PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2010/710
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA AGENSI PELAPORAN KREDIT 2010 is Malaysia Act, cited as Act 710 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 710
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi pelaporan kredit” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit dan didaftarkan di bawah subseksyen 14(2);
“agensi pelaporan kredit yang berkenaan”, berhubung dengan—
sesuatu pemeriksaan, ertinya agensi pelaporan kredit yang menggunakan sistem data yang menjadi subjek bagi pemeriksaan itu;
sesuatu aduan, ertinya agensi pelaporan kredit yang dinyatakan dalam aduan itu;
dalam hal penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan, ertinya agensi pelaporan kredit yang dinyatakan dalam aduan itu;
dalam mana-mana hal lain, ertinya agensi pelaporan kredit yang menjadi subjek bagi penyiasatan itu;
sesuatu notis penguatkuasaan, ertinya agensi pelaporan kredit yang terhadapnya notis penguatkuasaan itu telah disampaikan;
“agensi perkadaran kredit” ertinya seseorang yang dinyatakan sebagai orang berdaftar dalam Bahagian 2 Jadual 4 kepada
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan yang memberikan nasihat pelaburan berhubung dengan peruntukan perkadaran bagi debentur;
“Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini;
“Daftar” ertinya Daftar Agensi Pelaporan Kredit yang diadakan dan disenggarakan di bawah seksyen 9;
Agensi Pelaporan Kredit 11
“dinyatakan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya dinyatakan dari semasa ke semasa secara bertulis;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri di bawah
Akta ini dan, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“dokumen konstituen”, berhubung dengan suatu badan, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, ertinya statut, piagam, memorandum persatuan, perkara persatuan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau dengannya badan itu diperbadankan atau ditubuhkan, dan struktur pengelolaan dan pentadbirannya dan ruang lingkup fungsi, perniagaan, kuasa dan kewajipannya sebagaimana yang dihuraikan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;
“ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu agensi pelaporan kredit, ertinya pegawai eksekutif utama agensi pelaporan kredit itu pada masa ini, dengan apa jua nama disebut, dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak;
“kredit” ertinya—
apa-apa kemudahan pembiayaan Islam dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama disebut sama ada atau tidak kemudahan itu melibatkan suatu penjualan, pembelian, penjualan dan pembelian semula, pajakan, penjualan dan pajakan balik, perkiraan penjualan dan beli balik, perkiraan usaha sama, penjualan dengan bayaran tertangguh, perkiraan perkongsian pulangan dan apa-apa perkiraan pembiayaan atau urus niaga lain yang melibatkan aset atau harta yang dibuat mengikut undang-undang Islam;
apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama disebut yang dengannya orang yang diberikan pendahuluan, pinjaman, kredit perdagangan atau kemudahan lain itu mempunyai akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada wang atau harta orang yang memberikannya;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 710
apa-apa sewa beli, sewa beli Islam, pajakan, pemfaktoran, perdagangan hutang dan apa-apa urus niaga atau transaksi yang seumpamanya;
pemberian suatu jaminan atau apa-apa cagaran yang berhubung dengan obligasi mana-mana orang; atau
apa-apa urus niaga atau transaksi lain yang serupa sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor
Pendaftar;
“laporan kredit” ertinya apa-apa rekod atau maklumat, sama ada dalam bentuk bertulis, lisan atau bentuk lain, yang—
kelayakan untuk diberikan kredit;
digunakan, telah digunakan atau berupaya digunakan sebagai salah satu faktor dalam menentukan kelayakan seorang pelanggan untuk mendapatkan kredit;
“log akses” ertinya rekod mengenai tiap-tiap akses yang dibuat kepada maklumat kredit yang dipegang oleh suatu agensi pelaporan kredit;
“maklumat kredit” ertinya apa-apa maklumat mengenai seseorang pelanggan yang dikumpul oleh pemberi kredit semasa atau berkaitan dengan pemberian kredit, atau apa-apa rekod atau maklumat mengenai seorang pelanggan yang diproses semasa atau berkaitan dengan penjalanan suatu perniagaan pelaporan kredit, dan boleh termasuk maklumat yang disenaraikan dalam
Jadual Pertama;
“menggunakan”, berhubung dengan maklumat kredit, tidak termasuk perbuatan mengumpul atau menzahirkan maklumat kredit itu;
Agensi Pelaporan Kredit 13
“mengumpul”, berhubung dengan maklumat kredit, ertinya perbuatan yang melaluinya maklumat kredit itu termasuk ke dalam atau berada di bawah kawalan suatu agensi pelaporan kredit;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kewangan;
“menzahirkan”, berhubung dengan maklumat kredit, ertinya perbuatan yang melaluinya maklumat kredit itu disediakan oleh suatu agensi pelaporan kredit;
“orang” termasuklah seseorang individu, mana-mana perbadanan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“orang yang berkaitan”, berhubung dengan seorang pelanggan, tidak kira dengan apa jua cara sekalipun diperihalkan, ertinya—
dalam hal seorang pelanggan yang tidak berupaya menguruskan hal ehwalnya sendiri, seorang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal itu, atau seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pelanggan untuk bertindak bagi pihak pelanggan itu; atau
dalam mana-mana hal lain, seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pelanggan untuk membuat suatu permintaan akses, permintaan pembetulan, atau kedua-dua permintaan itu, bagi pihak pelanggan itu;
“orang yang melanggan” ertinya mana-mana orang yang membuat suatu perjanjian langganan dengan suatu agensi pelaporan kredit;
“pegawai”, berhubung dengan suatu agensi pelaporan kredit, termasuklah ketua eksekutif dan mana-mana pekerja;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendaftar di bawah seksyen 41;
“pelanggan” ertinya mana-mana orang yang memohon untuk mendapatkan kredit daripada, atau yang telah diberikan kredit oleh, pemberi kredit dan yang menjadi subjek maklumat kredit;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 710
“pemberi kredit” ertinya mana-mana orang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;
“pembetulan”, berhubung dengan maklumat kredit, termasuklah pindaan, perubahan, pengubahsuaian atau pemotongan;
“peminta”, berhubung dengan permintaan akses atau permintaan pembetulan, ertinya pelanggan atau orang yang berkaitan bagi pihak pelanggan itu, yang membuat permintaan itu;
“pemproses maklumat kredit”, berhubung dengan maklumat kredit, ertinya mana-mana orang, selain seorang pekerja agensi pelaporan kredit, yang memproses maklumat kredit itu semata-mata bagi pihak agensi pelaporan kredit itu, dan tidak memproses maklumat kredit itu bagi apa-apa maksud dirinya sendiri;
“pemprosesan”, berhubung dengan maklumat kredit, ertinya mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan maklumat kredit atau menjalankan apa-apa pengendalian atau set pengendalian berkenaan dengan maklumat kredit itu, termasuk—
penyusunan, penyesuaian atau pengubahan maklumat kredit;
pendapatan kembali, perujukan kepada atau penggunaan maklumat kredit;
penzahiran maklumat kredit melalui penghantaran, pemindahan, penyebaran atau selainnya menjadikannya tersedia; atau
penjajaran, penggabungan, pembetulan, pemadaman atau pemusnahan maklumat kredit;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit yang dilantik di bawah seksyen 3;
“perjanjian langganan” ertinya perjanjian bertulis yang memberi orang yang melanggan akses kepada maklumat kredit yang dipegang oleh sesuatu agensi pelaporan kredit dan adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;
Agensi Pelaporan Kredit 15
“perniagaan pelaporan kredit” ertinya perniagaan yang melibatkan pemprosesan maklumat kredit bagi maksud memberikan suatu laporan kredit kepada orang lain, sama ada untuk keuntungan, ganjaran atau selainnya, tetapi tidak termasuk pemprosesan maklumat kredit—
bagi maksud menunaikan fungsi pengawalseliaan atau yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang; atau
oleh suatu agensi perkadaran kredit;
“Ringkasan Hak” ertinya Ringkasan Hak yang ditentukan oleh
Pendaftar;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh atau tarikh-tarikh yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang padanya
Akta ini mula berkuat kuasa;
“tindakan kredit yang tidak memuaskan” ertinya suatu penolakan atau pembatalan kredit, suatu pertukaran terma dalam suatu perkiraan kredit sedia ada yang tidak memuaskan, atau suatu keengganan untuk memberikan kredit bagi sebahagian besar daripada amaun yang diminta atau berdasarkan sebahagian besar daripada terma yang diminta.
Bahagian II
PELANTIKAN, FUNGSI DAN KUASA PENDAFTAR
Pelantikan Pendaftar
3. (1) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam yang dikenali sebagai “Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit” bagi maksud menjalankan fungsi dan kuasa yang diberikan kepada Pendaftar di bawah Akta ini.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017 – lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 710
Pelantikan Pendaftar hendaklah disiarkan melalui pemberitahuan dalam Warta.
Fungsi Pendaftar
4. Pendaftar hendaklah mempunyai segala fungsi yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini dan tanpa menjejaskan keluasan perkara yang disebut terdahulu, hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:
menasihati Menteri mengenai segala perkara berhubung dengan pentadbiran Akta ini;
melaksanakan dan menguatkuasakan Akta ini termasuk perumusan dasar dan tatacara pengendalian;
memajukan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam berhubung dengan pelaksanaan Akta ini;
bertanggungjawab bagi pemantauan, pengawalan, penyeliaan dan pengawalseliaan agensi pelaporan kredit;
menggalakkan dan memajukan pembangunan agensi pelaporan kredit dan sektor pelaporan kredit dengan baik dan teratur;
mewujudkan suatu persekitaran yang sesuai bagi agensi pelaporan kredit untuk menjalankan aktivitinya; dan
menjalankan apa-apa aktiviti atau melakukan apa-apa perkara yang perlu, bermanfaat dan wajar bagi pentadbiran
Akta ini, atau apa-apa maksud lain yang selaras dengan
Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Kuasa Pendaftar
5. (1) Pendaftar hendaklah mempunyai segala kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Agensi Pelaporan Kredit 17
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Pendaftar hendaklah termasuk kuasa—
melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang difikirkannya patut untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya;
membuat kontrak;
mengadakan dan menyenggarakan Daftar;
mengutip apa-apa fi yang ditetapkan di bawah Akta ini; dan
melakukan semua perkara lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya.
Pelantikan Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar
6. (1) Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai awam sebagai Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang perlu untuk membantu Pendaftar dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada penyeliaan, arahan dan kawalan Pendaftar.
Pelantikan pegawai
7. (1) Pendaftar boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan pegawai awam yang perlu untuk membantu
Pendafvtar dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah tertakluk pada penyeliaan, arahan dan kawalan Pendaftar.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 710
Pewakilan fungsi dan kuasa Pendaftar
8. (1) Pendaftar boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut untuk dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya yang dikenakan atau diberikan kepadanya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 6(1) dan 7(1) dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian bolehlah dilaksanakan dan dijalankan oleh pegawai itu atas nama dan bagi pihak Pendaftar.
Pewakilan di bawah subseksyen (1) tidak menghalang
Pendaftar sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.
Daftar Agensi Pelaporan Kredit
9. (1) Pendaftar hendaklah mengadakan dan menyenggarakan suatu Daftar Agensi Pelaporan Kredit.
Daftar itu hendaklah mengandungi nama dan alamat semua agensi pelaporan kredit yang telah didaftarkan di bawah subseksyen 14(2) dan apa-apa butir lain yang berkenaan dengan agensi pelaporan kredit itu sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar.
Tertakluk pada subseksyen (4), Pendaftar hendaklah menjadikan
Daftar itu tersedia bagi pemeriksaan oleh orang awam, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Seseorang boleh apabila membayar fi yang ditetapkan—
memeriksa Daftar itu; atau
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada suatu entri dalam Daftar itu.
Agensi Pelaporan Kredit 19
Sekatan menyiasat secara khusus mengenai hal ehwal pelanggan tertentu
10. Tanpa menjejaskan kuasa pemeriksaan, penelitian, penyiasatan atau siasatan yang diberikan kepada Pendaftar atau pegawai diberi kuasa, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—
membenarkan Menteri untuk mengarahkan Pendaftar; atau
membenarkan Pendaftar, untuk menyiasat secara khusus mengenai hal ehwal seseorang pelanggan tertentu.
Bahagian III
PENDAFTARAN AGENSI PELAPORAN KREDIT
Larangan menjalankan perniagaan pelaporan kredit melainkan jika berdaftar
11. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit melainkan jika—
ia adalah suatu syarikat; dan
ia telah didaftarkan sebagai suatu agensi pelaporan kredit dan suatu perakuan pendaftaran telah dikeluarkan kepadanya oleh Pendaftar di bawah subseksyen 14(5).
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (2), didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 710
Sekatan menjalankan perniagaan selain perniagaan pelaporan kredit
12. (1) Suatu agensi pelaporan kredit tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan selain perniagaan pelaporan kredit, melainkan jika agensi itu telah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar terlebih dahulu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Permohonan untuk pendaftaran
13. (1) Seseorang yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit hendaklah mengemukakan suatu permohonan secara bertulis untuk pendaftaran sebagai suatu agensi pelaporan kredit kepada Pendaftar dalam apa-apa bentuk yang ditentukannya.
Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertakan dengan—
suatu salinan memorandum persatuan dan perkara persatuan atau dokumen konstituen lain yang di bawahnya pemohon ditubuhkan, dan perakuan pemerbadanannya yang ditentusahkan dengan sewajarnya melalui suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah pemohon itu;
suatu salinan akaun teraudit pemohon yang terkini, jika berkenaan; dan
apa-apa maklumat atau dokumen lain yang ditentukan oleh Pendaftar bagi maksud menentukan permohonan itu dan kesesuaian pemohon itu.
Pendaftar boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas permohonan itu diterima dan sebelum ia diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen dan maklumat tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh Pendaftar.
Agensi Pelaporan Kredit 21
Jika kehendak di bawah subseksyen (3) tidak dipatuhi, permohonan untuk pendaftaran itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik oleh pemohon dan tidak boleh diteruskan lagi oleh
Pendaftar, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon.
Perakuan pendaftaran
14. (1) Semasa menimbangkan suatu permohonan untuk pendaftaran sebagai suatu agensi pelaporan kredit, Pendaftar hendaklah berpuas hati bahawa—
pemohon mempunyai modal berbayar minimum sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 20; dan
ketua eksekutif dan pengarah pemohon telah memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Selepas pertimbangan yang sewajarnya telah diberikan kepada permohonan untuk pendaftaran dan syarat yang disebut dalam subseksyen (1), Pendaftar boleh mendaftarkan pemohon itu atau menolak permohonan untuk pendaftaran itu.
Keputusan Pendaftar untuk mendaftarkan pemohon atau menolak permohonan untuk pendaftaran itu hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui suatu notis bertulis yang dikeluarkan oleh Pendaftar secepat yang dapat dilaksanakan.
Jika Pendaftar menolak permohonan untuk pendaftaran itu menurut subseksyen (2), dia hendaklah dalam notis bertulis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) menghuraikan—
bahawa permohonan itu telah ditolak; dan
sebab-sebab bagi penolakan itu.
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa seorang pemohon boleh didaftarkan di bawah subseksyen (2), dia hendaklah, apabila menerima fi pendaftaran yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam apa-apa bentuk yang ditentukan olehnya, dan perakuan pendaftaran itu boleh tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut dikenakan oleh Pendaftar.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 710
Perakuan pendaftaran itu adalah sah selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
Pembaharuan perakuan pendaftaran
15. (1) Suatu agensi pelaporan kredit boleh membuat suatu permohonan untuk pembaharuan perakuan pendaftaran tidak lewat daripada sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu mengikut cara dan bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Pendaftar, tetapi tiada permohonan untuk pembaharuan boleh dibenarkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu.
Apabila membaharui suatu perakuan pendaftaran, Pendaftar boleh mengubah syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan atau mengenakan syarat atau sekatan tambahan.
Pendaftar boleh enggan membaharui suatu perakuan pendaftaran—
jika agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
jika agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan; atau
jika dia berpuas hati bahawa agensi pelaporan kredit itu tidak boleh meneruskan perniagaan pelaporan kredit mengikut Akta ini.
Pembatalan pendaftaran
16. (1) Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran suatu agensi pelaporan kredit jika dia berpuas hati bahawa—
agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
Agensi Pelaporan Kredit 23
agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan apabila perakuan pendaftaran itu dikeluarkan;
pengeluaran perakuan pendaftaran itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh agensi pelaporan kredit itu;
agensi pelaporan kredit itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
seorang penerima, pengurus atau penerima dan pengurus atau orang yang setara dengannya telah dilantik berkenaan dengan mana-mana harta agensi pelaporan kredit itu;
agensi pelaporan kredit itu telah berhenti menjalankan perniagaan pelaporan kredit bagi tempoh yang berterusan selama tiga bulan;
agensi pelaporan kredit itu menjalankan perniagaan pelaporan kredit sebagai tambahan kepada perniagaan lain tanpa kelulusan bertulis Pendaftar terlebih dahulu di bawah subseksyen 12(1); atau
agensi pelaporan kredit itu menyerahkan balik perakuan pendaftarannya kepada Pendaftar.
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar tidak boleh membatalkan pendaftaran agensi pelaporan kredit itu melainkan jika
Pendaftar berpuas hati bahawa, selepas memberi peluang kepada agensi pelaporan kredit itu untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, pendaftaran itu patut dibatalkan.
Jika pendaftaran agensi pelaporan kredit itu dibatalkan,
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu notis pembatalan pendaftaran kepada agensi pelaporan kredit itu, dan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan berkenaan dengan pendaftaran itu hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa apabila notis pembatalan pendaftaran itu disampaikan.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 710
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen ini dan yang terus menjalankan perniagaan pelaporan kredit selepas itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (4), didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Penyerahan balik perakuan pendaftaran
17. (1) Jika perakuan pendaftaran dibatalkan menurut seksyen 16, pemegang perakuan itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis pembatalan pendaftaran itu, menyerahkan balik perakuan itu kepada Pendaftar.
Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Rayuan terhadap keputusan Pendaftar
18. Jika Pendaftar—
menolak suatu permohonan untuk pendaftaran di bawah seksyen 14 atau suatu permohonan untuk pembaharuan pendaftaran di bawah seksyen 15; atau
membatalkan perakuan pendaftaran di bawah seksyen 16, orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar boleh merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu mengikut seksyen 59.
Agensi Pelaporan Kredit 25
Pengendalian maklumat kredit apabila pendaftaran agensi pelaporan kredit dibatalkan, dsb.
19. (1) Mana-mana agensi pelaporan kredit yang—
terhenti menjadi suatu agensi pelaporan kredit; atau
perakuan pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar menurut seksyen 16, hendaklah, dalam tempoh yang ditentukan oleh Pendaftar, menyerahkan semua maklumat kredit dalam pangkalan datanya atau dalam milikannya, dalam apa jua bentuk yang ada, dan pangkalan data, termasuk fail sandar, kepada Pendaftar.
Apabila menerima maklumat kredit dan pangkalan data daripada agensi pelaporan kredit di bawah subseksyen (1), disebut “agensi pelaporan kredit yang pertama”, Pendaftar boleh memutuskan sama ada—
untuk memusnahkan maklumat kredit dan pangkalan data itu; atau
dengan kelulusan Menteri, untuk menyerahkan maklumat kredit dan pangkalan data itu kepada agensi pelaporan kredit yang lain, disebut “agensi pelaporan kredit yang berikutnya”, apabila pampasan dibayar oleh agensi pelaporan kredit yang berikutnya kepada agensi pelaporan kredit yang pertama bagi suatu amaun yang dipersetujui antara agensi pelaporan kredit yang pertama dengan agensi pelaporan kredit yang berikutnya.
Apabila memberikan kelulusannya untuk penyerahan maklumat kredit dan pangkalan data agensi pelaporan kredit yang pertama menurut perenggan (2)(b), Menteri hendaklah berpuas hati bahawa agensi pelaporan kredit yang berikutnya yang kepadanya maklumat kredit dan pangkalan data itu dicadangkan supaya diserahkan kepadanya mempunyai sekurang-kurangnya kemampuan kewangan, kemahiran dan kemudahan yang seumpama atau setara dengan kemampuan kewangan, kemahiran dan kemudahan yang ada pada agensi pelaporan kredit yang pertama untuk mengambil alih pemprosesan maklumat kredit itu.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 710
Agensi pelaporan kredit yang berikutnya hendaklah, apabila menerima maklumat kredit dan pangkalan data di bawah perenggan (2)(b)—
memaklumkan pelanggan melalui notis bertulis hakikat bahawa maklumat kreditnya telah diserahkan kepada agensi pelaporan kredit yang berikutnya; dan
mempunyai kewajipan dan obligasi yang serupa berhubung dengan pelanggan itu seolah-olah ia merupakan agensi pelaporan kredit yang pertama dan hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta ini.
Jika agensi pelaporan kredit yang pertama menyerahkan mana-mana maklumat kredit dan pangkalan data kepada agensi pelaporan kredit yang berikutnya menurut perenggan (2)(b), apa-apa persetujuan yang telah diperoleh oleh agensi pelaporan kredit yang pertama itu daripada pelanggan di bawah perenggan 24(1)(a) hendaklah luput, dan agensi pelaporan kredit yang berikutnya hendaklah mendapatkan persetujuan daripada pelanggan itu di bawah perenggan 24(1)(a) jika agensi pelaporan kredit yang berikutnya berniat untuk menzahirkan maklumat kredit pelanggan itu di bawah seksyen itu.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian IV
PENGURUSAN AGENSI PELAPORAN KREDIT
Modal berbayar minimum
20. (1) Amaun minimum modal berbayar bagi sesuatu agensi pelaporan kredit ialah satu juta ringgit atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan dalam perintah yang dibuat oleh Menteri, atas syor Pendaftar, dari semasa ke semasa.
Agensi Pelaporan Kredit 27
Tertakluk pada subseksyen (4), tiap-tiap agensi pelaporan kredit hendaklah menyenggarakan amaun minimum modal berbayar yang ditetapkan dalam subseksyen (1), dan jika amaun minimum itu dinaikkan pada bila-bila masa, agensi pelaporan kredit itu hendaklah menyenggarakan amaun yang dinaikkan itu dalam apa-apa tempoh yang ditentukan dalam perintah yang menetapkan amaun yang dinaikkan itu, tetapi tempoh itu tidak boleh kurang daripada tiga bulan.
Tertakluk pada subseksyen (4), tiada seorang pun boleh diberikan suatu perakuan pendaftaran di bawah subseksyen 14(5) dan tiada agensi pelaporan kredit boleh menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit jika modal berbayarnya yang tidak terjejas oleh kerugian atau selainnya adalah kurang daripada amaun minimum yang ditetapkan dalam subseksyen (1).
Jika modal berbayar minimum sesuatu agensi pelaporan kredit adalah kurang daripada amaun minimum yang ditetapkan pada bila-bila masa di bawah subseksyen (1), agensi pelaporan kredit itu boleh, dengan persetujuan bertulis Pendaftar dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Pendaftar, menjalankan perniagaan pelaporan kredit itu.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pelantikan ketua eksekutif, dsb.
21. (1) Suatu agensi pelaporan kredit hendaklah melantik seorang ketua eksekutif yang hendaklah memenuhi kriteria yang dihuraikan dalam Jadual Ketiga.
Agensi pelaporan kredit hendaklah memberitahu Pendaftar mengenai pelantikan ketua eksekutifnya dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikan itu.
Jika seseorang, yang menjadi pengarah atau ketua eksekutif sesuatu agensi pelaporan kredit, pada bila-bila masa tidak memenuhi kriteria yang dihuraikan dalam Jadual Ketiga, dia hendaklah dengan serta-merta berhenti memegang jawatan itu dan bertindak atas sifat sedemikian, dan agensi pelaporan kredit yang berkenaan hendaklah dengan serta-merta menamatkan pelantikannya atas sifat sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 710
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Seseorang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (4) atau
, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Bahagian V
PENJALANAN PERNIAGAAN AGENSI PELAPORAN KREDIT
Pengumpulan maklumat kredit
22. (1) Tiada agensi pelaporan kredit boleh mengumpul apa-apa maklumat kredit mengenai seseorang pelanggan, melainkan jika—
maklumat kredit itu dikumpul untuk suatu maksud khusus dan sah yang berhubungan secara langsung dengan suatu aktiviti agensi pelaporan kredit itu dan tidak boleh diproses selanjutnya mengikut apa-apa cara yang tidak selaras dengan maksud itu;
pengumpulan maklumat kredit itu perlu bagi atau berhubungan secara langsung dengan maksud itu; dan
maklumat kredit itu adalah mencukupi tetapi tidak berlebihan berhubung dengan maksud itu.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Agensi Pelaporan Kredit 29
Pengumpulan dan penggunaan maklumat kredit oleh suatu agensi pelaporan kredit di bawah subseksyen (1) tidak menghendaki persetujuan pelanggan yang berkenaan.
Notis kepada pelanggan mengenai pemprosesan maklumat kredit
23. (1) Suatu agensi pelaporan kredit hendaklah melalui notis bertulis memaklumkan seorang pelanggan—
bahawa maklumat kredit mengenai pelanggan itu sedang diproses oleh atau bagi pihak agensi pelaporan kredit itu, dan hendaklah memberikan suatu perihalan mengenai maklumat kredit itu kepada pelanggan itu;
mengenai maksud yang baginya maklumat kredit itu sedang atau akan diproses;
mengenai apa-apa maklumat yang ada pada agensi pelaporan kredit tentang sumber maklumat kredit itu;
mengenai cara bagaimana untuk menghubungi agensi pelaporan kredit mengenai apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan maklumat kredit dan mengenai hak pelanggan untuk meminta akses kepada dan untuk meminta pembetulan terhadap maklumat kredit itu;
mengenai orang yang melanggan atau orang lain yang kepadanya agensi pelaporan kredit itu menzahirkan atau boleh menzahirkan maklumat kredit itu;
mengenai pilihan dan cara yang ditawarkan oleh agensi pelaporan kredit itu kepada pelanggan bagi mengehadkan pemprosesan maklumat kredit, termasuk maklumat kredit yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada maklumat kredit itu;
sama ada wajib atau sukarela bagi pelanggan itu untuk memberikan maklumat kredit itu;
jika wajib bagi pelanggan itu untuk memberikan maklumat kredit, akibat terhadap pelanggan itu jika dia tidak memberikan maklumat kredit itu; dan
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 710
mengenai suatu ringkasan tentang hak pelanggan sebagaimana yang terkandung dalam Ringkasan Hak.
Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada pelanggan secepat yang dapat dilaksanakan—
apabila agensi pelaporan kredit itu mula-mula mengumpul maklumat kredit pelanggan itu; atau
apabila pelanggan mula-mula diminta untuk memberikan maklumat kreditnya kepada agensi pelaporan kredit itu, dan notis tersebut hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa
Inggeris.
Jika agensi pelaporan kredit mempunyai suatu laman web, agensi pelaporan kredit itu hendaklah memaparkan dengan jelas dalam laman webnya suatu pernyataan yang menghuraikan maksud yang baginya agensi itu mengumpul maklumat kredit itu dan maksud yang baginya maklumat kredit itu akan diproses selanjutnya.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penzahiran maklumat kredit
24. (1) Tiada agensi pelaporan kredit boleh menzahirkan apa-apa maklumat kredit bagi apa-apa maksud atau kepada mana-mana orang melainkan jika—
pelanggan telah memberikan persetujuannya terhadap penzahiran itu;
penzahiran itu perlu bagi maksud menghalang atau mengesan jenayah atau bagi maksud penyiasatan; atau
penzahiran itu dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang, atau oleh perintah mahkamah.
Agensi Pelaporan Kredit 31
Tertakluk pada subseksyen (3), jika suatu agensi pelaporan kredit telah mendapatkan persetujuan pelanggan di bawah perenggan (1)(a), agensi itu tidak boleh menzahirkan maklumat kredit itu—
bagi apa-apa maksud lain selain maksud yang baginya; atau
kepada mana-mana orang lain selain orang yang kepadanya, pelanggan itu telah memberikan persetujuan di bawah perenggan itu.
Jika suatu agensi pelaporan kredit berniat untuk menzahirkan maklumat kredit—
bagi apa-apa maksud lain selain maksud yang baginya pelanggan telah memberikan persetujuan di bawah perenggan (1)(a); atau
kepada mana-mana orang lain selain orang yang kepadanya pelanggan telah memberikan persetujuan di bawah perenggan (1)(a), agensi pelaporan kredit itu hendaklah mendapatkan persetujuan pelanggan di bawah perenggan (1)(a) untuk menzahirkan maklumat kredit itu bagi maksud lain itu atau kepada orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penzahiran yang dilarang dalam laporan kredit
25. (1) Tertakluk pada seksyen 24, suatu agensi pelaporan kredit tidak boleh memasukkan mana-mana yang berikut dalam suatu laporan kredit:
apa-apa maklumat melainkan jika maklumat itu termasuk nama dan alamat sumber maklumat kredit itu;
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 710
apa-apa maklumat melainkan jika identiti pelanggan dapat dikenal pasti;
apa-apa maklumat berhubung dengan kebankrapan seseorang dua tahun selepas tarikh pelepasannya daripada kebankrapan itu;
apa-apa maklumat berhubung dengan suatu tindakan kewangan dalam mahkamah terhadap seseorang yang lebih daripada dua tahun selepas tarikh permulaan prosiding itu, melainkan jika status semasa mengenai tindakan mahkamah itu telah dipastikan dan dimasukkan ke dalam laporan kredit itu; dan
apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa kemungkiran dalam pembayaran balik kredit dua tahun selepas tarikh penyelesaian muktamad akan amaun yang dimungkiri, termasuk penyelesaian amaun yang kena dibayar menurut suatu skim perkiraan dengan pemberi kredit.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penyimpanan dan keselamatan maklumat kredit
26. (1) Sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah, apabila memproses apa-apa maklumat kredit, mengambil langkah praktik untuk melindungi maklumat kredit itu daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan dengan mengambil kira—
jenis maklumat kredit dan kemudaratan yang mungkin diakibatkan oleh kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan itu;
tempat atau lokasi di mana maklumat kredit itu disimpan;
Agensi Pelaporan Kredit 33
apa-apa langkah keselamatan yang dimasukkan ke dalam mana-mana kelengkapan yang dalamnya maklumat kredit itu disimpan;
langkah yang diambil bagi memastikan kebolehpercayaan, integriti dan kewibawaan personel yang mempunyai akses kepada maklumat kredit itu; dan
langkah yang diambil bagi memastikan pemindahan maklumat kredit itu secara selamat.
Jika pemprosesan maklumat kredit dijalankan oleh pemproses maklumat kredit bagi pihak agensi pelaporan kredit, agensi pelaporan kredit itu hendaklah, bagi maksud melindungi maklumat kredit itu daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan, memastikan bahawa pemproses maklumat kredit itu—
memberikan jaminan yang mencukupi berkenaan dengan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang mengawal pemprosesan yang akan dijalankan; dan
mengambil tindakan yang munasabah untuk memastikan pematuhan langkah itu.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1) dan (2), suatu agensi pelaporan kredit hendaklah mengambil langkah yang berikut untuk memelihara maklumat kredit yang dipegangnya daripada akses yang tidak dibenarkan atau salah guna:
membangunkan dasar dan tatacara bertulis yang hendak diikuti oleh pemproses maklumat kreditnya, pekerja, ejen dan kontraktornya, atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan kepadanya;
mengenakan kawalan pengesahan akses seperti menggunakan kata laluan, token tauliah, tandatangan digital atau mekanisme lain;
memberikan maklumat dan latihan kepada pekerjanya untuk memastikan pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 710
memastikan bahawa suatu perjanjian langganan yang mematuhi Jadual Keempat diadakan sebelum menzahirkan maklumat kredit kepada orang yang melanggan;
mengenal pasti dan menyiasat pelanggaran yang mungkin terjadi terhadap perjanjian langganan, dasar, tatacara dan kawalan itu;
mengambil tindakan yang segera dan berkesan berkenaan dengan apa-apa pelanggaran yang dikenal pasti;
mengkaji semula secara sistematik keberkesanan dasar, tatacara dan kawalan itu dan meremedi apa-apa kekurangan dengan segera; dan
menyenggarakan suatu log akses.
Tanpa menjejaskan seksyen 27, suatu agensi pelaporan kredit hendaklah memastikan bahawa jika maklumat kredit itu perlu diberikan kepada seseorang yang berkaitan dengan pemberian suatu perkhidmatan kepada agensi pelaporan kredit, agensi pelaporan kredit itu hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk menghalang apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan maklumat kredit itu.
Kawalan pengesahan akses yang dikehendaki di bawah perenggan (3)(b) hendaklah termasuk, berkenaan dengan sesuatu akses yang dibuat, suatu cara untuk mengenal pasti kedua-dua orang yang melanggan dan orang tertentu bagi orang yang melanggan itu yang mempunyai akses kepada maklumat kredit itu, atau orang lain yang mempunyai akses kepada maklumat kredit itu.
Log akses yang dikehendaki di bawah perenggan (3)(h)—
hendaklah termasuk suatu rekod mengenai masa dan tarikh akses kepada maklumat kredit itu, identiti orang yang melanggan atau orang lain yang mempunyai akses kepada maklumat kredit itu, dan maksud yang berhubungan dengan setiap akses itu; dan
Agensi Pelaporan Kredit 35
hendaklah mengenal pasti atau memberikan suatu cara untuk mengenal pasti orang tertentu bagi orang yang melanggan yang telah mengakses maklumat kredit itu dan pelanggan tertentu yang maklumat kreditnya telah diakses.
Sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah memastikan bahawa log akses mengandungi rekod mengenai semua akses yang dibuat bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun sebelum tarikh akses itu.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Obligasi orang yang melanggan, dsb.
27. (1) Mana-mana orang yang melanggan atau orang lain, termasuk orang yang memberikan perkhidmatan kepada sesuatu agensi pelaporan kredit, yang mempunyai akses kepada maklumat kredit yang diproses oleh agensi pelaporan kredit itu hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memelihara maklumat kredit itu daripada apa-apa akses, penggunaan, ubah suaian atau penzahiran yang tidak dibenarkan atau yang tidak wajar, termasuk—
membangunkan dasar dan tatacara bertulis yang hendak diikuti oleh pekerja, ejen dan kontraktornya;
mewujudkan kawalan, termasuk—
penggunaan kata laluan, token tauliah, tandatangan digital atau mekanisme lain; dan
pengenalan pengguna;
memberikan maklumat dan latihan untuk memastikan pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;
memantau penggunaan dan menyemak secara kerap pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 710
mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung dengan pelanggaran yang dikenal pasti terhadap dasar, tatacara dan kawalan itu; dan
menyenggarakan log mengenai semua akses, pindaan dan jejak audit kepada maklumat kredit yang diberikan kepadanya oleh agensi pelaporan kredit itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Tindakan kredit yang tidak memuaskan
28. Jika pemberi kredit telah mengambil suatu tindakan kredit yang tidak memuaskan terhadap seorang pelanggan berdasarkan suatu laporan kredit, pemberi kredit itu hendaklah, apabila diminta oleh pelanggan itu, menzahirkan kepada pelanggan itu—
bahawa tindakan kredit yang tidak memuaskan itu adalah berasaskan laporan kredit yang diberikan oleh suatu agensi pelaporan kredit; dan
identiti agensi pelaporan kredit yang daripadanya laporan kredit itu diperoleh yang mengakibatkan tindakan kredit yang tidak memuaskan itu.
Ketepatan maklumat kredit
29. (1) Sesuatu agensi pelaporan kredit tidak boleh menggunakan atau memproses selanjutnya apa-apa maklumat kredit tanpa mengambil apa-apa langkah yang munasabah dalam hal keadaan itu untuk memastikan bahawa maklumat kredit itu adalah tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan.
Sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah, apabila mengusahakan suatu perbandingan maklumat kredit dalam kawalannya dengan apa-apa maklumat kredit lain bagi maksud menghasilkan atau menentusahkan maklumat mengenai seorang pelanggan yang boleh dikenal pasti, mengambil apa-apa langkah yang dapat dilaksanakan dengan munasabah untuk mengelakkan pemadanan maklumat kredit yang salah.
Agensi Pelaporan Kredit 37
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah—
mewujudkan dan menyenggarakan kawalan untuk memastikan bahawa, setakat yang dapat dilaksanakan dengan munasabah, hanya maklumat kredit yang tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan digunakan atau diproses selanjutnya;
memantau maklumat kredit untuk memastikan bahawa maklumat kredit itu adalah tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan; dan
menjalankan penyemakan secara kerap terhadap pematuhan kawalan itu.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Hak akses kepada maklumat kredit atau laporan kredit
30. (1) Tertakluk pada subseksyen (5), sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan suatu permintaan akses daripada seorang peminta—
memberi peminta itu suatu pengesahan sama ada agensi pelaporan kredit itu telah memproses maklumat kredit pelanggan atau tidak; dan
jika agensi pelaporan kredit itu telah memproses maklumat kredit pelanggan itu, agensi itu hendaklah—
membenarkan peminta itu mendapat akses kepada maklumat kredit yang dipegang itu; atau
membenarkan peminta itu mendapat akses kepada maklumat kredit yang dipegang itu dan apa-apa laporan kredit yang diberikan oleh agensi pelaporan kredit itu kepada mana-mana orang yang melanggan atau orang lain,
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 710
dalam tempoh dua belas bulan sebelum tarikh permintaan akses itu; atau
jika agensi pelaporan kredit itu telah memproses maklumat kredit pelanggan itu, agensi itu hendaklah, apabila peminta membayar fi yang ditetapkan, membekalkan peminta itu—
salinan maklumat kredit yang disebut dalam perenggan (b); atau
salinan laporan kredit yang disebut dalam subperenggan (b)(ii) dalam bentuk yang mudah difahami.
Jika sesuatu agensi pelaporan kredit tidak memegang maklumat kredit, tetapi mengawal pemprosesan maklumat kredit itu dengan apa-apa cara yang melarang agensi pelaporan kredit yang memegang maklumat kredit itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, permintaan akses di bawah subseksyen (1) yang berhubungan dengan maklumat kredit itu, agensi pelaporan kredit yang mula-mula disebut hendaklah disifatkan memegang maklumat kredit itu dan peruntukan
Akta ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Tertakluk pada subseksyen (5), sesuatu agensi pelaporan kredit yang tidak boleh mematuhi suatu permintaan akses dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah, sebelum habisnya tempoh itu—
memaklumkan peminta itu melalui notis bertulis bahawa agensi pelaporan kredit itu tidak boleh mematuhi permintaan akses itu dan sebab-sebab agensi itu tidak boleh berbuat sedemikian; dan
mematuhi permintaan akses itu setakat yang agensi itu boleh berbuat sedemikian.
Jika peminta itu diberi akses kepada, atau dibekalkan salinan maklumat kredit atau laporan kredit menurut subseksyen (1), agensi pelaporan kredit itu hendaklah menasihati peminta bahawa dia boleh meminta untuk pembetulan dibuat kepada maklumat kredit atau laporan kredit itu di bawah seksyen 31.
Agensi Pelaporan Kredit 39
Sesuatu agensi pelaporan kredit boleh enggan mematuhi permintaan akses yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika—
agensi pelaporan kredit itu tidak dibekalkan apa-apa maklumat yang dikehendakinya secara munasabah—
supaya memuaskan hatinya tentang identiti peminta itu; atau
jika peminta itu menuntut bahawa dia ialah orang yang berkaitan, supaya memuaskan hatinya—
mengenai identiti pelanggan yang berhubungan dengannya peminta itu menuntut bahawa dia ialah orang yang berkaitan; dan
bahawa peminta itu ialah orang yang berkaitan berhubung dengan pelanggan itu;
agensi pelaporan kredit itu tidak dibekalkan apa-apa maklumat yang dikehendakinya secara munasabah untuk mengesan maklumat kredit yang berhubungan dengan permintaan akses itu;
beban atau perbelanjaan untuk memberikan akses tidak setimpal dengan risiko kepada privasi pelanggan yang berhubungan dengan maklumat kredit dalam hal yang berkenaan;
agensi pelaporan kredit itu tidak boleh mematuhi permintaan akses itu tanpa menzahirkan maklumat kredit yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada maklumat itu, melainkan jika—
orang lain itu telah memberikan persetujuan bagi penzahiran maklumat kredit itu kepada peminta; atau
adalah munasabah dalam semua hal keadaan untuk mematuhi permintaan akses itu tanpa persetujuan orang lain itu;
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 710
tertakluk pada subseksyen (7), mana-mana agensi pelaporan kredit lain mengawal pemprosesan maklumat kredit yang berhubungan dengan permintaan akses itu mengikut apa-apa cara yang melarang agensi pelaporan kredit yang mula-mula disebut daripada mematuhi, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, permintaan akses itu;
memberikan akses akan menjadi pelanggaran suatu perintah mahkamah;
memberikan akses akan menzahirkan maklumat komersial yang sulit; atau
akses kepada maklumat kredit sedemikian dikawal selia oleh undang-undang lain.
Dalam menentukan bagi maksud subperenggan (5)(d)(ii)
sama ada menjadi munasabah dalam semua hal keadaan untuk mematuhi permintaan akses tanpa persetujuan orang lain itu, perhatian hendaklah diberikan, secara khususnya, kepada—
apa-apa kewajipan kerahsiaan yang menjadi tanggungjawabnya terhadap orang lain itu;
apa-apa langkah yang diambil oleh agensi pelaporan kredit itu dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan orang lain itu;
sama ada orang lain itu berupaya memberikan persetujuan; dan
apa-apa keengganan untuk memberikan persetujuan secara nyata oleh orang lain itu.
Perenggan (5)(e) tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi permintaan akses itu—
setakat yang permintaan akses itu berhubungan dengan perenggan (1)(a), sehingga apa-apa takat; atau
setakat permintaan akses itu berhubungan dengan perenggan (1)(b) atau (c), sehingga apa-apa takat yang agensi pelaporan kredit itu boleh mematuhi permintaan itu tanpa melanggar larangan yang berkenaan.
Agensi Pelaporan Kredit 41
Jika agensi pelaporan kredit itu enggan mematuhi suatu permintaan akses di bawah subseksyen (1), agensi pelaporan kredit itu hendaklah tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan akses itu, melalui notis bertulis—
memaklumkan peminta itu mengenai keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu;
menasihati peminta itu mengenai haknya di bawah seksyen 35; dan
memberikan peminta itu suatu salinan Ringkasan Hak.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Hak untuk membetulkan maklumat kredit atau laporan kredit
31. (1) Jika—
salinan maklumat kredit atau laporan kredit telah dibekalkan oleh agensi pelaporan kredit itu sebagai mematuhi suatu permintaan akses di bawah seksyen 30 dan peminta itu menganggap bahawa maklumat kredit atau laporan kredit itu tidak tepat, tidak terkini, tidak lengkap, tidak berkaitan atau mengelirukan; atau
pelanggan mengetahui bahawa maklumat kredit yang dipegang oleh agensi pelaporan kredit itu adalah tidak tepat, tidak terkini, tidak lengkap, tidak berkaitan atau mengelirukan, peminta atau pelanggan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat suatu permintaan pembetulan secara bertulis kepada agensi pelaporan kredit itu supaya agensi itu membuat pembetulan yang perlu kepada maklumat kredit atau laporan kredit itu.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 710
Jika suatu agensi pelaporan kredit tidak memegang maklumat kredit, tetapi mengawal pemprosesan maklumat kredit itu mengikut apa-apa cara yang melarang agensi pelaporan kredit yang memegang maklumat kredit itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, permintaan pembetulan di bawah subseksyen (1)
yang berhubungan dengan maklumat kredit itu, agensi pelaporan kredit yang mula-mula disebut hendaklah disifatkan sebagai agensi pelaporan kredit yang kepadanya permintaan sedemikian boleh dibuat dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah setelah berpuas hati bahawa maklumat kredit atau laporan kredit yang berhubungan dengannya suatu permintaan pembetulan di bawah subseksyen (1)
adalah tidak tepat, tidak terkini, tidak lengkap, tidak berkaitan atau mengelirukan, atau atas inisiatifnya sendiri—
mengambil langkah untuk membetulkan maklumat kredit atau laporan kredit itu bagi memastikan bahawa maklumat kredit atau laporan kredit itu adalah tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan;
sementara menunggu apa-apa pembetulan dibuat di bawah perenggan (a), sama ada menahan maklumat kredit atau laporan kredit yang dipertikaikan itu atau mengenal pasti dengan jelasnya maklumat kredit atau laporan kredit itu sebagai dipertikaikan dan sedang disemak ketepatannya; dan
memberi peminta itu salinan Ringkasan Hak.
Tertakluk pada subseksyen (5), (7) dan (8), jika sesuatu agensi pelaporan kredit menerima suatu permintaan pembetulan di bawah subseksyen (1), agensi pelaporan kredit itu hendaklah tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan pembetulan itu—
memaklumkan peminta mengenai tindakan yang telah diambil oleh sebab permintaan pembetulan itu;
memaklumkan peminta mengenai pembetulan yang dibuat bagi mematuhi permintaan itu dan membekali peminta dengan salinan maklumat kredit atau laporan kredit yang telah dibetulkan; dan
Agensi Pelaporan Kredit 43
tertakluk pada subseksyen (6), jika—
maklumat kredit atau laporan kredit itu telah dizahirkan kepada orang yang melanggan atau orang lain dalam masa dua belas bulan sebaik sebelum hari yang padanya pembetulan itu dibuat; dan
agensi pelaporan kredit itu tidak mempunyai apa-apa sebab untuk mempercayai bahawa orang yang melanggan atau orang lain telah berhenti menggunakan maklumat kredit atau laporan kredit itu bagi maksud, termasuklah apa-apa maksud yang berhubungan secara langsung, yang baginya maklumat kredit atau laporan kredit itu dizahirkan kepada orang yang melanggan atau orang lain itu, mengambil segala langkah praktik untuk membekali orang yang melanggan atau orang lain itu dengan salinan maklumat kredit atau laporan kredit yang telah dibetulkan sedemikian berserta dengan suatu notis bertulis yang menghuraikan sebab-sebab bagi pembetulan itu.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang tidak boleh mematuhi suatu permintaan pembetulan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4) hendaklah sebelum habisnya tempoh itu—
memaklumkan peminta melalui notis bertulis bahawa agensi itu tidak boleh mematuhi permintaan pembetulan itu dalam tempoh itu dan sebab-sebab agensi itu tidak boleh berbuat sedemikian; dan
mematuhi permintaan pembetulan itu setakat yang agensi itu boleh berbuat sedemikian.
Suatu agensi pelaporan kredit tidak dikehendaki mematuhi perenggan (4)(c) dalam apa-apa hal jika penzahiran maklumat kredit atau laporan kredit kepada orang yang melanggan atau orang lain dibuat sendiri oleh orang yang melanggan atau orang lain dengan memeriksa Daftar—
yang dalamnya maklumat kredit atau laporan kredit itu dimasukkan atau selainnya direkodkan; dan
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 710
yang tersedia untuk pemeriksaan oleh orang awam.
Jika sesuatu agensi pelaporan kredit diminta untuk membetulkan maklumat kredit di bawah subseksyen (1) dan maklumat kredit itu sedang diproses oleh agensi pelaporan kredit lain yang berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memberi maklum balas kepada permintaan pembetulan itu–
agensi pelaporan kredit yang mula-mula disebut itu hendaklah dengan serta-merta memindahkan permintaan pembetulan itu kepada agensi pelaporan kredit sedemikian, dan memberitahu peminta mengenai fakta ini; dan
seksyen 31 hendaklah terpakai seolah-olah sebutan dalamnya mengenai suatu agensi pelaporan kredit ialah sebutan mengenai agensi pelaporan kredit lain sedemikian.
Sesuatu agensi pelaporan kredit boleh enggan mematuhi suatu permintaan pembetulan jika—
agensi pelaporan kredit itu tidak dibekalkan apa-apa maklumat yang dikehendakinya secara munasabah—
untuk memuaskan hatinya mengenai identiti peminta itu; atau
jika peminta itu menuntut bahawa dia ialah orang yang berkaitan, untuk memuaskan hatinya—
mengenai identiti pelanggan yang berhubung dengannya peminta itu menuntut bahawa dia ialah orang yang berkaitan; dan
bahawa peminta itu ialah orang yang berkaitan berhubung dengan pelanggan itu;
agensi pelaporan kredit itu tidak dibekalkan apa-apa maklumat yang dikehendakinya secara munasabah untuk memastikan cara bagaimana maklumat kredit atau laporan kredit yang berhubungan dengan permintaan pembetulan itu adalah tidak tepat, tidak terkini, tidak lengkap, tidak berkaitan atau mengelirukan;
Agensi Pelaporan Kredit 45
agensi pelaporan kredit itu tidak berpuas hati bahawa maklumat kredit atau laporan kredit yang berhubungan dengan permintaan pembetulan itu adalah tidak tepat, tidak terkini, tidak lengkap, tidak berkaitan atau mengelirukan;
agensi pelaporan kredit itu tidak berpuas hati bahawa pembetulan yang menjadi subjek permintaan pembetulan itu adalah tepat, terkini, lengkap, berkaitan atau tidak mengelirukan; atau
tertakluk pada subseksyen (9), mana-mana agensi pelaporan kredit lain mengawal pemprosesan maklumat kredit yang berhubungan dengan permintaan pembetulan itu mengikut apa-apa cara yang melarang agensi pelaporan kredit yang mula-mula disebut daripada mematuhi, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, permintaan pembetulan itu.
Perenggan (8)(e) tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi subseksyen (4)
berhubung dengan permintaan pembetulan yang berkenaan setakat yang agensi pelaporan kredit itu boleh mematuhi subseksyen itu tanpa melanggar larangan yang berkenaan.
Jika sesuatu agensi pelaporan kredit enggan mematuhi suatu permintaan pembetulan di bawah subseksyen (1), agensi pelaporan kredit itu hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan pembetulan itu, melalui notis bertulis—
memberitahu peminta itu mengenai keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu;
menasihati peminta itu bahawa suatu pernyataan mengenai pembetulan yang diminta tetapi tidak dibuat telah dilampirkan kepada maklumat kredit atau laporan kredit itu;
jika diminta sedemikian oleh peminta, mengambil apa-apa langkah yang munasabah dalam hal keadaan itu untuk melampirkan apa-apa pernyataan yang diberikan oleh peminta itu mengenai pembetulan yang diminta kepada maklumat kredit atau laporan kredit itu, mengikut apa-apa cara yang membolehkan pernyataan itu sentiasa akan dibaca dengan maklumat kredit atau laporan kredit itu;
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 710
jika perenggan (8)(e) terpakai, memberitahu peminta itu mengenai nama dan alamat agensi pelaporan kredit lain yang berkenaan; dan
menasihati peminta itu mengenai haknya di bawah seksyen 35.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI
PEMERIKSAAN, ADUAN DAN PENYIASATAN
Pemeriksaan sistem data
32. (1) Pendaftar boleh menjalankan suatu pemeriksaan terhadap mana-mana sistem data yang digunakan oleh agensi pelaporan kredit bagi maksud memastikan maklumat untuk membantu
Pendaftar membuat syor kepada agensi pelaporan kredit yang berkaitan berhubung dengan penggalakan pematuhan peruntukan
Akta ini oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan itu.
Bagi maksud seksyen ini—
“agensi pelaporan kredit” termasuklah pemproses maklumat kredit;
“sistem data” ertinya apa-apa sistem, sama ada berautomasi atau selainnya, yang digunakan, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, oleh agensi pelaporan kredit bagi pemprosesan maklumat kredit, dan termasuklah apa-apa dokumen dan kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada sistem itu.
Agensi Pelaporan Kredit 47
Hasil pemeriksaan hendaklah dimaklumkan kepada agensi pelaporan kredit yang berkaitan
33. Jika Pendaftar telah menyelesaikan suatu pemeriksaan terhadap sesuatu sistem data, dia hendaklah mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa yang difikirkannya patut memaklumkan agensi pelaporan kredit yang berkaitan mengenai—
hasil pemeriksaan itu;
apa-apa syor yang berbangkit daripada pemeriksaan itu yang difikirkan oleh Pendaftar patut dibuat berhubung dengan penggalakan pematuhan peruntukan Akta ini oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan itu; dan
apa-apa ulasan lain yang berbangkit daripada pemeriksaan itu yang difikirkannya patut.
Laporan oleh Pendaftar
34. (1) Pendaftar boleh, selepas menyelesaikan pemeriksaan terhadap mana-mana sistem data yang digunakan oleh suatu agensi pelaporan kredit, menyiarkan suatu laporan—
yang menghuraikan apa-apa syor yang berbangkit daripada pemeriksaan itu yang difikirkan oleh Pendaftar patut dibuat berhubung dengan penggalakan pematuhan peruntukan
Akta ini oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan itu; dan
mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.
Suatu laporan yang disiarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat dengan sebegitu cara supaya menghalang identiti mana-mana individu ditentukan daripadanya.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 710
Aduan
35. Mana-mana orang atau orang yang berkaitan boleh membuat aduan secara bertulis kepada Pendaftar mengenai sesuatu perbuatan, amalan atau permintaan—
yang dinyatakan dalam aduan itu;
yang telah dilakukan atau dibuat, atau yang sedang dilakukan atau dibuat, oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan yang dinyatakan dalam aduan itu;
yang berhubungan dengan maklumat kredit yang mengenainya orang itu merupakan pelanggan; dan
yang mungkin melanggar peruntukan Akta ini, termasuk mana-mana tataamalan.
Penyiasatan oleh Pendaftar
36. (1) Jika Pendaftar menerima suatu aduan di bawah seksyen 35, Pendaftar hendaklah, tertakluk pada seksyen 37, menjalankan penyiasatan berhubung dengan agensi pelaporan kredit yang berkaitan untuk memastikan sama ada perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu melanggar peruntukan Akta ini.
Jika Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perbuatan, amalan atau permintaan telah dilakukan atau dibuat, atau sedang dilakukan atau dibuat, oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan yang berhubungan dengan maklumat kredit itu dan perbuatan, amalan atau permintaan itu mungkin melanggar peruntukan Akta ini, Pendaftar boleh menjalankan penyiasatan berhubung dengan agensi pelaporan kredit yang berkaitan itu untuk memastikan sama ada perbuatan, amalan atau permintaan itu melanggar peruntukan Akta ini.
Peruntukan Bahagian VII hendaklah terpakai berkenaan dengan penyiasatan yang dijalankan oleh Pendaftar di bawah
Bahagian ini.
Agensi Pelaporan Kredit 49
Sekatan terhadap penyiasatan yang dimulakan melalui aduan
37. (1) Pendaftar boleh enggan menjalankan atau meneruskan suatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan jika dia berpendapat bahawa, dengan mengambil kira semua hal keadaan mengenai hal itu—
aduan itu, atau suatu aduan yang sebahagian besarnya adalah dari jenis yang seumpamanya, telah sebelum ini menyebabkan suatu penyiasatan dimulakan yang hasilnya ialah Pendaftar berpendapat bahawa tidak berlakunya apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini;
perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu adalah kecil;
aduan itu adalah remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati; atau
apa-apa penyiasatan atau penyiasatan lanjut adalah bagi apa-apa sebab lain tidak perlu.
Walau apa pun keluasan kuasa yang diberikan kepada
Pendaftar oleh Akta ini, Pendaftar boleh enggan menjalankan atau meneruskan suatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan—
jika—
pengadu; atau
dalam hal apabila pengadu ialah orang yang berkaitan berhubung dengan seorang pelanggan, pelanggan atau orang yang berkaitan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai pengetahuan sebenar mengenai perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu selama lebih daripada dua tahun sebaik sebelum tarikh Pendaftar menerima aduan itu, melainkan jika
Pendaftar berpuas hati bahawa dalam semua hal keadaan hal itu adalah wajar bagi penyiasatan itu dijalankan atau diteruskan;
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 710
jika aduan itu dibuat tanpa nama;
jika pengadu tidak boleh dikenal pasti atau dikesan;
jika Pendaftar berpuas hati bahawa agensi pelaporan kredit yang berkaitan tidak menjadi suatu agensi pelaporan kredit selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun sebaik sebelum tarikh Pendaftar menerima aduan itu; atau
dalam apa-apa hal keadaan lain yang difikirkannya patut.
Jika Pendaftar enggan di bawah seksyen ini untuk menjalankan atau meneruskan sesuatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan, dia hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh penerimaan aduan itu, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada pengadu memaklumkan pengadu itu mengenai keengganan itu dan mengenai sebab-sebab bagi keengganan itu.
Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap apa-apa keengganan yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (3) oleh pengadu yang kepadanya notis itu disampaikan atau jika pengadu ialah orang yang berkaitan, oleh pelanggan yang berkenaan dengannya pengadu itu ialah orang yang berkaitan.
Pendaftar boleh menjalankan atau meneruskan penyiasatan yang dimulakan melalui aduan walaupun aduan ditarik balik
38. Jika Pendaftar berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, dia boleh menjalankan atau meneruskan sesuatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan walaupun pengadu telah menarik balik aduan itu dan, dalam mana-mana hal sedemikian, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi aduan dan pengadu itu seolah-olah aduan itu tidak ditarik balik.
Agensi Pelaporan Kredit 51
Notis penguatkuasaan
39. (1) Jika, berikutan daripada penyelesaian sesuatu penyiasatan terhadap suatu perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan, Pendaftar berpendapat bahawa agensi pelaporan kredit yang berkaitan itu—
sedang melanggar sesuatu peruntukan Akta ini; atau
telah melanggar sesuatu peruntukan sedemikian dalam hal keadaan yang menjadikan pelanggaran itu berkemungkinan akan berterusan atau berulang, maka Pendaftar boleh menyampaikan suatu notis penguatkuasaan kepada agensi pelaporan kredit yang berkaitan—
yang menyatakan bahawa dia berpendapat sedemikian;
yang menyatakan peruntukan Akta ini yang berdasarkannya dia berpendapat sedemikian dan sebab-sebab mengapa dia berpendapat sedemikian;
yang mengarahkan agensi pelaporan kredit yang berkaitan untuk mengambil apa-apa langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu untuk meremedi pelanggaran itu atau, mengikut hal keadaan, perkara yang menyebabkannya dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu; dan
yang mengarahkan, jika perlu, agensi pelaporan kredit yang berkaitan untuk berhenti memproses maklumat kredit itu sementara menunggu agensi pelaporan kredit yang berkaitan meremedi pelanggaran itu.
Pendaftar hendaklah, dalam menentukan sama ada untuk menyampaikan suatu notis penguatkuasaan, menimbangkan sama ada pelanggaran atau perkara yang berhubungan dengan notis penguatkuasaan itu telah menyebabkan atau berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan atau distres kepada pelanggan maklumat kredit yang berhubungan dengan pelanggaran atau perkara itu.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 710
Langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan untuk meremedi pelanggaran atau perkara yang berhubungan dengan notis penguatkuasaan itu boleh dibuat—
sehingga apa-apa takat dengan merujuk kepada mana-mana tataamalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 75; atau
supaya memberi agensi pelaporan kredit yang berkaitan itu suatu pilihan antara cara-cara yang berlainan untuk meremedi pelanggaran atau perkara itu.
Tempoh yang dinyatakan dalam suatu notis penguatkuasaan di bawah subseksyen (1) untuk mengambil langkah yang dinyatakan dalamnya tidak boleh habis tempoh sebelum berakhirnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 59(2) yang dalam tempoh itu suatu rayuan terhadap notis penguatkuasaan itu boleh dibuat dan, jika rayuan sedemikian dibuat, langkah itu tidak perlu diambil sementara menunggu penentuan atau penarikan balik rayuan itu.
Walau apa pun subseksyen (4), jika Pendaftar berpendapat bahawa oleh sebab hal keadaan khas langkah yang dinyatakan dalam notis penguatkuasaan itu patut diambil atas alasan keterdesakan—
dia boleh memasukkan suatu pernyataan yang bermaksud sedemikian dalam notis penguatkuasaan itu berserta dengan sebab-sebab mengapa dia berpendapat sedemikian; dan
jika pernyataan itu telah dimasukkan sedemikian, subseksyen (4) tidak terpakai tetapi notis penguatkuasaan itu tidak boleh menghendaki langkah itu diambil sebelum berakhirnya tempoh tujuh hari bermula dari tarikh notis penguatkuasaan itu disampaikan.
Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap suatu notis penguatkuasaan oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan mengikut seksyen 59.
Jika Pendaftar—
membentuk suatu pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) berkenaan dengan agensi pelaporan kredit yang berkaitan pada bila-bila masa sebelum suatu penyiasatan diselesaikan; dan
Agensi Pelaporan Kredit 53
juga berpendapat bahawa, oleh sebab hal keadaan khas, suatu notis penguatkuasaan patut disampaikan kepada agensi pelaporan kredit yang berkaitan atas alasan keterdesakan, dia boleh menyampaikan notis penguatkuasaan itu walaupun penyiasatan itu belum diselesaikan dan, dalam mana-mana hal sedemikian—
Pendaftar hendaklah, tanpa menjejaskan apa-apa perkara lain yang hendaklah dimasukkan dalam notis penguatkuasaan itu, menyatakan dalam notis penguatkuasaan itu sebab-sebab mengapa dia mempunyai pendapat yang disebut dalam perenggan (b); dan
peruntukan lain Akta ini, termasuk seksyen ini, hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Seseorang yang tidak mematuhi suatu notis penguatkuasaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pengubahan atau pembatalan notis penguatkuasaan
40. Pendaftar boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas permohonan suatu agensi pelaporan kredit yang berkaitan, mengubah atau membatalkan suatu notis penguatkuasaan yang disampaikan di bawah subseksyen 39(1) melalui notis bertulis kepada agensi pelaporan kredit yang berkaitan jika Pendaftar berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan untuk meremedi pelanggaran itu.
Bahagian VII
PENGUATKUASAAN
Pegawai diberi kuasa
41. Pendaftar boleh, sama ada pada amnya atau dalam apa-apa hal tertentu, secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 6(1) atau 7(1) atau mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 710
Kad kuasa
42. (1) Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh
Pendaftar.
Bilamana pegawai diberi kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, dia hendaklah apabila diminta menunjukkan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Kuasa penyiasatan
43. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa khas seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan baginya.
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
44. (1) Jika ternyata pada Majistret, atas maklumat bersumpah bertulis daripada pegawai diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang didapati perlu oleh Majistret, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
mana-mana premis telah digunakan bagi; atau
ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai,
Agensi Pelaporan Kredit 55
pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, masuk ke dalam premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa untuk penggeledahan dan penyitaan—
apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;
apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menunjukkan atau yang menyiratkan bahawa orang itu didaftarkan di bawah Akta ini; atau
apa-apa kelengkapan, peralatan atau barang yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 45
boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
Bilamana menjadi perlu untuk menyebabkan supaya seorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dibuat oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 710
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai diberi kuasa itu hendaklah dengan apa-apa cara mengelak komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau memindahkan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang telah dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
45. Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 44
penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 44 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Capaian kepada data berkomputer
46. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 44 dan 45 hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
Agensi Pelaporan Kredit 57
Bagi maksud seksyen ini, “capaian”—
termasuklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami; dan
mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(2) dan (5) Akta Jenayah Komputer 1997
[Akta 563].
Waran boleh diterima walaupun cacat
47. Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walaupun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu, dan apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Senarai komputer, buku, akaun, dsb., yang disita
48. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang disita menurut
Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu—
hendaklah menyediakan—
suatu senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan
suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 710
hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di premis itu.
Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan akan diambil, atau dalam kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai diberi kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Pelepasan komputer, buku, akaun, dsb., yang disita
49. (1) Jika apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang telah disita di bawah
Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu kepada orang yang diputuskannya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini, dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan dalam hal ini pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan
Persekutuan, Pendaftar atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Pendaftar tidak boleh dikenakan
Agensi Pelaporan Kredit 59
apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu telah dibuat dengan suci hati.
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
50. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Halangan untuk menggeledah
51. Mana-mana orang yang—
enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam menjalankan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan di bawah Akta ini;
mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 710
enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki secara munasabah daripadanya dan yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa untuk menghendaki pengemukaan komputer, buku, akaun, dsb.
52. Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Bahagian ini, mempunyai kuasa untuk membuat semua atau mana-mana yang berikut:
menghendaki pengemukaan apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain yang disimpan oleh agensi pelaporan kredit atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan apa-apa perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
53. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
Agensi Pelaporan Kredit 61
Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang
Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
54. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.
Orang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak.
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, dicatat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibaca kepadanya dalam bahasa yang dibuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 710
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
55. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada apa-apa pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika mahkamah fikirkan patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950.
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini hendaklah disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau termasuk dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a),
dan (j) Akta Keterangan 1950.
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan—
pembuatan; atau
kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa semasa penjalanan sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Agensi Pelaporan Kredit 63
Pelucuthakan komputer, buku, akaun, dsb., yang disita
56. (1) Apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita boleh dilucuthakkan.
Suatu perintah bagi pelucuthakan komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini telah dilakukan dan bahawa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita di bawah Akta ini, komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu hendaklah diambil kira dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang disita yang menyatakan bahawa tidak ada pendakwaan berkenaan dengan komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
Mana-mana orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan,
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 710
peralatan atau barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu dipegang bahawa dia menuntut komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu.
Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret bagi keputusannya.
Majistret yang perkara itu dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu dan orang yang daripadanya komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu disita untuk hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tidak ada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
Apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Pendaftar dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pendaftar.
Agensi Pelaporan Kredit 65
Percantuman kesalahan
57. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang dituduh melakukan lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dipertuduh atas dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan yang dilakukan dalam jangka masa bagi apa-apa tempoh masa.
Kuasa menangkap
58. (1) Seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia percaya dengan munasabah telah melakukan atau cuba melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.
Bahagian VIII
PELBAGAI
Rayuan kepada Menteri
59. (1) Seseorang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar boleh merayu kepada Menteri.
Sesuatu rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada
Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Pendaftar atau, dalam hal suatu notis penguatkuasaan, dalam masa tiga puluh hari selepas notis penguatkuasaan disampaikan kepada agensi pelaporan kredit yang berkaitan, dan perayu hendaklah menyampaikan suatu salinan rayuan itu kepada Pendaftar.
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 710
Rayuan itu hendaklah menyatakan secara ringkas kandungan keputusan Pendaftar yang terhadapnya rayuan dibuat kepada
Menteri, mengandungi suatu alamat di mana apa-apa notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau peguam belanya, dan hendaklah ditandatangani oleh perayu itu atau peguam belanya.
Sementara menunggu keputusan rayuan oleh Menteri, sesuatu keputusan Pendaftar adalah sah, mengikat dan boleh dikuatkuasakan, kecuali jika suatu rayuan terhadap notis penguatkuasaan telah dibuat kepada Menteri mengikut subseksyen (2), atau suatu penggantungan keputusan Pendaftar telah dimohon di bawah subseksyen (5) dan dibenarkan oleh Menteri.
Seseorang yang terkilan boleh memohon secara bertulis kepada Menteri untuk suatu penggantungan keputusan Pendaftar pada atau selepas rayuan dibuat kepada Menteri di bawah subseksyen (1).
Menteri hendaklah, selepas menimbangkan rayuan itu, membuat apa-apa keputusan yang difikirkannya patut dan keputusan
Menteri adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak dalam rayuan itu.
Pengecualian
60. (1) Menteri boleh, atas syor Pendaftar, jika didapatinya selaras dengan maksud Akta ini atau demi kepentingan awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan sesuatu agensi pelaporan kredit, seseorang atau mana-mana golongan, kategori atau perihalan orang, daripada semua atau mana-mana peruntukan
Akta ini bagi apa-apa tempoh dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan oleh Menteri.
Menteri boleh pada bila-bila masa, atas syor Pendaftar, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Agensi Pelaporan Kredit 67
Pemindahan maklumat kredit ke tempat di luar Malaysia
61. (1) Sesuatu agensi pelaporan kredit tidak boleh memindahkan apa-apa maklumat kredit pelanggan ke suatu tempat di luar
Malaysia melainkan jika ke mana-mana tempat yang dinyatakan oleh Menteri, atas syor Pendaftar, melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh menyatakan mana-mana tempat di luar Malaysia jika—
di tempat itu ada berkuat kuasa mana-mana undang-undang yang sebahagian besarnya serupa dengan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta ini, atau yang dapat digunakan bagi maksud yang sama dengan Akta ini; atau
tempat itu memastikan suatu tahap perlindungan yang mencukupi berhubung dengan pemprosesan maklumat kredit yang sekurang-kurangnya setara dengan tahap pelindungan yang diberikan oleh Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu agensi pelaporan kredit boleh memindahkan apa-apa maklumat kredit ke suatu tempat di luar Malaysia jika—
pelanggan telah memberikan persetujuannya terhadap pemindahan itu;
pemindahan itu perlu bagi pelaksanaan suatu kontrak antara pelanggan dengan agensi pelaporan kredit itu;
pemindahan itu perlu bagi penyempurnaan atau pelaksanaan suatu kontrak antara agensi pelaporan kredit itu dengan seorang yang melanggan atau orang lain yang—
dibuat atas permintaan pelanggan itu; atau
adalah untuk kepentingan pelanggan itu;
pemindahan itu adalah bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang atau bagi maksud mendapat nasihat undang-undang atau untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan hak undang-undang;
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 710
agensi pelaporan kredit itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam segala hal keadaan mengenai hal itu—
pemindahan itu adalah bagi mengelakkan atau mengurangkan tindakan kredit yang tidak memuaskan terhadap pelanggan itu;
adalah tidak praktik untuk mendapatkan persetujuan bertulis pelanggan itu mengenai pemindahan itu; dan
jika persetujuan itu boleh didapatkan secara praktik, pelanggan itu akan memberikan persetujuannya;
agensi pelaporan kredit itu telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk memastikan bahawa maklumat kredit itu tidak akan diproses di tempat itu mengikut apa-apa cara yang, jika tempat itu ialah Malaysia, akan menjadi suatu pelanggaran Akta ini; atau
pemindahan itu perlu untuk melindungi kepentingan pelanggan itu atau pangkalan data maklumat kredit yang dimiliki oleh agensi pelaporan kredit itu.
Jika Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di tempat yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) mana-mana undang-undang yang sebahagian besarnya serupa dengan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau yang dapat digunakan bagi maksud yang sama dengan Akta ini tidak lagi berkuat kuasa—
Pendaftar hendaklah membuat apa-apa syor kepada
Menteri yang hendaklah, sama ada dengan membatalkan atau meminda pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), menyebabkan tempat itu terhenti menjadi suatu tempat yang maklumat kredit boleh dipindahkan kepadanya di bawah seksyen ini; dan
agensi pelaporan kredit itu hendaklah berhenti memindahkan apa-apa maklumat kredit mengenai seorang pelanggan kepada tempat itu mulai tempoh masa yang dinyatakan oleh Menteri dalam pemberitahuan itu.
Agensi Pelaporan Kredit 69
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pengumpulan, dsb., maklumat kredit dengan menyalahi undang-undang
62. (1) Seseorang tidak boleh dengan disedarinya atau secara melulu, tanpa persetujuan agensi pelaporan kredit—
mengumpul atau menzahirkan maklumat kredit yang dipegang oleh agensi pelaporan kredit itu; atau
memperoleh penzahiran maklumat kredit yang dipegang oleh agensi pelaporan kredit itu kepada orang lain.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang menunjukkan—
bahawa pengumpulan atau penzahiran maklumat kredit atau pemerolehan penzahiran maklumat kredit itu—
perlu bagi maksud menghalang atau mengesan sesuatu jenayah atau bagi maksud penyiasatan; atau
dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh perintah mahkamah;
bahawa dia bertindak atas kepercayaan yang munasabah bahawa dia ada hak di sisi undang-undang untuk mengumpul atau menzahirkan maklumat kredit itu atau untuk memperoleh penzahiran maklumat kredit itu kepada orang lain; atau
bahawa dia bertindak atas kepercayaan yang munasabah bahawa dia akan mendapatkan persetujuan agensi pelaporan kredit jika agensi pelaporan kredit itu mengetahui mengenai pengumpulan atau penzahiran maklumat kredit itu atau pemerolehan penzahiran maklumat kredit itu dan hal keadaan mengenainya.
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 710
Seseorang yang mengumpul atau menzahirkan maklumat kredit atau memperoleh penzahiran maklumat kredit dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang menjual maklumat kredit melakukan suatu kesalahan jika dia telah mengumpul maklumat kredit itu dengan melanggar subseksyen (1).
Seseorang yang menawar untuk menjual maklumat kredit melakukan suatu kesalahan jika—
dia telah mengumpul maklumat kredit itu dengan melanggar subseksyen (1); atau
dia kemudiannya mengumpul maklumat kredit itu dengan melanggar subseksyen (1).
Bagi maksud subseksyen (5), sesuatu iklan yang menunjukkan bahawa maklumat kredit adalah untuk dijual atau mungkin akan dijual merupakan suatu tawaran untuk menjual maklumat kredit itu.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Persubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan
63. (1) Seseorang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan persediaan untuk atau sebagai pelanjutan kepada pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Agensi Pelaporan Kredit 71
Pengkompaunan kesalahan
64. (1) Pendaftar boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pendaftar suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Pendaftar, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan mengikut syarat kompaun itu.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
65. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 710
sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajiannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Agensi Pelaporan Kredit 73
Pendakwaan
66. Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya.
Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan
67. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian di bawah Akta ini.
Penyampaian notis atau dokumen lain
68. (1) Penyampaian sesuatu notis atau apa-apa dokumen lain kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—
dengan menghantar serah notis atau dokumen lain itu kepada orang itu;
dengan meninggalkan notis atau dokumen lain itu di alamat kediaman atau tempat perniagaan orang itu yang akhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau
dengan menghantarkan notis atau dokumen lain itu melalui pos dalam suatu surat berdaftar Akuan Terima yang dialamatkan kepada orang itu di alamat kediamannya atau tempat perniagaannya yang akhir diketahui.
Jika orang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar Akuan Terima yang mengandungi apa-apa notis atau dokumen lain yang mungkin diberikan di bawah Akta ini dimaklumkan mengenai hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar Akuan Terima yang sedang menunggunya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar
Akuan Terima itu, notis atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia dimaklumkan sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 74
Akta 710
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
69. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Pendaftar;
mana-mana Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, pegawai diberi kuasa atau mana-mana pegawai Pendaftar; atau
mana-mana orang yang bertindak dengan sah bagi pihak
Pendaftar, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.
Perlindungan pemberi maklumat
70. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah menurut Akta ini boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui.
Jika apa-apa komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang menamakan atau memerihalkan mana-mana pemberi maklumat dalamnya atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua entri itu ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Agensi Pelaporan Kredit 75
Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh ke dalam kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
Obligasi kerahsiaan
71. (1) Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh
Menteri—
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, pegawai diberi kuasa atau pegawai Pendaftar, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan
tiada seorang pun yang telah melalui apa-apa cara mendapat akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pendaftar boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
72. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud pelaksanaan peruntukan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 76
Akta 710
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran agensi pelaporan kredit, termasuk menetapkan fi pendaftaran dan fi pembaharuan;
memperuntukkan dan menetapkan apa-apa fi yang hendak dikenakan oleh agensi pelaporan kredit dan apa-apa fi lain yang kena dibayar berkaitan dengan pengadaan apa-apa perkhidmatan atau apa-apa perkara di bawah
Akta ini;
mengawal selia tatacara berkenaan dengan pemeriksaan sistem data, penyiasatan aduan dan pengeluaran notis penguatkuasaan, dan semua perkara yang berhubungan dengannya;
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan dan kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu;
menetapkan apa-apa perkara yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya dibuat melalui peraturan-peraturan;
menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah
Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari lain itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Agensi Pelaporan Kredit 77
Pencegahan anomali
73. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, membuat apa-apa ubah suaian kepada peruntukan Akta ini yang ternyata kepadanya adalah perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan atau mencegah apa-apa anomali akibat mula berkuatkuasanya Akta ini.
Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas habis tempoh satu tahun dari tarikh ditetapkan.
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” ertinya pindaan, tambahan, pemotongan dan penggantian mana-mana peruntukan Akta ini.
Kuasa Menteri untuk meminda Jadual Pertama dan Jadual
Kedua
74. Menteri boleh, atas syor Pendaftar, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah, menggantikan, atau selainnya meminda Jadual Pertama dan Jadual Kedua.
Kuasa untuk mengeluarkan Ringkasan Hak, tataamalan, dsb.
75. (1) Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu Ringkasan
Hak dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan olehnya yang mengandungi maklumat mengenai agensi pelaporan kredit dan suatu ringkasan hak pelanggan berkenaan dengan transaksi yang melibatkan agensi pelaporan kredit itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Pendaftar boleh mengeluarkan secara amnya berkenaan dengan Akta ini atau berkenaan dengan mana-mana peruntukan tertentu Akta ini, atau secara amnya berkenaan dengan penjalanan semua atau mana-mana agensi pelaporan kredit, dari semasa ke semasa, tataamalan, garis panduan, pekeliling atau nota yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya peruntukan Akta ini, untuk menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau bagi pelaksanaan peruntukan
Akta ini selanjutnya, dengan lebih baik dan lebih mudah.
Undang-Undang Malaysia 78
Akta 710
Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 tidak terpakai
76. Peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 [Akta 709]
tidak terpakai bagi pemprosesan maklumat kredit oleh sesuatu agensi pelaporan kredit.
Bahagian IX
PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN
Menjalankan perniagaan pelaporan kredit sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini
77. (1) Mana-mana orang yang telah menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit sebelum tarikh ditetapkan boleh meneruskan perniagaan itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat bagi tempoh tiga bulan dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar, disebut “tempoh tangguh”, dan hendaklah, jika dia atau ia berniat untuk meneruskan penjalanan perniagaan itu selepas habis tempoh tangguh itu, membuat suatu permohonan untuk pendaftaran sebagai suatu agensi pelaporan kredit di bawah seksyen 13 dalam tempoh tangguh itu.
Jika pemohon telah didaftarkan sebagai suatu agensi pelaporan kredit oleh Pendaftar, agensi pelaporan kredit itu hendaklah dalam tempoh enam bulan dari habis tempoh tangguh itu mematuhi sepenuhnya peruntukan Akta ini berkenaan dengan semua maklumat kredit yang dikumpul dan diproses selanjutnya, sama ada sebelum atau selepas tarikh ditetapkan, oleh agensi pelaporan kredit itu bagi maksud menjalankan perniagaan pelaporan kredit itu.
Jika pemohon tidak memohon untuk didaftarkan sebagai suatu agensi pelaporan kredit atau pendaftarannya sebagai suatu agensi pelaporan kredit telah ditolak apabila habis tempoh tangguh itu, dia atau ia hendaklah dengan serta-merta berhenti mengumpul dan memproses selanjutnya semua maklumat kredit bagi maksud menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit, tanpa mengira sama ada maklumat kredit itu telah dikumpulkan atau diproses selanjutnya sebelum atau selepas tarikh ditetapkan.
Agensi Pelaporan Kredit 79
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1)
yang terkilan dengan keputusan Pendaftar yang menolak untuk meluluskan pendaftarannya sebagai suatu agensi pelaporan kredit di bawah seksyen 14 boleh merayu kepada Menteri di bawah seksyen 18.
Tempoh tangguh yang diberikan kepada seseorang di bawah subseksyen (1) akan habis tempoh—
dalam hal seseorang yang tidak memohon untuk pendaftaran sebagai agensi pelaporan kredit, pada tarikh habis tempoh tangguh itu; atau
dalam hal seseorang yang telah memohon untuk pendaftaran sebagai agensi pelaporan kredit—
pada tarikh permohonannya untuk pendaftaran sebagai agensi pelaporan kredit telah diluluskan oleh Pendaftar dan suatu perakuan pendaftaran telah dikeluarkan;
pada tarikh penyampaian notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 14(3) yang menyatakan bahawa permohonannya untuk pendaftaran telah ditolak oleh Pendaftar; atau
pada penentuan rayuannya kepada Menteri di bawah seksyen 18.
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 710
Jadual Pertama
[Seksyen 2]
BUTIR-BUTIR MENGENAI MAKLUMAT KREDIT
1. Maklumat pengenalan.
Individu:
Nama
Apa-apa alias atau nama sebelumnya
Nombor Kad Pengenalan atau nombor pengenalan lain
Kerakyatan
Jantina
Tarikh lahir
Alamat
Pekerjaan
Apa-apa pekerjaan sebelumnya
Majikan
Mana-mana majikan sebelumnya
Nombor hubungan
Pertubuhan perbadanan atau badan yang tidak diperbadankan:
Nama
Nombor Pendaftaran/Nombor Lesen/Nombor Permit
Tarikh pendaftaran/Tarikh penubuhan
Negara beroperasi
Jenis entiti
Alamat (termasuk pejabat utama dan pejabat cawangan)
Nombor hubungan
Agensi Pelaporan Kredit 81
2. Maklumat mengenai kemudahan kredit
Maklumat yang dilaporkan oleh pemberi kredit mengenai suatu permohonan untuk kredit oleh seorang pelanggan dan maklumat mengenai kredit yang diluluskan bagi pelanggan:
Identiti pemberi kredit
Tarikh permohonan
Nombor rujukan permohonan
Keupayaan pelanggan (sama ada sebagai peminjam atau penjamin)
Amaun yang dimohon
Kedudukan permohonan (Menunggu keputusan, Diluluskan,
Ditolak, dsb.)
Tarikh kedudukan
Sebab bagi penolakan
Amaun kredit atau had kredit yang diluluskan
Tarikh kelulusan
Nombor akaun
Jenis kredit yang diluluskan
Tempoh masa asal
Tempoh pembayaran balik wang pokok
Kedudukan tindakan undang-undang
Tarikh tindakan undang-undang
Jenis kolateral
Nilai kolateral
Butir-butir kolateral
Maklumat mengenai pembayaran balik kredit:
Amaun terakhir yang perlu dibayar
Tunggakan bulanan
Undang-Undang Malaysia 82
Akta 710
Tunggakan bayaran ansuran
Amaun bayaran yang dibuat semasa tempoh pelaporan terakhir
Baki kredit yang masih ada atau baki belum jelas
Kedudukan akaun (Belum dijelaskan, Tutup, Diselesaikan,
Dihapuskan, dsb.)
Maklumat siasatan kredit:
Identiti orang yang melanggan/orang lain yang membuat siasatan kredit
Tarikh dan masa siasatan kredit
Pengenalan orang tertentu yang membuat siasatan kredit
Pengenalan pelanggan yang disiasat.
Jadual Kedua
[Seksyen 2]
PEMBERI KREDIT
1. Institusi yang dilesenkan di bawah *Akta Bank Islam 1983
[Akta 276], **Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau
***Akta Insurans 1996 [Akta 553];
2. Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan terjadual sebagaimana yang ditafsirkan dalam subseksyen 2(1) †Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989;
3. Institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002 [Akta 618];
4. Pengendali takaful yang didaftarkan di bawah ††Akta Takaful 1984
[Akta 312];
5. Pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan di bawah
†††Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627];
*CATATAN—Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759]—lihat seksyen 282 Akta 759.
**CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]—lihat seksyen 271 Akta 758.
***CATATAN—Akta Insurans 1996 [Akta 553] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758]—lihat seksyen 271 Akta 758.
†CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]—lihat seksyen 271 Akta 758.
††CATATAN—Akta Takaful 1984 [Akta 312] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759]—lihat seksyen 282 Akta 759.
†††CATATAN—Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758]—lihat seksyen 271 Akta 758.
Agensi Pelaporan Kredit 83
6. Pemberi pinjam wang yang dilesenkan di bawah Akta Pemberi Pinjam
Wang 1951 [Akta 400];
7. Pemegang pajak gadai yang dilesenkan di bawah Akta Pemegang Pajak
Gadai 1972 [Akta 81];
8. Persatuan Nelayan yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan
Nelayan 1971 [Akta 44];
9. Koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502].
Jadual Ketiga
[Perenggan 14(1)(b) dan subseksyen 21(1)]
Ketua eksekutif dan pengarah hendaklah orang yang “layak dan sesuai”
1. (1) Apabila menentukan sama ada seseorang merupakan seorang yang
“layak dan sesuai” untuk memegang atau yang akan memegang jawatan ketua eksekutif atau pengarah sesuatu agensi pelaporan kredit, perhatian hendaklah diberikan kepada kriteria yang berikut, iaitu–
kejujurannya, kewibawaannya dan kebijaksanaan pertimbangannya untuk menunaikan tanggungjawab jawatan itu;
usaha yang dengannya dia sedang menunaikan atau berkemungkinan akan menunaikan tanggungjawab itu; dan
sama ada kepentingan agensi pelaporan kredit, orang yang melanggan atau orang lain, pelanggan dan orang awam sedang, atau berkemungkinan menjadi, dengan apa-apa jua cara terancam disebabkan oleh jawatan itu.
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, perhatian bolehlah diberikan kepada penjalanan dan aktiviti perniagaan yang terdahulu orang yang berkenaan dan, khususnya, kepada apa-apa keterangan bahawa dia—
telah dikompaun atau disabitkan, atau sebagai ketua eksekutif atau pengarah, telah menyebabkan dikompaun atau disabitkan, atas suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan—
pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti denda, atau sebagai tambahan kepada denda; atau
denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau lebih; atau
terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaannya dan kebijaksanaan pertimbangannya.
Undang-Undang Malaysia 84
Akta 710
Kriteria tambahan bagi ketua eksekutif
2. Seseorang yang menjadi, atau yang akan menjadi, ketua eksekutif sesuatu agensi pelaporan kredit—
hendaklah mempunyai kelayakan pendidikan dan pengalaman yang akan membolehkannya menunaikan tanggungjawabnya dengan memuaskan;
tidak boleh pernah memegang sesuatu jawatan yang mempunyai tanggungjawab dalam pengurusan sesuatu syarikat yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah mana–mana undang–undang bertulis semasa tempoh jawatannya, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannnya dan dia tidak dapat menghalang kesalahan itu;
tidak boleh pernah memegang sesuatu jawatan yang mempunyai tanggungjawab dalam pengurusan mana–mana syarikat yang semasa tempoh jawatannya—
telah ingkar dalam pembayaran apa–apa jumlah wang penghakiman terhadapnya;
telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutang–pemiutangnya; atau
telah dilantik berkenaan dengan hartanya seorang penerima atau pengurus;
hendaklah bersedia bagi pekerjaan sepenuh masa, dan tidak boleh menjalankan apa–apa perniagaan atau kerjaya lain, selain pengarah bukan eksekutif atau pemegang syer syarikat lain; dan
tidak pernah bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan keraguan mengenai kesesuaiannya untuk memegang jawatan sebagai ketua eksekutif, atau bertindak secara terang–terangan tanpa mengambil kira kelakuan profesional yang sepatutnya, terutamanya dalam urus niaga dengan orang yang melanggan atau orang lain, pelanggan dan orang awam.
Kriteria tambahan bagi pengarah
3. Seseorang yang menjadi, atau yang akan menjadi, seorang pengarah sesuatu agensi pelaporan kredit—
hendaklah mempunyai kelayakan pendidikan dan pengalaman yang akan membolehkannya menjalankan dan melaksanakan kewajipannya;
tidak boleh pernah bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan keraguan mengenai kesesuaiannya untuk memegang jawatan sebagai seorang pengarah; dan
Agensi Pelaporan Kredit 85
tidak boleh pernah mengambil bahagian dalam apa–apa tindakan atau keputusan lembaga atau pengurusan agensi pelaporan kredit itu yang memudaratkan kepentingannya.
Kriteria lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri
4. Menteri boleh, dengan persetujuan Pendaftar, menetapkan apa–apa kriteria tambahan lain yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melindungi kepentingan agensi pelaporan kredit, orang yang melanggan atau orang lain, pelanggan dan orang awam.
Budi bicara Pendaftar
5. Pendaftar hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada seseorang telah mematuhi Jadual ini.
Jadual Keempat
[Perenggan 26(3)(d)]
PERJANJIAN LANGGANAN
Sesuatu Perjanjian Langganan (“Perjanjian”) hendaklah termasuk peruntukan yang mengenakan obligasi yang berikut terhadap orang yang melanggan:
1. Jika agensi pelaporan kredit mengumpul maklumat kredit secara langsung atau tidak langsung daripada pelanggan untuk dizahirkan kepada seorang yang melanggan, agensi pelaporan kredit itu hendaklah memaklumkan pelanggan mengenai maksud yang baginya agensi pelaporan kredit itu mengumpul maklumat kredit dan maksud yang baginya maklumat kredit itu akan diproses selanjutnya.
2. Agensi pelaporan kredit tidak boleh menzahirkan maklumat kredit kepada orang yang melanggan tanpa mengambil apa-apa langkah yang, mengikut hal keadaan, adalah munasabah untuk memastikan bahawa maklumat kredit itu adalah tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan.
3. Agensi pelaporan kredit hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan dengan munasabah, mengemaskinikan apa-apa maklumat kredit yang telah dizahirkan sebelum ini kepada orang yang melanggan dan memastikan bahawa maklumat kredit itu sentiasa menjadi tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan.
4. Orang yang melanggan mengaku janji bahawa ia akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mengekalkan dengan sesungguhnya keselamatan dan kerahsiaan maklumat kredit yang diperoleh atau disampaikan, dokumen yang disediakan dan rekod yang disimpan, sama ada yang diperoleh daripada agensi
Undang-Undang Malaysia 86
Akta 710
pelaporan kredit itu atau selainnya, dan apa-apa perkara lain yang diusahakan berkaitan dengan Perjanjian ini, sama ada sebelum tarikh kuat kuasa Perjanjian ini, semasa tempoh Perjanjian ini atau selepas habis tempoh atau penamatan
Perjanjian ini.
5. Orang yang melanggan mengaku janji bahawa ia akan mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan yang pekerjanya, ejennya atau mana-mana orang lain yang mungkin mempunyai akses kepada maklumat kredit yang sulit itu tidak akan menzahirkan atau menggunakan maklumat kredit itu selain mengikut Perjanjian ini.
6. Orang yang melanggan hendaklah dengan segera bekerjasama dengan agensi pelaporan kredit dalam usahanya untuk menyiasat dan menyelesaikan aduan dan permintaan pembetulan maklumat kredit.
7. Orang yang melanggan hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memelihara maklumat kredit yang dipegang olehnya daripada akses, penggunaan, ubah suaian atau penzahiran yang tidak dibenarkan atau yang tidak wajar, termasuk yang berikut:
membangunkan dasar dan tatacara bertulis yang hendak diikuti oleh pekerja, ejen dan kontraktornya;
mewujudkan kawalan, termasuk—
penggunaan kata laluan, token bertauliah, tandatangan digital atau mekanisme lain; dan
pengenalan pengguna;
memberikan maklumat dan latihan untuk memastikan pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;
memantau penggunaan dan menyemak secara kerap pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;
mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung dengan pelanggaran yang dikenal pasti terhadap dasar, tatacara dan kawalan itu; dan
menyenggarakan log mengenai semua akses, pindaan dan jejak audit kepada maklumat kredit yang telah diberikan kepadanya oleh agensi pelaporan kredit itu.
Agensi Pelaporan Kredit 87
Akta 710
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA-Undang-Undang Malaysia 88
Akta 710
Akta 710
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-