Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 18

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Selepas penzahiran di bawah subseksyen (1), anggota itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan

Majlis atau jawatankuasa itu; dan

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Majlis atau jawatankuasa, berhubung dengan perkara itu.

(4)

Anggota Majlis atau jawatankuasa yang melanggar subseksyen

(1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(5)

Tiada tindakan atau prosiding Majlis atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

Agensi Inovasi Malaysia 19

Section 18 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my