/akn/my/act/act/2017/787

*AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2017
Sections
7
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017 is Malaysia Act, cited as Act 787 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang berhubungan dengan anugerah dan pemakaian luar wilayah Akta ini dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [25 Oktober 2017; P.U. (B) 509/2017] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai kedua-dua di dalam dan di luar Malaysia.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

6 Undang-Undang Malaysia Akta 787

“anugerah asing” ertinya Darjah Kebesaran, Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang dianugerahkan oleh Ketua Negara dalam

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama;

“anugerah asing tidak diiktiraf” ertinya suatu anugerah asing selain yang dianugerahkan oleh Ketua Negara dalam Jadual Pertama;

“anugerah tidak diiktiraf” ertinya suatu anugerah yang berupa sebagai anugerah Yang di-Pertuan Agong yang dianugerahkan oleh mana-mana orang selain Yang di-Pertuan Agong;

“anugerah Yang di-Pertuan Agong” ertinya Darjah Kebesaran,

Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang ditetapkan oleh statut

Yang di-Pertuan Agong bagi maksud Persekutuan dan Wilayah-Wilayah

Persekutuan;

“istiadat pengurniaan” ertinya penganugerahan anugerah Yang di-Pertuan

Agong ke atas orang tertentu oleh Yang di-Pertuan Agong;

“lambang kebesaran” ertinya―

(a)

kalung, selepang, lencana darjah kebesaran, lencana kalung, bintang darjah kebesaran dan lencana leher;

(b)

reben, lencana dan lambang bintang kehormatan; atau

(c)

reben dan pingat;

“Raja” dan “Yang di-Pertua Negeri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;

“suapan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 7

BAHAGIAN II

ANUGERAH YANG DI-PERTUAN AGONG

Menerima dan menggunakan anugerah tidak diiktiraf

3. (1) Seseorang tidak boleh menerima suatu anugerah tidak diiktiraf daripada mana-mana orang sama ada di dalam atau di luar

Malaysia.

(2)

Seseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah tidak diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan cara.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

A menerima anugerah tidak diiktiraf pada 2010 yang membawa gelaran dan panggilan yang A telah menggunakannya sejak 2010. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, A dilarang daripada menggunakan gelaran dan panggilan itu. A menggunakan gelaran dan panggilan itu selepas Akta ini mula berkuat kuasa.

A melakukan kesalahan.

Menghadiri, dsb., istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf

4. (1) Seseorang tidak boleh menjalankan suatu upacara istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf.

(2)

Seseorang tidak boleh menghadiri, mempromosikan atau menyertai dalam suatu upacara istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda

8 Undang-Undang Malaysia Akta 787

tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Membuat, dsb., lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf

5. (1)

Seseorang tidak boleh membuat, atau dengan disedarinya melaksanakan mana-mana bahagian daripada proses membuat, lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Membuat, dsb., alat untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf

6. (1) Seseorang tidak boleh membuat atau membaiki, atau melaksanakan mana-mana bahagian daripada proses membuat atau membaiki, atau membeli, menjual, atau melupuskan apa-apa acuan tekan atau alat bagi maksud untuk digunakan, atau mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa acuan tekan atau alat itu dimaksudkan hendak digunakan, bagi maksud membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Memiliki alat atau benda bagi maksud menggunakannya untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf

7. (1) Seseorang tidak boleh ada dalam milikannya apa-apa alat atau benda bagi maksud menggunakannya untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf, atau mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa alat atau benda itu dimaksudkan hendak digunakan bagi maksud tersebut.

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 9

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Menyatakan diri sebagai pemegang anugerah Yang di-Pertuan

Agong

8. (1) Seseorang tidak boleh menyatakan dirinya sebagai pemegang mana-mana anugerah Yang di-Pertuan Agong yang sah jika dia tidak pernah dianugerahkan anugerah Yang di-Pertuan Agong tersebut.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Menggunakan anugerah Yang di-Pertuan Agong yang dibatalkan atau yang ditarik balik

9. (1)

Seseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan apa-apa anugerah Yang di-Pertuan Agong yang telah dibatalkan atau ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Menggunakan anugerah Yang di-Pertuan Agong bilamana tidak berhak

10. (1)

Seseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan apa-apa anugerah Yang di-Pertuan Agong dalam apa-apa bentuk dan cara jika orang itu tidak berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan tersebut di bawah statut yang menetapkan anugerah itu.

10 Undang-Undang Malaysia Akta 787

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(a)

A, pemegang anugerah Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Z.

Z berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut semasa perkahwinannya dengan A. A dan Z sekarang telah bercerai dan

Z terus menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut.

Z melakukan kesalahan.

(b)

A, pemegang anugerah Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Z.

Z berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut semasa perkahwinannya dengan A dan selepas kematian A. Selepas A mati, Z kemudiannya berkahwin semula. Z terus menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut. Z melakukan kesalahan.

BAHAGIAN III

ANUGERAH ASING

Menerima anugerah asing daripada Ketua Negara

11. (1) Seseorang warganegara hanya boleh menerima anugerah asing daripada Ketua Negara dalam Jadual Pertama.

(2)

Seseorang warganegara kecuali Raja-Raja dan Konsort mereka dan Yang di-Pertua Negeri dan Konsort mereka hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis Yang di-Pertuan Agong sebelum menerima apa-apa anugerah asing.

(3)

Seseorang warganegara tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah asing yang diterima dalam apa-apa bentuk dan cara di dalam Malaysia.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), seseorang warganegara yang menerima apa-apa anugerah asing—

(a)

bagi keberanian atau perkhidmatan substansial yang diberikan oleh warganegara itu kepada negara yang memberikan

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 11

anugerah itu boleh memakai anugerah asing yang diterima itu pada semua majlis yang patut di dalam Malaysia; atau

(b)

sebagai tanda kehormat hanya boleh memakai anugerah asing yang diterima pada mana-mana majlis yang diadakan di Malaysia oleh seseorang wakil yang diiktiraf bagi negara yang memberikan anugerah dan pemakaian anugerah asing itu dikehendaki bagi majlis itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Menerima dan menggunakan anugerah asing tidak diiktiraf

12. (1) Seseorang warganegara tidak boleh menerima suatu anugerah asing tidak diiktiraf daripada mana-mana orang sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

(2)

Seseorang warganegara tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah asing tidak diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan cara.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

A menerima anugerah asing tidak diiktiraf pada 2010 yang membawa gelaran dan panggilan yang A telah menggunakannya sejak 2010.

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, A dilarang daripada menggunakan gelaran dan panggilan itu. A menggunakan gelaran dan panggilan itu selepas Akta ini mula berkuat kuasa. A melakukan kesalahan.

12 Undang-Undang Malaysia Akta 787

BAHAGIAN IV

SUAPAN

Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah tidak diiktiraf

13. (1) Seseorang dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain―

(a)

tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

(b)

tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan pemberian suatu anugerah tidak diiktiraf kepada mana-mana orang berkaitan pemberian itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “anugerah tidak diiktiraf”

termasuklah suatu anugerah yang berupa sebagai Darjah Kebesaran,

Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang ditetapkan oleh statut Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang dianugerahkan oleh mana-mana orang selain Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf

14. (1) Seseorang dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain—

(a)

tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 13

(b)

tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan suatu istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf kepada mana-mana orang berkaitan pemberian itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “anugerah tidak diiktiraf”

termasuklah suatu anugerah yang berupa sebagai Darjah Kebesaran,

Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang ditetapkan oleh statut Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang dianugerahkan oleh mana-mana orang selain Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah

15. (1)

Seseorang dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain―

(a)

tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

(b)

tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan pemberian apa-apa anugerah kepada mana-mana orang berkaitan pemberian itu.

14 Undang-Undang Malaysia Akta 787

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “anugerah” ertinya anugerah

Yang di-Pertuan Agong atau Darjah Kebesaran, Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang ditetapkan oleh statut Raja atau Yang di-Pertua

Negeri.

Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah asing tidak diiktiraf

16. (1)

Seseorang warganegara dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain―

(a)

tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

(b)

tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan pemberian suatu anugerah asing tidak diiktiraf kepada mana-mana warganegara berkaitan pemberian itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun.

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 15

BAHAGIAN V

PELBAGAI

Kesalahan di bawah undang-undang Negeri yang dilakukan di luar wilayah Negeri

17. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan undang-undang Negeri yang dinyatakan dalam Jadual Kedua di luar wilayah Negeri itu melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah undang-undang Negeri itu.

Kuasa membuat peraturan-peraturan

18. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Kuasa untuk meminda Jadual

19. Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama dan apabila diminta oleh Raja atau

Yang di-Pertua Negeri meminda Jadual Kedua.

16 Undang-Undang Malaysia Akta 787

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 11]

Ketua Negara

Negara

Ketua Negara

Afghanistan

President of the Islamic Republic of

Afghanistan

Albania

President of the Republic of Albania

Algeria

Président de la République algérienne démocratique et populaire

Andorra

Co-Princes de la Principauté d’Andorre

Angola

President of the Republic of Angola

President of the Popular Movement for the Liberation of Angola (MPLA)

Antigua and Barbuda

Governor-General of

Antigua and

Barbuda

Argentina

Presidente de la República Argentina

Armenia

President of the Republic of Armenia

Australia

Governor-General of the Commonwealth of Australia

Austria

Federal President of the Republic of

Austria

Azerbaijan

President of the Republic of Azerbaijan

Bahamas

Governor-General of the Commonwealth of the Bahamas

Bahrain

King of the Kingdom of Bahrain

Bangladesh

President of the People’s Republic of

Bangladesh

Barbados

Governor-General of Barbados

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 17

Negara

Ketua Negara

Belarus

President of the Republic of Belarus

Belgium

Roi des Belges

Belize

Governor-General of Belize

Benin

Président de la République du Bénin

Bhutan

King of Bhutan

Bolivia (Plurinational State of)

Presidente Constitucional del Estado

Plurinacional de Bolivia

Bosnia and Herzegovina

Chairman of the

Presidency of

Bosnia and Herzegovina

Botswana

President of the Republic of Botswana

Brazil

President of the Federative Republic of

Brazil

Brunei Darussalam

Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara

Brunei Darussalam

Bulgaria

President of the Republic of Bulgaria

Burkina Faso

Président du Faso, Président du Conseil des Ministres

Burundi

Président de la République du Burundi

Cabo Verde

Président de la République de Cabo Verde

Cambodia

King of Cambodia

Cameroon

Président de la République du Cameroun

Canada

Governor-General and Commander-in-Chief of Canada

Central African Republic

Chef de l’Etat de la

République centrafricaine

18 Undang-Undang Malaysia Akta 787

Negara

Ketua Negara

Chad

Président de la République du Tchad, Chef de l’Etat, Chef du Gouvernement

Chile

Presidente de la República de Chile

China

President of the People’s Republic of

China

Columbia

Presidente de la República de Colombia

Comoros

Président de l’Union des Comores

Congo

Président de la Republique du Congo

Costa Rica

Presidente de la República de Costa Rica

Cote d’Ivoire

Président de la République de Côte d’Ivoire

Croatia

President of the Republic of Croatia

Cuba

Presidente de los Consejos de Estado y de

Ministros de la República de Cuba

Cyprus

President of the Republic of Cyprus

Czech Republic

President of the Czech Republic

Democratic People’s Republic of

Korea

Chairman of the Workers’ Party of Korea,

Chairman of the State Affairs Commission,

Supreme Commander of the Armed Forces of the Democratic People’s Republic of

Korea

Democratic

Republic of

The

Congo

Président de la République démocratique du Congo

Denmark

Queen Margrethe II

Djibouti

Président de la République d Djibouti et

Chef du Gouvernement

Dominica

President of the

Commonwealth of

Dominica

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 19

Negara

Ketua Negara

Dominican Republic

Presidente de la República Dominicana

Ecuador

Presidente Constitucional de la República del Ecuador

Egypt

President of the Arab Republic of Egypt

El Salvador

Presidente de la República de El Salvador

Equatorial Guinea

Presidente de la República de Guinea

Ecuatorial, Jefe de Estado

Eritrea

President of the State of Eritrea

Estonia

President of the Republic of Estonia

Eswatini

Head of State of the Kingdom of Eswatini

Ethiopia

President of the Federal Democratic

Republic of Ethiopia

Fiji

President of the Republic of Fiji

Finland

President of the Republic of Finland

France

Président de la République française

Gabon

Président de la République gabonaise

Gambia

President of the Republic of The Gambia

Georgia

President of Georgia

Germany

President of the Federal Republic of

Germany

Ghana

President of the Republic of Ghana

Greece

President of the Hellenic Republic

Grenada

Governor-General of Grenada

20 Undang-Undang Malaysia Akta 787

Negara

Ketua Negara

Guatemala

Presidente de la República de Guatemala

Guinea

Président de la République de Guinée

Guinea-Bissau

Président de la République de

Guinée-Bissau

Guyana

President of the Co-operative Republic of

Guyana

Haiti

Président de la République d’Haïti

Holy See

Pope Francis

Honduras

Presidente de la República de Honduras

Hungary

President of Hungary

Iceland

President of the Republic of Iceland

India

President of the Republic of India

Indonesia

President of the Republic of Indonesia

Iran (Islamic Republic of)

President of the Islamic Republic of Iran

Iraq

President of the Republic of Iraq

Ireland

President of Ireland

Italy

President of the Republic of Italy

Jamaica

Governor-General of Jamaica

Japan

The Emperor of Japan

Jordan

King of the Hashemite Kingdom of Jordan

Kazakhstan

President of the Republic of Kazakhstan

Kenya

President and Commander-in-Chief of the

Defence Forces of the Republic of Kenya

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 21

Negara

Ketua Negara

Kiribati

President, Head of Government and

Minister for

Foreign

Affairs and

Immigration of the Republic of Kiribati

Kuwait

Amir of the State of Kuwait

Kyrgyzstan

President of the Kyrgyz Republic

Lao People’s Democratic Republic President of the Lao People’s Democratic

Republic

Latvia

President of the Republic of Latvia

Lebanon

Président de la République libanaise

Lesotho

King of the Kingdom of Lesotho

Liberia

President of the Republic of Liberia

Libya

President of the Presidency Council of the

Government of National Accord of the

State of Libya

Liechtenstein

Reigning Prince

Lithuania

President of the Republic of Lithuania

Luxembourg

Le Grand-Duc de Luxembourg

Madagascar

Président de la République de Madagascar

Malawi

President of the Republic of Malawi,

Minister for

Defense and

Commander-in-Chief of the Malawi

Defense Force and the Malawi Police

Service

Maldives

President of the Republic of Maldives

Mali

Président de la République du Mali

Malta

President of the Republic of Malta

22 Undang-Undang Malaysia Akta 787

Negara

Ketua Negara

Marshall Islands

President of the Republic of the Marshall

Islands

Mauritania

Président de la République islamique de

Mauritanie

Mauritius

President of the Republic of Mauritius

Mexico

Presidente de los

Estados

Unidos

Mexicanos

Micronesia (Federated States of)

President and Head of Government of the

Federated States of Micronesia

Monaco

Prince Souverain de Monaco

Mongolia

President of Mongolia

Montenegro

President of Montenegro

Morocco

Roi du Maroc

Mozambique

President of the Republic of Mozambique

Myanmar

President of the Republic of the Union of

Myanmar

Namibia

President of the Republic of Namibia

Nauru

President of the Republic of Nauru

Nepal

President of the Federal Democratic

Republic of Nepal

Netherlands

King Willem-Alexander of the Netherlands

New Zealand

Governor-General of New Zealand

Nicaragua

Presidente de la República de Nicaragua

Niger

Président de la République du Niger

Nigeria

President of the Federal Republic of

Nigeria

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 23

Negara

Ketua Negara

North Macedonia

President of the Republic of North

Macedonia

Norway

King Harald V

Oman

Sultan of Oman

Pakistan

President of the Islamic Republic of

Pakistan

Palau

President of the Republic of Palau

Panama

Presidente de la República de Panamá

Papua New Guinea

Governor-General of the Independent State of Papua New Guinea

Paraguay

Presidente de la República del Paraguay

Peru

Presidente de la República del Perú

Philippines

President of the Republic of the Philippines

Poland

President of the Republic of Poland

Portugal

President of the Portuguese Republic

Qatar

Emir of the State of Qatar

Republic of Korea

President of the Republic of Korea

Republic of Moldova

President of the Republic of Moldova

Romania

Président de la Roumanie

Russian Federation

President of the Russian Federation

Rwanda

President of the Republic of Rwanda

Saint Kitts and Nevis

Governor-General of Saint Kitts and Nevis

Saint Lucia

Governor-General of Saint Lucia

24 Undang-Undang Malaysia Akta 787

Negara

Ketua Negara

Saint Vincent and the Grenadines

Governor-General of Saint Vincent and the

Grenadines

Samoa

Head of State of the Independent State of

Samoa

San Marino

Captains Regent of the Republic of San

Marino

Sao Tome and Principe

Président de la République démocratique de Sao Tomé et Principe

Saudi Arabia

King of Saudi Arabia and President of the

Council of Ministers of the Kingdom of

Saudi Arabia

Senegal

Président de la République du Sénégal

Serbia

President of the Republic of Serbia

Seychelles

President of the Republic of Seychelles

Sierra Leone

President of the Republic of Sierra Leone

Singapore

President of the Republic of Singapore

Slovakia

President of the Slovak Republic

Slovenia

President of the Republic of Slovenia

Solomon Islands

Governor-General of Solomon Islands

Somalia

President of the Federal Republic of

Somalia

South Africa

President of the Republic of South Africa

South Sudan

President of the Republic of South Sudan

Spain

Rey de España or Sus Majestades el Rey y la Reina de España

Sri Lanka

President of the Democratic Socialist

Republic of Sri Lanka

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 25

Negara

Ketua Negara

State of Palestine

President of the State of Palestine

Sudan

President of the Transitional Sovereign

Council of the Republic of the Sudan

Suriname

President of the Republic of Suriname

Sweden

King Carl XVI Gustaf

Switzerland

Présidente de la Confédération Suisse

Syrian Arab Republic

President of the Syrian Arab Republic

Tajikistan

President of the Republic of Tajikistan

Thailand

King of Thailand

Timor-Leste

President of the Democratic Republic of

Timor-Leste

Togo

Président de la République togolaise et

Ministre de la Défense nationale et des anciens Combattants

Tonga

King of the Kingdom of Tonga

Trinidad and Tobago

President of the Republic of Trinidad and

Tobago

Tunisia

Président de la République tunisienne

Turkey

President of the Republic of Turkey

Turkmenistan

President of Turkmenistan

Tuvalu

Governor-General of Tuvalu

Uganda

President of the Republic of Uganda

Ukraine

President of Ukraine

United Arab Emirates

President of the United Arab Emirates

26 Undang-Undang Malaysia Akta 787

Negara

Ketua Negara

United Kingdom

Queen Elizabeth II

United Republic of Tanzania

President of the United Republic of

Tanzania

United States of America

President of the United States of America

Uruguay

Presidente de la República Oriental del Uruguay

Uzbekistan

President of the Republic of Uzbekistan

Vanuatu

President of the Republic of Vanuatu

Venezuela (Bolivarian Republic of) Presidente de la República Bolivariana de Venezuela

Viet Nam

President of the Socialist Republic of

Viet Nam

Yemen

President of the Republic of Yemen

Zambia

President of the Republic of Zambia

Zimbabwe

President of the Republic of Zimbabwe

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 17]

Undang-Undang Negeri

Negeri

Undang-Undang Negeri

Peruntukan yang berhubungan dengan kesalahan

Johor

Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah

(Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 [Enakmen 11]

Seksyen 3, 4, 5, 6,

7, 8, 9, 10, 11 dan 12

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 27

Negeri

Undang-Undang Negeri

Peruntukan yang berhubungan dengan kesalahan

Kelantan

Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama

(Mencegah daripada Salahguna), 1977

[Enakmen Bil. 8 Tahun 1977]

Sekysen 3, 4, 5A,

5B, 5C, 5D, 5E, 5F,

5G, 5H, 5I, 5J dan 6

Melaka

Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama

(Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul)

1981 [Enakmen No.2 tahun 1981]

Seksyen 3, 4A, 4B,

4C, 4D, 4E, 4F, 4G,

4H dan 5

Pahang

Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah

(Mencegah

Penggunaan

Tidak

Wajar)

Pahang 2017 [Enakmen 18]

Seksyen 3, 4, 5, 6,

7, 8, 9, 10, 11 dan 12

Perak

Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah

(Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 [Enakmen 12]

Seksyen 3, 4, 5, 6,

7, 8, 9, 10, 11 dan 12

Selangor

Emblems, Names, Titles and Honours

(Prevention of

Improper

Use)

1962

[Enactment 13]

Seksyen 3, 4, 4A,

4B, 4C, 4D, 4E, 4F,

4G, 4H dan 5

Terengganu

Enakmen Lambang-Lambang, Nama-Nama,

Gelaran-Gelaran dan

Penghormatan

(Mencegah Salah Guna) 1976 [Enakmen Bil.

11 tahun 1976]

Seksyen 3, 4, 4A,

4B, 4C, 4D, 4E, 4F,

4G dan 4H

28

Akta 787

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 267/2018

Perintah Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah (Pindaan Jadual

Pertama) 2018

20-10-2018

P.U. (A) 9/2019

Perintah Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah (Pindaan Jadual

Kedua) 2019

10-01-2019

P.U. (A) 215/2020

Perintah Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah (Pindaan Jadual

Pertama) 2020

29-07-2020

P.U. (A) 169/2024

Perintah Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah (Pindaan Jadual

Kedua) 2024

26-06-2024

29

Akta 787

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

P.U. (A) 267/2018 20-10-2018

P.U. (A) 215/2020 29-07-2020

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

P.U. (A) 9/2019 10-01-2019

P.U. (A) 169/2024 26-06-2024

Common questions

What is OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017?
*AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017 is Malaysia Act, cited as Act 787 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Is OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017 still in force?
Yes — OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017 is currently in force.
When did OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017 take effect?
OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017 was first recorded in 2017.
How many schedules does OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017 have?
OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017 contains 5 schedules.
Where can I read the official version of OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017?
The official text of OFFENCES RELATING TO AWARDS ACT 2017 is published at lom.agc.gov.my.