Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengisytiharan Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan 1979.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pengisytiharan Kawasan dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979 is Malaysia Act, cited as Act 217 1979, currently marked in force and first recorded in 1979.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 217
AKTA PENGISYTIHARAN SUATU
KAWASAN DALAM DAERAH
BINTULU MENJADI PORT
PERSEKUTUAN 1979
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
2
Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 19 Februari 1979
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 22 Februari 1979
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 217
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengisytiharan Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan 1979.
Tafsiran
Dalam Akta ini, “Menteri” ertinya Menteri Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi port dan pangkalan.
Pengisytiharan kawasan menjadi port persekutuan oleh Menteri
Menteri boleh mulai dari tarikh yang ditetapkannya, dengan perintah dalam Warta, mengisytiharkan suatu kawasan dalam Daerah
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 217
Bintulu dalam Bahagian Keempat Negeri Sarawak menjadi suatu port persekutuan bernama Port Bintulu.
Kerajaan
Persekutuan bertanggungjawab memajukan, mengawal dan mentadbir kawasan yang diisytiharkan menjadi port persekutuan
Apabila sahaja Menteri mengisytiharkan di bawah seksyen 3
kawasan itu menjadi suatu port persekutuan, tanggungjawab bagi memajukan, mengawal dan mentadbir kawasan itu hendaklah dipindahkan dan diletak hak kepada Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan hendaklah mengambil segala langkah dan tindakan dan melakukan segala perkara dan hal yang perlu bagi menjalankan, bersampingan atau berkaitan dengan menjalankan tanggungjawabnya
Kerajaan Persekutuan boleh mengambil segala langkah dan tindakan dan melakukan segala perkara dan hal yang perlu bagi menjalankan, bersampingan atau berkaitan dengan menjalankan tanggungjawabnya di bawah Akta ini.
7
UNDANG–UNDANG MALAYSIA
Akta 217
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
- TIADA -
Berkuat kuasa dari
8
UNDANG–UNDANG MALAYSIA
Akta 217
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
- TIADA -
Berkuat kuasa dari
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.