Skip to content
ActIn force

Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2010
Sections
15
Languages
MS · EN

Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 is Malaysia Act, cited as Act 703 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.

Front matterCover and publication detailsOpen

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 703

AKTA JAWATANKUASA ETIKA

HAKIM 2010

Sebagaimana pada 1 September 2019

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 703

Tarikh Perkenan Diraja

… … … 6 Januari 2010

Tarikh penyiaran dalam Warta

… … … 14 Januari 2010

Jawatankuasa Etika Hakim 3

Akta 703

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Jawatankuasa Etika Hakim dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [4 Mac 2010, P.U. (B) 96/2010] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jawatankuasa Etika

Hakim 2010.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Tafsiran

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“hakim” ertinya hakim Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah

Rayuan dan hakim Mahkamah Persekutuan, dan termasuklah

Pesuruhjaya Kehakiman;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Etika Hakim yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 703

“Kod Etika” ertinya kod etika yang ditetapkan di bawah

Fasal (3b) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan;

“pelanggaran” ertinya pelanggaran mana-mana peruntukan Kod

Etika;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 5.

Bahagian II

Seksyen 4

Bidang kuasa Jawatankuasa

Jawatankuasa hendaklah mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang berhubungan dengan tatakelakuan dan tatatertib semua hakim selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya di bawah

Fasal (3) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 5

Keanggotaan Jawatankuasa

(1)

Jawatankuasa hendaklah dalam bilangan ganjil dan hendaklah terdiri daripada orang yang memegang jawatan atau yang pernah memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim

Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah

Tinggi di Sabah dan Sarawak, hakim Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan untuk dilantik.

(2)

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa, melainkan beliau merupakan pengadu, dalam hal tersebut, hakim kanan yang berikutnya hendaklah menjadi Pengerusi.

Jawatankuasa Etika Hakim 7

(3)

Pelantikan anggota Jawatankuasa hendaklah atas dasar ad hoc.

(4)

Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, anggota

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada hakim yang kanan mengikut keutamaan kepada hakim yang menjadi subjek suatu prosiding tatatertib.

Seksyen 6

Anggota ganti

(1)

Jika Pengerusi tidak dapat menghadiri prosiding tatatertib oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain, hakim kanan yang berikutnya yang menganggotai Jawatankuasa itu hendaklah menjadi

Pengerusi, dan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah melantik seorang hakim lain sebagai pengganti hakim kanan itu.

(2)

Jika mana-mana anggota Jawatankuasa tidak dapat menghadiri prosiding tatatertib oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah melantik seorang hakim lain sebagai pengganti anggota itu.

(3)

Anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1)

atau (2) hendaklah merupakan hakim yang kanan mengikut keutamaan kepada hakim yang menjadi subjek prosiding tatatertib itu.

Seksyen 7

Prinsip dan tatacara

Dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Jawatankuasa hendaklah mematuhi prinsip dan tatacara yang dinyatakan dalam

Akta ini dan Kod Etika.

Seksyen 8

Prosiding secara tertutup

Prosiding Jawatankuasa hendaklah secara tertutup.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 703

Seksyen 9

Siasatan

(1)

Prosiding Jawatankuasa bukanlah suatu perbicaraan tetapi suatu siasatan mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan Kod

Etika yang dilakukan oleh seseorang hakim yang dirujukkan kepadanya oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

(2)

Akta Keterangan 1950 [Akta 56] tidak terpakai bagi prosiding

Jawatankuasa.

Seksyen 10

Penzahiran kepentingan

(1)

Jika Pengerusi atau mana-mana anggota Jawatankuasa mempunyai apa-apa kepentingan langsung atau tidak langsung dalam mana-mana prosiding tatatertib, dia hendaklah menzahirkan kepada Jawatankuasa hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit prosiding yang dalamnya penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, Pengerusi atau anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan

Jawatankuasa itu.

Seksyen 11

Mesyuarat Jawatankuasa

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat pada tarikh dan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

Seksyen 12

Kuorum

Pengerusi dan tidak kurang daripada dua anggota Jawatankuasa hendaklah membentuk kuorum bagi tiap-tiap prosiding Jawatankuasa.

Seksyen 13

Penangguhan pendengaran di hadapan Jawatankuasa

(1)

Jawatankuasa boleh menangguhkan pendengaran dari semasa ke semasa.

Jawatankuasa Etika Hakim 9

(2)

Tiada notis penangguhan bertulis dikehendaki diberikan kepada mana-mana pihak apabila penangguhan itu dibuat dalam kehadiran pihak itu.

Seksyen 14

Rekod dan minit prosiding

Pengerusi hendaklah memastikan bahawa rekod dan minit prosiding Jawatankuasa disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

Seksyen 15

Keputusan Jawatankuasa

(1)

Jika Jawatankuasa tidak sebulat suara dalam apa-apa soalan atau perkara yang hendak ditentukan, keputusan majoriti hendaklah disifatkan sebagai keputusan Jawatankuasa itu.

(2)

Jawatankuasa hendaklah memastikan bahawa keputusannya dalam mana-mana prosiding tatatertib diberitahukan secara bertulis kepada hakim yang menjadi subjek prosiding tatatertib itu.

(3)

Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, keputusan Jawatankuasa hendaklah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, dan tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau menentukan apa-apa guaman, permohonan, persoalan atau prosiding atas apa-apa alasan tentang kesahan keputusan sedemikian.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 703

Akta 703

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Jawatankuasa Etika Hakim 11

Akta 703

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Common questions

What is Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010?
Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 is Malaysia Act, cited as Act 703 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Is Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 still in force?
Yes — Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 is currently in force.
When did Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 take effect?
Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 was first recorded in 2010.
How many sections does Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 have?
Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 contains 15 sections.
Where can I read the official version of Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010?
The official text of Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 (No. 703) | mylaw.my