Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(Elaun Kenangan) 1990.
/akn/my/act/act/1990/439
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 is Malaysia Act, cited as Act 439 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(Elaun Kenangan) 1990.
Tafsiran
“anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diambil sebagai anak angkat, sebelum kematian penerima, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman;
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(Elaun Kenangan) 6
“Darjah Kebesaran” ertinya Darjah Kebesaran Seri Pahlawan
Gagah Perkasa yang dianugerahkan di bawah Statut Seri Pahlawan
Gagah Perkasa (S.P.) [G.N. 3150 tahun 1960];
“elaun kenangan” ertinya elaun kenangan yang diberikan di bawah subseksyen 3 (1);
“Menteri” ertinya Perdana Menteri;
“penerima” ertinya seseorang yang telah dianugerahkan Darjah
Kebesaran;
“suami” atau “isteri” ertinya balu atau duda penerima yang mati yang perkahwinannya diiktiraf di
Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
Pemberian elaun kenangan
*3. (1) Maka bolehlah diberi kepada seorang penerima suatu elaun kenangan sebanyak empat ratus ringgit sebulan, dan jika Darjah
Kebesaran dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberi kepadanya suatu elaun kenangan berasingan sebanyak empat ratus ringgit sebulan berkenaan dengan setiap Darjah
Kebesaran yang dianugerahkan kepadanya, dan elaun itu hendaklah dibayar secara tunggakan tidak awal dari penghujung setiap bulan.
Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima masih hidup pada tarikh kuat kuasa itu, elaun kenangan hendaklah dibayar secara kebelakangan kepada penerima, mulai dari bulan Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya, tetapi tidak boleh lebih awal dalam apa-apa keadaan, dari bulan Jun 1983.
*CATATAN─ Lihat seksyen 4 dan 5 Akta A1136 bagi penghitungan dan cara pembayaran dan pemberian kepada waris kadim penerima yang mati sebelum permulaan kuat kuasa
Akta.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(Elaun Kenangan) 7
Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima secara bulanan dengan tunggakan, mulai dari bulan bila
Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya.
Pemberhentian pemberian elaun kenangan
apabila penerima itu disabitkan bagi suatu kesalahan oleh mahkamah undang-undang dalam Persekutuan dan dikenakan hukuman mati, atau dipenjarakan bagi apa-apa tempoh selain dipenjarakan sebagai ganti pembayaran denda; atau
apabila penganugerahan Darjah Kebesaran itu dikenselkan atau dibatalkan mengikut seksyen VIII Statut Seri
Pahlawan Gagah Perkasa, dan tiada elaun kenangan boleh dibayar mulai dari bulan bila kematian itu berlaku, atau hukuman itu dikenakan, atau penganugerahan Darjah Kebesaran dikenselkan atau dibatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bagi maksud subseksyen (1), bulan yang hukuman itu dikenakan ertinya bulan yang hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah yang membicarakan atau jika ada rayuan terhadap hukuman itu bulan yang hukuman itu disahkan atas rayuan itu.
Jika penerima menerima pengampunan bebas berkenaan dengan sabitan tersebut, atau jika Darjah Kebesaran yang dikenselkan atau yang dibatalkan itu diberi semula kepadanya, elaun kenangan hendaklah diberi semula kepadanya mulai dari bulan pengampunan bebas itu diterima atau pemberian semula Darjah Kebesaran itu dibuat.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 439
Pemberian kepada waris kadim penerima jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas kematian
kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak kepada penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau
jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian.
Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, maka bolehlah diberi suatu jumlah wang sebanyak dua puluh ribu ringgit hanya sekali─
kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak kepada penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh penganugerahan Darjah Kebesaran itu;
jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau
jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(Elaun Kenangan) 9
Pemberian kepada waris kadim penerima yang telah mati sebelum Akta mula berkuat kuasa
Jika Darjah Kebesaran telah dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima telah mati sebelum tarikh permulaan kuat kuasa itu, maka bolehlah diberi suatu jumlah wang sebanyak dua puluh ribu ringgit hanya sekali—
kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau
jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian.
Menteri mengagihkan amaun yang akan dibayar
Amaun yang akan dibayar kepada suami atau isteri atau isteri-isteri, anak-anak, ibu bapa atau datuk nenek, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 5 atau 6 hendaklah mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Elaun kenangan dan jumlah wang hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Elaun kenangan dan jumlah wang yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 439
Elaun kenangan dan jumlah wang tidak boleh diserah hak, dsb.
Apa-apa elaun kenangan atau jumlah wang yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik, atau ditahan, diasingkan atau dilevi berkenaan dengan apa-apa tuntutan.
11
Akta 439
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1136
Akta Seri Pahlawan
Gagah Perkasa (Elaun
Kenangan) (Pindaan)
2001 28-12-2001
12
Akta 439
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
3
Akta A1136 28-12-2001
4
Akta A1136 28-12-2001