

50. (1) Tiada-lah sa-suatu jua pertubohan boleh memakai sa-bagai untok-nya sendiri apa $ ^{2} $ bendera, lambang, lenchana atau lain $ ^{2} $ tanda melainkan jika bendera, lambang, lenchana atau lain $ ^{2} $ tanda itu telah di-luluskan oleh Pendaftar.

(2)

Pendaftar boleh menyatakan sharat $ ^{2} $ yang boleh membenarkan bendera, lambang, lenchana atau lain $ ^{2} $ tanda itu di-tunjokkan.

(3)

Mana $ ^{2} $ orang atau pertubohan yang menunjokkan apa $ ^{2} $ bendera, lambang, lenchana atau lain $ ^{2} $ tanda yang tiada mendapat kelulusan oleh Pendaftar atau dengan melanggar mana $ ^{2} $ sharat yang di-kenakan oleh Pendaftar ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, bolehlah di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada tiga bulan atau denda tidak lebeh daripada tiga ratus ringgit.

51. (1) Jika sa-suatu kesalahan yang boleh di-seksa dengan denda atau penjara telah di-lakukan, sama ada sa-saorang telah di-thabitkan berkenaan dengan-nya atau tidak, dan kesalahan itu telah di-lakukan atau berupa telah di-lakukan atas nama atau bagi pehak mana² pertubohan, maka tiap² pemegang-jawatan pertubohan itu dan tiap² orang yang mengurus atau menolong dalam pengurusan pertubohan itu pada masa kesalahan itu di-lakukan hendak-lah di-sifat sa-bagai melakukan kesalahan itu dan boleh-lah di-kenakan seksaan yang di-tetapkan oleh undang² bagi-nya, melainkan jika ia menunjokkan hingga memberi puashati kapada Mahkamah bahawa kesalahan itu telah di-lakukan dengan tiada pengetahuan-nya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha yang sa-patut-nya bagi mengelakkan kesalahan itu daripada di-lakukan.

(2)

Mana $ ^{2} $ pemegang-jawatan atau orang yang mengurus atau menolong dalam pengurusan pertubohan itu boleh-lah di-da'awa di-bawah sekshen ini, walau pun boleh jadi ia tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.

(3)

Dalam apa $ ^{2} $ penda'awaan di-bawah sekshen-kechil (1) terhadap sa-saorang pemegang-jawatan atau mana $ ^{2} $ orang yang mengurus atau yang menolong dalam pengurusan sa-suatu pertubohan, apa $ ^{2} $ suratan yang di-dapati dalam milek sa-saorang pemegang-jawatan pertubohan itu atau dalam milek sa-saorang yang menolong dalam pengurusan pertubohan itu atau dalam milek sa-saorang anggota pertubohan itu atau yang di-dapati di-dalam mana $ ^{2} $ tempat yang di-pajak, di-sewa, di-pinjam, di-gunakan atau di-kelolai oleh pertubohan itu hendak-lah menjadi keterangan prima facie mengenai kandongan-nya bagi maksud membuktikan bahawa sa-suatu telah di-lakukan atau berupa telah di-lakukan oleh atau bagi pehak pertubohan itu.

52. (1) $ \mathrm{Tiap}^{2} $ pertubohan, sama ada ia-nya di-daftarkan atau tidak, yang menggunakan upachara Triad, hendak-lah di-sifatkan sa-bagai suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $;

(2)

Bagi maksud sekshen-kechil (1) upachara Triad ertinya apa $ ^{2} $ upachara yang biasa-nya di-gunakan oleh Pertubohan $ ^{2} $ Triad, apa $ ^{2} $ upachara yang sa-hampir $ ^{2} $ menyerupai sa-suatu upachara itu dan sa-suatu bahagian daripada upachara itu.

(3)

Mana $ ^{2} $ orang yang menjadi atau menjalankan kerja sa-bagai sa-orang anggota sa-suatu pertubohan Triad atau yang menghadhiri sa-suatu meshuarat-nya atau yang didapati ada dalam milek-nya, atau ada dalam jagaan atau kawalan-nya apa $ ^{2} $ buku, kira $ ^{2} $ tulisan, senarai anggota $ ^{2} $ meteri, panji $ ^{2} $ atau tanda bagi, atau berhubong dengan, sa-suatu pertubohan Triad sama ada pertubohan itu di-tubohkan di-dalam Persekutuan atau tidak, ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah dikenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada lima tahun atau denda tidak lebeh daripada lima ribu ringgit.

53. (1) Jika, atas aduan yang di-buat oleh sa-saorang anggota sa-suatu pertubohan berdaftar, atau oleh Pendaftar, Mahkamah Seshen di-beritahu hingga memberi puashatiya bahawa sa-saorang pemegang-jawatan atau anggota pertubohan itu ada dalam milek atau kawalan-nya apa² jua harta pertubohan itu dengan apa² jalan, lain daripada yang mengikut atoran² pertubohan itu, atau telah menahan sa-chara yang menyalahi undang² atau telah bersengaja menggunakan apa² wang pertubohan itu bagi maksud², lain daripada maksud² yang di-nyata atau di-arahkan dalam atoran² pertubohan itu dan yang di-benarkan oleh Act ini, maka Mahkamah itu hendak-lah, jika di-fikirkan-nya perlu untok ke'adilan hal itu, memerentah pemegang-jawatan atau anggota itu supaya menyerahkan segala harta itu kapada pemegang² amanah pertubohan itu serta membayar kapada mereka itu wang yang di-tahan sa-chara menyalahi undang² atau yang di-gunakan sa-chara tidak sa-betul-nya itu.

(2)

Sa-suatu aduan yang di-buat di-bawah sekshen-kechil (1), lain daripada aduan yang di-buat oleh Pendaftar, tidak-lah boleh di-layani melainkan jika Mahkamah itu puashati bahawa pengadu itu ada-lah, pada tarikh aduan itu, saorang anggota bagi pertubohan berdaftar yang berkenaan dengan harta-nya aduan itu di-buat.

(3)

Mana $ ^{2} $ orang yang terikat oleh sa-suatu perentah yang di-buat di-bawah sekshen-kechil (1) yang tidak menurut sharat $ ^{2} $ -nya dan arahan $ ^{2} $ yang di-beri di-dalam-nya dalam masa yang di-nyatakan dalam perentah itu ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan denda tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit.

(4)

Sa-suatu perentah yang di-buat di-bawah sekshenkechil (1) tidak-lah menyentoh atau menahan sa-suatu penda'awaan atau pembicharaan civil terhadap mana $ ^{2} $ pemegang-jawatan atau anggota itu.

54. Mana $ ^{2} $ orang yang memberi, dengan niat hendak mengeliru atau menipu, kapada mana $ ^{2} $ orang suatu salinan sa-suatu atoran $ ^{2} $ , undang $ ^{2} $ , peratoran $ ^{2} $ atau lain $ ^{2} $ suratan, lain daripada atoran $ ^{2} $ sa-suatu pertubohan berdaftar, supaya di-perchayai bahawa ia-nya ada-lah atoran $ ^{2} $ pertubohan itu yang ada di-pakai pada masa itu atau bahawa tidak ada atoran $ ^{2} $ lain bagi pertubohan itu atau memberi kapada mana $ ^{2} $ orang suatu salinan sa-suatu atoran $ ^{2} $ supaya diperchayai bahawa atoran $ ^{2} $ itu ada-lah atoran $ ^{2} $ sa-suatu pertubohan berdaftar pada hal pertubohan itu tidak berdaftar, ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan denda tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit atau penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada enam bulan atau denda dan penjara kedua $ ^{2} $ -nya sa-kali.

55. Dalam apa $ ^{2} $ pembicharaan di-bawah Act ini---

(a)

jika di-buktikan bahawa sa-suatu kelab, sharikat, perkongsian atau persatuan ada-lah wujud, maka hendak-lah di-anggap bahawa kelab, sharikat, perkongsian atau persatuan itu ada-lah suatu pertubohan dalam erti Act ini melainkan jika akas-nya di-buktikan;

(b)

maka tidak-lah perlu bagi pehak penda'awa membuktikan bahawa sa-suatu pertubohan mempunyai sa-suatu nama atau bahawa ia-nya telah di-tubohkan atau ada-lah biasa-nya di-kenali dengan sa-suatu nama yang tertentu;

(c)

jika sa-kira-nya di-tudoh bahawa sa-suatu pertubohan ada-lah suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ maka tanggongan bagi membuktikan yang ia-nya ada-lah suatu pertubohan berdaftar, atau yang ia-nya bukan-nya suatu pertubohan tempatan, hendak-lah terletak ka-atas orang yang di-pertudohkan itu.

56. (1) Jika apa $ ^{2} $ buku, kira $ ^{2} $ tulisan, senarai anggota $ ^{2} $ meteri, panji $ ^{2} $ atau tanda bagi, atau berhubong dengan, atau yang berupa berhubong dengan sa-suatu pertubohan didapati ada di-dalam milek, jagaan atau di-bawah kawalan mana $ ^{2} $ orang, maka hendak-lah di-anggap, sa-hingga akasnya di-buktikan, bahawa orang itu ada-lah sa-orang anggota pertubohan itu, dan pertubohan itu hendak-lah di-anggap, sa-hingga akas-nya di-buktikan, sa-bagai telah ada wujud pada masa buku, kira $ ^{2} $ tulisan, senarai anggota $ ^{2} $ meteri, panji $ ^{2} $ atau tanda itu di-dapati demikian itu.

(2)

Jika apa $ ^{2} $ buku, kira $ ^{2} $ tulisan, senarai anggota $ ^{2} $ meteri, panji $ ^{2} $ atau tanda bagi, atau berhubong dengan, sa-suatu pertubohan di-dapati—

(a)

ada di-dalam milek, jagaan atau di-bawah kawalan mana $ ^{2} $ orang, maka hendak-lah di-anggap, sahingga akas-nya di-buktikan, bahawa orang itu ada-lah menolong dalam pengurusan pertubohan itu;

(b)

tersembunyi dalam mana $ ^{2} $ bangunan, maka hendak-lah di-anggap, sa-hingga akas-nya di-buktikan, bahawa yang tersebut itu ada di-dalam milek pendudok bangunan itu.

(3)

Apabila Mahkamah berpendapat bahawa ada sebab $ ^{2} $ yang menasabah bagi mengshaki bahawa sa-suatu tempat yang di-masoki atau di-geledah menurut sa-suatu kuasa yang sah di-sisi undang $ ^{2} $ di-bawah atau yang di-beri oleh Act ini telah, sa-jurus sa-belum atau pada masa kemasokan itu, di-gunakan oleh atau bagi maksud $ ^{2} $ sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ , maka mana $ ^{2} $ orang yang di-jumpai di-tempat yang tersebut itu pada bila $ ^{2} $ jua dalam masa penggeledahan itu atau yang di-dapati meninggalkan tempat itu sa-jurus sa-belum atau pada masa kemasokan itu hendak-lah, melainkan jika ia menerangkan dengan memberi puashati sebab $ ^{2} $nya ia berada di-tempat yang tersebut itu, di-anggap sa-bagai sa-orang anggota pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ .

57. (1) Dalam apa $ ^{2} $ penda'awaan di-bawah Act ini, maka tidak-lah boleh menjadi apa $ ^{2} $ bantahan terhadap kemasokan keterangan pakar atas alasan bahawa pakar itu bukan-nya atau tidak pernah menjadi sa-orang anggota bagi mana $ ^{2} $ pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ .

(2)

Dalam apa $ ^{2} $ penda'awaan di-bawah Act ini, Mahkamah boleh melihat, bagi maksud $ ^{2} $ keterangan, mana $ ^{2} $ jua daripada buku $ ^{2} $ yang berikut—

Thian Ti Hwui, the Hung-League or Heaven-Earth League, by G. Schlegel;

The Triad Society, by W. Stanton;

The Hung Society or the Society of Heaven and Earth, by J. S. M. Ward and W. G. Stirling;

Triad Societies in Hong Kong, by W. P. Morgan, dan lain $ ^{2} $ buku atau karangan yang di-terbitkan atas perkara pertubohan $ ^{2} $ pada 'am-nya yang menyalahi undang $ ^{2} $ atau pertubohan $ ^{2} $ tertentu yang menyalahi undang $ ^{2} $ , yang difikirkan oleh Mahkamah sa-bagai petua atas perkara yang terkandong di-dalam-nya.

58. Kechuali sa-bagaimana yang di-peruntokkan kemudian daripada ini—

(a)

tiada-lah sa-saorang jua saksi terpaksa atau boleh di-benar menyatakan nama dan 'alamat sa-saorang pemberi rahsia di-bawah Act ini atau pun menyatakan apa² hal yang mungkin membawa kapada pemberi rahsia itu di-ketahui; dan

(b)

jika apa² buku, suratan atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh di-pereksa dalam apa² jua pembicharaan civil atau jenayah dibawah Act ini mengandongi apa² chatitan yang ada memberi nama atau sifat² sa-saorang pemberi rahsia atau yang mungkin membawa kapada-nya di-ketahui, maka Mahkamah atau Mejisteret hendak-lah menyebabkan supaya segala chatitan itu di-tutup supaya tidak dapat di-lihat atau dipadamkan ha-nya sa-takat mana yang perlu untok memperlindongi pemberi rahsia itu dari-pada dapat di-ketahui:

Dengan sharat bahawa jika dalam mana² pembicharaan jenayah di-bawah Act ini Mahkamah ada-lah puashati, satelah siasatan di-jalankan sa-penoh-nya berkenaan hal itu, bahawa menguatkuasakan dengan sa-penoh-nya peruntokan² sekshen ini mungkin menyebabkan ke'adilan terpesong, maka Mahkamah boleh-lah menghendaki supaya ma'alumat yang asal di-tunjokkan dan boleh membenarkan siasatan dan boleh menghendaki supaya segala hal dikatakan kapada Mahkamah berkenaan dengan pemberi rahsia itu.

59. Apa $ ^{2} $ buku, kira $ ^{2} $ tulisan, panji $ ^{2} $ tanda atau lain $ ^{2} $ harta yang di-punyai oleh mana $ ^{2} $ pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ hendak-lah, atas perentah Yang di-Pertua Mahkamah Seshen atau sa-saorang Mejisteret, di-rampas dan di-berikan kapada Pendaftar atau kapada sa-orang Penolong Pendaftar untok apa $ ^{2} $ jua yang di-fikirkan-nya patut dibuat ka-atas-nya.

60. Tiap $ ^{2} $ kesalahan terhadap peruntokan $ ^{2} $ sekshen 42 hingga 49, termasok kedua $ ^{2} $ sekshen itu, dan sekshen 52 hendak-lah di-sifatkan sa-bagai yang boleh di-tangkap dan yang tidak boleh di-jamin di-bawah undang $ ^{2} $ berhubong dengan peratoran jenayah dan hendak-lah juga di-sifatkan sa-bagai yang kena di-daftarkan di-bawah undang $ ^{2} $ berhubong dengan pendaftaran penjenayah $ ^{2} $ .

61. (1) Kechuali mengenai orang $ ^{2} $ yang di-pertudohkan dibawah peruntokan $ ^{2} $ sekshen 45 dan 52 dan orang $ ^{2} $ yang di-tangkap di-bawah peruntokan $ ^{2} $ sekshen 65 dan sekshenkechil (5) dalam sekshen 66 dalam Act ini, sa-suatu penda'awaan di-bawah Act ini tidak boleh di-bawa kechuali oleh atau dengan persetujuan Penda'awa Raya:

Dengan sharat bahawa sa-saorang yang di-pertudohkan atas sa-suatu kesalahan itu boleh-lah di-tangkap, atau waran untok menangkap-nya boleh-lah di-keluar dan dilaksanakan, dan mana $ ^{2} $ orang yang tersebut itu boleh-lah di-tahan dalam jagaan atau di-benarkan jamin, walau pun persetujuan Penda'awa Raya untok membawa penda'awaan atas kesalahan itu belum di-dapati, tetapi hal itu tidak boleh di-da'awa sa-lanjut-nya sa-hingga persetujuan itu telah di-dapati.

(2)

Apabila sa-saorang di-bawa ka-hadapan Mahkamah di-bawah sekshen ini sa-belum Penda'awa Raya memberi persetujuan kapada penda'awaan itu, pertudohan itu hendak-lah di-huraikan kapada orang itu tetapi ia tidak boleh di-minta membuat apa² akuan dan peruntokan undang² yang pada masa itu berkuatkuasa berhubong dengan peratoran jenayah hendak-lah terubah demikian itu.

62. Tiap $ ^{2} $ saman, notis atau lain $ ^{2} $ suratan yang di-keluarkan di-bawah Act ini, atau di-bawah peratoran $ ^{2} $ yang di-buat di-bawah ini, hendak-lah di-sifatkan telah di-sampaikan dengan sah dan sempurna-nya, jika di-sampaikan atau ditinggalkan kapada orang yang di-maksud hendak disampaikan itu atau, sa-kira-nya tidak dapat di-jumpai, jika di-tinggalkan di-tempat urusan atau tempat tinggal-nya yang akhir di-ketahui, oleh mana $ ^{2} $ orang yang di-beri kuasa bagi maksud itu oleh Pendaftar atau, dalam hal penyampaian sa-suatu notis atau perentah kapada pertubohan, dengan jalan menghantar notis atau perentah itu dengan pos berdaftar kapada 'alamat berdaftar pertubohan itu.

63. Pendaftar atau sa-saorang Penolong Pendaftar boleh, pada bila $ ^{2} $ masa, memasoki mana $ ^{2} $ tempat yang ia ada sebab memperchayai, di-simpan atau di-gunakan oleh mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar atau oleh mana $ ^{2} $ jua daripada anggota $ ^{2} $-nya sa-bagai tempat meshuarat atau tempat urusan.

64. Pendaftar atau sa-saorang Penolong Pendaftar, yang ada sebab memperchayai bahawa mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar ada-lah di-gunakan bagi maksud $ ^{2} $ yang memudzaratkan keamanan awam, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di-dalam Persekutuan, boleh memasoki, sama ada dengan pertolongan atau tidak, dan dengan menggunakan kekerasan bagi maksud itu, jika perlu, mana $ ^{2} $ tempat yang ia ada sebab memperchayai ada-lah di-gunakan sa-bagai tempat meshuarat atau tempat urusan bagi pertubohan itu, dan boleh memereksa tempat itu dan mana $ ^{2} $ orang yang dijumpai di-dalam-nya atau di-dapati lari daripada tempat itu untok mendapat keterangan bahawa pertubohan itu adalah di-gunakan bagi sa-suatu maksud sa-bagaimana yang tersebut di-atas.

65. Mana² pegawai polis yang berpangkat Inspekter atau atas daripada itu boleh, sama ada dengan pertolongan atau tidak dengan menggunakan kekerasan, jika perlu, memasoki mana² rumah-kediaman atau lain² bangunan, atau mana² tempat yang di-dalam-nya, ia ada sebab memperchayai bahawa suatu meshuarat bagi sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang², atau bagi orang² yang menjadi anggota sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang², sedang diadakan, atau bahawa apa² buku, kira², tulisan, senarai anggota², panji², meteri, tanda, senjata atau lain² barang yang di-punyai oleh mana² pertubohan yang menyalahi undang² ada di-sembunyikan, di-simpan atau di-letakkan, dan menangkap atau menyebabkan supaya di-tangkap semua orang yang di-jumpai di-dalam rumah itu dan menggeledah rumah, bangunan atau tempat itu, serta mengambil atau menyebabkan supaya di-ambil segala buku, kira², tulisan, panji², senarai anggota², meteri, tanda, senjata dan lain² barang yang ia ada sebab yang menasabah bagi memperchayai di-punyai oleh mana² pertubohan yang menyalahi undang² atau sa-bagai berhubong dengan apa² jalan jua dengan-nya.

(2)

Semua orang yang di-tangkap demikian itu dan segala barang yang di-ambil demikian itu boleh di-tahan dalam jagaan dan di-bawa ka-hadapan Mejisteret untok di-ambil tindakan mengikut undang $ ^{2} $ .

66. (1) Pendaftar atau sa-saorang Penolong Pendaftar boleh menyaman supaya hadhir di-hadapan-nya mana $ ^{2} $ orang yang ia ada sebab memperchayai boleh memberi apa $ ^{2} $ ma'alumat tentang wujud-nya atau perjalanan sa-suatu pertubohan yang menyalahi undang $ ^{2} $ , atau pertubohan yang di-shaki menyalahi undang $ ^{2} $ , atau tentang perjalanan sa-suatu pertubohan berdaftar.

(2)

Orang yang di-saman supaya hadhir itu hendak-lah hadhir pada waktu dan tempat yang di-nyatakan di-dalam saman itu, dan menunjokkan segala suratan dalam jagaan, milek atau kuasa-nya berhubong dengan pertubohan itu atau pertubohan yang di-shaki itu, dan menjawab dengan benarnya segala soal yang di-tanya kapada-nya oleh Pendaftar atau sa-saorang Penolong Pendaftar.

(3)

Pendaftar dan tiap $ ^{2} $ Penolong Pendaftar boleh mentadbirkan sumpah kapada dan memereksa atas sumpah mana $ ^{2} $ orang yang di-saman supaya hadhir di-hadapan-nya di-bawah sekshen ini.

(4)

Jika mana $ ^{2} $ orang yang di-saman supaya hadhir oleh Pendaftar atau sa-saorang Penolong Pendaftar di-bawah sekshen ini tidak menurut, dengan tiada apa $ ^{2} $ sebab yang sah di-sisi undang $ ^{2} $ , apa $ ^{2} $ kewajipan yang di-tanggongkan ka-atas-nya menurut sekshen-kechil (2) atau pun memberi ma'alumat yang Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu perchaya sa-bagai palsu, maka Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu, boleh, jika di-fikirkan-nya berfaedah untok mengenal orang itu pada masa hadapan, mengeluarkan perentah supaya gambar dan chap jari orang itu di-ambil pada suatu masa dan tempat dan mengikut chara sa-bagaimana yang di-fikirkan patut oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar itu. Pendaftar itu boleh membuat apa $ ^{2} $ , menurut budibichara-nya yang mutlak, sa-bagaimana yang difikirkan-nya patut kapada gambar dan chap jari itu.

(5)

Mana $ ^{2} $ orang yang tidak menurut perentah itu atau yang menggalang perentah itu di-turut boleh di-tangkap dan di-tahan dalam jagaan dan, apabila di-thabitkan, boleh-lah di-kenakan denda tidak lebeh daripada dua ratus ringgit.

(6)

Tiada-lah apa $ ^{2} $ jua kenyataan yang di-buat oleh sasaorang yang di-saman supaya hadhir di-hadapan Pendaftar atau sa-saorang Penolong Pendaftar di-bawah peruntokan sekshen ini boleh mengenakan ia di-tangkap atau penda'awaan jenayah di-jalankan ka-atas-nya, atau pun di-jadikan bukti terhadap-nya dalam apa² pembicharaan jenayah, kechuali dalam sa-suatu penda'awaan kerana tidak memberi jawapan yang sa-benar-nya di-bawah sekshen ini.

67. (1) Menteri boleh membuat peratoran $ ^{2} $ bagi maksud menguatkuasakan peruntokan $ ^{2} $ Act ini.

(2)

Khusus-nya dan dengan tidak menyentoh keluasan kuasa $ ^{2} $ yang di-beri oleh sekshen-kechil (1), Menteri boleh membuat peratoran $ ^{2} $ untok atau berkenaan dengan segala atau mana $ ^{2} $ jua daripada hal $ ^{2} $ yang berikut—

(a)

menetapkan chara pendaftaran bagi pertubohan $ ^{2} $ di-bawah Act ini;

(b)

melarang penggunaan, oleh pertubohan $ ^{2} $ berdaftar, lenchana $ ^{2} $ dan tanda $ ^{2} $ yang menyalahi undang $ ^{2} $ atau yang tidak di-ingini;

(c)

menetapkan borang $ ^{2} $ yang boleh di-gunakan untok menjalankan peruntokan $ ^{2} $ Act ini;

(d)

menetapkan ma'alumat yang kena di-berikan kapada Pendaftar;

(e)

menetapkan bayaran yang boleh di-pungut di-bawah Act ini;

(f)

menetapkan apa $ ^{2} $ jua yang boleh di-tetapkan dibawah Act ini;

(g)

menetapkan peratus daripada jumlah yuran yang di-terima yang boleh di-potong oleh sa-suatu pertubohan berdaftar untok pentadbiran dan lain $ ^{2} $ perbelanjaan.

(3)

Mana $ ^{2} $ peratoran yang tersebut itu boleh mengadakan peruntokan bahawa perlanggaran mana $ ^{2} $ peratoran ada-lah suatu kesalahan terhadap peratoran itu dan boleh mengadakan peruntokan seksaan untok mana $ ^{2} $ kesalahan itu, dengan suatu denda yang tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit dan dengan suatu tempoh penjara yang tidak lebeh daripada enam bulan.

68. (1) Ordinance Pertubohan, 1949 bagi Negeri $ ^{2} $ Tanah Melayu, Ordinance Pertubohan, 1957 bagi Sarawak dan Ordinance Pertubohan, 1961 bagi Sabah ada-lah di-mansokhkan:

Dengan sharat bahawa mana $ ^{2} $ pertubohan, lain daripada sa-suatu pertubohan faedah bersama, jika telah di-daftarkan atau di-kechualikan daripada pendaftaran di-bawah peruntokan $ ^{2} $ Ordinance yang dengan ini dimansokhkan itu hendak-lah, terta'alok kapada sekshenkechil (2), di-sifatkan sa-bagai pertubohan berdaftar dibawah peruntokan Act ini.

(2)

$ Mana^{2} $ pertubohan, lain daripada sa-suatu pertubohan faedah bersama, yang di-daftarkan atau di-kechualikan daripada pendaftaran menurut peruntokan Ordinance $ ^{2} $ yang tersebut dalam sekshen-kechil (1), hendak-lah dalam tempoh enam bulan daripada tarikh berkuatkuasa-nya Act ini atau daripada apa $ ^{2} $ tempoh yang di-lanjutkan, yang tidak lebeh daripada tiga bulan, sa-bagaimana yang di-benarkan oleh Pendaftar, mengubah perlembagaan atau atoran $ ^{2} $ -nya supaya mengandongi peruntokan untok segala perkara yang di-terangkan dalam Jadual 1 kapada Act ini.

69. (1) Walau pun Ordinance $ ^{2} $ yang tersebut dalam sekshen yang akhir di-atas mansokhkan, tiap $ ^{2} $ pertubohan faedah bersama yang di-daftarkan di-bawah mana $ ^{2} $ jua daripada Ordinance $ ^{2} $ yang tersebut itu hendak-lah, dalam tempoh sembilan puloh hari sa-lepas tarikh berkuatkuasa-nya Act ini, di-sifatkan sa-bagai di-daftarkan di-bawah Act ini dan hendak-lah dalam tempoh yang tersebut di-atas itu membuat permohonan kapada Pendaftar untok pendaftaran di-bawah sekshen 6 dan 7 mengikut chara yang di-peruntokkan di-bawah sekshen-kechil (2) di-bawah ini; dan tiada-lah sa-suatu pertubohan faedah bersama yang tersebut itu boleh di-daftarkan melainkan jika Pendaftar puashati bahawa ia-nya ada-lah menurut peruntokan $ ^{2} $ Act ini.

(2)

Permohonan untok pendaftaran yang tersebut dalam sekshen-kechil (1) di-atas hendak-lah di-sertakan dengan suatu kenyataan 'am mengenai harta dan tanggongan bagi pertubohan faedah bersama itu, yang di-buat mengikut bentok dan mengandongi apa $ ^{2} $ butir sa-bagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar, dan, sa-kira-nya di-kehendaki oleh Pendaftar, di-sertakan dengan suatu salinan atoran $ ^{2} $ pertubohan faedah bersama itu. Permohonan itu tidak-lah di-kenakan apa $ ^{2} $ bayaran.

(3)

Sa-kira-nya sa-suatu pertubohan faedah bersama yang di-daftarkan di-bawah mana $ ^{2} $ jua daripada Ordinance $ ^{2} $ yang di-mansokhkan oleh sekshen akhir diatas tidak membuat permohonan untok pendaftaran menurut peruntokan sekshen-kechil (1) di-atas atau tidak menurut peruntokan Act ini dalam masa sembilan puloh hari yang tersebut di-atas itu, maka pertubohan itu hendak-lah di-sifatkan apabila habis sahaja tempoh itu sa-bagai di-bubarkan, dan kumpulan $ ^{2} $ -wang-nya hendak-lah dilepaskan mengikut atoran $ ^{2} $ pertubohan faedah bersama itu (jika ada) atau jika tiada apa $ ^{2} $ atoran yang boleh dipakai bagi hal itu, maka kumpulan $ ^{2} $ -wang itu hendak-lah di-bahagi $ ^{2} $ kan mengikut kadar jumlah charum yang dibayar oleh tiap $ ^{2} $ anggota.

PERTUBOHAN

70. Menteri boleh, menurut budibichara-nya, dengan bertulis mengechualikan mana $ ^{2} $ pertubohan yang didaftarkan di-bawah Act ini daripada segala atau mana $ ^{2} $ jua daripada peruntokan $ ^{2} $ Act ini.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL 1

(Sekshen 7 (3) (f) )

PERLEMBAGAAN DAN ATORAN $ ^{2} $ PERTUBOHAN $ ^{2} $

1. Perkara $ ^{2} $ yang peruntokan bagi-nya di-kehendaki di-buat dalam perlembagaan atau atoran $ ^{2} $ bagi tiap $ ^{2} $ pertubohan tempatan atau chawangan-nya ia-lah saperti berikut—

(a)

nama dan pejabat berdaftar atau 'alamat pos berdaftar bagi pertubohan;

(b)

tempat di-mana meshuarat $ ^{2} $ pertubohan biasa-nya di-adakan, jika tempat itu lain daripada pejabat berdaftar-nya;

(c)

butir $ ^{2} $ yang betul mengenai sifat reka-bentok dan warna apa $ ^{2} $ bendera, lambang, lenchana atau lain $ ^{2} $ tanda yang di-gunakan oleh pertubohan;

(d)

maksud $ ^{2} $ atau tujuan $ ^{2} $ yang kerana-nya pertubohan di-tubohkan, atau yang ia berusaha hendak menchapai, atau yang kerananya kumpulan $ ^{2} $ -wang-nya atau mana $ ^{2} $ daripada-nya boleh di-gunakan;

(e)

kelayakan $ ^{2} $ keanggotaan, termasok butir $ ^{2} $ mengenai apa $ ^{2} $ sekatan atau batasan yang boleh di-kenakan tentang bilangan, had umor, jantina, ugama, bangsa, tempat tinggal, suku bangsa atau nama baka bagi orang $ ^{2} $ yang boleh di-benarkan menjadi anggota pertubohan;

(f)

kaedah perlantekan atau pemilehan bagi anggota $ ^{2} $;

(g)

penubohan dan kaedah perlantekan jawatan-kuasa atau badan pengelola dan jawatan $ ^{2} $ , kuasa $ ^{2} $ dan kerja $ ^{2} $ pemegang $ ^{2} $ jawatan bagi pertubohan dan chawangan $ ^{2} $ -nya jika ada;

(h)

puncha $ ^{2} $ yang daripada-nya pertubohan akan mendapat pendapatan-nya, termasok kadar $ ^{2} $ dan kaedah membayar apa $ ^{2} $ bayaran masok dan yuran berkala sa-bagaimana yang diputuskan;

(i)

kuasa atau kuasa $ ^{2} $ berkenaan dengan perbelanjaan daripada kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan;

(j)

penyimpanan kira $ ^{2} $ pendapatan dan perbelanjaan pertubohan dan penyiaran kira $ ^{2} $ itu kapada anggota $ ^{2} $ -nya tiap $ ^{2} $ tahun;

(k)

perlantekan sa-orang atau beberapa orang juru odit;

(l)

chukupbilang yang di-kehendaki untok menjalankan urusan dalam mana $ ^{2} $ meshuarat pertubohan atau badan pengelolanya; dan

(m)

chara bagaimana perlembagaan atau atoran $ ^{2} $ pertubohan boleh di-pinda.

2. Jika sa-suatu pertubohan ada-lah berjenis politik, maka perlembagaan atau atoran $ ^{2} $ -nya hendak-lah, sa-bagai tambahan kapada perkara $ ^{2} $ yang di-senaraikan di-dalam perenggan 1, mengadakan peruntokan bahawa—

(a)

$ tiap^{2} $ anggota pertubohan itu, $ tiap^{2} $ pegawai yang menjalankan kerja $ ^{2} $ tadbiran di-dalam pertubohan itu dan $ tiap^{2} $ penasihat, lain daripada sa-orang penasihat undang $ ^{2} $ , hendak-lah warganegara Persekutuan; dan

(b)

$ tiap^{2} $ anggota ada-lah berhak mengundi dan boleh memegang jawatan dalam jawatan-kuasa atau badan pengelola dalam pertubohan itu.

3. Jika mana $ ^{2} $ pertubohan berdaftar membuat peruntokan dalam perlembagaan atau atoran $ ^{2} $ -nya berkenaan dengan penubohan chawangan $ ^{2} $ maka ia-nya hendak-lah juga membuat peruntokan di-dalam-nya berkenaan dengan kaedah dan chara bagaimana penubohan chawangan $ ^{2} $ itu akan di-luluskan oleh pertubohan itu atau badan pengelola-nya.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL 2

(Sekshen 7 (3) (f))

PERLEMBAGAAN DAN ATORAN² PERTUBOHAN FAEDAH BERSAMA Perkara² yang peruntokan bagi-nya mesti di-buat dalam perlembagaan atau atoran² bagi tiap² Pertubohan Faedah Bersama ia-lah—

(a)

nama pertubohan dan tempat atau tempat $ ^{2} $ meshuarat untok urusan pertubohan;

(b)

segala tujuan pertubohan dan sharat $ ^{2} $ sa-saorang ahli atau peyuran berhak mendapat apa $ ^{2} $ faedah;

(c)

chara membuat, mengubah, meminda dan membatalkan atoran $ ^{2} $ :

Dengan sharat bahawa tiada apa $ ^{2} $ perubahan boleh di-buat yang akan mengurangkan faedah $ ^{2} $ yang di-peruntokkan oleh atoran $ ^{2} $ itu dengan tidak mendapat persetujuan daripada tiga per empat daripada jumlah bilangan anggota $ ^{2} $ atau peyuran $ ^{2} $ yang di-dapati dengan jalan undi kertas;

(d)

pemilehan dan pemberhentian kerja pemegang $ ^{2} $ -jawatan, termasok setia-usaha, bendahari, pemegang amanah dan lain $ ^{2} $ pemegang-jawatan bagi pertubohan;

(e)

pemberian salinan atoran $ ^{2} $ pertubohan kapada tiap $ ^{2} $ anggota atau peyuran;

(f)

jagaan dan pelaboran kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan dan jawatan pemegang $ ^{2} $ -jawatan yang bertanggong-jawab kerana-nya dan pengoditan tahunan atau berkala kira $ ^{2} $ pertubohan;

(g)

pemereksaan buku $ ^{2} $ dan daftar nama $ ^{2} $ bagi anggota $ ^{2} $ atau bagi peyuran $ ^{2} $ pertubohan oleh mana $ ^{2} $ orang yang ada mempunyai kepentingan dalam kumpulan $ ^{2} $ -wang pertubohan;

(h)

penyimpanan daftar berserta butir $ ^{2} $ mengenai umor, nama dan alamat sa-saorang anggota atau peyuran dan orang yang di-namakan (jika ada) bagi anggota atau peyuran pertubohan;

(i)

sa-kechil $ ^{2} $ bilangan bagi chukupbilang untok meshuarat $ ^{2} $ agong dan meshuarat $ ^{2} $ jawatan-kuasa, ia-itu sa-kechil $ ^{2} $ bilangan untok meshuarat $ ^{2} $ agong ia-lah tidak boleh kurang daripada tiga kali jumlah bilangan ahli $ ^{2} $ jawatan-kuasa dan untok meshuarat $ ^{2} $ jawatan-kuasa ia-lah tidak boleh kurang daripada sa-tengah daripada jumlah bilangan ahli $ ^{2} $ jawatan-kuasa; dan

(j)

chara memutuskan pertikaian di-antara—

(i)

sa-saorang anggota atau peyuran atau sa-saorang yang menuntut melalui sa-saorang anggota atau sa-saorang

PERTUBOHAN peyuran atau menurut atoran $ ^{2} $ sa-suatu pertubohan berdaftar dengan pertubohan atau sa-saorang pemegang-jawatan-nya; dan

(ii)

$ mana^{2} $ orang yang mushkil yang telah berhenti menjadi sa-orang anggota sa-suatu pertubohan berdaftar atau $ mana^{2} $ orang yang menuntut melalui orang yang mushkil itu dengan pertubohan atau sa-saorang pemegang-jawatan-nya.

[Persetujuan di-Raja di-terima pada 20hb Januari, 1966.]

Common questions

What is SOCIETIES ACT 1966?
AKTA PERTUBOHAN 1966 is Malaysia Act, cited as Act 335 1966, currently marked in force and first recorded in 1966.
Is SOCIETIES ACT 1966 still in force?
Yes — SOCIETIES ACT 1966 is currently in force.
When did SOCIETIES ACT 1966 take effect?
SOCIETIES ACT 1966 was first recorded in 1966.
How many sections does SOCIETIES ACT 1966 have?
SOCIETIES ACT 1966 contains 70 sections.
Where can I read the official version of SOCIETIES ACT 1966?
The official text of SOCIETIES ACT 1966 is published at lom.agc.gov.my.