PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 is Malaysia Act, cited as Act 240 1980, currently marked in force and first recorded in 1980.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 240
(AKAUN DAN LAPORAN
TAHUNAN) 1980
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan
Tahunan) 1980 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH.
2
Tarikh Perkenan Diraja
… … … 31 Julai 1980
Tarikh penyiaran dalam Warta
… … … 7 Ogos 1980
3
Akta 240
Opening note
Tajuk ringkas dan pemakaian
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Badan Berkanun (Akaun dan
Laporan Tahunan) 1980 dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 10, terpakai kepada semua badan berkanun mengenai tahun kewangan yang berakhir pada atau selepas 31 Disember 1981.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 240
Tafsiran
Dalam Akta ini—
“Badan berkanun” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan undang-undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“Menteri”, berhubung dengan sesuatu badan berkanun, ertinya
Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi badan berkanun itu.
Peruntukan Akta terpakai kepada semua badan berkanun
Peruntukan Akta ini hendaklah dipakai bagi semua badan berkanun dan hendaklah dibaca bersama dan ditafsirkan sebagai satu dengan peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya sesuatu pertubuhan perbadanan diperbadankan.
Peruntukan Akta menggantikan undang–undang persekutuan lain yang bercanggah atau tidak selaras
Jika sekiranya ada apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya sesuatu pertubuhan perbadanan diperbadankan, maka peruntukan Akta ini hendaklah menggantikan peruntukan undang-undang persekutuan yang bercanggah atau tidak selaras itu dan peruntukan yang disebut terkemudian itu hendaklah ditafsirkan sebagai telah digantikan sebagaimana tersebut.
Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 7
Peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan yang tidak bercanggah atau tidak selaras dengan peruntukan Akta ini hendaklah terus dipakai.
Had masa bagi penyediaan dan pengemukaan penyata akaun kepada Ketua Audit Negara untuk audit
Setiap badan berkanun hendaklah menyimpan atau hendaklah menyebabkan disimpan akaun dan rekod lain yang sempurna mengenai perjalanannya mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum dan hendaklah menyebab disediakan penyata bagi akaunnya bagi setiap tahun kewangan dan, dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan itu atau apa-apa tempoh lanjutannya sebagaimana yang diberi di bawah seksyen 9, hendaklah mengemukakannya kepada Ketua Audit Negara untuk audit.
Ketua
Audit
Negara hendaklah dengan serta-merta menyebabkan penyata akaun itu diaudit.
Peruntukan Akta Audit 1957 dipakai
Peruntukan Akta Audit 1957 [Akta 62] hendaklah dipakai bagi pengauditan akaun setiap badan berkanun.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 240
TAHUNAN
Had masa bagi pengemukaan penyata akaun teraudit dsb. kepada
Menteri
Setiap badan berkanun hendaklah, bagi setiap tahun kewangan dan dalam tempoh satu bulan selepas penerimaan penyata akaunnya yang teraudit dan laporan Ketua Audit Negara atasnya, jika ada, mengemukakannya kepada
Menteri beserta dengan laporan aktivitinya.
Menteri hendaklah menyebabkan penyata akaun teraudit dsb.
dibentangkan dalam Parlimen
Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan setelah menerima penyata akaun teraudit, laporan
Ketua Audit Negara atasnya, jika ada, dan laporan tentang aktiviti sesuatu badan berkanun, menyebabkannya dibentangkan dalam setiap
Majlis Parlimen.
Menteri boleh memberi perlanjutan had masa
Jika sesuatu badan berkanun tidak dapat mengemukakan penyata akaunnya untuk audit dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan bagi akaun itu, maka badan berkanun itu hendaklah, sebelum tamatnya had masa itu, memohon secara bertulis kepada Menteri untuk perlanjutannya dan hendaklah juga menyatakan sebab memohon perlanjutan itu.
Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 9
Jika sesuatu badan berkanun memohon di bawah subseksyen (1)
perlanjutan had masa enam bulan itu, Menteri boleh, jika ia berpuas hati dengan sebab membuat permohonan itu, dengan persetujuan
Menteri Kewangan, memberi apa-apa perlanjutan had masa sebagaimana yang difikirkannya perlu tetapi perlanjutan itu tidak boleh bagaimanapun melebihi tiga bulan pada agregatnya bagi tiap-tiap satu tahun kewangan, dan badan berkanun itu hendaklah kemudian mengemukakan penyata akaunnya untuk audit dalam had masa yang dilanjutkan itu.
Peruntukan peralihan
Jika, pada tarikh tersiarnya Akta ini dalam Warta, sesuatu badan berkanun belum lagi, bagi mana-mana tahun kewangannya yang berakhir pada atau sebelum 31 Disember 1980—
menyediakan laporan tahunan tentang aktivitinya, mengikut peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya ia diperbadankan, maka badan berkanun yang sedemikian itu hendaklah, pada atau sebelum 31 Disember 1981, menyebabkan akaunnya diaudit dan hendaklah menyediakan laporan tahunan tentang aktivitinya mengikut peruntukan undang-undang persekutuan itu.
Peruntukan seksyen 7 dan 8—
hendaklah kemudian daripada itu terpakai bagi penyata akaun teraudit dan laporan tahunan tentang aktiviti yang sedemikian itu;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 240
hendaklah juga terpakai bagi penyata akaun lain dan laporan tahunan tentang aktiviti sesuatu badan berkanun bagi tahun tahun kewangan yang berakhir pada atau sebelum 31 Disember 1980 yang telah diaudit dan disediakan, mengikut mana yang berkenaan, sebelum dari tarikh tersiarnya Akta ini dalam Warta tetapi yang belum lagi, pada tarikh tersebut, dikemukakan kepada
Menteri atau dibentangkan dalam mana-mana satu atau kedua-dua
Majlis Parlimen mengikut peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya badan berkanun yang berkenaan itu ditubuhkan.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud menjalankan atau menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini.
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), kaedah-kaedah yang sedemikian itu boleh—
membuat peruntukan mengenai kuasa, fungsi, tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pengurus dan pegawai serta penjawat sesuatu badan berkanun berhubung dengan akaun dan rekod lain mengenai perjalanan badan berkanun itu; dan
menetapkan garis panduan mengenai prinsip perakaunan yang diakui umum, polisi perakaunan dan perkara lain bersifat perakaunan atau kewangan berhubung dengan akaun sesuatu badan berkanun.
11
Akta 240
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
- TIADA -
12
Akta 240
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
- TIADA -
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.