Skip to content
ActIn force

Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1967
Sections
4
Languages
MS · EN

Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 is Malaysia Act, cited as Act 541 1967, currently marked in force and first recorded in 1967.

Front matterCover and publication detailsOpen

AKTA PARLIMEN

No. 34 tahun 1967

AKTA WAKIL NEGARA ASING (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 1967

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi FOREIGN REPRESENTATIVES (PRIVILEGES AND IMMUNITIES) ACT 1967. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai saih di bawah seksyen 7 (1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), ia bukannya perundangan.

MALAYSIA

Akta Parlimen

No. 34 tahun 1967

AKTA WAKIL NEGARA ASING (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 1967

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membolehkan keistimewaan dan kekebalan tertentu diberikan, berasaskan persalingan layanan, kepada wakil-wakil negara asing, yang adalah wakil-wakil selain daripada wakil-wakil yang ditauliahkan sebagai wakil-wakil diplomatik dan konsular. [3hb Ogos 1967.] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967, dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(1)

Jika Yang di-Pertuan Agong berpuashati bahawa seseorang wakil Persekutuan yang ditauliahkan kepada atau ditempatkan di sesuatu negara asing diberikan apa-apa keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular dan Diplomatik, baginda boleh, berasaskan persalingan layanan, melalui perintah, menitahkan supaya wakil negara asing yang dinyatakan di dalam perintah itu, yang adalah seorang wakil yang ditauliahkan kepada atau ditempatkan di Persekutuan diberikan apa-apa keistimewaan dan kekebalan tersebut.

4

(2)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuatkuasa walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis memperuntukkan sebaliknya.

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang Yang di-Pertuan Agong dari menolak memberikan keistimewaan atau kekebalan kepada, atau dari menarikbalik keistimewaan atau kekebalan itu daripada, wakil mana-mana negara asing oleh sebab negara itu gagal memberikan keistimewaan dan kekebalan yang bersamaan kepada wakil-wakil Persekutuan.

Bagi maksud Akta ini, "wakil" ertinya seorang wakil selain daripada seorang wakil diplomatik dan konsular.

[Telah mendapat Persetujuan Diraja pada 20hb Julai 1967.]

Common questions

What is Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967?
Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 is Malaysia Act, cited as Act 541 1967, currently marked in force and first recorded in 1967.
Is Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 still in force?
Yes — Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 is currently in force.
When did Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 take effect?
Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 was first recorded in 1967.
How many sections does Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 have?
Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967?
The official text of Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.