Jadual
Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan itu:
DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (4)(b) Perkara 159
Perlembagaan Persekutuan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan Perlembagaan, selain
Perkara 74 dan 76, dikecualikan daripada peruntukan Fasal (3)
Perkara 159:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen
Malaysia seperti yang berikut:
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut
Bilangan Orang 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 April 2026.
4
Undang-Undang Malaysia
Akta 880
Pindaan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan
Persekutuan
2. Subseksyen 1(1) Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada
Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perenggan (a), (b), (c) dan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar
RM102.00 bagi tiap-tiap orang;
bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar
RM14.00 bagi tiap-tiap orang;
bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar
RM13.50 bagi tiap-tiap orang;
bagi yang selebihnya mengikut kadar RM13.00 tiap-tiap orang,”.