/akn/my/act/act/1986/330

AKTA KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 1986

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1986
Sections
13
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 1986 is Malaysia Act, cited as Act 330 1986, currently marked in force and first recorded in 1986.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Bank Negara Malaysia 1958, Akta Syarikat Kewangan 1969, Akta Bank 1973 dan Akta Bank Islam 1983. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bab I

BAB I

PERMULAAN

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Ordinan Bank Negara Malaysia 1958, Akta Syarikat Kewangan 1969, Akta Bank 1973 dan Akta Bank Islam 1983 adalah dipinda masing-masingnya mengikut cara yang dinyatakan dalam Bab II, III, IV dan V.

Bab II

BAB II

PINDAAN-PINDAAN KEPADA ORDINAN BANK

Suggest a correction

NEGARA MALAYSIA 1958

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 2 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958, yang disebut "Ordinan" dalam Bab ini, adalah dipinda dengan memasukkan selepas tafsiran "Board", tafsiran baru "certificate of deposit" yang berikut:

"certificate of deposit" means a document relating to money, in any currency, which has been deposited with the issuer or some other person, being a document which recognises an obligation to pay a stated amount to bearer or to order, with or without interest, and being a document by the delivery of which, with or without endorsement, the right to receive that stated amount, with or without interest, is transferable; '

Pindaan seksyen 15.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 15 Ordinan adalah dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4), subseksyen baru (5) yang berikut:

"(5)Subject to section 49, the Bank may, with the approval of the Minister, out of the funds of the Bank, create and maintain a trust account to be called "the Bank Negara Malaysia Staff Welfare Account" for the benefit of its officers and employees, including their dependents."

Seksyen 5

Subseksyen (1) seksyen 30 Ordinan adalah dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan perkataan "three" di mana jua ianya terdapat dalam perenggan (e) dan (l) dengan perkataan "twelve";

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perkataan "six" dalam perenggan (f) dengan perkataan "twelve";

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas perkataan "months" di mana jua ianya terdapat dalam perenggan (e), (f) dan (l) perkataan-perkataan "or such period as may be approved by the Minister on the recommendation of the Board";

Suggest a correction

(d)

dengan memasukkan selepas perkataan perkataan "the Government" dalam perenggan (fff) perkataan-perkataan "or the Bank";

KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN)

Suggest a correction

(e)

dengan memasukkan selepas perenggan (mmm), perenggan baru (mmmm) yang berikut:

" (mmmm) establish a central bureau to collect, in such manner and to the extent as the Bank may think fit, information on and relating to rejection by a paying bank of any cheque for reason of insufficient funds in the account of the drawer of the cheque, and to disclose any such information to any bank for the purpose only of assisting the bank to assess the eligibility of the drawer to maintain or open any current account with the bank;" dan

Suggest a correction

(f)

dengan memasukkan selepas perenggan (n), perenggan baru (nn) dan (nnn) yang berikut:

" (nn) place deposits in any bank or finance company licensed under the Finance Companies Act 1969 within the Federation;

(nnn) purchase, under repurchase agreements, and subject to such terms as may be approved by the Minister on the recommendation of the Bank, and sell any certificate of deposit issued by any bank or finance company licensed under the Finance Companies Act 1969;".

Suggest a correction

Bab III

BAB III

PINDAAN-PINDAAN KEPADA AKTA SYARIKAT KEWANGAN 1969

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen (1) seksyen 3A Akta Syarikat Kewangan 1969, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan perkataan "oleh orang itu" di mana jua ianya terdapat dalam perenggan (a) dan (b) dengan perkataan-perkataan "sama ada dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris atau dalam apa-apa bahasa lain";

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan koma di hujung perenggan (b) dengan noktah; dan

Suggest a correction

(c)

dengan memotong perkataan-perkataan "selepas 31hb Disember 1979." dalamnya.

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen 21 baru yang berikut:

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya atau lain-lain orang sebagai orang yang sedang menerima saraan daripadanya (selain daripada akauntan, peguambela dan peguamcara, arkitek, ejen harta tanah, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripadanya berkenaan dengan perkhidmatan profesional mereka);

Suggest a correction

(b)

mana-mana firma dalam mana manamana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya ada kepentingan sebagaipekongsi, pengurus, ejen ataupenggerenti;

Suggest a correction

(c)

mana-mana perbadanan dalam mana mana-mana daripada pegawai atau pekerjanya adalah seorang pengarah, pengurus, ejen atau penggerenti, atau mana-mana perbadanan yang dalam syernya mana-mana daripada pegawai

KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN)

atau pekerjanya ada mempunyai apaapa kepentingan material sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara;

Suggest a correction

(d)

mana-mana perbadanan dalam mana mana-mana daripada pengarahnya (bukannya pengarah eksekutif, yang dia termasuk dalam had peruntukan-peruntukan perenggan (c) menurut subseksyen (3)) adalah seorang anggota, pengarah, pengurus, ejen atau penggerenti, atau mana-mana perbadanan yang dalam syernya manamana pengarah syarikat kewangan berlesen itu ada mempunyai apa-apa jua kepentingan secara langsung atau secara tak langsung; atau

Suggest a correction

(e)

mana-mana individu yang kepadanya mana-mana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya itu seorang penggerenti.

Suggest a correction

(2)

Suatu syarikat kewangan berlesen boleh memberi kepada mana-mana daripada pegawai atau pekerjanya pinjaman-pinjaman yang diperuntukkan di bawah skim perkhidmatanya yang berkenaan dan, jika syarikat kewangan berlesen berpuas hati bahawa wujudnya hal keadaan khas atau belas kasihan, suatu pinjaman tidak melebihi pada mana-mana satu masa enam bulan saraan pegawai atau pekerja itu mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat kewangan berlesen itu.

Suggest a correction

(3)

Peruntukan-peruntukan perenggan (c) subseksyen (1) dan subseksyen (2) hendaklah juga terpakai bagi pengarah-pengarah eksekutif syarikat kewangan berlesen.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan-peruntukan perenggan (d) subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi pemberian pendahuluan, pinjaman atau kemudahan-kemudahan kredit oleh syarikat kewangan berlesen kepada—

(a)

suatu perbadanan yang ada disenaraikan dalam bursa saham yang diakui dan yang dalam syer-syernya tiada pengarah syarikat kewangan berlesen ada mempunyai, secara langsung atau secara tak langsung, apaapa kepentingan material sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara; dan

Suggest a correction

(b)

suatu syarikat awam dalam mana seorang pengarah syarikat kewangan berlesen itu tidak mempunyai kepentingan atas sifat peribadinya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara:

Dengan syarat bahawa bagi maksudmaksud subseksyen ini pengarah yang berkenaan itu bukanlah seorang pengarah eksekutif syarikat kewangan berlesen itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Mana-mana syarikat kewangan berlesen yang telah membuat apa-apa transaksi yang dilarangi di bawah seksyen ini hendaklah tidak lewat daripada 30hb Jun 1988 atau suatu tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank Negara dalam sesuatu hal tertentu mendapatkan pembayaran balik pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, "pengarah", "pegawai" atau "pekerja" termasuklah isteri atau suami, ibu atau bapa atau anak seseorang pengarah, pegawai atau pekerja.".

KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 11

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21A, seksyen baru 21B yang berikut:

Seksyen 21B

Open as pageSuggest a correction

Tiada syarikat kewangan berlesen boleh memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit di bawah pengecualian yang disebut dalam subseksyen (4) seksyen 21 melainkan jika syarat-syarat yang berikut telah dipenuhi:

(a)

bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu memenuhi standard-standard kelayakan kredit yang dikehendaki daripada lain-lain pemohon yang membuat pinjaman;

Suggest a correction

(b)

bahawa terma-terma pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit kepada syarikat kewangan berlesen itu tidaklah kurang baiknya daripada apa yang diberikan kepada yang lain-lain;

Suggest a correction

(c)

bahawa pemberian pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit akan memberi faedah terbaik kepada syarikat kewangan berlesen;

Suggest a correction

(d)

bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit telah diluluskan dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada semua pengarah lain syarikat kewangan berlesen dalam suatu mesyuarat yang diadakan dengan sempurnanya terdiri dari lembaga pengarah beranggota penuh dan kelulusan itu telah direkodkan dalam minit mesyuarat.".

Suggest a correction

Seksyen 9

Subseksyen (1) seksyen 23 Akta ibu adalah dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memotong perenggan (a), (b) dan (d); dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan (e) baru yang berikut:

"(e) mana-mana perbadanan atau syarikat awam yang disebut dalam subseksyen (4) seksyen 21;".

Suggest a correction

Bab IV

BAB IV

PINDAAN-PINDAAN KEPADA AKTA BANK 1973

Seksyen 10

Seksyen 21 Akta Bank 1973 adalah dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memotong perkataan "dan" selepas perkataan-perkataan "Bank Negara;" di hujung perenggan (ca) subseksyen (1);

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (ca) subseksyen (1), perenggan baru (cb) yang berikut:

"(cb) walau apa pun peruntukan subseksyen (2) seksyen 36, suatu penyata yang menunjukkan maklumat itu berhubungan dengan pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud-maksud biro pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 (1) (mmmm) Ordinan Bank Negara Malaysia 1958; dan"; dan

Suggest a correction

(c)

dengan menggantikan perkataan-perkataan "perenggan (ca)" dalam subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "perenggan (ca) dan (cb)".

Suggest a correction

Bab V

BAB V

PINDAAN-PINDAAN KEPADA AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 11

Seksyen 19 Akta Bank Islam 1983 adalah dipinda-

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memotong perkataan "dan" selepas perkataan-perkataan "Bank Negara;" di hujung perenggan (d) subseksyen (1);

KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 13

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (d) subseksyen (1), perenggan baru (da) yang berikut:

" (da) walau apa pun peruntukan subseksyen (3) seksyen 34, suatu penyata yang menunjukkan maklumat itu berhubungan dengan pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dikehendaki bagi maksudmaksud biro pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 (1) (mmmm) Ordinan Bank Negara Malaysia 1958; dan"; dan

Suggest a correction

(c)

dengan menggantikan perkataan-perkataan "perenggan (d)" dalam subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "perenggan (d) dan (da)".

Suggest a correction

Common questions

What is FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986?
AKTA KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 1986 is Malaysia Act, cited as Act 330 1986, currently marked in force and first recorded in 1986.
Is FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986 still in force?
Yes — FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986 is currently in force.
When did FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986 take effect?
FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986 was first recorded in 1986.
How many sections does FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986 have?
FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986 contains 13 sections.
Where can I read the official version of FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986?
The official text of FINANCE (BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS) ACT 1986 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 1986 (No. 330)