/akn/my/act/act/1971/25

AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1971
Sections
15
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 is Malaysia Act, cited as Act 25 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan bagi perkiraan salingan berkenaan dengan penyampaian saman, sepina dan waran tertentu antara Malaysia dengan Singapura dan beberapa negeri lain. [Seluruh Malaysia—30 April 1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Mahkamah” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Tatacara Jenayah yang berkenaan;

“Majistret—

(a)

berkenaan dengan Malaysia termasuklah seorang Hakim

Mahkamah Sesyen; dan

Suggest a correction

(b)

(Ditinggalkan);

*CATATAN—Diperluas untuk dipakai di Brunei Darussalam mulai 01-11-1984 dan rujukan mengenai Singapura hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan mengenai Brunei

Darussalam. Lihat P.U.(A)253/1984 dan P.U.(B)436/1984.

Suggest a correction

Seksyen 025b

Open as pageSuggest a correction

fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

6

Undang-Undang Malaysia

(c)

berkenaan dengan Singapura termasuklah seorang Hakim

Daerah;

“saman” termasuklah sesuatu sepina atau proses yang lain bagi menghendaki seseorang saksi hadir dalam sesuatu perbicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau prosiding jenayah lain di bawah

Kanun Tatacara Jenayah yang berkenaan tetapi tidak termasuk sesuatu saman kepada seseorang juri atau pengapit hakim.

Penyampaian saman kepada seseorang yang dituduh antara

Malaysia dengan Singapura

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(1)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura sesuatu Mahkamah atau seseorang

Majistret di Singapura telah mengeluarkan sesuatu saman yang menghendaki seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan hadir dalam mana-mana Mahkamah di Singapura, dan orang itu adalah, atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke

Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa saman itu telah dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah atau seseorang Majistret di Singapura, mencatatkan saman itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya saman itu bolehlah disampaikan kepada orang itu seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh seorang Majistret di Malaysia di bawah Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593], dan apabila disampaikan saman yang dicatatkan sedemikian itu, orang itu terikat di sisi undang-undang untuk mematuhi saman itu, dan jika dia dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang Majistret di

Singapura yang menyatakan bahawa orang itu telah tidak mematuhi saman itu menjadi keterangan yang cukup bahawa dia telah dengan sengaja tidak mematuhi saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada

Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.

Suggest a correction

(2)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen

Suggest a correction

(1)

, sesuatu saman kepada seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah atau 025b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 7

seseorang Majistret di Malaysia telah dicatatkan oleh seorang

Majistret di Singapura dan disampaikan kepada orang yang dituduh itu, saman itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara

Jenayah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sahnya seolah-olah penyampaian itu telah dilaksanakan di Malaysia, dan jika orang itu dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia boleh dibicarakan dan dihukum di Malaysia, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang

Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sempurnanya kepada orang yang dituduh itu, dan suatu afidavit mengenai penyampaian itu oleh orang yang menyampaikan saman itu bolehlah diberikan sebagai keterangan dan menjadi keterangan yang cukup mengenai penyampaian saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura atau orang yang menyampaikan saman itu untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.

Penyampaian saman kepada seseorang saksi antara Malaysia dengan Singapura

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(1)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura sesuatu Mahkamah, seseorang

Hakim, seseorang Majistret, atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain, di Singapura telah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki seseorang hadir dalam mana-mana Mahkamah di

Singapura sebagai saksi untuk memberikan keterangan dalam sesuatu perbicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau prosiding jenayah lain, dan orang itu adalah, atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa saman itu telah dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah, seseorang Hakim, seseorang

Majistret atau pegawai Mahkamah yang lain di Singapura, mencatatkan saman itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya saman itu bolehlah disampaikan kepada orang itu seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah, seseorang

Hakim, seseorang Majistret atau seseorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman itu di

Malaysia di bawah Kanun Tatacara Jenayah, dan apabila disampaikan saman yang dicatatkan sedemikian itu, dan apabila dibayar atau ditawarkan sejumlah wang yang berpatutan bagi perbelanjaannya, saksi itu terikat di sisi undang-undang untuk mematuhi saman itu, dan jika dia dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia 025b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

8

Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang pegawai Mahkamah di Singapura yang menyatakan bahawa orang itu telah tidak mematuhi saman itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa orang itu telah dengan sengaja tidak mematuhi saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada mana-mana pegawai

Mahkamah di Singapura untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.

Suggest a correction

(2)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen

Suggest a correction

(1)

, sesuatu saman yang menghendaki seseorang hadir dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan dalam sesuatu perbicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau prosiding jenayah lain telah dicatatkan dengan sempurna di Singapura dan disampaikan kepada saksi itu, saman itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sahnya seolah-olah penyampaian itu telah dilaksanakan di Malaysia, dan jika orang itu dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia boleh dibicarakan dan dihukum di Malaysia, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang

Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sempurnanya kepada saksi itu dan sejumlah wang yang berpatutan telah dibayar atau ditawarkan kepadanya bagi perbelanjaannya, dan suatu afidavit mengenai penyampaian itu dan mengenai pembayaran atau penawaran perbelanjaan itu bolehlah diberikan sebagai keterangan dan menjadi keterangan yang cukup mengenai penyampaian saman itu dan mengenai pembayaran atau penawaran perbelanjaan itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai

Mahkamah yang lain di Singapura atau orang yang telah menyampaikan saman itu dan yang telah membayar atau menawarkan perbelanjaan itu untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.

Pelaksanaan sesuatu waran yang dikeluarkan sebagai ganti atau tambahan kepada saman

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(1)

Jika sesuatu Mahkamah di Singapura telah mengeluarkan suatu waran sebagai ganti sesuatu saman atau sebagai tambahan 025b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 9

kepada sesuatu saman untuk menangkap seseorang di bawah peruntukan undang-undang Singapura yang bersamaan dengan seksyen 47 Kanun Tatacara Jenayah, dan orang itu adalah atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke

Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa waran itu telah dikeluarkan dengan sempurnanya di

Singapura, mencatatkan waran itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya waran itu bolehlah dilaksanakan kepada orang itu seolah-olah ia suatu waran yang dikeluarkan di Malaysia di bawah

Kanun Tatacara Jenayah.

Suggest a correction

(2)

Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen

Suggest a correction

(1)

sesuatu waran yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di

Malaysia telah dicatatkan dengan sempurna di Singapura dan dilaksanakan kepada orang yang tersebut namanya dalam waran itu, waran itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah disifatkan sebagai telah dilaksanakan dengan sahnya seolah-olah pelaksanaan itu telah dilakukan di Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu waran telah dilaksanakan di Malaysia menurut subseksyen (1), orang yang ditangkap itu hendaklah dikemukakan dengan seberapa segera yang boleh di hadapan seorang Majistret di Malaysia, dan Majistret itu hendaklah, jika dia berpuas hati bahawa orang itu ialah orang yang dinyatakan dalam waran itu, mengarahkan bahawa orang yang ditangkap itu hendaklah dipindahkan dalam jagaan dengan serta-merta ke Mahkamah yang berkenaan di Singapura dan mana-mana orang itu semasa dalam jagaan itu, hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai dalam jagaan yang sah di sisi undang-undang:

Dengan syarat bahawa Majistret itu boleh, jika kerana sebab yang hendaklah direkodkan olehnya, dia berpuas hati bahawa demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian, walaupun waran itu tidak mengandungi apa-apa peruntukan untuk membenarkan jaminan kepada orang yang ditangkap itu, melepaskan orang itu dalam jaminan dengan syarat bahawa dia hendaklah hadir dalam Mahkamah yang berkenaan di Singapura pada masa yang akan dinyatakan dalam bon dan bon jaminan itu;

dan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan jaminan dan bon hendaklah terpakai bagi bon dan bon jaminan itu.

Suggest a correction

(4)

Sebagai tambahan kepada tanggungan pelucuthakan sesuatu bon dan bon jaminan yang dilaksanakan di bawah syarat subseksyen (3) dan terhadap bayaran penaltinya, orang yang 025b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

10

Undang-Undang Malaysia dilepaskan atas bon dan bon jaminan itu yang dengan sengaja tidak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(5)

Dalam prosiding bagi pelucuthakan sesuatu bon atau bon jaminan yang dilaksanakan di bawah syarat subseksyen (3) dan bagi pembayaran penaltinya, dan dalam sesuatu perbicaraan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (4) suatu perakuan yang ditandatangani oleh seseorang Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa orang yang dilepaskan atas bon atau bon jaminan itu telah tidak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa orang itu telah dengan sengaja tidak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura untuk memberikan keterangan dalam prosiding itu bagi mana-mana pihak.

Suggest a correction

(6)

Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun peruntukan Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967

[Akta No. 54 tahun 1967]*.

Bukti suratan Singapura

Suggest a correction

Seksyen 6

Jika di dalam sesuatu prosiding di bawah Akta ini sesuatu suratan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang berupa sebagai suatu saman, waran atau perakuan dan yang berupa sebagai ditandatangani atau dikeluarkan oleh seseorang Hakim, Majistret atau seseorang pegawai

Mahkamah di Singapura; atau

Suggest a correction

(b)

yang berupa sebagai suatu afidavit bagi seseorang di

Singapura dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh orang yang membuatnya,

*CATATAN—Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967 telah dimansuhkan oleh Akta

Ekstradisi 1992 [Akta 479]—lihat seksyen 54 Akta 479.

Suggest a correction

Seksyen 025b

Suggest a correction

fm Page 10 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 11 11

diberikan sebagai keterangan oleh pihak pendakwa, suratan itu hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan bahawa suratan itu ialah saman, waran, perakuan atau afidavit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan adalah ditandatangani atau dikeluarkan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Peruntukan bersaling

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(1)

Jika Menteri berpuas hati bahawa peruntukan bersaling telah dibuat oleh badan perundangan mana-mana negeri atau badan perundangan mana-mana wilayah sesuatu negeri (jika badan perundangan wilayah itu mempunyai kuasa membuat peruntukan itu) bagi penyampaian dan penguatkuasaan saman penyiasatan jenayah dan prosiding jenayah lain, yang dikeluarkan dari

Malaysia, yang isinya serupa dengan yang terkandung dalam Akta ini, kepada orang yang dituduh dan kepada saksi dalam perbicaraan jenayah,

Menteri boleh dengan

Perintah memperluaskan Akta ini atau mana-mana peruntukannya sebagaimana yang difikirkannya patut kepada negeri atau wilayah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Akta ini atau mana-mana peruntukannya sebagaimana yang dinyatakan dalam

Perintah itu hendaklah dengan itu terpakai bagi negeri atau wilayah itu seolah-olah sebutan mengenai Singapura adalah sebutan mengenai negeri atau wilayah itu.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh dengan Perintah itu juga yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau oleh suatu Perintah yang kemudian mengarahkan bahawa Akta ini atau mana-mana peruntukannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah itu hendaklah, yang berhubungan dengan negeri atau wilayah itu, terpakai tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian, pengecualian dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dinyatakan bagi maksud melaksanakan peruntukan bersaling itu.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang boleh selepas sahaja ia dibuat.

Suggest a correction

(4)

Dalam seksyen ini, “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri.

Suggest a correction

Seksyen 025b

Suggest a correction

fm Page 11 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

12

Undang-Undang Malaysia

Kaedah-kaedah

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(1)

Menteri yang bertanggungjawab bagi keadilan boleh membuat kaedah-kaedah secara am bagi melaksanakan Akta ini, dan, khususnya, tetapi dengan tidak menyentuh keluasan makna yang di atas, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—

(a)

kemudahan perhubungan antara Mahkamah di Malaysia dengan Mahkamah di Singapura;

Suggest a correction

(b)

pemindahan orang yang ditangkap di bawah peruntukan seksyen 5 Akta ini dan pengawalan dan penyenggaraan mereka sehingga mereka diserahkan kepada orang yang dinamakan dalam waran sebagai yang berhak menerima mereka; dan

Suggest a correction

(c)

penyitaan dan pelupusan sesuatu harta yang menjadi hal perkara, atau yang dikehendaki sebagai bukti, sesuatu kesalahan yang dituduh di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Sesuatu kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.

Kuat kuasa kebelakangan dalam kes tertentu

Suggest a correction

Seksyen 9

Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi saman dan waran—

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang diterima di Malaysia dari Singapura selepas mula berkuatkuasanya Akta ini walau pun saman dan waran itu telah dikeluarkan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini atau yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

yang diterima di Malaysia dari Singapura sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini tetapi yang belum lagi disampaikan atau dilaksanakan.

Pemansuhan

Suggest a correction

Seksyen 025b

Suggest a correction

fm Page 12 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 13 13

(b)

subseksyen 10(2) Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967.

Suggest a correction

Seksyen 025b

Suggest a correction

fm Page 13 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

14

Akta 25

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)

1975 29-08-1975

Akta A324

Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 1976 10-01-1976

P.U.(A)253/1984

Perintah (Peruntukan-Peruntukan Khas)

Saman Dan Waran (Peluasan ke

Brunei Darussalam) 1984 01-11-1984

Akta A671

Akta Mahkamah Rendah (Pindaan)

1987 22-05-1987

P.U.(A)356/1999

Perintah Penyemakan Undang-Undang

(Pembetulan

Akta

(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman Dan Waran

1971) 1999 28-08-1999 025b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

15 15

Akta 25

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A671 22-05-1987 3

Akta 160 29-08-1975 4

Akta 160 29-08-1975 5

Akta 160 29-08-1975 025b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 5:09 PM

Common questions

What is AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971?
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 is Malaysia Act, cited as Act 25 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.
Is AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 still in force?
Yes — AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 is currently in force.
When did AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 take effect?
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 was first recorded in 1971.
How many sections does AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 have?
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 contains 15 sections.
Where can I read the official version of AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971?
The official text of AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971 (No. 25)