Skip to content
ActIn force

Akta Penghitungan Semula Pencen 1980

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1980
Sections
12
Languages
MS · EN

Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 is Malaysia Act, cited as Act 228 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 228

AKTA PENGHITUNGAN SEMULA

PENCEN 1980

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 9 Jun 1980

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 12 Jun 1980

3

Akta 228

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penghitungan semula pencen, ganjaran dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam, yang tertakluk kepada gaji dan terma serta syarat perkhidmatan berdasarkan syor oleh Suruhanjaya Diraja Suffian dan Suruhanjaya Diraja Aziz, dan tanggungan mereka. [1 Ogos 1968] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut : Tajuk ringkas dan mula permulaan kuat kuasa

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuat kuasa pada 1Ogos 1968.

Akta hendaklah dibaca bersama dengan Ordinan

Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan Ordinan.

Peruntukan Akta hendaklah terpakai

Walau apa pun peruntukan dalam Ordinan berkenaan dengan penghitungan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 228

Pemakaian

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi pegawai dalam perkidmatan awam―

(a)

yang telah memilih atau yang disifatkan telah memilih

Skim itu;

(c)

yang oleh sebab pilihan mereka adalah terikat oleh Skim itu.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima dan termasuklah apa-apa elaun berpencen;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;

“Ordinan” ertinya Ordinan Pencen 1951[Ord.1 tahun 1951],

Ordinan Pencen Sabah 1963 [Ord. 3 tahun 1963], Ordinan Pencen

Sarawak [Bab 89] dan segala Peraturan yang dibuat di bawahnya;

“pegawai” ertinya semua kategori pegawai sebagaimana yang ditakrifkan dalam Ordinan itu;

“pegawai berpencen” ertinya pegawai yang telah diletakkan dalam perjawatan berpencen berdasarkan Skim di bawah Ordinan itu;

“perkhidmatan yang boleh dimasukira”

ertinya tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira di bawah Ordinan itu;

“Skim” ertinya gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pegawai dalam perkhidmatan awam berdasarkan syor oleh Suruhanjaya Diraja Suffian dan Suruhanjaya Diraja Aziz mengenai gaji dan terma serta syarat perkhidmatan bagi pegawai sedemikian itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

7

Pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan

(1)

Seseorang pegawai berpencen yang bersara di bawah

Ordinan itu boleh apabila ia bersara diberi―

(a)

pencen bulanan berdasarkan satu perenam ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya; dan

(b)

ganjaran berdasarkan satu perdua puluh daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya.

(2)

Jika seseorang pegawai berpencen bersara di bawah Ordinan itu―

(b)

bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu berkhidmat mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi, sebagai tambahan kepada ganjaran yang diberi di bawah perenggan

(1)

(b)

di atas, pencennya boleh, sekiranya mendatangkan faedah kepada pegawai itu, dihitung berdasarkan satu perlima ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya.

Pencen terbitan dan ganjaran terbitan

Pencen terbitan dan ganjaran terbitan yang diberi di bawah

Ordinan itu hendaklah dihitung sama caranya seperti penghitungan pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan di bawah seksyen 6.

Penghitungan Semula Pencen

7

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 228

Elaun persaraan dan ganjaran kepada pegawai tidak berpencen

Elaun persaraan dan ganjaran yang diberi kepada pegawai tidak berpencen yang bersara di bawah Ordinan itu hendaklah masing-masingnya senilai dengan tiga perempat daripada pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 6.

Elaun persaraan terbitan dan ganjaran terbitan

Elaun persaraan terbitan dan ganjaran terbitan yang diberi di bawah Ordinan itu hendaklah dihitung sama caranya seperti penghitungan elaun persaraan dan ganjaran di bawah seksyen 8.

Elaun bencana

(1)

Elaun bencana bulanan yang diberi kepada seseorang pegawai yang bersara akibat daripada menanggung bencana atau mendapat penyakit semasa sebenarnya menjalankan tugasnya di bawah Ordinan itu ialah―

(a)

satu perdua belas daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja;

(b)

satu perenam daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat;

(c)

satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya;

(d)

satu pertiga daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali.

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), seseorang pegawai yang menanggung bencana secara kekal semasa sebenarnya menjalankan tugasnya di bawah Ordinan itu atau semasa bertugas dalam Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82], elaun bencana yang kena dibayar ialah―

9

(a)

satu perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja;

(b)

satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat;

(c)

tiga perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya;

(d)

setengah daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), “gaji” ertinya gaji hakiki bulanan dan apa-apa elaun berpencen yang diterima oleh pegawai itu pada mula ia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu.

(4)

Elaun bencana hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan atau elaun persaraan atau ganjaran yang diberi masing-masingnya di bawah seksyen 6 atau 8 tetapi jumlah kesemuanya yang kena dibayar di bawah seksyen ini tidak boleh lebih daripada dua pertiga daripada gaji akhir yang diterimanya.

Pencen tanggungan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), pencen tanggungan yang kena dibayar di bawah Ordinan itu, dihitung sebagai pecahan daripada gaji pegawai itu pada mula dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu, boleh diberi―

(a)

kepada balu pegawai itu, selagi tidak berkahwin dan berkelakuan baik sebanyak satu perenam daripada gajinya;

(b)

jika pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah perenggan

(a)

sebanyak satu perempat puluh lapan daripada gajinya kepada setiap anak hingga seramai enam orang;

Penghitungan Semula Pencen

9

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 228

(c)

jika pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu, atau tiada pencen diberi kepada balu itu sebanyak satu perdua puluh empat daripada gajinya kepada setiap anak hingga seramai enam orang;

(d)

mulai dari tarikh kematian seseorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perdua puluh empat daripada gajinya kepada setiap anak pegawai yang mati hingga seramai enam orang;

(e)

jika ibu pegawai yang mati itu bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pegawai itu untuk nafkah pada masa kematiannya dan―

(i)

pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya sebanyak satu perenam daripada gaji pegawai itu kepada ibunya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; atau

(ii)

pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah perenggan

(a)

sebanyak satu perdua belas daripda gaji pegawai itu kepada ibunya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi;

(f)

jika ibu pegawai yang mati itu sudah mati dan bapanya bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pegawai itu untuk nafkah pada masa kematiannya dan―

(i)

pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya sebanyak sau perenam daripada gaji pegawai itu kepada bapanya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; atau

(ii)

pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah perenggan

(a)

sebanyak satu perdua belas daripada gaji pegawai itu kepada bapanya selagi berkelakuan

11

baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi.

(1)

, pada menghitungkan apa-apa pencen yang kena dibayar kepada seseorang pegawai yang mati akibat daripada menanggung bencana semasa sebenarnya menjalankan tugasnya atau semasa bertugas dalam

Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47 Akta

Keselamatan Dalam Negeri 1960, pecahan dalam subseksyen (1)

hendaklah dibaca seolah-olah telah digantikan satu perenam dengan satu perempat; satu perempat puluh lapan dengan satu perdua puluh empat; satu perdua puluh empat dengan satu perdua belas dan satu perdua belas dengan satu perlapan di mana-mana jua ia terdapat.

(3)

Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah layak mendapat pencen tanggungan dan pencen terbitan maka dia hendaklah dibayar amaun yang lebih tinggi di antara dua amaun itu selama tempoh dua belas tahun setengah dan selepasnya itu dia hendaklah dibayar pencen tanggungan.

Kuasa hendaklah dijanlankan oleh Ketua Pengarah

Semua kuasa di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah secara bertulis.

Penghitungan Semula Pencen

11

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 228

Akta 228

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

12

13

Akta 228

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Common questions

What is Akta Penghitungan Semula Pencen 1980?
Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 is Malaysia Act, cited as Act 228 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.
Is Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 still in force?
Yes — Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 is currently in force.
When did Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 take effect?
Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 was first recorded in 1980.
How many sections does Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 have?
Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 contains 12 sections.
Where can I read the official version of Akta Penghitungan Semula Pencen 1980?
The official text of Akta Penghitungan Semula Pencen 1980 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.