Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Umur Dewasa 1971.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Umur Dewasa 1971 is Malaysia Act, cited as Act 21 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
2006
Akta 21
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 021b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH
MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
CAWANGAN KUALA LUMPUR
2006 2
Tarikh Perkenan Diraja
…
…
…
…
22 April 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta …
…
…
29 April 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama …
…
1992
Cetakan Semula Yang Kedua
…
…
1999 021b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
3
Akta 21
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Umur Dewasa 1971.
Umur dewasa
Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia.
Tafsiran
Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah dikira mengikut kalendar Gregory.
Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia hendaklah disifatkan telah mencapai umur lapan belas tahun pada permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu.
fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 21
Kecualian
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh—
keupayaan mana-mana orang untuk bertindak dalam perkara yang berikut, iaitu, perkahwinan, perceraian, mas kahwin dan pengambilan anak angkat;
agama dan upacara dan kelaziman agama bagi sesuatu golongan orang di dalam Malaysia;
sesuatu peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan umur dewasa bagi maksud undang-undang bertulis itu.
Pemansuhan
Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual adalah dengan ini dimansuhkan.
JADUAL
[Seksyen 5]
1. Akta Umur Dewasa 1961 [Akta 9 tahun 1961].
2. Takrif bagi “ ‘infant’ atau ‘minor’ ” dalam subseksyen 2(1) Ordinan Tafsiran
Sabah [Bab 63].
3. Takrif bagi “ ‘infant’ atau ‘minor’ ” dalam subseksyen 3(1) Enakmen
Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963 Sabah [En. 34 tahun 1963].
4. Takrif bagi “ ‘infant’ atau ‘minor’ ” dalam subseksyen 3(1) Ordinan Tafsiran
Sarawak [Bab 1].
021b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
7
Akta 21
SENARAI PINDAAN
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
021b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.