Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jaminan Pinjaman 1972.
/akn/my/act/act/1972/66
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA JAMINAN PINJAMAN 1972 is Malaysia Act, cited as Act 66 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jaminan Pinjaman 1972.
Peruntukan Akta 410 yang terpakai bagi pinjaman
seksyen 7 (yang memberi kuasa kepada Kerajaan untuk memberikan jaminan dan aku janji berkenaan dengan wang yang dipinjam oleh pihak berkuasa berkanun daripada Bank Pembangunan Asia); dan
setakat yang berhubungan dengan jaminan dan aku janji oleh Kerajaan, seksyen 11 dan 12 (yang mengandungi peruntukan tambahan bagi pelaksanaan, antara lain, mana-mana jaminan atau aku janji tersebut) kecuali bahawa perkataan "1950" dalam subseksyen 12(5) hendaklah digantikan dengan perkataan "1960", hendaklah terpakai berhubung dengan sesuatu peminjaman daripada Bank itu oleh syarikat yang bernama Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad seolah-olah syarikat itu ialah suatu pihak berkuasa berkanun dalam erti Akta itu, dan peminjaman itu adalah dibuat di bawah subseksyen 5(1) Akta itu.
Jika apa-apa wang dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa tanggungan yang dilakukan oleh Kerajaan menurut subseksyen (1), maka Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, bermula dari persidangan Dewan Rakyat sebaik selepas wang itu telah dibayar dan berakhir dengan tahun kewangan di mana segala tanggungan berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya diselesaikan dengan muktamad oleh syarikat itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat pada tiap-tiap persidangannya suatu penyata yang berhubungan dengannya.
Perenggan 12(2)(a) dan (b) tersebut (yang memperuntukkan pengecualian daripada cukai dan kawalan pertukaran) hendaklah juga terpakai berhubung dengan sesuatu perjanjian yang dibuat, sama ada sebelum atau selepas Akta ini diluluskan, dengan Bank itu oleh syarikat itu, dengan kelulusan Kerajaan, berkenaan dengan sesuatu peminjaman oleh syarikat itu daripada Bank itu, dan bagi sesuatu bon, surat janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan oleh syarikat itu menurut mana-mana perjanjian itu, sebagaimana ia terpakai bagi perjanjian dan surat cara yang disebut dalamnya itu.
Pengesahan perjanjian jaminan
Perjanjian jaminan yang dahulu daripada ini yang dibuat antara Kerajaan atas nama Persekutuan dengan Bank itu dengan ini diratifikasi dan disahkan dalam segala perkara dan hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah Akta ini telah berkuat kuasa pada tarikh itu dan perjanjian itu telah dibuat dan disempurnakan dengan sepatutnya pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini.
Peluasan bagi syarikat lain
Jika suatu ketetapan diluluskan oleh Dewan Rakyat bahawa seksyen 2 Akta ini hendaklah terpakai bagi sesuatu syarikat, sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Syarikat Permodalan
Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad, maka Menteri boleh, melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan bahawa peruntukan tersebut dalam Akta itu hendaklah terpakai bagi syarikat itu.
Akta 66
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
- TIADA-SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
- TIADA-
---